Anda di halaman 1dari 36

DOKUMEN SEBUT HARGA

SEBUT HARGA
PERKHIDMATAN PEMBUNGKUSAN DAN PENGHANTARAN
BARANG PERSENDIRIAN DARI KEDIAMAN KE PEJABAT
PENASIHAT PENDIDIKAN DAN LATIHAN LUAR NEGARA DI
CHENNAI, INDIA TAHUN 2016

NO. SEBUT HARGA: JPA(SII)09/2016


 
SENARAI LAMPIRAN

1. Lampiran 1 : ARAHAN KEPADA PENYEBUTHARGA

2. Lampiran 2 : JADUAL SPESIFIKASI TEKNIKAL

3. Lampiran 3 : JADUAL TAWARAN HARGA

LATAR BELAKANG DAN PENGALAMAN PENYEBUT


4. Lampiran 4 :
HARGA

5. Lampiran 5 : SURAT AKUAN SEBUT HARGA

KESALAHAN RASUAH (AKTA SURUHANJAYA


6. Lampiran 6 :
PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA 2009)

7. Lampiran 7 : LAMPIRAN Q

8. Lanpiran 8 : SURAT AKUAN PEMBIDA

 
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM 
_________________________________ 
DOKUMEN PELAWAAN

SEBUT HARGA PERKHIDMATAN PEMBUNGKUSAN DAN PENGHANTARAN


BARANG PERSENDIRIAN DARI KEDIAMAN KE PEJABAT PENASIHAT
PENDIDIKAN DAN LATIHAN LUAR NEGARA DI CHENNAI, INDIA TAHUN 2016

MUSTAHAK
PENYEBUT HARGA DIKEHENDAKI MEMAHAMI DAN MEMATUHI SYARAT
DAN PERATURAN YANG TELAH DITETAPKAN BAGI SEBUT HARGA INI 

1. PERIHAL
1.1 Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam mempelawa Penyebutharga bagi
Sebut Harga Perkhidmatan Pembungkusan Dan Penghantaran
Barang Persendirian Dari Kediaman Ke Pejabat Penasihat
Pendidikan Dan Latihan Luar Negara Di Chennai, India Tahun 2016
seperti arahan di Lampiran 1.

2. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN BAGI PENYEBUTHARGA 


2.1 Penyebutharga yang dipelawa mestilah daripada syarikat yang berdaftar
dengan Kementerian Kewangan di dalam kod bidang : 221703 – Agen
Perkapalan, 221704 – Pengangkutan Lori, 221705 – Agen
Penghantaran dan 221707 – Pembungkusan. Sila sertakan salinan Sijil
berkaitan dan juga sijil taraf Bumiputera (sekiranya ada) dari Kementerian
Kewangan .

2.2 Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan adalah merupakan jaminan


ke atas Sebut Harga yang dikemukakan. Oleh itu sekiranya
Penyebutharga menarik balik tawaran sebelum Sebut Harga
dipertimbangkan atau menolak tawaran setelah Sebut Harga diberikan
kepadanya, maka tindakan akan diambil berdasarkan 1Pekeliling
Perbendaharaan (1PP)/PK 8 – Tindakan Tatatertib ke atas Syarikat
dan Firma Perunding yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan.

2.3 Syarikat-syarikat yang digantung atau dipotong pendaftarannya tidak akan


dibenarkan mengambil bahagian di dalam mana-mana sebut harga yang
dipelawa oleh semua Kementerian/Jabatan Berkanun di seluruh Malaysia.
2.4 Bagi semua penggantungan/potongan pendaftaran syarikat, nama
pengarah-pengarah termasuk nama pemegang-pemegang saham
terbesar akan disenaraihitamkan.

3. SYARAT-SYARAT AM SEBUT HARGA

3.1 Tertakluk kepada apa-apa syarat khas yang ditetapkan di tempat lain
dalam pelawaan ini, syarat-syarat am yang berikut hendaklah dipakai,
melainkan setakat mana syarat-syarat am itu ditolak atau diubah dengan
khususnya oleh Penyebutharga.

3.1.1 Kerajaan tidak terikat untuk menyetujui terima tawaran yang


terendah atau mana-mana tawaran.

3.1.2 Kerajaan berhak menimbang tiap-tiap satu butiran sebagai satu


tawaran yang berasingan atau bersekali.

3.1.3 Sekiranya terdapat apa-apa perkhidmatan/perkara di dalam


Lampiran 3 (Jadual Tawaran Harga) yang tidak diletakkan
harga, maka ia akan dianggap bahawa kos item atau barangan
tersebut telah pun dimasukkan di lain-lain bahagian atau
barangan di dalam Lampiran 3. Sebarang tuntutan tambahan
untuk perkhidmatan tersebut tidak akan dilayan.

3.1.4 Penyebutharga hendaklah mengganti rugi Kerajaan dengan


sepenuhnya sekiranya berlaku sebarang perlakuan, tuntutan, kos
atau perbelanjaan yang berbangkit daripada atau disebabkan
oleh sebab-sebab atau perlanggaran paten hakmilik dan
rekabentuk, ‘trademark’, nama atau pun apa-apa hak yang
dilindungi di dalam apa-apa kerja, material atau benda/sistem
atau cara-cara menggunakan, cara-cara kerja atau susunan yang
digunakan atau dibekalkan oleh Penyebutharga.

3.1.5 Para 3.1.1 dan 3.1.2 di atas ini tidaklah memudaratkan apa-apa
hak Kerajaan untuk mendapatkan ganti rugi kerana kemungkiran
kontrak.

3.1.6 Tiada apa-apa iklan mengenai persetujuan mana-mana tawaran


boleh disiarkan dalam mana-mana akhbar, majalah atau lain-lain
saluran iklan tanpa kelulusan Ketua Setiausaha Perbendaharaan.

3.1.7 Sebut harga ini dan apa-apa kontrak yang timbul daripadanya
hendaklah diertikan mengikut dan dikawal oleh undang-undang
Malaysia dan Penyebutharga bersetuju tertakluk hanya kepada
bidang kuasa Mahkamah Malaysia sahaja dalam apa-apa
pertikaian atau perselisihan jua pun yang mungkin timbul
mengenai sebut harga ini atau apa-apa kontrak yang timbul
daripadanya.

4. SKOP PERKHIDMATAN

4.1 Skop bagi Perkhidmatan Pembungkusan Dan Penghantaran Barang


Persendirian Dari Kediaman Ke Pejabat Penasihat Pendidikan Dan
Latihan Luar Negara Di Chennai, India Tahun 2016 adalah seperti di
Lampiran 2 (Jadual Spesifikasi Teknikal).

5. SPESIFIKASI TEKNIKAL

5.1. Spesifikasi Teknikal seperti di Lampiran 2 adalah penting dan perlu


dibaca, difahami dan diuruskan seperti mana yang diminta. Kegagalan
memahami serta menguruskannya dengan tidak betul boleh mencacat
dan menggagalkan tawaran pelawaan sebut harga.

5.2. Penyebutharga dikehendaki membuat ulasan/kenyataan yang sewajarnya


di ruangan yang ditetapkan. Kegagalan berbuat demikian boleh
menjejaskan penilaian terhadap tawaran yang dibuat.

5.3. Sebelum menghantar tawaran sebut harga, Penyebutharga hendaklah


memeriksa dokumen sebut harga dan jadual spesifikasi dengan teliti dan
sekiranya mendapati sebarang kesilapan atau kekeliruan hendaklah
mendapatkan penjelasan dan pengesahan daripada Jabatan
Perkhidmatan Awam.

5.4. Sebarang tuntutan berkenaan alasan ketidaktahuan (plea of ignorance)


yang dibuat kemudian tidak akan dilayan.

6. TARIKH TUTUP SEBUT HARGA

Tarikh dan masa tutup bagi penerimaan tawaran sebut harga ini adalah
seperti berikut:

Tarikh Tutup : 25 Julai 2016


Masa : Sebelum jam 12.00 tengah hari 
Nombor Rujukan : JPA(SII)09/2016
7. DOKUMEN SEBUT HARGA

7.1 Penyebutharga dikehendaki mengisi dengan lengkap segala butir butir


di dalam lampiran berikut:

7.1.1 Lampiran 2 -Jadual Spesifikasi Teknikal


7.1.2 Lampiran 3 - Jadual Tawaran Harga
7.1.3 Lampiran 4 - Latar Belakang Dan Pengalaman
Penyebutharga
7.1.4 Lampiran 5 -Surat Akuan Sebut Harga
7.1.5 Lampiran 7 - Lampiran Q
7.1.6 Lampiran 8 - Surat Akuan Pembida

8. PERATURAN MENGISI DAN MENGIRIM DOKUMEN


8.1 Semua dokumen hendaklah diisi dengan lengkap di ruangan yang
ditentukan sama ada ditaip atau ditulis dengan kemas dan
terang. Maklumat yang tidak jelas akan menjejaskan tawaran
yang dibuat. Jika ruangan yang disediakan tidak mencukupi,
Penyebutharga dibenarkan menaip atau menulis maklumat itu di
dalam kertas tambahan.
8.2 Sebarang pindaan dan pembatalan di dalam dokumen hendaklah
ditandatangani ringkas oleh Penyebutharga dan diberi tarikh serta
diletakkan cop syarikat.
8.3 Dokumen-dokumen di bawah perlu dikembalikan ke Jabatan
Perkhidmatan Awam (JPA) :

8.3.1 Lampiran 2 - Jadual Spesifikasi Teknikal


8.3.2 Lampiran 3 - Jadual Tawaran Harga
8.3.3 Lampiran 4 - Latar Belakang Dan Pengalaman
Penyebutharga
8.3.4 Lampiran 5 - Surat Akuan Sebut Harga
8.3.5 Lampiran 7 - Lampiran Q
8.3.6 Lampiran 8 - Surat Akuan Pembida
8.4 Dokumen-dokumen yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke
dalam sampul surat berlakri (sealed) dan ditanda dengan jelas seperti
arahan di Lampiran 1. Sampul surat hendaklah dihantar ke alamat:

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam,


Jabatan Perkhidmatan Awam,
Bahagian Khidmat Pengurusan,
Sektor Perolehan dan Aset,
Aras 9, Blok C1, Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62510 PUTRAJAYA

8.5 Dokumen tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut harga


yang telah ditetapkan beralamat seperti di para 8.4.

8.6 Tawaran sebut harga juga boleh dihantar melalui pos atau agensi
penghantaran swasta. Bagaimanapun JPA tidak akan
bertanggungjawab secara langsung atau tidak kepada sebarang
kelewatan, kehilangan atau sebagainya terhadap tawaran sebut harga
yang dihantar melalui pos atau agensi penghantaran swasta.

9. TEMPOH SAH SEBUT HARGA

9.1 Semua tawaran harga (Lampiran 3) yang ditawarkan di dalam dokumen


Sebut Harga ini hendaklah sah dan tidak boleh ditarik balik dalam tempoh
sekurang-kurangnya 90 hari dari tarikh sebut harga ini ditutup.

10. PEMBATALAN PERKHIDMATAN DALAM SEBUT HARGA

10.1 JPA berhak untuk membatalkan salah satu perkhidmatan yang telah
dinyatakan dalam dokumen sebut harga ini pada bila-bila masa, sekiranya
diperlukan.

10.2 Sebarang kos yang terpaksa ditanggung oleh pihak Penyebutharga


kerana urusan sebut harga ini adalah menjadi tanggungjawab pihak
Penyebutharga dan pihak JPA tidak akan bertanggungjawab terhadap
perkara tersebut

11. SETUJU TERIMA SEBUT HARGA

11.1 JPA adalah berhak mempersetujui sebut harga sama ada kesemuanya
atau sebahagiannya.

11.2 JPA tidak terikat mempersetujui sebut harga yang rendah sekali atau
mana-mana sebut harga jua pun.
11.3 JPA akan memberi notis bertulis kepada Penyebutharga yang berjaya
apabila tawarannya dipersetujui.

11.4 Notis ini boleh mengandungi syarat-syarat tawaran atau pengubahsuaian


kepada syarat-syarat tawaran. Sebut harga itu tidak boleh diterima
sehinggalah persetujuan bertulis daripada Penyebutharga menyatakan
bahawa pengubahsuaian syarat itu adalah diterima.

11.5 Apabila dipersetujui maka suatu perjanjian hendaklah disifatkan sebagai


telah dibuat di antara Kerajaan dengan Penyebutharga dan suatu
perjanjian akan diadakan selepas persetujuan tersebut.

12. KEPUTUSAN SEBUTHARGA ADALAH MUKTAMAD 


12.1 JPA tidak terikat untuk menerima mana-mana tawaran dari
Penyebutharga. Keputusan adalah muktamad. Sebarang surat menyurat
mengenai keputusan sebut harga ini tidak akan dilayan.

13. BANTAHAN

13.1 Bantahan rasmi secara bertulis yang disertai dengan butir-butir lengkap
berkaitan dengan penentuan Spesifikasi Teknikal yang menjurus kepada
sesuatu jenama (jenis) tertentu boleh dibuat oleh Penyebutharga dalam
tempoh tujuh (7) hari daripada tarikh iklan tawaran Sebut Harga.

13.2 Bantahan hendaklah dialamatkan kepada:

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam


Jabatan Perkhidmatan Awam
Bahagian Khidmat Pengurusan
Sektor Perolehan & Aset
Aras 9, Blok C1, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62510 PUTRAJAYA.
(u.p: En. Safuan Bin Saleh / Puan Shahila Binti Shamsuddin)

14. URUS SETIA SEBUT HARGA


14.1 Penyebut harga yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah
menghubungi pegawai secara bertulis seperti alamat di para 13.2 (Untuk
perhatian : Puan Shahila binti Shamsuddin)
15. TAWARAN HARGA PENYEBUTHARGA – Lampiran 3

15.1 Merujuk kepada 1Pekeliling Perbendaharaan (1PP/PK 5), kadar fi


perkhidmatan akan dikenakan sebanyak 0.4% bagi setiap transaksi
tertakluk kepada had maksimum berjumlah RM4,800 bagi setiap
transaksi bayaran yang bernilai RM1.2 juta atau lebih bagi kontrak
yang melibatkan beberapa kali pembayaran (multiple payment) sama
ada melalui Jadual Penghantaran (Delivery Schedule), Pencapaian
Perkhidmatan (Milestone), Bayaran Kemajuan (Progressive Payment)
atau mengikut permintaan (as-and-when-required) yang ditetapkan
dalam tempoh kontrak. Sehubungan itu, caj sebanyak 0.4% akan
dikenakan atas nilai invois/tawaran harga yang dikemukakan dan;

Kadar fi perkhidmatan sebanyak 0.8% bagi setiap transaksi tertakluk


kepada had maksimum berjumlah RM9,600 bagi transaksi yang
bernilai RM1.2 juta atau lebih bagi pembelian yang melibatkan hanya
sekali bayaran (one time payment)

15.2 Pembayaran akan dikenakan ke atas perkhidmatan yang sebenar sahaja


tertakluk kepada perubahan atau penambahan dalam skop perkhidmatan.

16. PENUTUP

16.1 Penyebutharga dinasihatkan agar memberi perhatian terhadap arahan-


arahan yang terkandung di dalam dokumen pelawaan semasa mengisi
dokumen-dokumen tawaran. Ini untuk memastikan segala maklum balas
yang diperlukan.
LAMPIRAN 1
ARAHAN KEPADA PENYEBUTHARGA
(LAMPIRAN INI TIDAK PERLU DIKEMBALIKAN)

1. PERIHAL SEBUT HARGA

1.1 Penyebutharga yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan dan memiliki


kod bidang : 221703 – Agen Perkapalan, 221704 – Pengangkutan Lori,
221705 – Agen Penghantaran dan 221707 – Pembungkusan dan Sijil
Bumiputera dipelawa untuk mengambil bahagian Sebut Harga
Perkhidmatan Pembungkusan Dan Penghantaran Barang Persendirian
Dari Kediaman Ke Pejabat Penasihat Pendidikan Dan Latihan Luar
Negara Di Chennai, India Tahun 2016.

1.2 Sebarang urusan / pertanyaan yang melibatkan Sebut Harga mestilah dalam
tempoh tujuh (7) hari dari hari tawaran dibuka sehingga ianya ditutup dan
mestilah berurusan terus di alamat:

Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam


Jabatan Perkhidmatan Awam
Bahagian Khidmat Pengurusan
Aras 9, Blok C1, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62510 PUTRAJAYA.
(u.p: En. Safuan Bin Saleh / Pn. Shahila Binti Shamsuddin)

1.3 Kos bagi perkhidmatan ini hendaklah termasuk kos tenaga buruh, kos sewa
pengangkutan, perlindungan insuran dan apa-apa kos yang terlibat dan
berkaitan.

1.4 Harga Tawaran hendaklah diisi di dalam ruangan Jadual Tawaran Harga
(Lampiran 3) yang disediakan dan hendaklah disahkan dan ditandatangani
dengan sempurna

2. PENGHANTARAN DOKUMEN SEBUT HARGA

2.1 Penyebutharga hanya dibenarkan mengemukakan satu tawaran sahaja.

2.2 Dokumen Sebut Harga yang lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam


sampul surat

 
2.3 Dokumen Sebut Harga yang telah lengkap hendaklah dihantar ke alamat
berikut :

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam,


Jabatan Perkhidmatan Awam,
Bahagian Khidmat Pengurusan,
Sektor Perolehan dan Aset,
Aras 9, Blok C1, Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62510 PUTRAJAYA.

3. PERTANYAAN

3.1 Pertanyaan mengenai Spesifikasi Sebut Harga boleh berhubung dengan


pegawai berikut:

Spesifikasi :

i) Puan Syaripah Nurzalilie Binti Syed Kamarzaman 03 - 88853656

ii) Puan Anis Marhani Binti Abd Rashid 03 - 88853302

iii) Encik Rafznan Bin Mohamad 03 - 88853342

Urus Setia

ii) Puan Shahila binti Shamsuddin 03 - 8885 3256

3. KESIMPULAN

3.1 Penyebutharga dinasihatkan supaya berhati-hati terutamanya semasa


mengisi dokumen Jadual Spesifikasi Teknikal (Lampiran 2) dan Jadual
Tawaran Harga (Lampiran 3) dengan memberikan maklumat tambahan
yang diperlukan. Maklumat yang TIDAK lengkap akan menyebabkan
dokumen tawaran Sebut Harga tersebut ditolak.

 
LAMPIRAN 2

   
JADUAL SPESIFIKASI

PEROLEHAN KE ATAS PERKHIDMATAN PEMBUNGKUSAN DAN


PENGHANTARAN BARANG PERSENDIRIAN
UNTUK PENEMPATAN DI PEJABAT PENASIHAT PENDIDIKAN DAN LATIHAN

NAMA PEGAWAI : CIK INTAN MASYITAH BINTI MOHD MURAD


PENEMPATAN : CHENNAI, INDIA

Kenyataan
Bil. Perkara Keterangan Catatan Pembekal
(Ya / Tidak)

1. Muatan barang Seperti di


di dalam satu Lampiran I –
(1) kontena 20 5.2 m³ Senarai Barang
kaki. Yang Akan
(kelayakan had muatan barang) Dibawa Ke Luar
(berdasarkan Negara
kelayakan
pegawai) Senarai barang
adalah tertakluk
kepada had
kelayakan.

2. Khidmat Semua perkhidmatan Semua aktiviti


Pengambilan/ pengambilan/penghantaran meliputi: penghantaran
Penghantaran hendaklah
Barang Alamat di Malaysia (Pengambilan) meliputi konsep
No 66, Jln.SS 7/30 penghantaran ini.
‘Door-to-Door’ Taman Kelana Indah
Kelana Jaya, 47301 (alamat kediaman
Selangor Darul Ehsan pegawai di luar
negara akan
Alamat di Chennai (Penghantaran) dimaklumkan
Consulate General Of Malaysia kelak)
No 7 (Old No 3), Cenotaph Road
1st Street, Tynempet, Chennai
600018, Tamil Nadu
India

   
JADUAL SPESIFIKASI

PEROLEHAN KE ATAS PERKHIDMATAN PEMBUNGKUSAN DAN


PENGHANTARAN BARANG PERSENDIRIAN
UNTUK PENEMPATAN DI PEJABAT PENASIHAT PENDIDIKAN DAN LATIHAN

NAMA PEGAWAI : CIK INTAN MASYITAH BINTI MOHD MURAD


PENEMPATAN : CHENNAI, INDIA

Kenyataan
Bil. Perkara Keterangan Catatan Pembekal
(Ya / Tidak)
Semua aktiviti
3. Pack Meliputi semua kerja-kerja pembungkusan
membungkus kotak/bungkusan dan penghantaran
barang-barang di lokasi (termasuk hendaklah meliputi
kerja-kerja pemisahan/pemasangan konsep
perabot/peralatan yang dipisahkan penghantaran ini.
untuk tujuan (Rujuk Lampiran
pembungkusan/penghantaran II untuk senarai
sekiranya ada) lengkap keperluan
Pihak syarikat perlu mengambil pembungkusan)
kembali segala kotak/ bungkusan
supaya ia tidak ditinggalkan di
lokasi dan memastikan kebersihan
lokasi yang dijaga.
Semua aktiviti
4. Unpack Meliputi semua kerja-kerja Unpack dan
membuka kotak/bungkusan barang- pembersihan
barang di lokasi (termasuk kerja- hendaklah meliputi
kerja pemisahan/pemasangan konsep
perabot/peralatan yang dipisahkan perkhidmatan ini.
untuk tujuan
pembungkusan/penghantaran
sekiranya ada)
Pihak syarikat perlu mengambil
kembali segala kotak/ bungkusan
supaya ia tidak ditinggalkan di
lokasi dan memastikan kebersihan
lokasi yang dijaga

   
Kenyataan
Bil. Perkara Keterangan Catatan Pembekal
(Ya / Tidak)
5. Tempoh Pengambilan / penghantaran Status
Penghantaran barang ke destinasi dengan pengambilan /
selamat dan cepat. penghantaran
perlu dilaporkan
dari semasa ke
semasa. _________
hari
(sila nyatakan
bilangan hari
diperlukan)
6. Pengendalian Semua urusan dokumentasi
Kastam termasuk proses ‘clearance’
(clearance) barang-barang.

7. Valuation Melibatkan ≤5% nilai keseluruhan Senarai barang


Coverage. barang. pegawai terhad
(Perlindungan (Kelayakan Kadar Insuran kepada kelayakan
Insuran) ≤RM300,000.00) pegawai.
8. Storage Meliputi khidmat penyimpanan
(jika perlu) barang di dalam dan di luar negara
(jika perlu).

9. Contigency Meliputi perkhidmatan yang akan


ditanggung oleh pembekal
perkhidmatan sekiranya berlaku
sesuatu perkara di luar
jangka/kecemasan.

   
LAMPIRAN II

SENARAI KEPERLUAN YANG PERLU DIGUNAKAN BAGI URUSAN


PEMBUNGKUSAN BARANG-BARANG PERSENDIRIAN PEGAWAI PEJABAT
PENASIHAT PENDIDIKAN DAN LATIHAN LUAR NEGARA.

NO. SENARAI KEPERLUAN FUNGSI


1. Kotak pelbagai saiz (3 Menyimpan barang-barang yang telah
lapisan) dibungkus seperti buku, peralatan dapur,
pakaian dll.
2. Standing Wardrobe Untuk pakaian.
3. Newsprint Membungkus semua barang-barang
sebelum dimasukkan ke dalam kotak.
4. Acid Free Paper Membungkus lukisan atau barang-barang
yang ada permukaan kaca bagi
mengelakkan daripada calar mengikut ciri-
ciri dan kesesuaian barangan tersebut.
5. Kertas Minyak Membungkus lukisan atau barang-barang
yang ada permukaan kaca bagi
mengelakkan daripada calar mengikut ciri-
ciri dan kesesuaian barangan tersebut.
6. Shrink Wrap/Stretch Film Membalut barang-barang seperti perabot
yang telah dibungkus dengan kertas tisu.
7. Bubble Wrap Membalut barang-barang mudah pecah
sebelum dibungkus dengan kertas tisu.
8. Cardboard Sheets Membungkus perabot yang besar seperti
almari hiasan, tilam yang telah dibalut
dengan kertas tisu dan shrink wrap.
9. Corrugated Paper Membungkus perabot yang besar seperti
almari hiasan, tilam yang telah dibalut
dengan kertas tisu dan shrink wrap.
10. Vacuum Pack Membungkus barang-barang makanan yang
mudah berbau dan rosak seperti belacan,
ikan bilis, ikan kering dll.
11. Kotak Kayu (Crates) Melindungi barang-barang mudah pecah
seperti piano, pasu, barang-barang Kristal,
mesin-mesin jentera yang terlebih dahulu
dibungkus mengikut kesesuaian ciri-ciri
barangan.
12. OPP Tape/Masking Tape Seal
13. Paper Gum Tape Seal

   
LAMPIRAN 3

   
JADUAL TAWARAN HARGA

PEROLEHAN KE ATAS PERKHIDMATAN PEMBUNGKUSAN DAN


PENGHANTARAN BARANG PERSENDIRIAN
UNTUK PENEMPATAN DI PEJABAT PENASIHAT PENDIDIKAN DAN LATIHAN

NAMA PEGAWAI : CIK INTAN MASYITAH BINTI MOHD MURAD


PENEMPATAN : CHENNAI, INDIA

Bil. Perkara Keterangan Catatan Kos (RM)

1. Muatan barang Seperti di


di dalam satu Lampiran I –
(1) kontena 20 5.2 m³ Senarai Barang
kaki. Yang Akan
(kelayakan had muatan barang) Dibawa Ke Luar
(berdasarkan Negara
kelayakan
pegawai) Senarai barang
adalah tertakluk
kepada had
kelayakan.

2. Khidmat Semua perkhidmatan Semua aktiviti


Pengambilan/ pengambilan/penghantaran meliputi: penghantaran
Penghantaran hendaklah
Barang Alamat di Malaysia (Pengambilan) meliputi konsep
‘Door-to-Door’ No 66, Jln.SS 7/30 penghantaran
Taman Kelana Indah ini.
Kelana Jaya, 47301 (alamat
Selangor Darul Ehsan kediaman
pegawai di luar
Alamat di Chennai (Penghantaran) negara akan
Consulate General Of Malaysia dimaklumkan
No 7 (Old No 3), Cenotaph Road kelak)
1st Street, Tynempet, Chennai
600018, Tamil Nadu
India

   
JADUAL TAWARAN HARGA

PEROLEHAN KE ATAS PERKHIDMATAN PEMBUNGKUSAN DAN


PENGHANTARAN BARANG PERSENDIRIAN
UNTUK PENEMPATAN DI PEJABAT PENASIHAT PENDIDIKAN DAN LATIHAN

NAMA PEGAWAI : CIK INTAN MASYITAH BINTI MOHD MURAD


PENEMPATAN : CHENNAI, INDIA

Bil. Perkara Keterangan Catatan Kos (RM)

Semua aktiviti
3. Pack Meliputi semua kerja-kerja pembungkusan
membungkus kotak/bungkusan dan penghantaran
barang-barang di lokasi (termasuk hendaklah meliputi
kerja-kerja pemisahan/pemasangan konsep
perabot/peralatan yang dipisahkan penghantaran ini.
untuk tujuan (Rujuk Lampiran
pembungkusan/penghantaran II untuk senarai
sekiranya ada) lengkap keperluan
Pihak syarikat perlu mengambil pembungkusan)
kembali segala kotak/ bungkusan
supaya ia tidak ditinggalkan di
lokasi dan memastikan kebersihan
lokasi yang dijaga.
Semua aktiviti
4. Unpack Meliputi semua kerja-kerja Unpack dan
membuka kotak/bungkusan barang- pembersihan
barang di lokasi (termasuk kerja- hendaklah meliputi
kerja pemisahan/pemasangan konsep
perabot/peralatan yang dipisahkan perkhidmatan ini.
untuk tujuan
pembungkusan/penghantaran
sekiranya ada)
Pihak syarikat perlu mengambil
kembali segala kotak/ bungkusan
supaya ia tidak ditinggalkan di
lokasi dan memastikan kebersihan
lokasi yang dijaga

   
Bil. Perkara Keterangan Catatan Kos (RM)

5. Pengendalian Semua urusan dokumentasi


Kastam termasuk proses ‘clearance’
(clearance) barang-barang.
Senarai barang
6. Valuation Melibatkan ≤5% nilai keseluruhan pegawai terhad
Coverage. barang. kepada kelayakan
(Perlindungan (Kelayakan Kadar Insuran pegawai.
Insuran) ≤RM300,000.00)
7. Storage Meliputi khidmat penyimpanan
(jika perlu) barang di dalam dan di luar negara
(jika perlu).

8. Contigency Meliputi perkhidmatan yang akan


ditanggung oleh pembekal
perkhidmatan sekiranya berlaku
sesuatu perkara di luar
jangka/kecemasan.

JUMLAH HARGA TAWARAN (RM)

Tempoh perkhidmatan bermula dari tarikh surat setuju terima ditandatangani


(selepas surat setuju terima dari pihak Kerajaan ditandatangani)

Harga Tawaran adalah tidak termasuk kenaan 6% Cukai Barang Dan Perkhidmatan (GST)

TANDATANGAN : ......................................................................................

NAMA : ......................................................................................

JAWATAN : ......................................................................................

TEMPOH PEMBEKALAN : .......................................................................................

COP SYARIKAT : .......................................................................................

   
LAMPIRAN 4

   
LATAR BELAKANG DAN PENGALAMAN PENYEBUTHARGA
(JIKA MAKLUMAT DI BAWAH TIDAK LENGKAP AKAN MENJEJASKAN
PENILAIAN KE ATAS TAWARAN SYARIKAT)

A. AM

1. Nama Syarikat : _______________________________


1.1 Alamat Pejabat : _______________________________
_______________________________
_______________________________
1.2 No. Telefon : _______________________________
1.3 No. Pendaftaran : _______________________________
Syarikat
1.4 No. Pendaftaran : _______________________________
Kementerian Kewangan (sertakan salinan sijil)

2. Modal Di benar : _______________________________


Modal Berbayar : _______________________________

B. PROFIL SYARIKAT

(i) Pengarah :

Nama
Bil.

   
(ii) Pemegang Saham :

Nama Peratus Pegangan Saham


Bil.
(%)

(iii) Pekerja :

Bil. Kategori Jawatan Bilangan Orang

1 Pengurusan

2 Profesional

3 Kakitangan

C. NYATAKAN PERATUSAN PEMILIKAN SAHAM SYARIKAT

Bil. Taraf Peratusan (%)

i. Bumiputra

ii. Bukan Bumiputra


Modal Asing dan
iii.
Nama Negeri

D. KEDUDUKAN KEWANGAN

1. Nyatakan dengan jelas dan sertakan salinan dokumen berkaitan.

Total Authorised Capital


i. RM
(Share)

ii. Total Paid Out Capital RM

Sertakan Salinan Penyata Akaun


iii. Penyata Akaun Syarikat
Bank Bagi Tiga Bulan Terakhir

   
E. PENGALAMAN BERKAITAN DENGAN SEBUT HARGA SAHAJA
- JIKA TIADA PENGALAMAN PASTIKAN RUANG TERSEBUT
DICATATKAN PERKATAAN TIADA PENGALAMAN -

(i) Kerajaan :

Tarikh Nama & No. Tel.


Bil. Tajuk & Nama Agensi Perkhidmatan Pegawai / Agensi untuk
& Tempoh dirujuk

(ii) Swasta :

Tarikh Nama & No. Tel.


Bil. Tajuk & Nama Agensi Perkhidmatan Pegawai / Agensi untuk
& Tempoh dirujuk

   
F. PERAKUAN

Saya/kami mengaku bahawa segala maklumat yang dikemukakan di atas adalah


benar. Saya juga menyedari sekiranya didapati maklumat-maklumat yang
diberikan ini adalah palsu atau tidak benar, maka Kerajaan boleh mengambil
apa-apa tindakan terhadap saya dan Syarikat yang saya wakili di bawah apa-apa
undang-undang yang sedang berkuat kuasa.

Tandatangan : ____________________________________

Nama Penyebutharga : ____________________________________

Nombor Kad Pengenalan : ____________________________________

Tarikh : ____________________________________

Cop Syarikat :

   
LAMPIRAN 5

 
SURAT AKUAN SEBUT HARGA

Ketua pengarah Perkhidmatan Awam,


Jabatan Perkhidmatan Awam,
Bahagian Khidmat Pengurusan,
Sektor Perolehan dan Aset,
Aras 9, Blok C1, Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62510 W.P Putrajaya.

Tuan,

NO. SEBUT HARGA : JPA(SII)09/2016

PERKHIDMATAN PEMBUNGKUSAN DAN PENGHANTARAN BARANG


PERSENDIRIAN DARI KEDIAMAN KE PEJABAT PENASIHAT PENDIDIKAN
DAN LATIHAN LUAR NEGARA DI CHENNAI, INDIA TAHUN 2016

Saya/kami yang bertandatangan di bawah, dengan ini mengemukakan tawaran


bagi perkhidmatan yang ditawarkan dengan harga yang telah ditentukan di dalam
Lampiran 3. Tawaran ini mempunyai sah laku untuk tempoh selama sembilan
puluh (90) hari dari tarikh Sebut Harga ini ditutup.

2. Saya/kami yang bertandatangan di bawah ini bersetuju sepenuhnya :


a) Bahawa tawaran ini akan dijadikan asas oleh Kerajaan untuk penerimaan
tawaran kami;
b) Bahawa Kerajaan tidak terikat untuk menerima Sebut Harga dengan
harga yang terendah atau mana-mana Sebut Harga atau memberi apa-
apa sebab di atas penolakan sesuatu Sebut Harga;
c) Bahawa Kerajaan berhak untuk menerima keseluruhan atau sebahagian
tawaran penyebutharga mengikut pakej atau menerima tawaran yang
sama lebih daripada satu penyebutharga;
d) Bahawa keputusan Lembaga Sebut Harga JPA adalah muktamad;
e) Bahawa sekiranya tawaran kami diterima maka satu kontrak yang formal
akan ditandatangani antara pihak kami dengan Kerajaan selaras dengan
tawaran yang diberikan;

 
f) Bahawa Surat Akuan Sebut Harga ini berserta dengan Surat Setuju
Terima hendaklah menjadi sebahagian daripada kontrak yang mengikat
antara Kerajaan dan Penyebutharga walaupun kontrak yang formal
belum dilaksanakan;
g) Bahawa sekiranya kami menolak tawaran ini atau jika maklumat yang
diberikan adalah palsu, Kerajaan boleh menarik balik penganugerahan
Sebut Harga yang diberikan kepada dan membawa kes ini ke
Mahkamah; dan
h) Bahawa kami akan mematuhi segala syarat – syarat seperti mana yang
dinyatakan di dalam dokumen ini.

Bagi pihak Penyebutharga

Tandatangan Penyebutharga : ________________________________

Nama Penuh : ________________________________

No. Kad Pengenalan : ________________________________

Alamat / Cop Syarikat : ________________________________

Di hadapan :

Tandatangan Saksi : ________________________________

Nama Penuh Saksi : ________________________________

No. Kad Pengenalan Saksi : ________________________________

Alamat : ________________________________

________________________________

________________________________

 
LAMPIRAN 6

 
KESALAHAN RASUAH (AKTA SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH
MALAYSIA 2009)

1. Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar atau memberi,


meminta atau apa-apa suapan secara rasuah kepada dan daripada mana-mana
orang berkaitan perolehan ini merupakan suatu kesalahan jenayah di bawah
Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).

2. Sekiranya mana-mana pihak menawar atau memberi apa-apa suapan kepada


mana-mana anggota pentadbiran awam, maka pihak yang ditawar atau diberi
suapan dikehendaki membuat aduan dengan segera ke pejabat Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia atau balai polis yang berhampiran. Kegagalan
berbuat demikian adalah merupakan suatu kesalahan di bawah Akta
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).

3. Tanpa prejudis kepada tindakan-tindakan lain, tindakan tatatertib terhadap


anggota pentadbiran awam dan menyenaraihitamkan Kontraktor atau pembekal
boleh diambil sekiranya pihak-pihak terlibat dengan kesalahan rasuah di bawah
Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).

4. Mana-mana Kontraktor atau pembekal yang membuat tuntutan bayaran


berkaitan perolehan ini walaupun tiada kerja dibuat atau tiada barangan di bekal
mengikut spesifikasi yang ditetapkan atau tiada perkhidmatan diberi di mana-
mana anggota perkhidmatan awam yang mengesahkan tuntutan berkenaan
adalah melakukan kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia 2009 (Akta 694).

 
LAMPIRAN 7

 
(Kew. 284-Pin. 2/94)
Lampiran Q
Bila menjawab, sila nyatakan nombor ini
No. Sebutharga Bil. JPA(SII)09/2016

KERAJAAN MALAYSIA
(ARAHAN PERBENDAHARAAN 170)
NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN

SEBUTHARGA UNTUK BEKALAN BARANG-BARANG/PERKHIDMATAN


Kepada (Nama Syarikat). ......................................... Pelawaan Sebutharga dikeluarkan oieh
.................................................................................. Jabatan (Alamat Lengkap)
No. TeIefon............................................................... Ketua Pengarah Jabatan
No. Pendaftaran dengan Kementerian Perkhidmatan Awam
Kewangan ...... ......... ............................................... Jabatan Perkhidmatan Awam
Kod Bidang Pendaftaran yang relevan dengan Bahagian Khidmat Pengurusan
pembelian ini : Sektor Perolehan Dan Aset, Aras 9,
221703, 221704, 221705, 221707 Blok C1 Kompleks C, Putrajaya
No. Telefon. 03-8885 3796
Tarikh:________________

1. Sila beri sebutharga untuk bekalan barang-barang/perkhidmatan yang disenaraikan di bawah


tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan:
1.1 Syarat Penyerahan/Penyempurnaan kepada Ketua Pengarah dengan sempurna
1.2 Tarikh Penyerahan/Penyempurnaan akan ditentukan.
1.3 Arahan Pengirim hantar dengan tangan.
1.4 Sebutharga hendaklah dimasukkan ke dalam suatu sampul surat berlakri dan bertanda
”No. Scbutharga JPA(SII)09/2016
1.5 Sebutharga hendaklah dimasukkan ke dalam peti tawaran yang berkenaan di alamat di atas
tidak lewat pada jam 12.00 tengahari 25 Julai 2016 (Isnin)
1.6 Tempoh sahlaku sebutharga hendaklah sembilan puluh (90) hari selepas tarikh tutup.

Tarikh: Julai 2016

 
Nama Pegawai : Safuan Bin Saleh
Jawatan : Ketua Penolong Pengarah
Perihal barang-barang/perhidmatan Unit Kuantiti/ Kadar Harga
Bil
dan Syarat-syarat Khas Ukuran Kekerapan (RM) (RM)
Untuk disi oleh
Untuk diisi oleh Jabatan
Penyebutharga

Perkhidmatan Pembungkusan
dan Penghantaran Barang
Persendirian Dari Kediaman Ke
Pejabat Penasihat Pendidikan
Dan Latihan Di Chennai, India
Tahun 2016

Tarikh Penyerahan/Penyempurnaan
ditawarkan.......................................

*sila sertakan sesalinan Sijil


Pendaftaran dengan Kementerian
Kewangan
Jumlah

(i) Harga yang ditawarkan adalah harga bersih; dan


(ii) Tarikh Penyerahan/Penyempurnaan ialah ...........................................

Saya/Kami dengan ini menawar untuk membekalkan barang-barang/perkhidmatan di atas dengan harga dan syarat-
syarat yang ditunjukkan di atas dengan tertakluk kepada syarat-syarat di atas dan di belakang ini.

Tandatangan Penyebutharga : ..........................................


Nama dan K/P : .........................................
Alamat Syarikat : ..........................................
Tarikh : .........................................

 
LAMPIRAN 8

 
SURAT AKUAN PEMBIDA
Bagi
(Tajuk dan Nombor Tender/Sebut Harga)
……………………………………………………

(Nama Wakil Syarikat)


Saya, ……………………………………....... nombor K.P. .........………………......
(MOF/PKK/CIDB/ROS/ROC/ROB)
yang mewakili.....………………………………................................................................
(Nama Syarikat)
nombor Pendaftaran…...........……………………………………………...... dengan ini
mengisytiharkan bahawa saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini
tidak akan menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam
(Nama Kementerian/Agensi)
.......………………………………................... atau mana-mana individu lain, sebagai
sogokan untuk dipilih dalam tender/sebut harga* seperti di atas. Bersama-sama
ini dilampirkan Surat Perwakilan Kuasa bagi saya mewakili syarikat seperti
tercatat di atas untuk membuat pengisytiharan ini.

2. Sekiranya saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini


didapati bersalah menawar atau memberi rasuah kepada mana-
mana individu (Nama Kementerian/Agensi)
dalam ……………………………….............. atau mana-mana
individu lain sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender/sebut harga* seperti di
atas, maka saya sebagai wakil syarikat bersetuju tindakan-tindakan berikut
diambil:

2.1 penarikan balik tawaran kontrak bagi tender/sebut harga* di atas; atau
2.2 penamatan kontrak bagi tender/sebut harga* di atas; dan
2.3 lain-lain tindakan tatatertib mengikut peraturan perolehan Kerajaan.

3. Sekiranya terdapat mana-mana individu cuba meminta rasuah daripada


saya atau mana-mana individu yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai
sogokan untuk dipilih dalam tender/sebut harga* seperti di atas, maka saya
berjanji akan dengan segera melaporkan perbuatan tersebut kepada pejabat
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau balai polis yang
berhampiran.

Yang Benar,
(Tandatangan)
……………………………......
(Nama dan No.KP)
Cop Syarikat :

Catatan:
* Potong mana yang tidak berkaitan.
 

Anda mungkin juga menyukai