Anda di halaman 1dari 4

1.

Kemajuan sesebuah Negara bergantung kepada sikap


bekerjasama antara pemimpin dalam sesebuah
Negara .Wajarkah seseorang pemimpin itu bertindak
sendirian tanpa berunding terlebih dahulu?

Seseorang pemimpin tidak wajar bertindak sendirian tanpa berunding


terlebih dahulu dengan pemimipin yang lain kerana pemimpin itu tidak akan
dapat mencapai sesuatu persetujuan demi menyelesaikan sesuatu masalah
dan mendapatkan apa yang diingini.Hal ini demikian kerana sesuatu
persetujaan bersama daripada pemimipin tertinggi yang lain amat penting
agar setiap keputusan yang dibuat menjadi tanggungjawab bersama setiap
pemimpin.Hal ini juga kerana keputusan mungkin akan menjadi berat
sebelah dan dapat membuka pintu kesulitan serta memberi kesempatan
untuk melihat urusan itu dari pelbagai sudut.Sebagai contoh,sistem syura
yang diamalkan sejak zaman rasulullah untuk membincangkan hal agama
dan hal pentadbiran.Jika kita berunding dengan pemimpin lain kita akan lebih
mendekati kebenaran daripada pendapat seorang saja . Kesan yang lain
ialah jika ada anggota yang tidak jujur dan tidak bertanggungjawab mungkin
akan membocarkan maklumat-maklumat penting yang telah dirunding untuk
kemajuan Negara.Kesimpulannya ,kita perlulah sentiasa berkerjasama dalam
sesebuah Negara agar Negara sentiasa membangun seperti Negara maju
yang lain .Bak kata pepatah bersatu kita teguh bercerai kita roboh.
2.Undang-undang merupakan satu perkara yang penting yang
dijadikan panduan kepada sesebuah Negara.Sejauhmanakah
keunggulan undang2 yang telah dibuat di Malaysia .Buktikan.

Pada umumnya setiap undang-undang dan sistem perundangan yang


diwujudkan di sesebuah Negara adalah bertujuan untuk
menyediakan peraturan yang mesti dipatuhi oleh setiap ahli
masyarakat dengan cara menetapkan standard serta batasan dalam
setiap aktiviti yang dilakukan.Di Malaysia undang – undang
diwujudkan untuk memastikan rakyat yang berbilang kaum menjana
kehidupan yang aman damai bersama demi menggalakkan toleransi
antara kaum dan masyarakat.hal ini demikian kerana jika sentiasa
berlaku perselisihan faham Negara akan porak peranda dan ekonomi
akan merudum.Namun keunggulan undang –undang yang digubal
hanya menjadi tulisan jika penguatkuasaanya lemah.Hal ini kerana
kini terlampau banyak maklumat yang beredar di media sosial
sehingga kita tidak mengetahui yang mana satu benar dan yang
mana satu palsu.Sebagai contoh,Akta fitnah 1957(Akta 286 )digubal
untuk mengawal segala maklumat yang mempunyai unsur fitnah
tetapi sering diambil enting oleh masyarakat.Kesannya,masyarakat
mudah panik seperti covid-19.Dengan wujudnya akta ini mereka
yang tidak bertanggungjawab akan lebih berhati-hati dalam
mematuhi peraturan.Kesimpulannya,kita perlulah menjaga
keunggulan undang-undang agar Negara sentiasa aman serta
perpaduan dapat dipaut.
Anda merupakan seorang warganegara Malaysia yang sangat
berjiwa patriotisme .Berikan cadangan anda kepada kerajaan agar
dapat memastikan Negara kekal berdaulat dan disanjung tinggi oleh
masyarakat.

Cadangan saya untuk memastikan Negara kekal berdaulat dan


disanjung tinggi oleh masyarakat ialah kita haruslah mengenali serta
menghormati raja dan pemimpin Negara kita demi mengekalkan
keamanan dan kesejahteraan Negara.Hal ini demikian kerana usaha-
usaha mereka unutuk memajukan Negara haruslahsentiasa
disokong .hal ini juga kerana tanpa perjuangan seperti mereka
Negara kita mungkin masih di tangan penjajah.Sabagai contoh Tunku
Abdul Rahman yang memainkan peranan penting dalam
memperjuangkan kemerdekaan Negara haruslah diambil tahi dan
dihargai.Kesannya ,kita dapat memupuk sikap saying dan saying akan
Negara.Jika kita tidak mengamalkannya semangat patriotisme
semakin berkurang.Kesimpulannya,kita perlulah taat kepada raja dan
pemimpin agar kedaulatan Negara sentiasa terjamin
Negara dan Bangsa mempunyai maksud yang pelbagai daripada
ahli2 sejarawan .Apakah yang anda faham tentang Negara dan
bangsa.

Mengikut kefahaman saya tentang Negara dan bangsa ialah Negara


yang berdaulat dan bebas daripada pemerintahan kerajaan lain yang
mempunyai pelbagai kaum bagi pemerintahan bebas daripada
campur tangan,paksaan dan penjajahan dan mempunyai hak mutlak
terhadap rakyat . Hal ini demikian kerana Negara dan bangsa
mempunyai pelbagai ciri.Hal ini juga kerana dapat membentuk
perpaduan antara kaum.Sebagai contoh,ciri Negara dan bangsa
semasa zaman kesultanan Melayu Melaka ialah hukumkanun
Melaka turut menyatakan hukuman terhadap kesalahan jenayah
awam,undang-undang keluarga dan sebagainya.Kesannya Negara
dapat mengekalkan kedaulatannya.Jika kita akan mempelajari
pelbagai adat daripada pelbagai kaum.Kesimpulannya,perpaduan
dalam masyarakat pelbagai kaum,budaya dan agama menjadi asas
penting untuk menjamin keharmoniaan masyarakat dan
mengukuhkan peradaban bangsa serta Negara.

Anda mungkin juga menyukai