Anda di halaman 1dari 6

Soalan Tahun 2008

BAHAGIAN A
ARAHAN
Bahagian A mengandungi LIMA soalan. Jawab SEMUA soalan. SOALAN Markah
1 Senaraikan EMPAT genre yang terikat.
. – Pantun,
– syair,
– gurindam,
– nazam,
– rubai,
– masnawi,
– qit’ah,
– ghazal,
– berzanji.
(4)
2 Nyatakan EMPAT jenis syair.
.  Syair Agama - diperkenalkan oleh Hamzah Fansuri. Contoh Syair Sidang Fakir,
Syair Perahu
 Syair Romantik – struktur n isinya sama dgn cerita dongeng. Contoh: Syair Siti
Zubaidah Perang China dan Syair Dandan Setia
 Syair Sejarah – mengandungi kisah beunsur sejarah. Contoh: Syair Singapura
Terbakar dan Syair Sultan Maulana
 Syair Kiasan – menggunakan watak binatang utk menyedarkan khlayak melalui
sindiran2 tajam. Contoh: Syair Burung Pungguk, Syair Ikan Terubuk
(4)
3 Nyatakan EMPAT faktor yang telah menyuburkan penulisan cerpen.
. Faktor2 menyuburkan penulisan cerpen
i) Sumbangan media seperti Berita Minggu n Mastika
ii) Sumbangan badan sastera spt Persatuan Penulis Nasional (PENA)
iii) Sumbangan istitusi pendidikan yg mengajar kursus kreatif
iv) Pertambahan bil akhbar n majalah
v) Peraduan n Hadiah Sastera (1971 - 1976)
(4)
4 Jelaskan EMPAT kriteria yang ditetapkan oleh pengarang untuk menetapkan haluan pemikiran ke
. arah melahirkan segala yang dihajati dalam sesebuah karya.
Hala tuju pengarang
i) Berterus terang
ii) Menggunakan cara halus dan kasar
iii) Menumpukan perhatian kpd keindahan
iv) Mementingkan isi semata-mata
(4)
5 Berikan kupasan ringkas tentang indeks dan simbol dalam pendekatan semiotik berserta contoh yang
. sesuai.
i) Indeks – menunjukkan hubungan kedekatan eksistensi. Contoh: wajah ceria
tanda gembira
ii) Symbol – menunjukkan hubungan secara konvensi. Contoh: warna merah
lambang keberanian
iii) Ikon – menunjukkan hubungan keserupaan. Contoh: foto, peta geografi

(4)
(Jumlah: 20)
1
BAHAGIAN B
ARAHAN
Bahagian B mengandungi LIMA soalan. Jawab TIGA soalan SAHAJA. SOALAN Markah
1 (a) Jelaskan maksud novel. ( 10 )
. Novel ditakrifkan sebagai cereka yang berbentuk prosa. Cereka yang disampaikan
itu luas jangkauannya. Maksudnya ialah cerita yang disampaikan itu terdiri atas:
i. Plot yang kompleks;
ii. Watak yang menggerakkan cerita banyak jumlahnya;
iii. Persoalan-persoalan yang dikemukakan bersifat pelbagai; dan
iv. Suasana serta latar ceritanya beraneka.

(b) Terangkan LIMA subgenre sastera rakyat. ( 10 )


Sastera Rakyat
- merupakan cerita rekaan n disampaikan secara lisan dp satu generasi ke
satu generasi. Tidak diketahui penciptanya n dianggap sebagai milik
bersama
1) Cerita Jenaka
- berlatarkan rakyat biasa. Watak2 utama: manusia biasa, bukan golongan
bangsawan atau raja2.
- Latar tempat : kawasan pendesaan. Masyarakat Melayu lama mjd latar
masyarakat cerita jenaka
2) Cerita Binatang
- Cerita teladan yg mengandungi pengajaran secara tersirat. Haiwan diberi sifat-
sifat manusia mjd watak utama
-Tiga jenis cerita binatang dlm kesusasteraan Melayu
a) Cerita asal usul
Kita diberitahu tentang asal usul harimau, beruang dan lain-lain. Kesemuanya
diambil daripada cerita-cerita mitos. Tujuan: untuk memberi pengetahuan dan
pendidikan kepada masyarakat di samping memberi hiburan.
b) Fable
tujuan: memberi teladan dan pengajaran serta nasihat yang berguna kepada
kanak-kanak dan juga orang dewasa. Dengan menggunakan watak-watak dan
perwatakan yang diberikan kepada binatang-binatang tertentu, kritikan
dihamburkan kepada sifat-sifat manusia yang tamak, malas, penipu, kejam, dan
sebagainya. Contoh-contohnya ialah ‘cerita anjing dengan bayang-bayang’ dan
‘arnab berlumba dengan kura-kura’.
c) Beast Epic
-Merupakan cerita binatang yang paling popular di dalam sesebuah masyarakat.
- berpusat kepada satu pelaku atau watak utama sahaja.
-Dalam Epik Binatang Melayu, Sang Kancil atau pelanduk merupakan watak
utamanya. Dua buah epik binatang yang terkenal di dalam masyarakat Melayu
ialah Hikayat Sang Kancil dan Hikayat Pelanduk Jenaka.
3. Cerita Dongeng
- Cerita yg diada2kan
- Terbahagi kepada dua jnis
i) Lipur Lara
ii) Cerita Teladan
4. Lipur Lara
-merupakan naratif rekaan semata-mata.

2
-disampaikan secara lisan dan diturunkan dari satu generasi ke satu generasi yang
lain.
-Lipur lara ialah warisan nenek moyang orang Melayu.
-Pengarangnya tidak diketahui.
5. Cerita Teladan mempunyai struktur yang sama dengan lipur lara. Perbezaan
terletak pada tema dan persoalannya. Plotnya membawa maksud memberi contoh
teladan kepada khalayak
(Jumlah: 20)
2 (a) Nyatakan latar belakang Hamzah Fansuri dengan memberikan LIMA isi penting. ( 10 )
. i) Hamzah Fansuri seorg pujangga Melayu-Islam pd zaman kegemilangan Acheh.
ii) Dilahirkan di Barus, Sumatera Utara.
iii) Terkenal sbg penyair n ahli tasauf.
iv) Ajarannya dittg oleh Sheikh Nuruddin n Abd. Rauf dr Singkel.
v) Sultan Acheh mengarahkan buku2 karangannya dibakar.
vi) Mempelopori genre syair dan kitab yang mengandungi ajaran tasauf
Contoh Hasil Karya: Beliau menulis Syair Perahu, Syair Pungguk, Syair Dagang,
Kitab Sarab al-Asyikin

(b) Huraikan klasikisme. ( 10 )


i) Aliran yg berpegang kpd pemikiran bhw karya sastera mestilah mengutamakan
btk, isi n penuh dgn emosi.
ii) Sgt mementingkan nilai yg terkandung di dlm sesebuah karya.
iii) Pengarangnya patuh kpd konvensi sastera yg sedia ada, tidak kira sama ada
prosa atau puisi
iv) Isi karya dikenal pasti dan matlamat karya juga telah ditentukan
(Jumlah: 20)
3 (a) Berdasarkan pendekatan moral, terdapat empat dasar mengenai karya kreatif. Nyatakan ( 10 )
. EMPAT dasar tersebut.
i) Karya kratif dianggap sebagai sumbangan bg meninggikan tamadun manusia
ii) Karya kreatif menjadi alat utk membangunkan aspek2 kemasyarakatan
iii) Karya kreatif mencemerlangkan pensejarahan sesuatu bangsa
iv) Karya kreatif memajukan moral atau akhlak secara universal

(b) Berdasarkan struktur cereka, kaji maksud dan tumpuan khusus stail. ( 10 )
- stail atau gaya membawa maksud cara yg digunakan pengarang utk mengemukakan
kisahnya berdasarkan sesuatu tema yg mjd pemikirannya dan mengungkap kembali
cerita itu dgn menggunakan media bahasa.
- stail memberi perhatian khusus kpd jalinan cerita berdasarkan
i) diksi – pemilihan kata dan penyusunan kata dlm percakapan atau penulisan
ii) imej – gambaran yg dilukis dgn kata atau kata-kata. Gambaran tersebut tidak
hanya bersifat visual ttpi menyentuh perasaan.
Ada dua jenis imej:
a) Imej terikat ; sesuatu gambaran yg telah dikenali umum dan tidak berubah2 lg
maknanya. Contoh: bunga = anak gadis
b) Imej bebas : imej yg mempunya lebih dr satu makna. Contoh: malam = gelap,
susah, kemelesetan, kemuraman dsb. Terpulang kpd tafsiran
iii) imejan - Kumpulan imej yg menggambarkan sesuatu. Gambaran itu mungkin
bermaksud perbandingan, pertalian, penekanan dan alusi
(Jumlah: 20)
4 (a) Berdasarkan analisis Formalistik, jelaskan pengertian pengajaran, termasuk contoh- ( 10 )
. contoh yang sesuai.

3
- Pengajaran – mesej atau amanat yg disampaikan oleh pengarang melalui
pemaparan aksi n peristiwa dlm cereka. Terbahagi kp 2 btk:
(i) Suruhan – biasanya dimulakan dgn kata ‘hendaklah’
(ii) Larangan – biasanya dimulakan dgn kata ‘janganlah’, ‘usahlah’ dsb
Contoh pengajaran yg dipetik dp cerpen ‘Pusaran’ Karya S. Othman Kelantan
i. Kita hendaklah mengamalkan sikap sayang-menyayangi sesama manusia dan
juga terhadap haiwan. Sikap itu akan mengelakkan kita daripada melakukan
perbuatan yang kejam.
ii. Janganlah keterlaluan ketika melakukan sesuatu. Perbuatan itu akan
menyebabkan kita tidak berupaya bertindak secara rasional jika sesuatu yang
tidak disangka-sangka berlaku.
iii. Usahlah membuat keputusan sendiri jika hal itu memerlukan pandangan orang
lain. Jika kita melakukannya juga, sudah pasti ada pihak yang tidak berpuas hati.
Hal ini akan mendatangkan kemudaratan kepada banyak pihak.

(b) Terangkan LIMA faedah yang diperoleh murid dalam menghayati nilai estetika sesebuah ( 10 )
karya.
a. Menyelami masalah kehidupan dan pengalaman orang lain melalui sesebuah
naratif;
b. Mencontohi penyelesaian masalah kemanusiaan dan kemasyarakatan yang
terdapat di dalam sesebuah cereka. Penyelesaian masalah secara positif dapat
membantu murid-murid berhadapan dengan masalah yang dihadapi di dalam
kehidupan mereka yang sebenar;
c. Memikirkan nilai-nilai baik dan murni yang tersirat di dalam cerita yang
dibaca;
d. Memberi kepuasan dan keseronokan setelah menghayati watak-watak dalam
plot sesebuah cereka; dan
e. Menambah perbendaharaan kata dan membantu murid-murid menghasilkan
karangan atau karya yang menggunakan pelbagai gaya bahasa yang baik.

(Jumlah: 20)
5 (a) Jelaskan konsep kebudayaan. ( 10 )
. - Kebudayaan ialah cara berfikir dan merasa serta menyatakan diri di dalam
seluruh segi kehidupan sekelompok manusia yg membentuk masyarakat, di dalam
suatu ruang dan suatu waktu.
- Kebudayaan juga merupakan kelompok adat kebiasaan, fikiran dan kepercayaan
turun temurun yg dipakai oleh masyarakat pd waktu tertentu utk menghadapi dan
menyesuaikan diri dgn pelbagai situasi yg mungkin timbul; baik dlm kehidupan
individu itu sendiri mahupun dlm kehidupan masyarakat keseluruhannya.
- Disamping itu kebudayaan merupakan pengetahuan manusia yg diyakini
kebenarannya yg merangkumi perasaan manusia serta mjd sumber utk
menilai.Penilaian yg dimaksudkan ilah menentukan baik dan buruk; berharga atau
tidak berharga; bersih atau kotor dsb.
- Antara unsur2 dlm kebudayaan ialah bahasa, system kekeluargaan,
kemasyarakatan, kepercayaan, kesenian, akhlak, peraturan, adapt resam,
keupayaan serta tingkah laku yg terdapat di dalam sesebuah masyarakat
- Sebagai kesimpulan, kebudayaan merupakan cara hidup menyeluruh yang
diterima pakai oleh sesuatu bangsa berasaskan nilai yg dibentuk dlm menentukan
arah dan matlamat mereka.

4
(b) Huraikan erti animisme.
- Animisme merupakan satu bentuk kepercayaan yg terdpt dlm sesebuah masyarakat. ( 10 )
- Animisme membawa pengertian kepercayaan kepada makhluk halus
-Menurut E.B. Taylor, kepercayaan kpd makhluk halus dan roh merupakan asas
kepercayaan beragama yg mula2 tumbuh di alam pemikiran manusia primitive
-Kepercayaan animisme juga merupakan satu bentuk ‘cultural universals’ yg wujud di
kalangan kaum suku primitive
a) Kepercayaan kpd roh dan semangat – terdpt kepercayaan bhw nyawa org yg telah
mati, terutama ug mati dibunuh akan kembali ke dunia dlm btk hantu dan menganggu
manusia. Terdapat jg kepercayaan bhw hubungan antara org hidup dgn arwah datuk
nenek akan reggang jk tidak dipuja. Pemujaan dibuat dlm btk pemberian sajian.
b) Semangat – satu btk kekuatan ghaib yg tidak mempunyai peribadi, ttpi blh memberi
kesan baik dan buruk kpd kehidupan manusia. Org Melayu percaya bh semangat
wujudpd uri, seiap anggota badan, air ludah, keringat, potongan rambut dan kuku,
baying-bayang seseorg, serta bekas tapak kaki seseorg. Kehilangan semangat akan
membawa kecelakaan kpd seseorg dan utk memulihkan semangat, org Melayu akan
menggunakan khimat bomoh atau pawang.
c) Sakti – Kekutan ghaib yg dpt mempengaruhi sesuatudgn cara luar biasa. Contoh: jk
seseorg itu mendapat untung maka keuntungan itu dipercayai diperoleh dgn bantuan
azimat. Kepercayaan kpd kuasa sakti mendorong penggunaan tangkal sbg pelindung
diri.
d) Pantang larang (taboo) – Berasal dp kepercayaan kpd kuasa ghaib. Org yg
meyakininya percaya bhw benda buruk akan berlaku jk pantang larang dilanggar.
Misalnya, dilarang membakar tempurung apb padi sedang bunting; jk dilanggar, padi
akan dimakan tikus. Contoh lain; anak dara dilarang duduk di muka pintu krn
dipercayai sukar mendpt jodoh.
e) Ruang Laluan (Rites de Passage) –disebut jg Transisi ritual. Upacara tertentu
diadakan apb perubahan hidup atau masa berlaku didlm diri individu.

(Jumlah: 20)

BAHAGIAN C
ARAHAN
Bahagian C mengandungi DUA soalan. Jawab SATU soalan SAHAJA.

1. Terangkan penilaian struktural terhadap cerita Lebai Malang. (Jumlah: 20)


Analisis Struktural – Cerita Lebai Malang
Kaedah pendekatan struktural berprinsip bahawa karya sastera dibina daripada unsur yang
tidak boleh berdiri sendiri. Oleh sebab itu, setiap satu unsur dalamannya saling berkaitan
antara satu sama lain dalam satu kesatuan yang kukuh.
Penilaian Struktural Terhadap Cerita Lebai Malang
Cerita Lebai Malang (CLM) bertemakan nasib malang yang bertimpa-timpa. Persoalan (dalam
bentuk motif) yang menyokong tema itu ialah kegagalan.
Lebai Malang tidak memperoleh apa-apa di ketiga-tiga tempat kenduri, kecuali lempeng
kerana gagal menepati masa. Dia kehilangan lempeng (dilarikan anjing) kerana gagal
menyimpannya dengan betul. Dia kehilangan nira kerana gagal mengawal perasaan. Dia
bertelanjang bulat kerana gagal menggunakan pakaiannya dengan betul (menyumbat
lubang/kemudian dilarikan orang semasa mengejar anjing yang keluar dari lubang
bersebelahan).
Dia kehilangan dua ekor burung punai yang dikepit di celah ketiaknya kerana gagal
menggunakan teknik yang betul untuk menangkapnya. Akhirnya, dia dipukul isteri dengan
kayu api kerana gagal beradab (pulang bertelanjang bulat). Namun demikian, Lebai Malang
5
reda dan bersyukur walaupun ditimpa pelbagai musibah.
Plot, perwatakan dan motif di dalam CLM merupakan unsur yang fungsional dalam
pembentukan cerita. Kesemuanya memberi impak yang jitu kepada tema cerita. Jika kita
menarik keluar mana-mana episod atau peristiwa atau tokoh daripada CLM, cerita yang
terbangun itu akan rosak.
Secara tersurat, cerita ini mengajar khalayak supaya mengamalkan semangat bermasyarakat,
bersyukur, serta reda menerima ketentuan Allah. Secara tersirat, khalayak diajar supaya
membuat keputusan yang bijaksana bagi mengelakkan kesan negatif menimpa diri. Di
samping itu, khalayak juga diajar supaya menepati masa dan merancang sesuatu dengan rapi.
Lebai Malang sampai ke semua tempat setelah acaranya selesai. Hal itu tidak akan berlaku
andai kata segala-galanya dirancang dengan baik. Misalnya, pergi ke satu atau dua tempat
sahaja bersesuaian dengan jarak, masa dan keadaan yang akan dihadapi. Seperkara lagi,
khalayak diseru menyisihkan sikap panas baran kerana sikap demikian menyeksakan diri
sendiri dan orang lain. Oleh sebab itu, sebelum mengambil tindakan, kita hendaklah
menentukan kedudukan sesuatu perkara itu terlebih dahulu.

2. Rumuskan kepercayaan dan adat istiadat.


a) Kepercayaan
- sejarah perkembangan budaya semua bangsa di dunia ini bermula dgn animisme, iaitu
satu btk pemikiran primitive yg berkaitan dgn kepercayaan kpd makhluk halus, roh
semangat, sakti, pantang larang dsb.
- Bg org Melayu, peringkat kedua di dlm perkembangan budayanya terisi dgn cara hidup
yg berlandaskan Islam
- Para penyelidik cenderung beranggapan sebelum kedatangan agama Islam, telah wujud
kebudayaan Hindu-Buddha yg seragam di semua bhgian Asia Tenggara yg dicorakkan
oleh kerajaan purba Kemboja (Funan) dan Kepulauan Melayu (Srivijaya dan
Majapahit).
- Para penyelidik jg cenderung beranggapan, bahasa n kebudayaan yg diamalkn oleh
masyarakat Melayu pd masa ini mendapat jti dirinya sempena kerajaan Melayu (Jambi)
yg diasaskan oleh kerajaan Srivijaya.
b) Adat Istiadat
- Adat istiadat merujuk kpd acara yg dilakukan secara formal di dalam masyarakat
Melayu
- Pelaksaannya melibatkan lebih dp seorang individu, begitu juga dgn jumlah yg
menyaksikannya
- Istiadat ialah acara yg dilakukan mengikut susunannya yg tertentu di dm konteks
budaya, social dan upacara amalnya bukan merupakan amalan agama
- Contoh adapt istiadat: itiadat pertabalan raja dan istiadat persandingan.
- Istiadat adalah berbeza mengikut tempat, status dll

(Jumlah: 20)

Anda mungkin juga menyukai