Anda di halaman 1dari 2

Antara kelemahan drama radio ialah pengehadan genre drama radio.

Dalam
penghasilan drama, terdapat beberapa genre seperti jenayah, sejarah, seram, kemanusiaan dan
sebagainya. McKee (1998) mendefinisikan genre sebagai satu sistem yang berkembang
kepada subjek, aturan, peranan, peristiwa dan nilai-nilai. Hal ini bermakna genre dikelaskan
berdasarkan kepada jalan cerita dan persembahan lakonan. Schatz (1993) pula beranggapan
bahawa kejayaan filem-filem yang lain dan seterusnya membentuk trend dan mencipta gaya
genre tersendiri.

Namun, kebanyakan trend drama radio mengetengahkan genre berkaitan kemanusiaan


dan kekeluargaan, tragedi, komedi dan melodrama. Hal ini kerana, drama radio hanya
mengetengahkan elemen bunyi tanpa gambaran visual dan kesan khas yang meninggalkan
kesan mendalam kepada pendengar. Elemen bunyi merangkumi suara watak dan muzik latar
bagi membangkitkan mood dan membantu pendengar untuk mendalami emosi. Justeru itu,
adalah penting bagi watak drama radio menekankan intonasi, penghayatan dan penyampaian
dialog dalam skrip. Selain itu, muzik latar juga memainkan peranan penting untuk
disesuaikan dengan genre drama radio.

Elemen bunyi seperti suara dan muzik latar ini perlu sesuai bagi membantu pendengar
untuk menghayati selok-belok tema dan jalan cerita yang disampaikan. Mereka boleh
menyelami emosi yang terkandung dalam drama radio di samping berimaginasi mengenai
sesebuah kejadian. Sebagai contoh, drama radio Redhalah Wahai Hati mengetengahkan
genre kekeluargaan dan percintaan. Drama ini mengisahkan tentang kisah percintaan Aziah
yang kematian tunang dan ingin disatukan dengan Bazli. Aziah menghadapi konflik dengan
kakaknya yang mendesak agar dia menerima lamaran Bazli kerana usianya yang semakin
lanjut. Oleh itu, kebanyakan kesan bunyi yang digunakan di dalam drama ini mempunyai
mood sedih dan sayu seperti bunyi laut dan sebagainya. Ini membantu pendengar untuk
mendalami tekanan dan keperitan yang dihadapi Aziah dalam menangani konflik.
Drama radio tidak dapat mengetengahkan genre seram atau aksi kerana genre seperti
ini lebih sesuai disediakan dengan kesan visual. Hal ini kerana, penonton harus dihidangkan
dengan kesan visual dan khas seperti animasi bersama kesan bunyi untuk menaikkan mood
suspens atau seram sewaktu menikmati cerita. Sebagai contoh, dalam drama genre aksi,
terdapat babak tembak-menembak atau perlawanan yang tidak cukup sekadar didengari
namun perlu disaksikan supaya kesan babak itu meninggalkan kesan mendalam kepada
penonton. Dalam drama radio, pendengar tidak mampu mencapai kenikmatan menonton
genre sedemikian kerana kesan bunyi tidak mampu menimbulkan emosi dan perasaan yang
sesuai dengan genre. Justeru itu, genre yang terhad bagi drama radio menyebabkan pendengar
seringkali dihidangkan dengan teks drama dan tema yang mirip sebagai bahan hiburan.

Anda mungkin juga menyukai