Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Menurut buku Glosari Seni Lukis, resis didefinisikan sebagai suatu kaedah
melukis cat air dengan menyapu cat ke permukaan yang telah disapukan lilin di bahagian
bahagian yang tidak hendak dicat atau diwarnakan. Resis bermakna satu aktiviti
menggambar yang dihasilkan dengan cara menolak warna basah atau cat basah yang
disapu ke atas permukaan kertas yang disapu lilin. Lilin yang digunakan dalam aktiviti
resis menjadi pelindung kepada warna asal atau terdahulu yang terdapat pada permukaan
kertas. Lilin dalam aktiviti resis bertindak sebagai alat untuk menghasilkan garisan di atas
permukaan kertas. Teknik tindihan lilin keatas lilin yang lain boleh dijalankan dalam
aktiviti resis.
Menurut Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Huraian Sukatan Pelajaran
Pendidikan Seni Visual, Teknik Resis adalah sangant penting dalam pengajaran dan
pembelajaran PSV tahap 1 iaitu untuk murid Tahun 1 hingga Tahun 3. Teknik resis
membolehkan murid meneroka dengan lebih jauh lagi tentang alatan dan bahan dalam
kegiatan menggambar.
Penglibatan kanak-kanak di dalam aktiviti resis berupaya memberikan rangsangan
dan pembangunan dari pelbagai aspek. Pembangunan tahap kreativiti kanak-kanak dapat
dipertingkatkan selain mewujudkan rasa sensitivity kanak-kanak terhadap sekelilingnya.
Secara ringkasnya kepentingan mempelajari teknik resis di sekolah rendah kepada kanak-
kanak dapat dilihat melalui aspek berikut:
1
CHUNG AI SHIN
810415135084 HBAE 1403
alatan dan bahan dalam kegiatan menggambar. Contohnya, penggunaan pensel untuk
melakar dan penggunaan berus untuk menwarna.
2
CHUNG AI SHIN
810415135084 HBAE 1403
Penutup:
Sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah disusun bertujuan
melibatkan murid dalam pelbagai kegiatan seni. Kegiatan seni yang dijalankan
berdasarkan empat bidang utama. Bidang-bidang tersebut ialah bidang menggambar,
membuat corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan, dan mengenal kraf
tradisional. Pengalaman seni ini adalah untuk memperkembang dan menyelaraskan
persepsi dan konsepsi visual murid sebagai asas bagi menggalakkan pemikiran kritis dan
kreatif. Pengalaman ini juga selaras dengan perkembangan peringkat kesediaan dan
penerimaan murid dari segi sosioemosi, psikomotor dan mental yang merangkumi
perasaan, koordinasi, manipulasi dan persepsi visual.
Kesimpulannya, dengan mempelajari Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah,
murid akan dapat menguasai beberapa pengetahuan dan kemahiran. Antara pengetahuan
yang dapat dimiliki murid ialah pengetahuan mengenai bahan, alat dan teknik yang
digunakan dalam sebarang kegiatan seni. Murid juga akan mendapat pengetahuan
mengenai sumber motif dalam persekitaran, kraf tradisional, unsur seni dan prinsip
rekaan dalam pendidikan seni visual, proses pembuatan hasil seni, menyimpan maklumat
atau dokumentasi, mengintegrasikan maklumat dan aplikasi komputer dalam kerja seni
visual. Sementara kemahiran yang akan diperolehi murid pula ialah kemahiran
memanipulasi bahan, alat dan teknik, mengaplikasi disiplin seni visual, berfikir secara
kritis dan kreatif, berkomunikasi secara berkesan, membuat pilihan, membuat
interpretasi, menggunakan teknologi bahan dan perkakasan.
3
CHUNG AI SHIN
810415135084 HBAE 1403
Bahan Rujukan:
Haji Abdul Shukor Hashim. et al. (2007). HBAE1203: Perkembangan Seni Dan
Kanak-kanak. Selangor Darul Ehsan: Meteor Doc. Sdn. Bhd.
Kathleen Chee. (1997). Pendidikan Seni (Teori Seni 2) SPM. Selangor Darul Ehsan:
Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
http://netsains.com/2009/10/proses-pembuatan-batik-fractal-vs-batik-tradisional/
Rousliluddin bin Ambia. et al. (2007). HBAE1103: Pengenalan Pendidikan Seni Visual.
Selangor Darul Ehsan: Meteor Doc. Sdn. Bhd.