Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Kru produksi adalah mereka yang bertanggungjawab dalam pengurusan produksi iaitu
proses perancangan, penyusunan dan pengarahan untuk mencapai matlamat pementasan.
Saya bersetuju dengan pernyataan di atas kerana kerjasama kru produksi sememangnya
penting dalam kejayaan sesuatu pementasan. Hal ini demikian kerana pelakon dan tenaga
kru produksi harus memahami konsep dan aliran persembahan yang hendak dipentaskan.
Setiap kru produksi masing-masing mempunyai peranan yang penting dalam memastikan
kelancaran pergerakan sesuatu pementasan agar berjaya menarik perhatian penonton dan
peminat teater. Sebagai contoh, pereka tatacahaya berperanan untuk menghasilkan konsep
rekaan, ruang tempat dan lokasi yang perlu dipancarkan dengan sebaik-baiknya. Selain itu,
hubungan kerja dalam pasukan memerlukan disiplin dan ketahanan fizikal yang baik. Jika
kerjasama tidak dapat dbentuk, pasti sukar untuk memastikan kelancarakn pengurusan
proses pementasan berjalan dengan lancar. Contohnya, pereka latar sets dan perkea props
hendaklah bekerjasama menggunakan daya imaginasi dan kreativiti serta mempunyai
kesepakatan agar segala idea, rekaan dan binaan set yang dihasilkan tidak mencacatkan
persembahan pentas.
Seterusnya, seluruh kru produksi harus memberikan komitmen terhadap tugas dan
tanggungjawab semasa proses kerja produksi dalam pementasan drama bagi mencapai
tahap kualiti persembahan. Contohnya, sesebuah pementasan drama yang berkualiti dan
berjaya pastinya mendapat sambutan daripada ramai penonton. Antara tugas-tugas tenaga
kerja produksi yang terlibat termasuklah:
1. Pengurus Produksi
2. Pengarah Produksi
3. Pengurus Pentas
6. Penata Rias
7. Penata Bunyi / Muzik
8. Pereka Props
2) Pengarah Produksi
Orang yang bekerja paling rapat dengan pelaku. Pengarah membangunkan konsep
produksi, menjelaskan kepada pelaku-pelaku, membantu pelaku mewujudkan peranan dan
watak-watak dan menggarap keseluruhan persembahan produksi. Pengarah adalah
seorang yang menerajui sebuah produksi yang melibatkan kerja-kerja teknikal dan proses
kreatif. Merupakan pemimpin kepada sekumpulan tenaga kerja pentas bagi melaksanakan
kehendak kesenian yang menepati ilusi dan kreativiti. Maka itu seorang pengarah harus
jelas terhadap kerja seni yang hendak disempurnakan. Pengarah juga perlu mempunyai
cara komunikasi yang boleh difahami oleh semua yang terlibat dengan produksinya.
Bertanggungjawab untuk mereka cipta bentuk latar pentas sama ada ringkas atau kompleks
dan setiap latar mempunyai reka bentuknya. Susun atur set, tinggi dan rendahnya, tanpa
atau berset adalah dari sudut pandangan pereka bentuk latar. Bersifat latar hias yang
menggambarkan tempat, masa dan status, sama ada di luar atau di dalam dewan, set perlu
disediakan sebelum pementasan bermula. Terdapat pelbagai jenis dan rupa set bergantung
pada kehendak pementasan dan citarasa perekanya. Pereka bentuk latar perlu mengetahui
tentang set dari peringkat ilusi membawa ke realiti.
Reka bentuk kostum bermaksud apa-apa sahaja bentuk pakaian yang dipakai oleh pelaku di
atas pentas. Pereka bentuk kostum bertugas mencipta atau menentukan apakah kostum
dan bahan yang sesuai untuk digunakan bagi sesebuah produksi dengan menitikberatkan
konsep yang telah ditetapkan. Pemilihan warna hendaklah diselaraskan dengan latar/set
dan pencahayaan agar tidak bercanggah dengan kemahuan pementasan. Pemilihan
pakaian juga hendaklah memberi keselesaan kepada para pelaku (si
pemakai). Pengurusannya memerlukan penelitian dan perapian kerana melibatkan urusan
bahan seni dan kreatif. Selain itu, pengendali terhadap mesin dan teknikal juga perlu
dititikberatkan.
Mencipta dan menentukan apakah bentuk kesan bunyi yang digunakan dalam
persembahan. Latar bunyi yang dicipta hendaklah bersesuaian dengan konsep serta
kemahuan pengarah persembahan.
10) Pengurus Artis
Bertanggungjawab untuk memastikan bahawa setiap pelaku serta ahli produksi yang terlibat
berada di tempat latihan pada masa yang telah ditetapkan. Sekiranya pelaku tidak tepat
pada masanya, pengurus artis akan bertugas untuk mendapatkan pelaku tersebut untuk
berada di tempat yang sepatutnya. Pengurus artis bertanggungjawab untuk memaklumkan
kepada pengarah sama ada semua pelaku dalam produksi sudah sampai ataupun belum di
lokasi supaya dapat latihan dimulakan. Pengurus artis wajib menyimpan nombor
perhubungan dan data semua ahli produksi seperti alamat (jika diperlukan).
11) Petugas Lokasi (Runner)
Bertugas untuk memastikan semua bekalan yang diperlukan berada dan ada pada masa
yang diperlukan oleh pengarah dan kesemua produksi. Sekiranya tidak, maka
tugas runner untuk pergi mendapatkannya.