Anda di halaman 1dari 24

SEKOLAH KEBANGASAAN BUKIT BANGKONG

43950 SUNGAI PELEK, SEPANG

BUKU PANDUAN
PERATURAN SEKOLAH
ISI KANDUNGAN
1. FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA
2. FALSAFAH PENDIDIKAN SEKOLAH
3. MATLAMAT SEKOLAH
4. IKRAR MURID
5. PERATURAN – PERATURAN DISPLIN SEKOLAH
PERKARA 1 : WAKTU PERSEKOLAHAN
PERKARA 2 : PAKAIAN MURID
PERKARA 3 : LENCANA , STOKIN, KASUT
PERKARA 4 : RAMBUT
PERKARA 5 : BASIKAL / MOTOSIKAL
PERKARA 6 : PERHIMPUNAN
PERKARA 7 : DISPLIN DAN TATATERTIB DALAM BILIK DARJAH
PERKARA 8 : REHAT, MAKAN DAN MINUMAN
PERKARA 9 : GERAK KERJA KO-KURIKULUM
PERKARA 10 : HAL – HAL LAIN
PERKARA 11 : KESALAHAN TATATERTIB YANG DIANGGAP BERAT
6. SENARAI SEMAK SALAH LAKU UNTUK MURID – MURID SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT BANGKONG
7. LAMPIRAN : i ) CONTOH PERATURAN RAMBUT MURID LELAKI
Ii ) CONTOH PERATURAN PAKAIAN MURID LELAKI
Iii ) CONTOH PERATURAN PAKAIAN MURID PEREMPUAN
Iv ) LENCANA SEKOLAH
V ) LAGU SEKOLAH
FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memeperkembangkan lagi potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang
berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan member sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara.

FALSAFAH PENDIDIKAN SEKOLAH


Sekolah adalah wadah untuk melahirkan pelajar cemerlang dari segi emosi, jasmani, intelek, dan rohani selaras dengan
Falsafah Pendidikan Negara. Usaha ke arah kecemerlangan kurikulum dan ko-kurikulum adalah melibatkan pelajar
selaras dengan proses pendemokrasian pendidikan dan usaha gigih dari semua pihak. Bimbingan dan panduan akan
sentiasa menjurus agar pelajar berdaya upaya untuk mempertingkatkan prestasi akademik dan imej sekolah.

MATLAMAT SEKOLAH
Pelajar – pelajar memperolehi segenap peluang dan kemudahan pengajaran dan pembelajaran serta pendidikan yang
berkualiti bagi menyediakan diri mereka sebagai insane yang seimbang dan harmonis sesusai dengan Falsafah
Pendidikan Negara dan berupaya manyumbang ke arah pencapaian matlamat WAWASAN 2020.
IKRAR MURID
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT BANGKONG

Bahawa dengan sesungguhnya kami pelajar – pelajar Sekolah Bukit Bangkong berikrar dan
berjanji : -

1. Untuk menjadi pelajar yang bertanggungjawab dan berguna kepada diri, keluarga,
masyarakat, agama dan rakyat.
2. Berusaha untuk menjadi insan yang baik dan berbudi pekerti mulia.
3. Berusaha menjadi pelajar yang cemerlang.
4. Patuh dan mentaati segala arahan dan peraturan sekolah.
5. Menjaga dan menaikkan nama baik sekolah.
PERATURAN-PERATURAN DISPLIN SEKOLAH

PERKARA 1 : WAKTU PERSEKOLAHAN


1.1 Semua murid mestilah berada di kawasan sekolah dalam waktu yang ditetapkan iaitu 7.00 pagi hingga 1.30
petang kecuali hari Jumaat iaitu mulai 7.00 pagi hingga 12.00 tengahari untuk sesi pagi.
1.2 Semua murid di larang berada didalam bilik darjah sebelum loceng Dibunyikan kecuali murid-murid yang
menjalankan tugas harian.
1.3 Pada waktu rehat, murid-murid tidak dibenarkan berada didalam bilik darjah kecuali kebenaran rasmi.
1.4 Semua murid yang hadir lewat ke sekolah tanpa sebab yang munasabah selepas loceng pertama dibunyikan
akan dikenakan tindakan.
1.5 Semua murid tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah sehingga tamat waktu persekolahan melainkan
dengan kebenaran GURU BESAR atau GURU PENOLONG KANAN atau GURU PENOLONG KANAN HAL EHWAL
MURID.

PERKARA 2 : PAKAIAN MURID


2.1 MURID LELAKI
2.1.1 BAJU
Semua murid lelaki mestilah memakai kemeja biasa berwarna putih, lengan pendek atau berlengan panjang,
berkolar dan satu poket di sebelah kiri. Jika kemeja itu berlengan panjang, ia hendaklah di butangkan.
2.1.2 SELUAR
Semua murid lelaki mestilah memakai seluar panjang berwarna biru tua ( navy blue ). Panjang seluar hendaklah
sampai ke bawah buku lali. Paras seluar di pinggang. Ukuran di peha cukup untuk duduk bersila. Semua murid
dilarang sama sekali memakai seluar ketat, jenis bottom, jeans atau yang pleat.

2.1.3 SONGKOK
Murid-murid digalakkan untuk memakai songkok berwarna hitam pada hari Jumaat sahaja.

2.1.4 TALI PINGGANG


Tali pinggang berwarna hitam atau coklat tanpa corak boleh digunakan. Lebarnya tidak melebihi 2.5cm. Kepala
tali pinggang mestilah tidak besar atau berbentuk-bentuk.

2.2 MURID PEREMPUAN


2.2.1 BAJU
Murid-murid adalah digalakkan untuk memakai baju kurung jenis tradisional leher teluk belanga berwarna
putih. Panjangnya mestilah sampai ke lutut.

2.2.2 KAIN
Kain hendaklah berbentuk A line atau kain bersusun dan berwarna biru tua.
2.2.3 Pelajar perempuan Islam adalah digalakkan memakai tudung kepala Berwarna putih,
berbentuk segi tiga dua sama berukuran sesuai dengan murid yang memakainya.
2.2.4 Murid-murid perempuan juga dibolehkan memakai baju blouse putih dan gaun biru.
Labuhnya hendaklah sampai ke lutut.
2.2.5 Murid-murid perempuan adalah dilarang keras memakai sebarang Perhiasan dan
Barang-barang Kemas.
2.2.6 Kuku mestilah sentiasa pendek dan tidak diwarnakan.
2.2.7 Murid-murid perempuan adalah dilarang sama sekali menggunakan Alat Solek.

2.3 PAKAIAN PENDIDIKAN JASMANI

Semua murid mestilah memakai kemeja T – putih bersama seluar sukan ( trek bottom ) berwarna gelap sewaktu
menjalankan PENDIDIKAN JASMANI
PERKARA 3 : LENCANA SEKOLAH, STOKIN DAN KASUT
3.1 LENCANA SEKOLAH / TANDA NAMA
Semua murid adalah diwajibkan memakai lencana / tanda nama di atas poket atau disebelah kiri kemeja
atau baju. Lencana yang telah hilang warna, dikikis dan diubahsuai tidak boleh digunakan.

3.2 STOKIN
Stokin pendek berwarna putih dan tidak berjalur sahaja yang boleh digunakan.

3.3 KASUT
Semua murid adalah dimestikan memakai kasut kanvas berwarna, selipar dan kasut kulit adalah tidak
dibenarkan sama sekali.

PERKARA 4 : RAMBUT
4.1 RAMBUT MURID LELAKI
( Rujuk gambarajah )

4.1.1 Murid-murid lelaki adalah dilarang menyimpan rambut panjang.


4.1.2 Istilah rambut panjang adalah seperi berikut : -
(a) di belakang : rambut jatuh melebihi di bawah cuping telinga.
(b) di hadapan : rambut menutup garisan tengah dahi.
(c) di sebelah : rambut menutup kedua-dua telinga atau
(d) di atas : rambut melebihi daripada 15 cm panjang.

4.2 RAMBUT MURID PEREMPUAN

4.2.1 Bagi murid-murid perempuan, rambut yang panjang hendaklah sentiasa kemas
kecuali mereka yang memakai tudung / mini telekung. Ikatan rambut sebagai
tocang atau ekor kuda dibenarkan.
4.2.2 Sepit-sepit atau hiasan rambut yang beraneka warna atau bermanik Adalah tidak
dibenarkan.
PERKARA 5 : BASIKAL / MOTOSIKAL

5.1 Semua murid hendaklah meletakkan basikal di tempat yang dikhaskan.


5.2 Murid-murid adalah tidak dibenarkan sama sekali menunggang motosikal sendiri untuk
hadir kesekolah kecuali jika dihantar oleh ibubapa/penjaga.
5.3 Semua basikal hendaklah dikunci dengan sempurna untuk keselamatan.
5.4 Segala rupa basikal yang membahayakan, dilarang dibawa ke sekolah.

PERKARA 6 : PERHIMPUNAN
6.1 Perhimpunan rasmi sekolah akan diadakan pada hari Isnin setiap minggu.
6.2 Perhimpunan ringkas akan diadakan pada hari lain jika difikirkan perlu.
6.3 Semua murid adalah diwajibkan menghadiri perhimpunan yang diadakan di tempat
perhimpunan.
6.4 Sebelum perhimpunan, loceng akan dibunyikan sebanyak dua kali.
6.5 Semua murid dilarang bercakap-cakap sewaktu berada di tempat perhimpunan. Semua
murid dikehendaki menyanyikan lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah
dengan penuh semangat.
6.6 Bacaan Ikrar pelajar akan diadakan pada setiap perhimpunan hari Isnin.
6.7 Bacaan doa.
6.8 Ucapan guru bertugas/guru lain sekiranya ada.
6.9 Persembahan murid sekiranya ada.
6.10 Ucapan Guru Besar.
6.11 Bersurai - murid-murid berjalan masuk ke kelas didalam barisan dan tidak dibenarkan
bercakap-cakap.

PERKARA 7 : DISPLIN TATATERTIB DALAM BILIK DARJAH


7.1 Murid yang bertugas hendaklah membersihkan kelas sebelum loceng pertama
dibunyikan. Sampah-sarap hendaklah dibuang ke dalam tong sampah.
7.2 Semua murid tidak dibenarkan membuat bising dan bergaduh didalam bilik darjah.
7.3 Semua murid adalah dilarang makan dan minum didalam kelas.
7.4 Semua murid hendaklah menjimatkan penggunaan tenaga elektrik dan lain-lain
kemudahan.
7.5 Semua murid hendaklah duduk di tempat yang telah ditetapkan.
7.6 Semua murid tidak dibenarkan keluar dari bilik darjah bila-bila masa tanpa keizinan
guru.
7.7 Semua murid dilarang berkeliaran di luar bilik darjah.
7.8 Semua murid dilarang menconteng, merosakkan semua perabot, memecah tingkap,
pintu dan peralatan bilik darjah.
7.9 Sewaktu ketiadaan guru, bilik darjah adalah dalam kawalan ketua dan penolong kelas
yang berkenaan.

PERKARA 8 : REHAT, MAKANAN DAN MINUMAN


8.1 Semua murid mestilah makan dan minum di kantin sahaja.
8.2 Semua murid hendaklah beratur semasa membeli makanan dan minuman.
8.3 Semua murid hendaklah menggunakan kantin sepenuhnya untuk membeli makanan dan
minuman. Segala sisa makanan hendaklah diletakkan ditempat yang telah disediakan.
8.4 Semua murid adalah dilarang mengambil, merosakkan dan memusnahkan alat-alat
kantin seperti sudu, garfu, gelas, piring dan botol kosong.

PERKARA 9 : GERAK KERJA KO-KUKURIKULUM


9.1 Setiap murid diwajibkan menjadi ahli kepada sebuah rumah sukan dan mengambil
bahagian dalam kegiatan sukan.
9.2 Setiap murid diwajibkan menjadi ahli kepada sekurang-kurangnya SATU persatuan atau
kelab dan satu pasukan unit pakaian seragam.
9.3 Semua murid yang hadir untuk perjumpaan ko-kurikulum mestilah MEMAKAI PAKAIAN
YANG BERSESUAIAN dengan aktiviti yang akan dijalankan.
PERKARA 10 : HAL-HAL LAIN
10.01 Semua murid dikehendaki mematuhi segala peraturan MAKMAL SAINS.
10.02 Semua murid dilarang menggunakan surau ( jika ada ) kecuali untuk beribadat dan
pada waktu yang dibenarkan sahaja.
10.03 Semua murid diwajibkan mengikuti pelajaran pendidikan jasmani bagi mereka yang
mendapat kebenaran surat akuan doctor.
10.04 Semua murid tidak dibenarkan masuk ke Bilik Guru atau Pejabat sekolah tanpa
urusan rasmi.
10.05 Semua murid dilarang menggunakan tandas Guru.
10.06 Semua murid hendaklah menggunakan tandas dengan penuh tanggungjawab dan
tidak merosakkan alat-alat tandas.
10.07 Penggunaan tandas adalah hanya pada waktu selepas Pendidikan Jasmani atau
Waktu rehat sahaja kecuali dengan kebenaran guru.
10.08 Semua murid tidak dibenarkan membawa orang luar kawasan dan bangunan
sekolah tanpa kebenaran Guru Besar.
10.09 Semua murid yang sakit dan hendak ke hospital pada waktu persekolah hendaklah
mengisi nama dalam buku murid keluar dan juga mendapat surat RAWATAN
DOKTOR daripada guru bertugas.
10.10 Semua murid mestilah sentiasa menghormati guru-guru dan pengawas serta
bersopan santun.
10.11 Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kehilangan wang atau
barang kemas murid di sekolah. Semua murid digalakkan membawa Wang yg
Secukupnya untuk perbelanjaan harian.
10.12 Murid-murid yang hendak ke tandas atau keluar dari kelas mestilah mendapatkan
kad / pas keluar dari guru atau ketua kelas ( jika ketiadaan guru )

PERKARA 11 : KESELAMATAN TATATERTIB YANG DIANGGAP BERAT


( PEKELILING BIL.9/1975 )
11.01 Menjadi ahli pertubuhan haram
11.02 Membawa senjata berbahaya dengan tujuan jahat.
11.03 Memukul kakitangan sekolah, guru dan Guru Besar.
11.04 Mengancam kakitangan sekolah, guru dan Guru Besar.
11.05 Melanggar peraturan dan undang-undang yang telah digubal oleh SEKOLAH dan
KEMENTERIAN PENDIDIKAN.
11.06 Menulis surat kepada akhbar tanpa kebenaran dan pengetahuan Guru Besar.
11.07 Sengaja merosakkan harta persendirian guru-guru, kakitangan sekolah dan murid-
murid.
11.08 Sengaja merosakkan harta kerajaan atau sekolah.
11.09 Mencuri.
11.10 Mengancam murid-lain dengan ancaman yang serius dan Merbahaya.
11.11 Merokok atau mengambil najis dadah didalam atau di luar sekolah.
11.12 Berjudi.
11.13 Meminum minuman keras atau memabukkan dalam kawasan sekolah.
11.14 Masih membantah hukuman guru walaupun sudah diberi tiga atau empat kali
amaran.
11.15 Menunjukkan sikap bongkak atau menghina kakitangan sekolah, guru-guru dan
Guru Besar.
11.16 Sengaja menimbulkan sesuatu perkara yang sensitive dengan tujuan menimbulkan
kacau-bilau dan perpecahan kaum.
11.17 Melanggar peraturan tatatertib yang menurut budi bicara Guru Besar / Penolong
Kanan sebagai melanggar tatatertib yang BERAT.
SENARAI SEMAK SALAH LAKU UNTUK MURID-MURID
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT BANGKONG

1. Datang lewat ke sekolah.


2. Berambut panjang ( rujuk gambarajah gaya menyimpan rambut murid lelaki )
3. Mewarnakan rambut.
4. Memakai barang kemas berharga.
5. Memakai barang kemas hiasan ( costume jewellery )
6. Berkuku panjang / mewarnakan kuku.
7. Menunggang motosikal ke sekolah.
8. Tidak memakai pakaian yang besesuaian untuk Pendidikan Jasmani dan kegiatan
Ko-Kurikulum.
9. Memakai seluar “ jeans ” di kawasan sekolah.
10. Memakai seluar ketat atau bel bottom.
11. Berjudi.
12. Mencuri.
13. Memeras ugut.
14. Membawa senjata berbahaya dan bahan-bahan berbahaya.
15. Membawa bahan-bahan bacaan lucah ke sekolah.
16. Membawa radio ke sekolah ( kecuali dengan kebenaran ).
17. Sengaja merosakkan harta persendirian sekolah ( contohnya ; - meconteng dinding
), guru, kakitangan sekolah dan murid-murid.
18. Mengancam atau menggangu murid lain.
19. Bersikap degil terhadap guru ( kurang sopan, angkuh ).
20. Bergaduh / bertumbuk.
21. Buli / ragging.
22. Tidak menghormati bendera kebangsaan negeri, lagu kebangsaan dan lagu negeri.
23. Berkhalwat / berdua-duaan.
24. Merokok, membawa rokok atau menagih rokok.
25. Memakai topi ( cap ), semua jenis selipar, baju T dalam yang berwarna dan tali
pinggang kepala besar di kawasan sekolah.
26. Bercelak atau memakai ‘ make up ’.
27. Tidak mengancing lengan baju dan butang.
28. Memakai kain singkat dan memakai kasut kulit.
29. Berbaju jarang dan sempit ( bagi murid perempuan ).
30. Meninggalkan buku teks pinjaman ( SPBT ) dalam kelas selepas waktu
persekolahan.

PERINGATAN
Pada Jumaat semua murid sesi pagi mesti meninggalkan kawasan sekolah pada 12.30 tengahari.
Murid-murid adalah diwajibkan memakai lencan dalam mengikut setiap kegiatan sekolah.

CONTOH PERATURAN RAMBUT MURID LELAKI


CONTOH PAKAIAN MURID LELAKI DAN PEREMPUAN
LENCANA SEKOLAH

SEKOLAH KEBANGSAAN
BUKIT BANGKONG (A)
LAGU SEKOLAH
SKBB
SEKOLAH KAMI
TEMPAT MENUNTUT ILMU
BELAJAR BERSUKAN
ERATKAN PERPADUAN
MENCAPAI KEJAYAAN

ILMU SULUH HIDUP


TERANGI KEGELAPAN
MARI KIRA BERSAMA
MENCAPAI KEMAJUAN

SKBB
SEKOLAH KAMI
TEMPAT MENUNTUT ILMU
BELAJAR BERSUKAN
ERATKAN PERPADUAN
MENCAPAI KEJAYAAN

( ULANG RANGKAP 2 )