Anda di halaman 1dari 7

1.

WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030

Pendahuluan:

1. WBK30 merupakan penstruksturan semula berjangka masa 10 tahun bagi ekonomi


bertaraf kemahiran rendah kepada ekonomi berasaskan pengetahuan.
2. Tujuan menaik taraf standard taraf hidup penduduk Malaysia
3. Takrifan rasmi : Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 adalah iltizam untuk
menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang terus membangun secara mampan
seiring dengan pengagihan ekonomi yang adil, saksama dan inklusif pada semua
peringkat kumpulan pendapatan, etnik, wilayah dan rantaian bekalan.
4. Bertujuan untuk:
- Mengukuhkan kestabilan politik
- Meningkatkan kemakmuran negara
- Menyatupadukan bangsa dengan kesatuan budaya sebagai asas penyatuan negara bangsa

WKB 2030 menetapkan 3 objektif utama iaitu:

-Pembangunan untuk semua bagi mewujudkan ekonomi yang distruktur semula,


progresif, berpaksikan ilmu dan bernilai tinggi dengan penyertaan masyarakat yang
menyeluruh di semua peringkat.
-Menangani jurang kekayaan dan pendapatan supaya rakyat yang ketinggalan dapat
dibawa bersama dalam arus kemajuan negara, nasib mereka terbela dan keupayaan
ekonomi mereka diperkasakan.
-Negara bersatu, makmur dan bermaruah untuk menjadikan Malaysia sebuah negara
yang bersatu, makmur dan bermaruah seterusnya muncul sebagai paksi ekonomi Asia.

Golongan difokuskan

- B40
- Masyarakat dalam transisi ekonomi
- Orang asli
- Bumiputera, sabah dan Sarawak
- Oku
- Belia
- Wanita
- Kanak-kanak
- Warga emas

Penutup

Ia akan memacu pembangunan negara secara mampan seiring dengan pengagihan ekonomi
yang adil, saksama dan inklusif buat semua rakyat Malaysia ketika negara berhadapan
dengan ketidaktentuan ekonomi dunia akibat perang perdagangan. Wawasan ini akan
menjadikan ekonomi Malaysia lebih berdaya tahan serta menyuburkan perpaduan dalam
kalangan rakyat serta memantapkan kestabilan Malaysia sebagai sebuah negara demokratik.
2.
3. DASAR PEMBANGUNAN BELIA NEGARA

PENDAHULUAN

Dasar Pembangunan Belia Negara dirancang untuk melahirkan generasi belia yang
berpotensi untuk menyumbang kepada pembangunan negara. Dasar ini diwujudkan adalah
untuk memastikan keupayaan belia menggembleng kekuatan, ketahanan pembangunan
sosial, ekonomi dan politik negara.

- Dasar Belia Negara diilhamkan pada April 1973 di UM. Pada 13 Disember 1985, Dasar Belia
Negara diumumkan oleh Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan, Datuk Dr Sulaiman Haji
Daud.
- Dikaji semula pada tahun 1997 yang kemudiannya dinamakan sebagai Dasar Pembangunan
Belia Negara.

Matlamat Dasar Pembangunan Belia Negara adalah :-

-Mewujudkan belia Malaysia yang memiliki peribadi yang bersepadu.


-Menjadi penggerak kepada kemajuan dan kemakmuran bangsa, agama dan negara selaras
dengan Wawasan 2020.

Prinsip-Prinsip Dasar Pembangunan Belia Negara adalah :-

-Mengamalkan prinsip Rukun Negara


-Mewujudkan semangat perpaduan
-Mewujudkan sifat kepimpinan yang matang
-Menggalakkan penyertaan dalam proses perancangan negara
-Membina nilai moral tinggi
-Mencapai taraf keilmuan luas dan mendalam.

Impak:

i. Belia akan sedar tanggungjawab mereka terhadap negara.


ii. Mengurangkan masalah sosial.
iii. Belia menjadi progresif.

Strategi Pelaksanaan:

1. Pembangunan ilmu      
 - usaha dipertingkatkan ke arah memperkembangkan ilmu pengetahuan dalam
berbagai-bagai aspek sebagai tunggak kepada pembangunan dan kemantapan generasi
belia.
2. Pembentukan sikap    
  - usaha kearah penerapan nilai-nilai murni dan pembentukan sikap yang positif dan
kreatif akan dipupuk dalam kalangan belia.
3. Pembangunan kemahiran dan keusahawanan       
 - mempersiapkan belia dengan teknologi terkini, kemahiran teknik dan vokasional
serta kegiatan keusahawanan selaras dengan kehendak pembangunan Negara.
4.      Pemupukan gaya hidup sihat
- digalakkan menyertai persatuan atau aktiviti sukarela yang dapat melahirkan pemimpin-
pemimpin yang bertanggungjawab dan berkualiti.
5.      Kemudahan interaksi social
- mempertingkatkan kemudahan yang sesuai bagi menggalakkan aktiviti dan interaksi social
yang sihat dalam kalangan belia dan masyarakat.
6.      Perkongsian dalam pembangunan
- memanfaatkan perkongsian dan kerjasama antara agensi kerajaan, swasta dan pertubuhan
bukan kerajaan untuk pembangunan generasi belia.
7.      Jaringan hubungan antarabangsa
- menggalakkan generasi belia meningkatkan jaringan dan interaksi dengan masyarakat
antarabangsa.
4. MAHKAMAH (SISTEM PERUNDANGAN)

MAHKAMAH TINGGI
-mempunyai bidang kuasa penyeliaan dan pengubahan keputusan semua Mahkamah
Bawahan, serta juga bidang kuasa untuk membicarakan semua rayuan daripada
Mahkamah Bawahan, baik kes sivil mahupun kes jenayah.
-mempunyai bidang kuasa sivil yang tidak terhad, dan umumnya membicarakan kes-kes
yang tuntutannya melebihi RM1000, selain daripada kes-kes yang
melibatkan kemalangan kenderaan bermotor, penderitaan, dan pertikaian antara tuan
rumah dan penyewa.

CONTOH KES:
 kesahan atau pembubaran perkahwinan (perceraian) dan perkara-perkara suami isteri;
 kemuflisan dan perkara-perkara berkait dengan penggulungan syarikat;
 penjagaan kanak-kanak;
 pemberian kenyataan sah wasiat, wasiat, dan surat kuasa mentadbir estet;
 injunksi, pelaksanaan tertentu (specific performance), atau pembatalan kontrak;
 kesahan individu.

- Mahkamah Tinggi mempunyai bidang kuasa yang tidak terhad terhadap semua kes jenayah
selain daripada perkara-perkara yang melibatkan undang-undang Islam.
- Kes-kes dibicarakan oleh seorang hakim yang tunggal di dalam Mahkamah Tinggi, atau oleh
seorang pesuruhjaya kehakiman.

MAHKAMAH RAYUAN
KEANGGOTAAN:
- pengerusi yang digelar presiden mahkamah rayuan
- 10orang hakim yang lain
PELANTIKAN HAKIM:
·        Dilantik YDPA atas nasihat PM setelah berunding dengan MRR
·        Sebelum menasihati YDPA,PM hendaklah:
a)minta pandangan ketua hakim Negara bagi pelantikan presiden
b)minta pandangan presiden untuk perlantikan hakim lain

PENAMATAN JAWATAN HAKIM:


·        Hakim hanya boleh dipecat oleh YDPA  melalui tribunal

PERSIDANGAN MAHKAMAH RAYUAN:


·        KES hendaklah didengar tak kurang 3orang hakim/lebih
·        Mendengar kes jenayah & sivil yg tak kurang rm250000 daripada mahkamah tinggi
·        Berkuasa meminda keputusan mahkamah tinggi

MAHKAMAH PERSEKUTUAN   

Keanggotaan terdiri daripada:

·        ketua hakim mahkamah persekutuan/ketua hakim Negara

·        presiden mahkamah rayuan

·        hakim-hakim besar mahkamah tinggi

·        8orang hakim lain & beberapa orang hakim tambahan yg dilantik oleh YDPA mengikut
keperluan

BIDANG KUASA

·        pembicaraan kes hendaklah didengar lebih kurang 3org hakim/lebih yg ditentukan ketua
hakim Negara

·        menentukan kesahihan undang-undang yang digubal oleh badan perundangan Negara &
berkuasa untuk menolak undang-undang yg bercanggah dgn Perlembagaan Persekutuan

·        menyelesaikan kekeliruan&persoalan yang timbul daripada tafsiran undang-undang


persekutuan dgn perlembagaan pesekutuan
 DASAR LUAR NEGARA

   PENGENALAN

Dasar luar Negara dapat dimaksudkan sebagai matlamat, garis panduan untuk menentukan hala
tuju, tindakan, strategi yang diambil oleh sesebuah Negara dalam menjalin hubungan dengan
Negara lain.

Matlamat utamanya ialah untuk memastikan sesebuah Negara mencapai kemakmuran,


keamanaan dan kesetabilan serta kepentingan Negara dalam suasana hubungan antarabangsa
yang sentiasa berubah2.

Objektifnya ialah;

-          Memupuk hubungan baik dengan Negara lain.

-          Menjaga kedaulatan, kemerdekaan, maruah  dari campur tangan kuasa luar.

-           Kepentingan politik, ekonomi, sosial diperingkan antarabangsa.

Anda mungkin juga menyukai