Anda di halaman 1dari 1

MODUL 4 : KATA PENGUAT

1. Maksud

Kata penguat ialah perkataan yang mendahului atau mengikuti kata adjektif dan berfungsi untuk
menguatkan maksud yang terkandung dalam kata adjektif.

2. Jenis: Terdapat 3 jenis kata penguat:

KATA PENGUAT CONTOH


a. penguat hadapan terlalu, paling, agak
b. penguat belakang sekali, benar, nian
c. penguat bebas amat, sangat, sungguh

3. Contoh:
a. Digunakan di hadapan kata adjektif.

KATA PENGUAT HADAPAN CONTOH


terlalu Baju di pasar raya itu terlalu mahal.
paling Sambal tumis itu paling sedap.
agak Jalan di kawasan itu agak bahaya.

b. Digunakan di belakang kata adjektif

KATA PENGUAT BELAKANG CONTOH


sekali Pendapat murid itu baik sekali.
nian Nyaman nian udara di puncak pusat peranginan
tanah tinggi.
benar Cantik benar rantai mutiara ini.

c. Digunakan secara bebas sama ada di hadapan atau di belakang kata adjektif.

KATA PENGUAT BEBAS CONTOH


amat 1. Kraf tangan itu amat cantik.
2. Kraf tangan itu cantik amat.
sangat 1. Beg pakaian yang dibawa oleh Suria sangat
berat.
2. Beg pakaian yang dibawa oleh Suria berat
sangat.
sungguh 1. Kereta yang dipandu oleh Jazeman sungguh
laju.
2. Kereta yang dipandu oleh Jazeman laju
sungguh.

d. Terdapat juga unsur penguat yang boleh hadir berderetan sebelum kata adjektif.
Contohnya, sungguh amat merdu, sungguh kurang sopan, dan terlalu amat pedih.
(Tatabahasa Dewan m.s 390)

Contoh:
a. Suaranya sungguh amat merdu.
b. Perangainya sungguh kurang sopan.
c. Kata-katanya terlalu amat pedih.