Anda di halaman 1dari 32

Cetakan Pertama: 2004

Cetakan Kedua : 2007


Cetakan Ketiga : 2012
Cetakan Keempat : 2016
Cetakan Kelima : 2017

Hakcipta terpelihara. Tidak dibenarkan mencetak ulang sebahagian atau


keseluruhan kandungan buku ini dengan cara apa dan bagaimanapun,
sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman dan lain-lain
sebagai dan sejenisnya sebelum mendapat izin bertulis daripada
pengarang. Urusan mengenai ini tertakluk kepada perundingan yang
bersangkutpaut dengan royalti dan perundang-undangan yang berlaku.

Diterbitkan oleh:

No: 38 Jalan Batu Geliga Satu,


Taman Melewar, 68100,
Kuala Lumpur. MALAYSIA
No. Tel : +603-61883790 / +603-61897231

dan;

No: 16-1, Jalan Setiawangsa 8,


Taman Setiawangsa,
54200, Kuala Lumpur. MALAYSIA.
No. Tel: +603-42656444
No. Faks : +603-42656446
‫أ‬ =a ‫ز‬ =z ‫ق‬ =q

‫ب‬ =b ‫س‬ =s ‫ك‬ =k

‫ت‬ =t ‫ش‬ = sy ‫ل‬ =l

‫ث‬ = ts ‫ص‬ = sh ‫م‬ =m

‫ج‬ =j ‫ض‬ = dh ‫ن‬ =n

‫ح‬ =h ‫ط‬ = th ‫و‬ =w

‫خ‬ = kh ‫ظ‬ = zh ‫هـ‬ =h

‫د‬ =d ‫ع‬ =‘ ‫ء‬ =‘

‫ذ‬ =z ‫غ‬ = gh ‫ي‬ =y

‫ر‬ =r ‫ف‬ =f
Tanda-tanda yang digunakan dalam buku ini adalah sebagai yang
berikut:

1. (….) - Digunakan untuk penjelasan maksud perkataan yang


sebelum atau di belakangnya. Adakalanya juga digunakan
untuk persamaan erti.

2. ( ….. pen: ) - Perkataan “pen” bermaksud “penulis”.

3. [….] - Digunakan untuk sisipan tambah huruf atau perkataan


atau kalimat yang tidak terdapat dalam manuskrip atau teks
asal. Contoh sisipan atau tambahan pada huruf seperti
perkataan: “upama” (dalam teks) ditambah sisipan “m”, maka
menjadi “u[m]pama”. Contoh sisipan atau tambahan kalimat
berikut: “yang kurang pandai [yang terdiri] daripada segala
tuan….”.
SELAMAT menyambut bulan Ramadhan dan Syawal 1428
Hijriyah. Dalam rangka kedua-dua bulan yang barakah tersebut,
kali ini Koleksi Amalan Islam Siri 6 muncul dalam pelbagai bentuk
amalan, shalat sunat dan lain-lain yang terdapat dalam kedua-dua
bulan itu.

Siri ini dimulai dengan Sembahyang Sunat Malam Pertama Ramadhan


dan Siangnya. Dilanjutkan dengan Sembahyang Malam Yang
Kesepuluh Ramadhan dan Siangya, Sembahyang Malam Nishfu
Ramadhan dan Siangnya, Sembahyang Malam Nishfu Ramadhan dan
Siangnya, Sembahyang Malam yang Kedupuluh Ramadhan dan
Siangnya, Sembahyang Malam Lailatul Qadar dan Sembahyang Malam
Yang Ketigapuluh Ramadhan dan Siangnya.

Selain yang tersebut, di dalam siri ini juga dibicarakan Sembahyang


Sunat Ramadhan (hlm.8).Bahawa Sembahyang Sunat Ramadhan belum
saya dijumpai dalam kitab-kitab Melayu/Jawi, terkecuali hanya
disebut oleh Syeikh Ahmad Khathib bin 'Abdul Latif al
Minankabawi di dalam karyanya berjudul ar-Riyadh al-Wardiyah
)‫(الرايض الوردية‬.

Bahagian kedua, Koleksi Amalan Islam Siri 6 ini juga membicarakan


amalan-amalan dalam bulan Syawal, di antaranya ialah
Sembahyang Sunat Malam Fithrah dan Siangnya.

Sekianlah MUQADDIMAH ringkas KOLEKSI AMALAN ISLAM


SIRI 6, tiada lupa al-Fatihah dan khusus doa untuk para ulama
yang dipetik ilmunya yang dimuat dalam risalah ini.

"Mudah-mudahan kita sama-sama berusaha dapat mempertingkatkan


pelbagai amalan, shalat sunat, zikir, tasbih, tilawah al-Quran, shalawat
dan lain-lain sejenisnya, dalam bulan Ramadhan yang Mubarak tahun
ini, 1425 H. memperoleh keredhaan Allah. Amin, ya Rabbal 'Alamin!!!"
Kuala Lumpur, hari Khamis, Jam 9..35
29 Sya'ban 1425 H/
14 Oktober 2004 M

Wassalam
Haji Wan Muhammad Shaghir Abdullah
AMALAN-AMALAN
DALAM BULAN RAMADHAN

Tok Kelaba al Fathani menulis, "Yang pertama, barangsiapa


membaca pada awal malam daripada bulan Ramadhan,
‫إّنَاافَتَ ْحنَ َ َا‬, di dalam tathauwu', niscaya dipelihara dia
akan surah ‫اال‬
ِ
oleh Allah Ta'ala pada demikian tahun itu, dan daripada Allah
penolongan. Seperti demikian telah meriwayat akan dia oleh Ibnu
Mas'ud." (Hadaiqus Shalawat, hlm. 1056-1057).

Tulisan beliau selanjutnya, "Dan pada pertama harinya itu,


ia sembahyang bagi empat rakaat, membaca pada tiap-tiap akan
Fatihah sekali, dan ayatul Kursi lima kali. Kemudian daripada
sembahyang itu, ia membaca akan ayatul Kursi sekali." (Hadaiqus
Shalawat, hlm. 1057).

Tok Kelaba al-Fathani menyambung tulisannya, katanya,


"Dan pada riwayat Abi Sai'd al-Khudri dan Abi Hurairah
Radhiyallahu 'anhuma. [bahawa] pada pertama malam itu
dua rakaat, membaca ia pada tiap-tiap rakaat akan Fatihah sekali,
dan ayatul Kursi tujuh kali, dan al-Ikhlas, dan Mu'auwizatain,
tia-tiap satu lima kali. Dan ia membaca kemudian daripada taslim
akan ayatul Kursi tujuh kali, dan shalawat atas Nabi pula.

Dan pada hari yang kesepuluh, empat rakaat. Membaca ia pada


ْ ‫قُ ْل ايَآ ا َأُّيه َا‬, dan al-Ikhlas
tiap-tiap rakaat Fatihah sekali, dan‫اإل ََك ِف ُر ْو َن ا‬
sepuluh kali.

Yang ketiga, pada malam nishfunya (lima belas Ramadhan,


pen:), empat rakaat, pada tiap-tiap rakaat [membaca] Fatihah
sekali, dan [surah] al-Ikhlas sepuluh kali.

Dan pada hari nishfunya (lima belas Ramadhan, pen:), dua


belas rakaat, pada tiap-tiap rakaat [membaca] Fatihah sekali, dan

1
ayatul Kursi sekali, dan ‫ إّنَ ا َأ ْن َزلْنَا ُها‬tiga kali. Dan kemudian daripada
ِ
sembahyang [hendaklah] ia membaca ayatul Kursi sepuluh kali.

Yang keempat, pada malam dua puluh daripadanya, dua


rakaat, pada tiap-tiap rakaat [membaca] Fatihah sekali, dan
[surah] ‫( يس‬Yasin) sekali. Dan kemudian daripada sembahyang
[hendaklah] membaca ayatul Kursi tiga kali, dan shalawat atas
Nabi tiga kali.

Dan pada [siang hari] yang dua puluh daripadanya, ertinya


daripada Ramadhan, dua rakaat, pada tiap-tiap rakaat
[membaca] Fatihah sekali, dan ayatul Kursi, dan‫قُ ْل ايَآ ا َأُّيه َااإلْ ََك ِف ُر ْو َن ا‬
dan [surah] al-Ikhlas, [tiap-tiap ayat dan surah baca] sekali,
sekali. Dan kemudian daripada sembahyang [hendaklah]
membaca [surah] al-Ikhlas sepuluh kali, dan shalawat atas Nabi
sepuluh kali.

Yang kelima. Sembahyang pada [malam] Lailatul


Qadar."Tok Kelaba al Fathani menulis, "Daripada Ibnu 'Abbas
Radhiyallau 'anhuma, daripada Nabi S.A.W, bahawasanya ia
bersabda:

‫اِت ِة ْاإل ِكتَ ِابا َم َرة ًَاو ْإْلخ ََْل ِص َاس ْاب َعا َم َر ٍإٍ افَا ََإا‬ ‫َم ْن َاص ََّل ِاِفالَ ْي َ َِلاإلْقَدْ ِر َار ْك َع َت ْ ِْياي َ ْق َر ُأ ِاِف ُ ِ ل‬
َ ِ ‫اك َار ْك َع ٍةا ِب َف‬
ِ
‫اهللا َ ُاَل َاو ِ َِلب َ َويْ ِها‬ ِ
ُ ‫اهللا َاو َأت ُْو ُب اإلَ ْي ِه َاس ْاب ِع ْ َْي ا َم َرةًافَ ََل اي َ ُق ْو ُم ا ِم ْن ا َم َقا ِم ِه ا َح ََّت اي َ ْغ ِف َر‬َ ‫ا َأ ْس َت ْغ ِف ُر‬:‫َس َ ََّل اي َ ُق ْو ُل ا‬
َ ْ ‫اإِل ْْش ََار َاويَبْنُ ْو َن َ ُاَل اإلْ ُق ُص ْو َر َاو ُ ُْي ُر ْاو َن‬
‫اإِلْنْ َ َارا‬ َ ْ ‫اهللا اتَ َع َاَل ا َملئِ َك ِة اإ ََل اإلْ ِجِ نَ ِان اي َ ْغ ِر ُس ْو َن َ ُاَل‬ ُ ‫َوي َ ْب َع ُث‬
ِ
‫﴾ ا‬7501-7501‫إل ُاُكَ ُاه ﴿صا‬ َ ِ ََ ‫َو َْل َ َْي ُر ُجا ِم َناإدله نَْاياا َح ََّتايَ َرىا‬
(Hadaiqus Shalawat, hlm. 1057-1058)

Ertinya: " Barangsiapa sembahyang pada Malam Qadar, dua


rakaat, ia membaca pada tiap-tiap rakaat dengan Fatihah al-Kitab
sekali, dan [surah] al-Ikhlas tujuh kali, maka apabila salam ia
mengucap ‫هللا َاو َأت ُْو ُب اإل َ ْي ِاه‬
َ ‫ َأ ْس َت ْغ ِف َر‬tujuh kali, maka tiada ia berdiri
ِ
daripada tempatnya hingga diampun [oleh] Allah baginya, dan
bagi dua ibu bapanya. Dan dibangkit[kan] [oleh] Allah Ta'ala

2
akan beberapa Malaikat kepada segala syurga, yang mereka itu
menanam baginya akan segala pohon kayu. Dan mereka itu
me[m]bina baginya ma[h]ligai, dan mereka itu melari akan segala
sungai. Dan tiada ia keluar daripada dunia hingga ia melihat akan
demikian itu sekeliannya. [Tersebut] seperti demikian itu di
dalam Ihya' ['Ulumid Din]."

Selanjutnya Tok Kelaba menjelaskan, " Dan kata Imam Abu


al-Laits Rahimahullah, "Sekurang-kurangnya sembahyang
Lailatul Qadar itu dua rakaat. Dan sebanyak-banyaknya itu
seribu rakaat. Dan pertengahannya itu seratus rakaat. Dan
pertengahan bacaan pada tiap-tiap rakaat itu bahawa ia membaca
kemudian daripada Fatihah, ialah ‫ إّنَ ا َأ ْن َزلْنَاُاه‬sekali, dan ‫اهللا ا َأ َحدا‬
ُ ‫قُ ْل اه َُو‬
ِ
tiga kali, dan ia memberi salam [kemudian] daripada tiap-tiap
tiap-tiap dua rakaat. Dan [hendaklah] ia mengucap shalawat
atas Nabi S.A.W kemudian daripada taslim. Dan [hendaklah] ia
berdiri hingga sempurna barang yang dikehendakinya daripada
seratus, atawa terlebih sedikit, atawa terlebih banyak. Dan
memada[ilah] pada kelebihan sembahnyangnya itu barang yang
dinyata oleh Allah daripada besar kadarnya dan barang yang
dikhabar oleh Rasulullah 'alaihish Shalatu was Salam dengan dia
daripada fadhilat berdirinya …" (Hadaiqus Shalawat, hlm.1058).

Yang keenam, pada malam tiga puluh daripada Ramadhan,


dua belas rakaat, pada tiap-tiap rakaat [membaca] Fatihah sekali,
dan ayatul Kursi sepuluh kali, dan ‫ إّنَ ا َأ ْن َزلْنَاُاه‬pula, dan ‫اهللا ا َأ َحدا‬
ُ ‫قُ ْل اه َُو‬
ِ
dua puluh lima kali. Dan kemudian daripada salam [hendaklah]
ia shalawat atas Nabi S.A.W dua puluh lima kali". (Hadaiqus
Shalawat, hlm. 1059).

3
LAILATUL QADAR
DAN PELBAGAI AMALAN DI DALAMNYA

Khusus mengenai sembahyang Lailatul Qadar, Syeikh Daud


bin 'Abdullah al-Fathani dalam Jam'u al-Fawaid menulis,
"Dan bersalah-salahan 'ulama' pada malam Lailatul Qadar, maka
kebanyakan 'ulama' atas bahawasanya pada malam tujuh likur.
Dan barangsiapa sembahyang pada malam itu empat rakaat
dibacanya Fatihah, dan‫ َإلْه َُاُكُ اإلتََكَثُر‬, dan ‫اهللا ا َأ َحدا‬
ُ ‫ قُ ْل اه َُو‬tiga kali,
dimudahkan [oleh] Allah Ta'ala atasnya sakaratul maut, dan
diangkatkan daripadanya seksa kubur, dan diberikan dia empat
tiang daripada nur, di atas tiap-tiap tiang itu seribu ma[h]ligai".

Tentang terjadinya Lailatul Qadar, Syeikh Daud bin


'Abdullah al-Fathani dalam kitab yang sama menulis
selanjutnya, "Kata Imam Syafi'ie, iaitu pada malam dua puluh
satu. Kata setengah 'ulama' pada dua puluh tiga .dan kata qila,
dua puluh lima, dan kata qila, dua puluh Sembilan, dan kata qila
tiada tertentu, tetapi adalah di dalam sepuluh yang akhir."

Selain yang tersebut di atas Lailatul Qadar, Syeikh Daud bin


'Abdullah al-Fathani, menyebut, "Kata Shahibut Tanbih R.A,
bahawa huruf Lailatul Qadar [itu] Sembilan huruf. Maka Allah
Ta'ala menyebut tiga kali. Maka dipukul (dikali/dharab, pen:)
tiga kepada Sembilan, jadi dua puluh tujuh. Kata Ibnu Abi
Hurairah, ia menuqil daripada bapaknya, ia menuqil daripada
Syeikh Abi al-Hasan, katanya: " Masa [a]ku baligh tiada luput
bagiku daripada mendapatkan malam Lailatul Qadar, "Maka
apabila adalah awal Ramadhan hari Ahad, maka iaitu pada malam
dua puluh sembilan, maka jika [adalah awal Ramadhan] pada
hari Isnin, maka iaitu pada [malam] dua puluh satu. Atau Selasa
[awal Ramadhan], maka [iaitu pada malam] dua puluh tujuh.
Atau Rubu' (Rabu, pen:) [awal Ramadhan], maka [iaitu pada
malam] dua puluh Sembilan pula, seperti pada malam Ahad.
Atau Khamis [awal Ramadhan], maka [iaitu pada malam] dua

4
puluh lima. Atau Jum'at [awal Ramadhan], maka [iaitu] pada
malam dua puluh tujuh pula seperti Selasa.Atau Sabtu [awal
Ramadhan], maka [iaitu pada malam] dua puluh tiga.Wallahu
a'lam".(Jam'ul Fawaid, hlm. 113). Lebih jelas lagi Syeikh
Daud bin 'Abdullah al Fathani juga menulis mengenai di
atas dalam karya beliau judul Buhgyatuth Thullab‫(بغيةاإلطَلب)ا‬,
jilid 2, hlm. 131-132, disebutkan bahawa praktik demikian
dikerjakan oleh 'ulama' Shufi seperti Syeikh Abu Bakar al-
Maghribi, Imam al-Ghazali, dan lain-lain.

Syeikh Daud bin 'Abdullah al-Fathani, menyebut pula


bahawa terdapat hadits dari 'Aisyah Radhiyallahu 'anha, dia
berkata, " Sabda Nabi S.A.W, "Barangsiapa me[ng]hidupkan
malam Lailatul Qadar, dan ia sembahyang padanya dua rakaat,
dan ia minta ampun padanya akan Tuhannya, [niscaya]
diampunkan dia [oleh] Allah Ta'ala. Dan ia masuk di dalam
rahmat-Nya. Dan disapu akan dia oleh Jibril, dan barangsiapa
disapukan dia [oleh] Jibril dengan dua sayapnya, masuk syurga.
Dan adalah Jibril itu me[n]syafa'at baginya pada hari kiamat".
(Jam'ul Fawaid, hlm.113).

Menghidupkan malam Lailatul Qadar selain melakukan


sembahyang sunat, Syeikh Daud bin 'Abdullah al-Fathani
menyebut pula bahawa …" Barangsiapa berkata ‫ ِل اإ َ ََل اإ َْل اهللا‬tiga
ِ ِ
kali pada malam Lailatul Qadar diampunkan [oleh] Allah
baginya dengan satu kalinya, dengan memasukkan syurga-Nya,
dengan yang keduanya, dan yang ketiganya, meridhakan daripada
Tuhannya". Dan ditanya Rasulullah S.A.W, "Dan jika ada
[dia] munafiq?" maka ia bersabda, "Demi Tuhan, diriku pada
tangan-Nya, bahawasanya Lailatul Qadar itu ia berat di atas
orang yang munafiq, dan orang kafir. Hingga adalah di atas
belakangnya seperti muatan ditanggungnya yang amat
berat.Maka tiada kuasa ia menyebut [a]kan Allah Ta'la…"
(Jam'ul Fawaid, hlm. 115).

5
Dalam Jam'ul Fawaid )‫(مجع اإلفوإئد‬ juga, Syeikh Daud bin
'Abdullah al-Fathani, mentafsirkan ayat ‫ت َ َََن َل اإلْ َم َلئِ َك ِة َاو هإلر ْو ُحا‬
dalam surah al-Qadar, dengan perbandingan pelbagai tafsir,
kata beliau, "Kata qil, "Ruh" itu [ialah] Jibril 'Alaihis Salam.
Kata qila, iaitu "Ruh Muhammad S.A.W", minta izin akan
Tuhannya pada malam itu, dan memberi salam atas segala
Mu'minin Mu'minat, [d]ia me[n]syafa'atkan atas mereka itu.
Kata qila, "Ruh segala kerabatnya yang sudah mati dahulu", dan
berkata mereka itu, "Hai Tuhanku, izinkan bagi kami, kami turun
kepada tempat kami hingga kami lihat akan anak kami, danisi
rumah kami".

Maka turunlah mereka itu, dan berhenti mereka itu pada tiap-tiap
pintu rumah mereka itu, dan berkata mereka itu, "Kamu kasihani
atas kami pada malam ini dengan sedekah, dan dengan suap
makanan. Maka bahawasanya kami sangatlah berkehendak
kepadanya. Maka jika kamu bakhil, maka kamu ingat [a]kan
kamidengan dua rakaat daripada sembahyang pada malam yang
berkat ini. Adakah seorang daripada kamu ingat [a]kan kami?
Adakah seorang yang kasihan akan kami? Adakah daripada
seorang yang ingat akan dagang kami, hai orang yang duduk pada
kampung kami? dan orang yang berkahwin akan perempuan
kami. Dan orang yang duduk di dalam keluasan ma[h]ligai, dan
kami di dalam kepicikan kubur kami. Dan hai orang yang
me[ng]hina [a]kan anak yatim kami, dan yang me[ng]halal
[a]kan [h]arta kami, adakah daripada kamu seorang memikirk[an]
di dalam dagang kami, dan meluaskan kami di dalam kepapaan
kami ? Suratan kami sudah tergulung, dan suratan kamu lagi
terbuka …" (Jam'ul Fawaid, hlm. 116).

Dari petikan yang disebut oleh Syeikh Daud bin 'Abdullah


al-Fathani di atas, dapat diambil kesimpulan bahawa orang
yang hidup perlu mengirim amalan berupa bacaan al-
Quran, tahlil, doa, sedekah dan lain-lain, kepada sanak saudara
dan sahabat-sahabatnya yang telah meninggal dunia.

6
Nampaknya pada malam-malam yang penuh barakah
seperti malam Lailatul Qadar, malam Jum'at, dan seumpama
dengannya lebih mendapat galakkan, diutamakan dan
ditunggu-tunggu oleh ahli kubur.

Setelah muncul Tajdid I Reformis Islam, mereka terlalu


lantang membid'ahkan tentang tahlil untuk orang mati. Walau
bagaimanapun mengenai itu perlu dibahas dengan
memperhatikan kategori bid'ah itu sendiri kerana ulama kita
yang terdahulu telah membahas perkara itu. Bahawa ada 5
bahagian yang dinamakan itu, ialah bid'ah yang wajib, bid'ah
yang haram, bid'ah sunat, bid'ah yang makruh, bid'ah yang
mubah atau bid'ah yang harus. Disingkatkan dari tulisan
Syeikh Ahmad Khathib bin 'Abdul Lathif al-Minankabawi
yang agak panjang yang beliau tulis di dalam ar-Riyadh al-
Wardiyah )‫ (إلرايضاإلوردية‬, katanya, "Tanbih, bermula memperbuat
wahsyah )‫(وحشة‬, ertinya berhimpun-himpun pada rumah mayat,
tiga malam kerana mengaji, dan menujuh hari, dan meratus hari,
maka segala itu bid'ah, dan tiada jadi ia haram. Melainkan jika
diperbuat daripada harta anak yatim atau daripada harta mayat
yang ada atasnya [h]utang dan serta keadaannya bid'ah. Jika
diniatkan dengan makan-makan itu akan sedekah, dan
dijadikannya akan pahalanya bagi mayat, dan dengan bacaan
tahlil akan hadiah pahalanya kepada mayat, maka niscaya sampai
pahalanya bagi mayat…" (ar-Riyadh al-Wardiyah, hlm. 101).

Petikan ini adalah merupakan jawaban ringkas dari


pelbagai kecaman golongan yang menolak tahlil untuk
orang mati. Jawaban yang lebih lengkap dan petikan dari
pelbagai pendapat ulama yang lain insya Allah akan
diusahakan jika pada satu ketika nanti yang mendesak
diperlukan.

7
SEMBAHYANG SUNAT RAMADHAN

Sembahyang Sunat Ramadhan belum dijumpai ditulis oleh


ulama dunia Melayu, terkecuali hanya disebut oleh Syeikh
Ahmad Khathib bin 'Abdul Lathif al-Minankabawi di dalam
karyanya berjudul ar-Riyadh al-Wardhiyah )‫(إلرايضاإلوردية‬.

Tulisan beliau mengenai yang tersebut selengkapnya, "Dan


Keenam1, Senbahyang Tarawih, iaitu dua puluh rakaat, tiap-tiap
dua rakaat dengan salam. Dan iaitu pada kemudian Sembahyang
Isyak, pada tiap-tiap malam Ramadhan. Dan ketujuh,
Sembahyang Sunat Ramadhan, iaitu tiga rakaat, atau lima, atau
tujuh, atau Sembilan, atau sebelas. Ada pun [Sunat] Witir lain
[Sunat] Ramadhan, maka tiada disunatkan padanya berjama'ah".
(ar-Riyadh al-Wardhiyah, hlm. 57). Di sini dapat disimpulkan
walaupun pada praktiknya Sunat Ramadhan dalam bentuk
yang sama dengan Sunat Witir, namun menurut Syeikh
Ahmad Khathib bin 'Abdul Lathif al-Minankabawi kedua-
dua jenis sembahyang sunat itu adalah tidak sama. Jadi
perbezaannya terletak pada niat, apakah yang akan
mengerjakannya berniat untuk Sunat Witir atau pun berniat
untuk Sunat Ramadhan.

1. Yang dimaksudkan dengan “Dan keenam… juga Dan ketujuh…” di petikan ialah
di bawah senarai sembahyang sunat yang disunatkan berjemaah, terdapat 7 jenis.
Ada pun sembahyang sunat yang tidak disunatkan berjamaah disebut beliau
sebanyak 23 jenis.

8
SEMBAHYANG SUNAT TARAWIH

Sebagaimana telah dipetik tentang Sembahyang Sunat


Tarawih yang disebut oleh Syeikh Ahmad Khathib bin
'Abdul Lathif al-Minankabawi di atas, ialah dua puluh
rakaat. Di sini saya petik tulisan Syeikh Daud bin 'Abdullah
al-Fathani dari kitab beliau Bughyatuth Thullab, )‫(بغية اإلطَلب‬
jilid 1, hlm. 170, kata beliau, "…Tarawih Ramadhan, iaitu dua
puluh rakaat pada tiap-tiap malam Ramadhan. Dan tiada harus
dilebih daripadanya, iaitu lima tarawih. Tiap-tiap empat rakaat
satu tarawih, melainkan ahli al-Madinah, maka harus baginya
tiga puluh enam. Tetapi menyimpankan (memendekkan, pen:)
dua puluh afdhal daripadanya… Dan tiada harus dikerjakan
[Sembahyang Sunat] Tarawih empat rakaat satu malam, supaya
jangan menyerupai sembahyang fardhu. Dan jika dikerjakan
demikian itu tiada sah. Dan waktunya antara sembahyang Isyak
dan terlebih fajar…"

Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani di dalam


karya beliau berjudul 'Unwan al-Falah )‫ (عنوإن اإلفَلح‬tentang
Sunat Tarawih, menulis, "Dan daripadanya Sembahyang
Tarawih, iaitu dua puluh rakaat, tiap-tiap dua rakaat satu malam,
pada tiap-tiap daripada Ramadhan. Dan waktunya seperti waktu
Witir, dan disunatkan padanya berjama'ah".('Unwan al-Falah,
hlm. 31).

Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani di dalam


karya beliau berjudul Bisyarah al-'Amilin wa Nazah al-Ghafilin
)‫(بشارة اإلعاملْي اونذإرة اإلغافلْي‬, mengungkapkan tentang sejarah
Sembahyang Sunat Tarawih, selengkapnya kata beliau, "Dan
adalah awal orang yang menghimpunkan manusia kerana
Sembahyang Tarawih itu, [ialah] Saiyidina 'Umar bin al-
Khaththab R.A. dan diriwayatkan daripada Saiyidina 'Ali
Karramallah wajhahu, bahawasanya [d]ia berkata, "Hanya
[se]sungguhnya 'Umar mengambil akan tarawih ini yang [d]ia

9
mendengar hadits daripada aku". Maka sembah mereka itu, "Dan
hadits apa itu, hai Amir al-Mu'minin ?"

Sabdanya, "Aku dengar Rasulullah S.A.W, [d]ia bersabda,


"Bahawasa[nya] bagi Allah Ta'ala pada keliling 'Arasy-Nya satu
tempat dinamakan dia Hazhiratul Qudsi )‫ (حظرية اإلقدس‬dan iaitu
daripada nur. Di dalamnya beberapa banyak Malaikat. Tiada
dihinggakan bilangan-bilangan mereka itu melainkan Allah Ta'la.
Berbuat ibadat mereka itu akan Allah 'Azza wa Jalla akan sebagai
ibadat yang tiada segan mereka itu satu saat sekali pun. Maka
adalah segala malam bulan Ramadhan meminta izin mereka itu
akan Tuhan mereka itu bahawa mereka itu turun kepada bumi.
Maka sembahyang mereka itu serta anak Adam. Maka mereka itu
turun pada tiap-tiap malam kepada bumi. Maka tiap-tiap mereka
yang ia menyentuh akan dia, niscaya [d]ia dapat sa'adah
(kebahagiaan, pen:) akan sebagai sa'adah yang tiada dicela
kemudiannya selama-lamanya. Maka kata 'Umar R.A tatkala itu,
"Kami terlebih sebenar dengan ini". Maka [d]ia menghimpun
akan segala manusia kerana tarawih dan didirikan dia.

Dan sayogia bagi tiap-tiap seorang bahawa membanyakkan


berbuat ibadat daripada i'tikaf, dan sembahyang, dan membaca al-
Quran, dan shalawat atas Nabi S.A.W, dan membanyakkan
berdoa, pada sepuluh malam yang akhir kerana di dalamnya itu
Lailatul Qadar …" (Bisyarah al-'Amilin wa Nazarah al-Ghafilin,
hlm. 14-15).

11
SEMBAHYANG SUNAT WITIR

Sembahyang Sunat Witir, ada dua jenis ialah yang


dikerjakan setiap malam di luar Ramadhan dan yang
dikerjakan dalam bulan Ramadhan yang berhubung dengan
Sembahyang Sunat Tarawih. Syeikh Ahmad bin Muhammad
Zain al-Fathani di dalam karya beliau berjudul 'Unwan al-
Falah )‫ (عنوإناإلفَلح‬tentang Sunat Witir, menulis, "Dan setengah
daripada beberapa sembahyang sunat itu, [ialah] Sembahyang
Witir, dan ia afdhal sekalian sembahyang sunat. Dan sekurang-
kurang sempurnanya tiga rakaat. Dan sebanyak-banyaknya
sebelas rakaat. Dan yang afdhal dikerjakan tiap-tiap dua rakaat
dengan satu salam. Dan makruh dikerjakan tiga rakaat dengan
satu salam. Dan waktunya apabila ia telah sembahyang akan isyak
hingga fajar shadiq. Dan sangat makruh meninggalkan dia".
('Unwan al-Falah, hlm. 31).

Syeikh Daud bin 'Abdullah al-Fathani dalam Kaifiyat Khatam


al-Quran, menyebut bahawa "Maka jika dikerjakan sekaliannya
itu dengan satu Takbiratul Ihram dan sekali salam juga, shah
juga, lagi harus, tetapi kurang afdhal. Maka adalah yang
dinamakan sebenar-benar Witir itu hanya satu rakaat yang akhir
itu jua. Ada pun yang kedua-dua rakaat dahulunya itu
dinamakan Muqaddimah Witir, yakni yang mendahului bagi
Witir. Demikianlah yang telah maklum lagi masyhur pada segala
'ulama' fuqaha' di dalam kitab mereka itu…".

Lafaz niat dua rakaat Muqaddimah Witri ialah :

‫ُأ َص ِ لَّل ُاس نَ َةا ُم َق لِد َم ِةاإلْ ِو ْت ِر َار ْك َعتَ ْ ِْيا َمآْ ُم ْو ًم ِاالِلاتَ َع َاَل َاأ ْك َ ُاب ا‬
Ertinya: "Sahaja aku sembahyang Sunat Muqaddimah Witri dua
rakaat, sebagai makmum, kerana Allah Ta'ala, Allahu Akhbar".

11
Lafaz niat Witir satu rakaat ialah :

‫اهللا َاأ ْك َ ُاب ا‬ ِ ِ ‫ُأ َص ِ لَّل ُاس نَ َةاإلْ ِو ْت ِر َار ْك َع ًةا َمآْ ُم ْو ًم‬
ُ ‫االِلاتَ َع َاَل‬
Ertinya : Sahaja aku sembahyang Sunat Witir serakaat, sebagai
makmum, kerana Allah Ta'ala, Allahu Akbar".

12
KELEBIHAN RAMADHAN

Sebagai penutup kelebihan beramal dalam bulan Ramadhan


di bawah ini saya petik tulisan Syeikh Ahmad al-Fathani
judul Bisyarah al-'Amilin wa Nazarah al-Ghafilin tulisan
beliau, "… bersabda Nabi S.A.W, "Bahawasa[nya] pada syurga
itu satu pintu yang dikatakan baginya ‫( إلراين‬ar-Raiyan) masuk
daripadanya oleh segala orang yang puasa pada hari kiamat. Tiada
masuk daripadanya oleh seseorang [yang] lain daripada mereka
itu. Dikatakan, "Di mana segala orang yang puasa?" Maka
berdiri mereka itu, tiada masuk daripadanya oleh seseorang lain
daripada mereka itu, maka apabila masuk sekaliannya dikuncikan
dia …."

Dan bersabda Rasulullah S.A.W, "Tiada daripada hamba yang


[d]ia puasa satu hari pada jalan Allah Ta'ala melainkan dijauhkan
[oleh] Allah dengan demikian, [pada] hari tiu akan mukanya
daripada api neraka tujuh puluh kharif )‫(خريف‬, yakni [tujuh
puluh] tahun".

Dan bersabda Nabi S.A.W, "Apabila datang Ramadhan


dibukakan pintu syurga, dan dikuncikan segala pintu neraka, dan
ditambatkan segala syaithan".

Dan daripada Abi Hurairah R.A, katanya, "Rasulullah S.A.W


menyuka[kan] akan sahabat, dan ia bersabda, "Telah datang akan
kamu bulan Ramadhan, bulan yang diberkatkan. Telah
difardhukan [oleh] Allah atas kamu puasa, dibukakan padanya
segala pintu syurga, dan dikuncikan padanya segala pintu
jahannam, dan dibelenggukan padanya segala yang jahat daripada
syayathin. Dan di dalamnya malam Lailatil Qadar terlebih baik
daripada seribu bulan."

Dan diriwayatkan daripada Ibnu 'Abbas R.A, daripada Nabi


S.A.W, bahawasanya ia bersabda, "Bahawasanya syurga itu

13
sesungguhnya dicukupkan dia, dan dihiasi [a]kan dia, daripada
hol kepada hol kerana masuk bulan Ramadhan. Maka apabila
adalah awal malam daripada Ramadhan bertiup angina daripada
bawah 'Arasy, dikatakan baginya ‫( إملرثة‬al-Mutsirah). Maka
bertempuk )‫(برمتفوق‬ segala daun pohon kayu syurga, dan segala
halaqah papan pintunya. Maka didengarkan bagi demikian itu
suara dengar yang tiada mendengar segala yang mendengar
terlebih elok daripadanya. Maka keluar segala bidadari hingga
berdiri mereka itu atas segala tempat yang tinggi daripada syurga.
Maka mereka itu menyeru, "Adakah daripada orang yang
meminang kepada Allah Ta'ala? Maka dikahwinkan dia oleh Allah
S.W.T daripada kami ?"

Kemudian ia berkata [lagi], "Hai Ridhwan, malam apa[kah] ini?"


Maka [d]ia sahut akan mereka itu dengan katanya, "Labbaik".
Maka [d]ia berkata, "Hai al-Khairatul Hisan )‫(إخلريإٍاإحلسان‬, inilah
awal malam daripada bulan Ramadhan".

Dan firman Allah, "Hai Ridhwan, buka olehmu akan segala pintu
segala syurga bagi orang yang puasa daripada ummat
Muhammad S.A.W".

Dan [D]ia berfirman,"Hai Malik, kunci olehmu akan segala pintu


jahannam daripada segala orang yang puasa daripada ummat
Muhammad S.A.W.

Dan [D]ia berfirman, "Hai Jibril, turun olehmu kepada bumi,


maka ikatkan olehmu akan segala yang jahat-jahat daripada
syayathin, dan belenggu olehmu akan mereka itu dengan beberapa
belenggu. Kemudian campak olehmu akan mereka itu pada segala
tempat yang dalam daripada laut hingga mereka itu tiada
membinasa atas ummat kekasihku Muhammad akan puasa mereka
itu.

14
Maka berfirman Allah Ta'ala pada tiap-tiap malam daripada
bulan Ramadhan, tiga kali, "Adakah daripada orang yang
meminta? Maka aku kurniakan dia akan permintaannya.

Adakah daripada orang yang taubat? Maka aku taubatkan


atasnya.

Adakah daripada orang yang meminta ampun? Maka [Aku]


ampuni baginya."

Kemudian menyeru oleh yang menyeru, "Siapa yang


memperhutang akan Yang Amat Kaya, Yang Tiada Papa, Yang
Menyempurnakan, Yang Tiada Zhalim? dan bahawasanya bagi
Allah pada tiap-tiap hari daripada bulan Ramadhan, pada ketika
berbuka puasa seribu-ribu (berjuta-juta, pen :) pemerdehakaan
daripada api neraka, sekaliannya telah mewajib mereka itu akan
azab. Maka apabila adalah hari Jum'at dan malam Jum'at
dimerdehekan pada tiap-tiap saat daripadanya seribu-ribu
(berjuta-juta, pen:) pemerdehakaan daripada api neraka,
sekaliannya telah mewajib mereka itu akan azab. Maka apabila
adalah akhir hari daripada bulan Ramadhan, dimerdeheka pada
hari demikian itu dengan sebilang-bilang mereka yang
dimerdehekakan daripada awal bulan hingga akhirnya. Maka
apabila malam Lailatul Qadar Allah Ta'ala menyuruh akan Jibril,
maka [d]ia turun di dalam jama'ah yang berhimpun daripada
Malaikat kepada bumi. Dan sertanya panji-panji yang hijau.
Maka didirikan dia di atas belakang Ka'bah. Dan baginya
(Malaikat Jibril, pen:) enam ratus sayap, dua sayap daripadanya
yang tiada ia bukakan kedua[-dua-]nya melainkan malam
demikian itu. Maka melampaui kedua[-dua-]nya akan Masyriq
dan Maghrib. Maka membangkit Jibril akan beberapa banyak
Malaikat pada ummat ini. maka memberi salam mereka itu atas
tiap-tiap orang yang berdiri, dan yang duduk, orang yang
sembahyang, dan yang berzikir. Dan berjabat sekaliannya akan
mereka itu. Dan mengucap ‫( أمْي‬Amin) sekaliannya bagi doa

15
mereka itu hingga naik fajar …" (Bisyaratul al-'Amilin wa
Nazarah al-Ghafilin, hlm. 12-13)

16
BULAN SYAWAL
DAN PELBAGAI AMALAN

Tok Kelaba al-Fathani menulis, "…Bulan Syawal dan padanya


itu dua sembahyang:

Yang pertama, pada malam fithrah (malam hari raya, pen:),


sepuluh rakaat, pada tiap-tiap rakaat [membaca] Fatihah
sekali, dan [surah] al-Ikhlas, sepuluh kali. Dan ia berkata di
dalam ruku'nya, kemudian daripada tasbihnya akan ;
‫ س بحاناهللااوإمحلداهلل‬hingga akhir, sepuluh kali. Maka apabila ia
selesai daripada sembahyang itu, ia mengucap istighfar
akan Allah Ta'ala seribu kali. Kemudian ia sujud, dan
berkata ia di dalam sujudnya itu;

‫ااو َر ِح ْ ُْي ْاإِل ِخ َــر ِة َاَي هَي َااي اقَيه ْــو ُم ايَــاا ََإاإلْ َج َــَللِ َاو ْإْل ْك َاــرإ ِم اإ ْغ ِف ْر ا َُن ُْو ِ ِْبا‬ َ َ ‫يَــاا َإ ُهلل اي‬
ُ ‫ــاار ْْح‬
َ ‫َــن اإدله نْ َي‬
ِ ِ ‫﴾ ا‬۹۵۰۱‫ــل َاص ْــو ِم ْي َاو َص ََل ِِتا﴿صا‬ ْ َ‫َوتَ َقب‬
Kemudian ia memohon akan hajatnya.

Yang kedua, pada hari raya, kemudian daripada


sembahyang itu empat rakaat. Pada awal rakaat Fatihah
sekali, dan ‫َّل‬ َ ْ ‫اإْس َارب ل َِك‬
‫اإِل ْع َ ا‬ ِ ْ ‫ َس بَ َح‬sekali. Dan [pada rakaat] yang
kedua, Fatihah sekali, dan ‫ َوإلشَ ْم ِش َاو ُُضَاهَا ا‬Dan [pada rakaat]
yang ketiga, Fatihah sekali, dan ‫ َوإلضه ــ َحى‬sekali. Dan [pada
rakaat] yang keempat, Fatihah sekali, dan [surah] al-Ikhlas
tujuh kali.

Dan ia berkata dahulu daripada sembahyang hari raya


akan;

‫اَح َاْل اي َ ُم ْــو ٍُا‬ ْ ُ ُ‫ْل َاولَــ ُه اإلْ َح ْمــد‬


ٌّ َ ‫اَيــ ِي َاويُ ِم ْي ُت َاوه َُـو‬ ُ ْ ‫ــك الَــ ُه الَــ ُاه إلْ ُم‬ ِ َ ‫اهللا َاو ْحــدَ ُه َاْل‬
َ ْ‫اَشي‬ ُ ‫ِل اإلَــ َه اإ َْل‬
‫﴾ ا‬۹۵۰۱‫اك َاش ْــي ٍءاقَ ِد ْيرا ﴿صا‬ ‫ِب َيــ ِ ِد ِهاإلْ ِ َخ ْي ُــر َاوه َُـواعَ ََّل ُ ِ ل‬
Empat ratus kali. "(Hadaiqus Shalawat, hlm. 1059).

17
Mengenai tersebut juga ditulis oleh Syeikh Daud bin
'Abdullah al-Fathani dalam Jam'ul al-Fawaid dengan
keterangan yang lebih lengkap, bahawa sumber hadits dari
Zuhri dari Anas R.A. Syeikh Daud bin 'Abdullah al-Fathani
menulis, "...Empat ratus kali dahulu daripada sembahyang hari
raya dikahwinkan oleh Allah Ta'ala akan empat ratus Hurul 'Ain.
Dan seperti ia [me]merdeheka[kan] seratus raqabah2. Dan
diwakilkan oleh Allah Ta'ala dengan Malaikat membuat baginya
beberapa dusun. Dan ditanamkan bagi mereka itu beberapa pohon
kayu hingga hari kiamat." Kata Zuhri, "Tiada aku tinggal akan
dia masa aku dengar akan dia daripada Anas, "Tiada aku tinggal
akan dia masa aku dengar daripada Rasulullah S.A.W." dan lagi
katanya pula, "Allah Ta'ala telah menjadikan syurga pada hari
fithrah, dan ditanamkan Syajarah Thuba. Dan dipilih [a]kan Jibril
bagi membawa wahyu pada hari fithrah. Dan ditaubatkan atas
sihrah (penyihir, pen:) Fir'aun pada hari fithrah. Dan
sembahyang Rasulullah S.A.W akan dia ('Idil Fithri, pen:)
dahulu daripada 'Idil Adha." (Jam'ul Fawaid, hlm. 117).

Dalam Jam'u al-Fawaid juga (hlm. 117), Syeikh Daud bin


'Abdullah al-Fathani meriwayatkan, "Adapun kelebihan
malam hari fithrah dan harinya, riwayat daripada Nabi S.A.W,
"Barangsiapa membaca ‫اهللااو ِ َِب ْمــ ِدِاه‬
‫ــان َا‬ َ ‫ ُس ْب َح‬pada hari 'Idil Fithri atau
'Idil Ad-ha, tiga ratus kali, kemudian dihadiahkan bagi orang
yang mati daripada Muslimin, dimasukkan dalam tiap-tiap kubur
seribu nur, dan dijadikan [oleh] Allah baginya pada apabila ia
mati seribu nur."

Selanjut Tok Kelaba memetik perkataan Syeikh 'Abdul


Qadir al-Jilani, kata beliau, "Telah meriwayatkan oleh Syeikh
'Abdul Qadir al-Jilani Qaddasallahu Sirrahu di dalam Gun-yah
)‫(غنية‬, dengan sanadnya daripada Anas R.A, ia berkata,
"Telah bersabda Rasulullah S.A.W;

2 Maksudnya : Hamba, sahaya

18
‫ـانا َأ ْواْنَ َ ًارإاي َ ْق َــر ُأ ِاِفا ُكــ ِ لل َار ْك َعـ ٍةا ِب َف ِاِتَــ ِةاإلْ ِكــ َت ِابا َم َــرةًا‬
َ ‫ــاٍالَ ْي ًــَلا َك‬ ٍ ‫ــان َار ْك َع‬
َ ‫َام ْن َاص ََّل ِاِف َاش َــوإلٍ اثَ َم‬
‫ــْي ا َم َــرة ًَاو َصلَـىا‬ َ ْ ‫ـــر ًة افَا ََإافَ َــر َغ ا ِم ْن َاص ََل ِتــ ِه َاسبَ َــح ا َس ْب ِع‬ َ ‫ْشْي َن ا َم‬ِ ْ ‫ااو ِع‬
َ ْ َ ‫اهللا ا َأ َحــد‬
‫اَخ ًس‬ ُ ‫ــل اه َُـو‬ ْ ُ‫َوق‬
‫اهللا اعَلَ ْي ِه َاو َس َ ََّل َااو َ ِإَّل ْي اب َ َعث ِ َِْنا‬ ِ
ُ ‫اهللا اعَلَ ْي ِه َاو َس َ ََّل َاس ْب ِع ْ َْي ا َم َــر ًة اقَــا َل اإلنَ ِ هب َاص ََّل‬ ُ ‫عَ ََّل اإلنَ ِ ِ لب َاص ََّل‬
‫اَل ايَنَا ِب ْي َع اإلْ ِح َْمَ َة ِاِف اقَلْبِــ ِه َاوإن َْط َق اَهِ َاا ِل َسا ِنــ ِها‬‫اهللا َُا‬ُ ‫ــق ا َماا ِم ْن ا َع ْب ٍد ايُ َص ِ لَّل ا َه ِذ ِه َاص ََلةَاإ َْل ا َإنْ َبــ َع‬ ِ ‫ِِبلْ َح ل‬
‫َامَك َاو َص ْف ُت َاْليَ ْرفَــ ُع َارْاأ َســهُا ِم ْنا َأ ِخــ ِرا‬ َ َ ‫ااود ََو َإءهَا َاو َ ِإَّلياب َ َعث َِِن ِاِبلْ َح ل ِق ِا َم ْن َاص ََّلا َه ِذ ِه َاص ََلة‬ َ ‫َو َإرإ ُهاإدله نْ َي‬
‫اٍ َاشهِــ ْيدً إا َم ْغ ُف ْــو ًرإ َاو َماا ِم ْن ا َع ْب ٍد ايُ َص ِ لَّل ا َه ِذ ِه َاص ََل َة ِاِفا‬ َ ‫اٍ ا َم‬ َ ‫اهللا َ ُاَل َاواإ ْن ا َم‬
ُ ‫ََسْدَ ِة ا َح ََّت اي َ ْغ ِف َر‬
‫اهللاا َديْنَ ُه َاوإ ْنا‬ ‫َاباإ ََلا َم ْو ِضعِا ُم َرإ ِد ِه َاوإ ْن َاَك َنا َمدْ يُ ْوّنً اقَ ََض ُا‬ ِ ‫اإلس ْ َري َاوإ ََّله‬ ِ
َ ‫َاهللااعَلَ ْي ِه‬
ُ ‫إلس َف ِراإ َْل َاسهَــل‬ َ
ِ ِ ِ
َ ‫هللا ا َحا َجتَ ُه َاو َ ِإَّلياب َ َعث ِ َِْن ِاِبلْ َح ل ِق ا َماا ِم ْن ا َع ْب ٍد ايُ َص ِ لَّل ا َه ِذ ِه َاص ََلةَاإ َْل ا َإع‬ ِ
‫ْــطا ُها‬ ُ ‫َض ا‬ ‫ََك َن ا ََإا َحا َج ٍة اقَ َ ا‬
ِ
‫ْي ِاِفا‬ ‫اب ََسا ِت ْ ُا‬:‫اهللا ا؟اقَـا َل ا‬ ُ ‫ْــرفَ ُة ِاِف اإلْ َجنَ ِة ا ِق ْيـ َل َاو َماا َمخ َْرفَ ًة َااي َار ُس ْــو َل‬ َ ‫ك ا َح ْر ٍف ا َمخ‬ ‫هللا اتَ َع َاَل ا ِب ُ ِل‬
ُ
‫﴾ا ا‬۹۵٠5‫اإلرإ ِك ُب ِاِف ِاظــ ِ لل َاْش ََر ٍةا ِم ْنا َإ ْْش َِارهَاا ِمائ َ َة َاس نَ ٍة َاْلي َ ْق َط ُعهَاا﴿صا‬ َ ‫إلْ َجنَ ِةاي ِاَس ْ ُري‬

Ertinya : "Barangsiapa sembahyang pada Syawal delapan rakaat,


malam ada ia atawa siang, ia membaca pada tiap-tiap rakaat akan
Fatihah al-Kitab sekali, dan ‫اهللا ا َأ َحـدا‬ ْ ُ‫ ق‬dua puluh lima kali.
ُ ‫ــــل اه َُـو‬
Maka apabila ia selesai daripada sembahyangnya, ia mengucap
tasbih tujuh puluh kali, dan ia megucap shalawat atas Nabi
S.A.W tujuh puluh kali. Sabda Nabi S.A.W, "Demi Tuhan yang
[d]ia membangkitkan akan daku dengan sebenar, tiada daripada
seorang hamba yang ia sembahyang dengan ini sembahyang,
melainkan Allah mengeluarkan baginya beberapa mata air
hikmah3 di dalam hatinya, dan ia menutur dengan dia akan
lidahnya, da ia memperlihatkan dia akan dunia dan ubatnya.
Demi Tuhan yang [d]ia me[m]bangkit akan daku dengan sebenar,
barangsiapa sembahyang dengan ini sembahyang, seperti barang
yang telah aku perikan, niscaya tiada ia menga[ng]kat akan
kepalanya daripada akhir sajadah hingga diampun [oleh] Allah
baginya. Dan jika ia mati, [adalah] mati syahid, lagi diampunkan
dia. Dan tiada daripada seseorang hamba yang sembahyang
dengan ini sembahyang pada perjalanan melainkan dimudah

3Tok Kelaba al Fathani menyebut bahawa perkataan hikmah, ditafsir oleh Ibnu ‘Abbas R.A,
yang terdapat dalam Quran ialah, “dengan belajar halal dan haram”. Yang lain
berpendapat, “ditinjau dari segi lughat ialah ilmu serta amal”. Pendapat yang lain, “hikmah
itu :diambil faedah daripadanya, iaitu yang sebenar pada diri pekerjaan dengan sekira-kira
kuasa manusia”. Pendapat yang lain, “tiap-tiap kalam yang mufakat akan hak, maka iaitu
hikmah” (Hadaiq, hlm. 1060).

19
[oleh] Allah atasnya akan berjalannya dan pergi kepada tempat
yang dikehendakinya. Dan jika ada ia ter[h]utang, niscaya ditunai
[oleh] Allah akan [h]utangnya. Dan jika ada ia mempunyai hajat,
niscaya ditunai [oleh] Allah akan hajatnya. Demi Tuhan yang
me[m]bangkit akan daku dengan sebenar, tiada daripada seorang
hamba yang sembahyang akan ini sembahyang, melainkan
dikurniakan dia [oleh] Allah Ta'ala dengan tiap-tiap satu huruf
akan Makharaf )‫ (خمـــرفة‬di dalam syurga. Disembah orang, "Dan
apa Makhrafah )‫ (خمـــرفة‬itu Ya Rasulullah ?".

Bersabda ia, "Beberapa kebun di dalam syurga yang berjalan oleh


orang yang berkendera[an] di dalam bayang[-bayang] sepohon
kayu daripada segala kayunya seratus tahun tiada ia memutus
akan dia."

Tol Kelaba al-Fathani menjelaskan bahawa Makhrafah


)‫ (خمـــرفة‬tersebut di dalam Mujmal oleh Ibnu Fars, ialah
"Dengan fathah Mim itu, [ialah] jama'ah nakhal (pohon
khurma)..." (Hadaiqus Shalawat, hlm. 1060-1061).

21
* ‫( إلرايضاإلوردية‬ar-Riyadh al-Wardiyah), Mathba'ah Dar Ihya' al-
Kutub al-Arabiyah, tanpa dinyatakan tarikh.

*‫بدإئع اإلزهور‬ (Bada-I' uz-Zuhur), cetakan pertama, Khazanah


Fathaniyah, Kuala Lumpur, 1997 M.
* ‫حديقة اإ أِلزهار اوإلرايحْي‬ (Hadiqatul Azhar war Rayahin), cetakan
pertama, Mathba'ah al-Miriyah al-kainah, Makkah, tahun
1307 H/1890 M dan 1321 H/1903 M. cetakan keempat,
Persama Press, Pulau Pinang, tahun 1377 H/1958 M.
* ‫( ِتفةاإ أِلمةاعَّل انبهيا انباإلرْحة‬Tuhfatul Ummah 'ala Nabiyiha Nabiyur
ar-Rahmah), cetakan pertama, Mathba'ah al-miriyah al-
Kainah, Makkah, tahun 1313 H
* ‫َهجة اإملبتدين اوفرحة اإجملتدين‬ (Bahjatul Mubtadin wa Farhatul
Mujtadin), Mathba'ah al-Miriyah al-Kainah Makkah, 1310 H
*‫سعادةاإملتنبهاِفاإملوٍاوماايتعلقابها‬ (Sa'adatul Mutanabbih fil Mauti wa
ma Yata'allaqu bih), cetakan kedua, Khazanah Fathaniyah,
Kuala Lumpur, 1423 H/2003 M
* ‫بشارة اإلعاملْي اونذإرة اإلغافلْي‬ (Bisyaratul 'Amilin wa Nazah al-
Ghafilin), cetakan pertama, Mathba'ah Persama, Pulau
Pinang, 1368 H/1949 M
*‫عنوإن اإلفَلح اوعنفوإن اإلصَلح ا‬ ('Unwan al-Falah wa 'Unfuwanus
Shalah), cetakan ketiga, Khazanah Fathaniyah, Kuala
Lumpur, 1424 H/1325M

21
*‫( ملعةاإ أِلورإدا‬Lum'atul Aurad), cetakan pertama, Mathba'ah al-
Miriyah al-Kainah, Makkah, tahun 1313 H

* ‫مجع اإلفوإئد اوجوإهر اإلقَلئد‬ (Jam'ul Fawaid wa Jawahirul Qalaid),


cetakan pertama Mathba'ah al-Miriyah al-Kainah, Makkah,
1303 H, Cetakan tahun 1311 H
* ‫منية اإملصَّل‬ (Mun-yatul Mushalli), cetakan yang kedua oleh
Mathba'ah al-Miriyah al-Kainah, Makkah, 1313 H
* ‫بغيىة اإلطَلب‬ (Bughyatuht Thullab, manuskrip dan pelbagai
edisi cetakan.

* ‫إلهبجةاإملرضيةاِفاإلفوإئداإ أِلخروية‬ (Al-Bahjah al-Mardhiyah fi al-Fawaid


al-Ukhrawiyah), cetakan Mathba'ah al-Miriyah al-Kainah,
Makkah, 1313 H

* ٍ‫حدإئق اإلصلوإٍ اِف اإخللوإٍ اوإجللوإ‬ (Hadaiqus Shalawat fil Khalawat


wal Jalawat), manuskrip asli.

22
CATATAN

23

Anda mungkin juga menyukai