Anda di halaman 1dari 3

Set & Semester:

Set 1, Semester 2 (2019/2020)

Kod & Nama Kursus:


GGGB 6423
Psikologi Silang Budaya

Tajuk Tugasan:

Tugasan Minggu ke-6

Nama Pensyarah:
Prof. Madya Dr Salleh Bin Amat

Nama & No. Matrik:


Bil Nama Pelajar No Matrik
1. Nur Adila Diyana Binti Zulazmi P101142
Agama
1. Sebuah institusi sosial yang menyumbang kepada pembentukan struktur masyarakat.
2. Merujuk kepada peraturan, tatacara atau hubungan yang wujud di antara manusia dan
tuhan.
3. Merujuk kepada aspek kepercayaan kepada tuhan sama ada kepercayaan kepada satu atau
banyak tuhan.
4. Aktiviti keagamaan mempunyai kaitan dengan kepercayaan agama masing-masing.
5. Satu sistem kepercayaan kepada tuhan yang di anut oleh sekelompok manusia dengan
selalu mengadakan interaksi dengannya.
Kerohanian
1. Kerohanian berasal daripada perkataan rohani atau roh iaitu bahagian dalam manusia yang
mempunyai daya berfikir atau jiwa kerohanian bermakna perihal rohani, sifat-sifat rohani
dan nilai-nilai hidup.
2. Kerohanian berkaitan dengan watak dalaman seseorang.
3. Kerohanian ialah melibatkan perasaan dan kepercayaan yang bersifat keagamaan.
4. Kerohanian adalah satu bentuk pembinaan yang menjadikan perkembangan rohani sebagai
tujuan bagi kehidupan insan dan sebab kejadiannya.
5. Kerohanian ialah pembinaan yang memberi makna yang hakiki kepada diri insan dan
kehidupannya.

Pada pandangan anda bagaimana aspek keagamaan dan spiritualiti membantu kehidupan
manusia
Pada pendapat saya, aspek keagamaan dan spirituality mempunyai hubungan antara satu sama lain.
Ini kerana, melalui proses kaunseling yang melibatkan spirualiti akan memberi kemampuan
kepada manusia untuk mengubah dirinya ke arah yang bersesuian. Proses yang terlibat adalah
proses kaunseling yang akan memupuk kerohanian setiap manusia dan ia akan mendorong
kepercayaan manusia dan menetapkan matlamat dalam melalukan sesuatu urusan. Selain itu,
manusia juga boleh bergerak dalam percubaannya untuk memanfaatkan unsur keagamaan dan
keupayaan untuk malahirkan emosi yang stabil dan baik. Melalui proses kaunseling spirituality
juga akan membuat manusia menghadapi masalah dengan cara berfikir secara kritis untuk mencari
jawapan dalam menyelesaikan masalah. Di samping itu, proses kaunseling ini juga akan membuat
manusia menghormati agama lain dan mengetahui agama lain dalam menyelesaikan masalah
dalam kehidupan seharian.
Proses kaunseling dalam aspek keagamaan dan spiritualiti juga akan menbuat manusia
mempunyai pengetahuan yang lebih luas dalam menyelesaikan masalah. Selain itu, aspek
keagamaan juga akan membimbing dan mempengaruhi manusia membuat keputusan. Melalui itu,
manusia juga akan mendapat bimbingan dan inspirasi dalam proses kaunseling mereka. Aspek
keagamaan dan spiritualiti juga akan mendorong manusia dalam mencari berkat dalam hidupnya
dan menjaga rohani mereka atas kepercayaan kepada tuhan mereka sendiri. Dalam membantu
kehidupan manusia, aspek ini akan membantu manusia untuk berkerja dengan lebih professional
dan lebih berkesan pada masa akan datang. Bagi aspek keagamaan, artikel ini lebih menerangkan
tentang keagamaan dalam agama Islam. Agama islam akan membantu kehidupan manusia dalam
bentuk aqidah, ibadah dan akhlak. Dalam bentuk aqidah, pendekatan islam akan membantu
manusia dalam menghadapi masalah, memberi ketenangan jiwa, berdaya tahan dalam menghadapi
masalah dan bersikap rasional dalam semua perkara.

Ibadah membantu kehidupan manusia dalam bermotibasi untuk meneruskan kehidupan.


Aspek akhlak akan mendorong manusia untuk berubah ke arah lebih baik. Tambahan pula, agama
islam dapat membantu kehidupan manusia dengan melakukan solat dalam hidup untuk mencari
ketenangan dalam hidup. Melalui solat juga, ia dapat menyuluh keindahan dalam hidup apabila
seseorang individu menghadapi masalah. Selain itu, puasa juga dapat membantu kehidupan
manusia kerana melalui puasa juga ia dapat menjadi pelindung daripada tipu daya syaitan dan
angan-angan. Selain itu, melalui puasa juga akan melatih manusia tersebut membina kesabaran
dalam menghadapi masalah dalam hidup. Di samping itu, aspek keagamaan boleh membantu
kehidupan manusia dengan melakukan zikir, doa dan istighfar. Melalui ini, ia dapat membersihkan
hati manusia daripada dosa dan menyelamatkan dirinya daripada dosa kerana Allah maha
pengampun. Dalam menjadi manusia yang baik, Al-Quran juga akan membantu kehidupan
manusia kerana melalui ini akan dapat mengetahui perkara yang melanggar batas-batas agama dan
dapat mengatasi amalan buruk itu.

Anda mungkin juga menyukai