Article Modal Insan PDF
Article Modal Insan PDF
ABSTRAK
Pembangunan modal insan adalah merupakan salah satu aspek penting bagi membangunkan
ekonomi negara yang berasaskan pengetahuan, berdaya saing dan berdaya tahan. Kepentingan
pembangunan modal insan untuk pembangunan ekonomi negara jelas dapat dilihat, di mana
teras kedua yang digariskan dalam Misi Nasional yang menjadi asas kepada pelaksanaan
Rancangan Malaysia Kesembilan ke arah merealisasikan matlamat menjadikan Malaysia sebuah
negara maju menjelang tahun 2020, adalah berkait secara langsung dengan pembangunan
modal insan. Bagi sektor pengajian tinggi, pembangunan modal insan, terutamanya golongan
akademik dan pelajar, adalah sangat penting kerana golongan ini menjadi antara penyumbang
utama ke arah matlamat menjadikan Malaysia sebuah negara maju. Walaupun pelbagai usaha
telah dilaksanakan, pembangunan modal insan sektor ini masih menghadapi tiga (3) isu utama.
Untuk menangani isu tersebut, berbagai strategi telah, sedang dan akan dilaksanakan oleh
Kementerian Pengajian Tinggi bagi memastikan pembangunan modal insan sektor ini mencapai
matlamat yang ditetapkan.
PENDAHULUAN
Pembangunan modal insan secara aktif dan giat adalah penting untuk memacu
ekonomi negara ke arah ekonomi yang berasaskan pengetahuan. Strategi,
program dan projek yang akan dilaksanakan bagi mencapai keutamaan Misi
Nasional adalah berkait dengan usaha menambah baik sistem pendidikan,
meningkatkan inovasi dan memastikan pembangunan modal insan yang
menyeluruh. Oleh itu, perkara utama yang ditekankan adalah berkisar kepada
langkah-langkah untuk meningkatkan akses dan kualiti sistem pendidikan di
semua peringkat; menjadikan sekolah kebangsaan sebagai sekolah pilihan;
Selaras dengan Misi Nasional, tujuan utama artikel ini adalah untuk
membincangkan isu-isu yang dihadapi dan strategi yang telah, sedang dan
akan dilaksanakan oleh KPT dalam usaha untuk memantapkan pembangunan
modal insan sektor pengajian tinggi negara ke arah menjadikannya bertaraf
dunia. Modal insan dalam sektor pengajian tinggi terdiri daripada, golongan
akademik dan pelajar pengajian tinggi, selain daripada golongan yang memberi
perkhidmatan sokongan kritikal dari segi polisi, pengurusan dan pentadbiran
dalam pembangunan kapasiti. Mungkin tidak keterlaluan jika dinyatakan
bahawa, dalam sektor pengajian tinggi, terdapat bentuk modal insan yang
tertinggi dari segi hierarkinya, iaitu, modal intelek (intellectual capital). Oleh
itu, pembangunan dan pengurusan modal insan dalam sektor ini tidak dapat
tidak akan menjadi antara penyumbang utama ke arah menjadikan Malaysia
sebuah negara maju seperti yang diharapkan menjelang tahun 2020.
Pada masa hadapan, jumlah pelajar dan tenaga pengajar dalam sektor
pengajian tinggi negara akan terus meningkat, berikutan peningkatan penduduk
dan keperluan untuk mengekalkan tahap kualiti pengajian tinggi negara.
Oleh itu, dalam jangka panjang, pengurusan dan pembangunan sumber
terpenting negara ini akan menjadi kritikal ke arah pembangunan negara
secara keseluruhannya. Dalam konteks ini, perkara-perkara penting yang
perlu diutamakan ialah dari segi tadbir urus IPT, kualiti pengajian tinggi yang
berkaitan secara langsung dengan kepimpinan IPT, kekuatan tenaga pengajar,
kualiti pelajar dan kurikulum serta ko-kurikulum, akses kepada pengajian
tinggi, penyelidikan dan pembangunan (RED) dan pengantarabangsaan.
Dalam pada itu, perkara-perkara utama dalam sektor pengajian tinggi
adalah berhubung dengan hasil dan impak pengajian tinggi (outcome and
impact of higher education) dari segi peluang pekerjaan graduan (graduate
employability) dan kemapanan (sustainability) dari segi pembiayaan institusi,
pembiayaan pelajar dan daya saing (competitiveness) sistem pengajian tinggi
negara sebagai sektor kecil perkhidmatan untuk menjana pertumbuhan dan
pembangunan ekonomi negara.
Hasil segala usaha yang dijalankan oleh kerajaan setakat ini telah mula
menampakkan kesan yang diharapkan. Ini terutamanya dari segi akses kepada
pengajian tinggi, di mana Malaysia merupakan antara sebilangan kecil negara
di dunia yang menggunakan secara signifikan pendapatan negaranya untuk
tujuan pelajaran dan latihan. Kapasiti fizikal IPTA terus dipertingkatkan
supaya mampu menerima lebih besar kemasukan pelajar. Penubuhan enam
(6) buah Kolej Universiti pada tahun 2001 telah menambah bilangan IPTA
secara mendadak dengan tumpuan kepada kursus yang lebih berbentuk
hands-on. Pada tahun 2001 juga, penubuhan kolej komuniti telah memberi
peluang kedua kepada mereka yang mempunyai prestasi akademik yang tidak
memberangsangkan untuk terus berusaha untuk mengikuti pengajian tinggi.
Peruntukan yang besar yang disediakan oleh kerajaan telah meningkatkan
kemudahan-kemudahan akademik pengajian tinggi dengan enrolmen pelajar
yang besar.
Walaupun pelbagai usaha telah dilaksanakan untuk meningkatkan kualiti
pengurusan dan pembangunan modal insan sektor pengajian tinggi, namun,
terdapat tiga (3) isu utama telah dikenal pasti yang masih dihadapi oleh
sektor pengajian tinggi. Isu-isu utama ini ialah:
Pada tahun 2006 misalnya, graduan dari Universiti Teknologi Mara dan
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia merupakan satu pertiga daripada
jumlah graduan yang berjaya diterima untuk berkhidmat dalam perkhidmatan
PTD. IPTA-IPTA lain yang perlu menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantarnya, tidak berjaya menunjukkan tahap penyertaan yang signifikan.
Walau bagaimanapun, penyertaan juga ditentukan oleh jenis universiti
itu sendiri sama ada teknikal atau sebaliknya. Alasan ini juga sentiasa
dibangkitkan sebagai isu utama terdapatnya ketidaksesuaian (mismatch) di
antara kualiti graduan yang dihasilkan oleh IPT, terutamanya IPTA, berbanding
kualiti graduan yang diperlukan oleh industri. Dengan perkataan lain, other
Pada masa ini terdapat lebih 970,000 akaun peminjam, atau purata tambahan
sejumlah 90,000 peminjam baru setahun. Jumlah pinjaman yang telah
diperuntukkan sehingga kini melebihi RM18 bilion, sementara jumlah pinjaman
yang telah dikeluarkan pula melebihi RM12 bilion. Dengan kadar bayaran
batik pada tahap 48%, maka isu kemapanan (sustainability) model pembiayaan
Jumlah perbelanjaan oleh kerajaan ke atas IPTA adalah besar, dan pada
tahun 2006, jumlah perbelanjaan mengurus bagi 20 buah IPTA sahaja adalah
kira-kira RM6.6 bilion. Apabila IPTA yang baru ditubuhkan mencapai tahap
kematangannya dalam beberapa tahun lagi, jumlah perbelanjaan akan
melebihi RM7 bilion setahun. Jumlah ini sahaja melebihi secara signifikan
jumlah yang dibelanjakan oleh kerajaan pada setiap tahun untuk bayaran
pencen. Dari segi pembangunan pula, di bawah RMKe-9, jumlah yang akan
dibelanjakan untuk tempoh lima (5) tahun ialah sebanyak RM18.4 bilion,
atau secara puratanya sebanyak RM3.7 bilion setahun. Oleh itu, dengan
jumlah perbelanjaan kira-kira hampir RM11 bilion setahun untuk pengajian
tinggi, termasuk jumlah pembiayaan faedah pinjaman oleh PTPTN yang
dianggarkan kira-kira RM500 juta setahun, jumlah ini adalah bersamaan
dengan membelanjakan lebih 50% cukai pendapatan daripada bayaran kastam,
eksais dan duti, atau bersamaan dengan 18% pendapatan kerajaan daripada
cukai pendapatan individu dan korporat.
Berdasarkan tiga (3) isu utama yang masih dihadapi dalam usaha ke arah
pembangunan modal insan sektor pengajian tinggi negara yang berkualiti
dan bertaraf dunia, beberapa strategi telah, sedang dan akan dilaksanakan.
Penjelasan mengenai strategi-strategi berkenaan adalah seperti berikut:
Dalam konteks pengurusan strategik, apa yang lebih penting daripada langkah-
langkah yang diambil, ialah penerimaan oleh semua stakeholders pengajian
tinggi mengenai objektif-objektif strategik pengajian tinggi yang boleh
diukur dari segi pencapaian sasarannya. Antara objektif-objektif strategik
ini termasuk sasaran supaya:
29
Jurnal Pengurusan Awam / Jun 2007
(a) sekurang-kurangnya dua (2) buah dari IPT tempatan disenaraikan
antara 200 buah universiti terbaik di dunia dan salah satu (1)
dari dua (2) buah universiti ini disenaraikan antara 50 buah
universiti terbaik di dunia;
(b) akses kepada pengajian tinggi sebanyak 40% bagi kohort umur
17 - 23 tahun, berbanding dengan tahap sekarang, iaitu
sebanyak 29%;
(c) 75% tenaga pengajar IPTA dan 30% daripada tenaga pengajar
politeknik dan kolej komuniti mempunyai PhD; dan
Laporan hala tuju pengajian tinggi yang meliputi aspek tadbir urus universiti;
R&D; kualiti pendidikan dan pembelajaran; dan pembangunan modal insan
telah dibentangkan kepada Mesyuarat Jemaah Menteri dengan cadangan supaya
laporan tersebut dimantapkan dengan mengambil kira kaitannya dengan Misi
Nasional yang telah diumumkan dalam RMKe-9, pautan dengan pendidikan di
peringkat pra sekolah, sekolah rendah dan menengah serta pengantarabangsaan.
Pemantapan laporan hala tuju pengajian tinggi akan dibentangkan semula
sebagai Laporan Transformasi Pengajian Tinggi Negara. Laporan ini akan
menjadi asas Pelan Strategik Pengajian Tinggi yang mengandungi perakuan-
perakuan untuk menginstitusikan "revolusi pengajian tinggi" seperti yang
dihasratkan oleh YAB Perdana Menteri dan YAB Timbalan Perdana Menteri.
30
Zulkefli A. Hassan / Pembangunan Modal Insan
Kepimpinan organisasi yang berkesan juga penting bagi IPTA kerana bukan
sahaja disebabkan oleh peruntukan dan perbelanjaan yang besar yang
disediakan oleh kerajaan kepada institusi-institusi akademik ini, tetapi juga
kerana peranannya yang utama dalam membangunkan modal insan dan modal
intelek negara. Pembangunan modal insan di universiti terutamanya, amat
penting dalam menjana pembangunan insan yang mempunyai mentaliti kelas
pertama seperti yang dihasratkan dalam Misi Nasional. IPT memerlukan
pemimpin bukan sahaja yang mempunyai ketokohan akademik yang dihormati,
tetapi juga seorang pemimpin yang mampu memimpin dan mengurus dengan
berkesan, menangani kepelbagaian cabaran serta mampu menghasilkan impak
yang besar dalam menjadikan IPT negara sebagai pusat kecemerlangan
pendidikan tinggi. Oleh itu, pemimpin-pemimpin di IPT perlu dilatih dan
dibentuk supaya mereka dapat memberi kepimpinan yang bertanggungjawab
dan berwibawa.
Selain itu, Akta PTPTN juga perlu diperkemas, antara lain, untuk menjamin
kadar bayaran batik pinjaman yang tinggi dan untuk memastikan model
pembiayaan PTPTN lebih mapan (sustainable) dalam jangka panjang dalam
konteks peranannya yang kritikal ke arah peningkatan akses kepada pengajian
tinggi. Pada masa ini, pindaan Akta PTPTN adalah dalam peringkat perbahasan
di Parlimen.
Usaha untuk mempermudah proses dan Prosedur kerja telah dibuat di bawah
rangka kerja untuk mengurangkan karenah birokrasi dan mempercepatkan
proses membuat keputusan. Di antara perkara utama yang telah dicapai
ialah penurunan kuasa oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kepada
Agensi ini yang ditubuhkan pada tahun 1997 memainkan peranan yang amat
penting dalam meningkatkan akses pelajar-pelajar kepada pengajian tinggi
melalui skim pinjaman yang disediakan. Sehingga kini terdapat lebih 970,000
akaun pinjaman, yang melibatkan jumlah pinjaman yang telah diperuntukkan
melebihi RM18 bilion, sementara yang telah dikeluarkan pula sebanyak RM12
bilion. Dengan kadar kutipan batik hanya 48%, model pembiayaan PTPTN
seperti yang diamalkan sekarang tidak akan mapan (sustainable) dalam
jangka panjang yang seterusnya akan memberi impak negatif kepada akses
pelajar kepada pengajian tinggi, serta boleh menjejas kepentingan negara
Ke arah matlamat tersebut, badan ini telah mengkaji dan akan melaksanakan
beberapa amalan terbaik daripada negara-negara lain. Amalan-amalan ini,
terdiri antaranya, menghubungkaitkan sistem prestasi bayaran batik pinjaman
oleh peminjam dengan sistem prestasi pinjaman oleh sistem perbankan
seperti yang diamalkan di Amerika Syarikat. Amalan ini akan membantu ke
arah pewujudan budaya bertanggungjawab dan disiplin pengurusan kewangan
di kalangan peminjam. Peminjam tegar akan menghadapi kesulitan untuk
mendapat kemudahan pinjaman sistem perbankan apabila mereka memulakan
kerjaya mereka. la bertindak sebagai penggerak dan motivasi kepada peminjam
untuk mempunyai rekod bayar batik yang baik sepanjang masa.
Jumlah dana yang diperlukan oleh agensi ini pada masa hadapan adalah besar.
Perkiraan yang dibuat berdasarkan beberapa andaian dari segi peningkatan
bilangan pelajar, liputan dan kadar pinjaman dalam konteks pemakaian
polisi pinjaman semasa menunjukkan bahawa jumlah yang diperlukan pada
Dengan pelaksanaan MQF, hasrat negara untuk menjadi global player dalam
bidang pengajian tinggi akan dipermudahkan, sekiranya negara dapat
menyertai Lisbon Recognition Convention (LRC) yang diterajui oleh UNESCO
Rantau Eropah dan dianggotai oleh negara-negara Eropah, Amerika Syarikat
dan Kanada. LRC merupakan satu pakatan besar dari segi proses pengajian
tinggi dan proses bersama pengajian tinggi.
Antara fungsi utama MQA adalah untuk membangunkan kriteria dan standard
sebagai rujukan kebangsaan bagi penganugerahan kelayakan serta pengemaskinian
aspek-aspek ini dari semasa ke semasa. Fungsi ini akan dilaksanakan dengan
kerjasama badan-badan profesional dan badan persijilan berstatus. Fungsi
utama yang lain termasuk menjalankan proses jaminan kualiti ke atas
institusi dan program bagi membantu proses kelulusan, pemantauan dan
penambahbaikan kualiti, memberi perakuan akreditasi program akademik
dan memudah cara pengiktirafan serta penyetaraan kelayakan termasuk
menyediakan mekanisme rayuan dan timbang tara. Dengan pengoperasian
badan ini, semua aspek jaminan kualiti dan akreditasi IPT termasuk IPTA
akan dirujuk untuk diproses oleh badan ini.
Kerajaan telah bersetuju dengan penubuhan empat (4) IPTA sebagai Universiti
Penyelidikan (Research Universities/RUs). Tujuan penubuhan RUs adalah bagi
menjana REtD yang mempunyai nilai-nilai komersial, penerokaan idea baru,
mempertingkatkan inovasi, meluaskan sempadan ilmu serta intelektual, selain
daripada melahirkan sumber modal insan yang terbaik. Empat (4) universiti
yang telah dipilih sebagai RUs ialah Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan
Malaysia, Universiti Sains Malaysia dan Universiti Putra Malaysia. Pemilihan
IPTA ini adalah berdasarkan kepada kajian kesesuaian pengiktirafan yang
berpandukan kepada kriteria kelayakan yang telah ditentukan.
Di antara kriteria utama ialah keupayaan dan kepakaran untuk dinaikkan taraf
berdasarkan kepada bilangan tenaga pengajar berkelayakan yang sedia ada,
di samping keunggulan pencapaian dan prestasi penyelidikan yang dihasilkan.
Selain daripada mempunyai prasarana dan persekitaran yang kondusif serta
budaya penyelidikan yang mantap, ciri utama lain RUs ialah mempunyai
program akademik yang lebih menekankan kepada peringkat ijazah tinggi
dengan disokong oleh tenaga akademik yang berkelayakan dan unggul.
Penggunaan dana ini terbuka kepada IPT, terutamanya, RUs yang sehingga kini
telah dapat menunjukkan kemampuan untuk mendapat geran penyelidikan
yang terbesar walaupun agihan dibuat secara kompetitif. RUs juga merupakan
antara IPTA yang berjaya mendapat peruntukan terbesar daripada dana untuk
penyelidikan sebanyak RM200 juta di bawah KPT dalam tempoh RMKe-9.
Penubuhan RUs juga akan membantu ke arah pencapaian matlamat negara
untuk mempunyai 50 orang penyelidik bagi setiap 10,000 orang penduduk,
berbanding dengan 21 orang penyelidik bagi setiap 10,000 orang penduduk
pada masa ini. Pemantapan pusat-pusat kecemerlangan pendidikan terutamanya
di kalangan RUs akan membolehkan pencapaian matlamat yang ditetapkan
oleh kerajaan.
Kualiti graduan yang dikeluarkan oleh IPT, antara lain, bergantung kepada
kelayakan dan kualiti tenaga pengajar. Sehubungan dengan itu, dan dengan
sokongan serta persetujuan JPA, pengurusan Program Skim Latihan Akademik
Bumiputera (SLAB) telah dipindahkan ke KPT. Tujuan utama Program SLAB
adalah untuk membiayai pensyarah-pensyarah muda Bumiputera yang cemerlang
untuk dilatih di peringkat sarjana dan PhD serta untuk meningkatkan bilangan
pensyarah-pensyarah Bumiputera di IPTA. Dengan pemindahan tersebut,
perancangan yang lebih rapi telah dapat dilaksanakan untuk melatih lebih
ramai graduan-graduan Bumiputera yang layak melalui peningkatan peruntukan
di bawah perbelanjaan mengurus dan pembangunan.
Dalam tempoh RMKe-9, sebanyak RM1.2 bilion telah diluluskan bagi maksud
ini, walaupun sebahagian daripada peruntukan akan juga digunakan untuk
latihan pensyarah-pensyarah lain di bawah Skim Latihan Akademik IPTA
(SLAI). Dengan peruntukan yang begitu besar, KPT telah merancang latihan
untuk seramai kira-kira 7,000 orang pensyarah bagi mendapat PhD, sama ada
di dalam atau di luar negara dan juga secara program "split PhD" dengan
universiti-universiti seperti Imperial College dan Nottingham University.
Adalah dijangkakan berikutan daripada usaha-usaha yang dijalankan, peratusan
Selain itu, kelayakan serta kualiti tenaga pengajar yang diperlukan dan hash
pembelajaran daripada sesuatu kursus akademik perlu dikaji semula secara
berterusan mengikut keperluan semasa. Bagi kursus yang terdedah kepada
perubahan yang dinamik dan berterusan, seperti bidang teknologi maktumat
dan komunikasi dan bidang kejuruteraan, penyemakan semula kurikulum
perlu dibuat secara lebih kerap lagi.
Dalam analisis akhir, jika modul ini dapat mewujudkan hasil dan impak
yang diharapkan secara berterusan, maka melalui sistem pengajian tinggi,
terutamanya, negara akan dapat mempunyai critical mass of educated
entrepreneurs yang kompetitif dan boleh menyumbang ke arah penjanaan
kegiatan ekonomi negara pada masa akan datang. Modul ini perlu dijadikan
sebagai sebahagian subjek yang dinilai dan diterapkan dalam kurikulum bagi
semua program akademik.
Program kursus kolej komuniti telah dimulakan pada tahun 2001. Sehingga
kini terdapat 35 buah kolej komuniti di seluruh negara. Di bawah RMKe-9
sebanyak 25 buah kolej komuniti baru akan dibangunkan tidak termasuk 30
buah yang akan ditubuhkan secara pentadbiran. Ciri-ciri utama program
kolej komuniti ialah memberi keutamaan kepada komuniti tempatan, di
samping unsur fleksibiliti yang memudahkan pelajar-pelajarnya meningkatkan
pengetahuan dan kemahiran masing-masing mengikut kesesuaian individu.
Atas dasar ini, kolej komuniti telah diiktiraf sebagai hab pembelajaran
sepanjang hayat yang juga dapat menambah prospek pendapatan yang lebih
baik kepada pelajar-pelajarnya.
Disebabkan oleh kemampuan dan kualiti IPTS yang berbeza, maka keupayaan
IPTS untuk menghasilkan graduan yang berkualiti juga berbeza. IPTS yang
lebih berjaya adalah yang diterajui oleh GLC atau syarikat-syarikat awam.
IPTS dalam kategori ini bukan sahaja mempunyai kemampuan kewangan
yang jauh lebih besar, tetapi juga mengamalkan tadbir urus syarikat dengan
lebih baik dan berkesan. Biasanya, IPTS-IPTS ini mewujudkan niche pasaran
dengan jenama yang tersendiri. Pada masa yang sama terdapat juga IPTS-
IPTS lain yang berjaya.
Di samping itu, dan yang lebih penting lagi, usaha perlu dibuat untuk melihat
kebolehlaksanaan (feasibility) untuk mengukuhkan IPTS dengan menggalakkan
penggabungan IPTS kepada jumlah yang lebih kecil tetapi mampu beroperasi
tanpa menjejaskan kualiti pengajian dan kualiti graduan yang dikeluarkan.
Pada tahun 2007, aktiviti promosi akan ditingkatkan lagi kepada hampir tiga
(3) kali ganda berbanding tahun 2006. Jumlah pelajar asing yang ramai ini
dijangka akan dapat menyumbang kepada perkembangan ekonomi negara
memandangkan pengajian tinggi merupakan di antara aktiviti ekonomi di
bawah sektor perkhidmatan yang berpotensi besar.
43
Jurnal Pengurusan Awam / Jun 2007
KESIMPULAN
Secara keseluruhannya terdapat tiga (3) isu utama yang dikenal pasti masih
dihadapi oleh sektor pengajian tinggi negara dalam usaha ke arah pembangunan
modal insan bertaraf dunia. Walau bagaimanapun, pelbagai usaha telah, sedang
dan juga akan terus dilaksanakan untuk menyediakan "building blocks" ke
arah menjadikan pembangunan modal insan sektor pengajian tinggi negara
bertaraf dunia selaras dengan matlamat untuk menjadikan negara ini sebagai
hab atau pusat kecemerlangan pengajian tinggi di rantau ini.
NOTA AKHIR
1 Pandangan yang dikemukakan adalah pandangan peribadi penutis dan bukan pendirian rasmi
Kementerian Pengajian Tinggi.
RUJUKAN
Unit Perancang Ekonomi (2006). Rancangan Malaysia Ke-8, 2001-2005. Putrajaya: Percetakan
Nasional Ma.aysia Berhad.
Unit Peranc ang Ekonomi (2006). Rancangan Malaysia Ke-9, 2006-2010. Putrajaya: Percetakan
Nasional Ma aysia Berhad.