Anda di halaman 1dari 3

LAPORAN PRESTASI PROGRAM DIRGAHAYU SEJARAH DAN SAUJANA SEJARAH

KOLEJ VOKASIONAL LAHAD DATU, SABAH

NAMA PROGRAM : DISKUSI TEKNIK MENJAWAB SOALAN SPM KERTAS 1 DAN 2 (DALAMAN)
STATUS : SEDANG DILAKSANAKAN (BERTERUSAN SEHINGGA SPM)
TEMPAT PELAKSANAAN : KELAS 2 SKM PAT & 2 SKM PAV

KEKUATAN:

1. Program ini memberi ruang dan peluang kepada pelajar untuk mempraktikalkan pengetahuan
sejarah menggunakan Modul YAPEIM bersama-sama dengan bersama pensyarah di dalam kelas
tambahan.
2. Pelajar dapat dilatih secara praktikal berkaitan teknik menjawab soalan terutamanya dalam
teknik menulis esei yang ringkas, padat dan menepati kehendak soalan.
3. Selain itu, diskusi ini dapat memberi pendedahan total kepada pelajar tentang bentuk-bentuk
soalan sebenar sebagai persediaan menghadapi peperiksaan SPM sebenar.
4. Pensyarah dapat mengumpul data analisis prestasi pelajar terutama tahap kefahaman dan
kemahiran pelajar dalam subjek sejarah sebagai usaha mencari solusi dan intervensi terbaik
pada masa akan datang.

KELEMAHAN:

1. Antara kelemahan yang dapat dikenal pasti ialah, terdapat segelintir pelajar yang kurang
memberi kerjasama untuk menyelesaikan tugasan modul yang diberikan. Keadaan ini
menyebabkan pelajar kurang membuat latihan dan tidak mampu mengaplikasikan kemahiran
yang diajar secara berkesan.
2. Kelemahan kedua adalah, terdapat juga pelajar yang masih malu bertanya kepada
pensyarahdan memilih untuk berdiam diri meskipun kurang faham dengan soalan latihan yang
diberikan. Keadaan ini menggagalkan proses komunikasi dua hala antara pelajar dan pensyarah
dan menyukarkan pensyarah mengukur tahap sebenar kefahaman dan kemahiran pelajar yang
sedia ada.

PENAMBAHBAIKAN BERTERUSAN:

1. Bagi mendapatkan impak yang berkesan, pensyarah sentiasa membuka ruang perbincangan
setiap kali kelas tambahan dilaksanakan bagi menerapkan sikap suka bertanya agar pelajar
mendapat input yang lebih banyak.
2. Selain itu, pensyarah juga lebih banyak menggalakkan pelajar-pelajar membentuk kumpulan
kecil untuk mewujudkan pengajaran dan pembelajaran dalam kumpulan pelajar. Pelajar-pelajar
akan dibimbing untuk menjadi guru dan pelajar agar proses pembelajaran lebih berkesan.
3. Pensyarah memberi fokus dan tunjuk ajar yang lebih kepada pelajar yang lemah semaksima
yang mungkin agar pelajar-pelajar lemah mampu meningkatkan motivasi untuk lulus sejarah
SPM.
NAMA PROGRAM : PELAKSANAAN KELAS TAMBAHAN DAN LATIH TUBI MODUL YAPEIM
STATUS : SEDANG DIJALANKAN
TEMPAT PELAKSANAAN : KELAS 2 SKM PAT & 2 SKM PAV

KEKUATAN:

5. Program ini memberi lebih banyak pendedahan dan ruang kepada pelajar untuk berbincang
secara dua hala berkaitan masalah-masalah dan kaedah terbaik untuk lulus Sejarah bersama
pensyarah.
6. Pelajar dapat dilatih secara praktikal berkaitan teknik menjawab soalan terutamanya dalam
teknik menulis esei yang ringkas, padat dan menepati kehendak soalan.
7. Selain itu, diskusi ini dapat memberi suntikan semangat kepada pelajar untuk lebih bersungguh-
sungguh mendapatkan keputusan cemerlang dalam SPM 2019.
8. Pensyarah dapat mengumpul data daripada pelajar terutama tahap kefahaman pelajar tentang
teknik menjawab soalan bagi melaksanakan intervensi lain yang sesuai dengan pelajar ke arah
peningkatan prestasi SPM 2019.

KELEMAHAN:

3. Antara kelemahan yang dapat dikenal pasti ialah, pelajar masih lemah dalam memahami
kehendak soalan terutama kata kunci yang diberikan dalam soalan.
4. Masih terdapat pelajar yang malu bertanyakan soalan berkaitan dengan teknik dan kaedah yang
belum difahami. Keadaan ini menyukarkan pensyarah mengukur tahap sebenar kefahaman dan
kemahiran pelajar yang sedia ada.
5. Selain itu, sikap pelajar yang kurang memberi perhatian dan sambil lewa sepanjang diskusi juga
menjadi cabaran kepada pelaksanaan program ini kerana ia akan menggagalkan proses
komunikasi dua hala antara pelajar dan pensyarah.

PENAMBAHBAIKAN BERTERUSAN:

4. Bagi mendapatkan impak yang berkesan, pensyarah sentiasa membuka ruang perbincangan
setiap kali PDPC dilaksanakan bagi menerapkan sikap suka bertanya agar pelajar mendapat
input yang lebih banyak.
5. Selain itu, panitia Sejarah KVLD juga merancang untuk menjemput penceramah dari luar yang
lebih berpengalaman seperti Guru Cemerlang Sejarah, JU Sejarah dan pemeriksa kertas SPM
untuk berkongsi tips dan teknik lulus Sejarah sebagai panduan pensyarah dan pelajar.

*ULASAN: Program ini telah memberi impak positif kepada prestasi program Dirgahayu Sejarah/Saujana
secara keseluruhan kerana pelajar dilihat serba sedikit dapat mempraktikalkan kemahiran dan teknik
yang dipelajari di dalam latih tubi yang diberikan. Peningkatan ini dapat dilihat melalui komitmen pelajar
menyiapkan tugasan yang diberikan berbanding sebelum program ini dilaksanakan.

Di sediakan oleh:

(Mohammad Firdaus Bin Larada)


Penyelaras/Pensyarah Sejarah Skm,
Kolej Vokasional Lahad Datu, Sabah.

Anda mungkin juga menyukai