Anda di halaman 1dari 11

FAKULTI PENGURUSAN PERNIAGANN

SESI 2 2017/ 2018

TUGASAN KERTAS KERJA


TAJUK SUMBANGAN DAN PENGARUH
TAMADUN CHINA
SUBJEK CTU551 - TAMADUN ISLAM DAN
TAMADUN ASIA
NAMA SITI KHURSHIAH BINTI MOHD
PENSYARAH MANSOR
NAMA PELAJAR DAUD AZRI BIN ADZMAN
NOMBOR 2017156459
MATRIK
KELAS NBO1B
Kandungan

Pendahuluan...............................................................................................................................................3
Sumbangan Tamadun China Kepada Dunia.................................................................................................4
Sains, Teknologi dan Penciptaan.............................................................................................................4
Magnet................................................................................................................................................4
Penciptaan Mesin Cetak......................................................................................................................4
Penciptaan Kertas................................................................................................................................4
Penciptaan Serbuk Letupan.................................................................................................................5
Pembuatan Kain Sutera.......................................................................................................................5
Bidang Astronomi................................................................................................................................5
Bidang Matematik...............................................................................................................................6
Pengaruh Tamadun China dalam Seni Bina di Malaysia..............................................................................6
1. Dagoba.........................................................................................................................................6
2. Padoga.........................................................................................................................................7
3. Pavilion........................................................................................................................................7
4. Stupa............................................................................................................................................7
Kesimpulan...............................................................................................................................................10
Bibliografi..................................................................................................................................................11

2
Pendahuluan

Sedikit latar belakang mengenai Tamadun China. Ia merupakan salah satu tamadun terawal
di dunia yang mana dipercayai bermula kira-kira 4000 hingga 2000 Sebelum Masihi. Orang
Cina dipercayai berasal daripada keturunan bangsa Monggol. Menurut sejarah, Orang Cina
merupakan salah satu bangsa yang mencapai peradaban yang paling awal. Oleh itu, banyak
pencapaian yang telah dicapai oleh Tamadan China kerana telah mempunyai peradaban dalam
jangka masa yang lebih lama jika dibandingkan dengan tamadun-tamadun lain.
Di tanah melayu, terdapat beberapa teori yang menyatakan Islam telah datang ke Tanah
Melayu dari China. Menurut Marco Polo seorang pengembara Venice telah merekodkan
bahawa beliau telah singgah di Perlak selepas menjelajah China pada akhir kurun 13M dan
mendapati sudah ada penempatan orang Islam di situ. Ia disokong oleh P.E De Josselin de
Jong kerana wujudnya hubungan perdagangan antara Pasai dengan China. Selain itu,
Gardener dan Emmanuel berpendapat Islam telah sampai ke China melalui jalan darat pada
zaman Khalifah Uthman Bin Affan dan kemudian zaman Umayyah dan Abbasiyah. Catatan
sejarah China juga menyebut tentang kewujudan pedagang-pedagang Arab dan kawasan
penempatan Arab di Canton. Pada tahun 878-879M, tercetus pemberontakan di Canton ekoran
rasa tidak senang hati penduduk tempatan terhadap kemajuan ekonomi pedagang-pedagang
Arab. Situasi ini mendorong mereka untuk berhijrah mencari tempat perlindungan dan antara
tempat yang dituju ialah Champa, Kedah dan Palembang. Penemuan batu nesan seorang
keturunan Arab di Pekan, Pahang, batu nesan di Leran, Surabaya dan penemuan Batu
Bersurat di Kuala Berang, Terengganu adalah antara bukti awal yang mengaitkan Islam datang
dari China atau Champa.
Di Malaysia, pengaruh Tamadun China yang boleh dilihat ialah wujudnya komuniti Baba dan
Nyonya di Melaka dan Cina peranakan di Kelantan dan Pulau Pinang merupakan diantara
contoh-contoh yang jelas. Mengikut catatan sejarah orang Cina telah menetap semenjak tahun
1613 di Melaka dan membentuk komuniti tersendiri pada awal kurun ke-17 dan telah berkahwin
dengan orang tempatan. Oleh sebab itu, mereka terpaksa menggunakan bahasa Melayu bukan
sahaja semasa berjual beli tetapi juga semasa berinteraksi dengan masyarakat tempatan malah
dalam kalangan keluarga mereka sendiri. Dengan demikian proses pencampuran budaya
Melayu telah berlaku ke atas mereka lalu melahirkan budaya kacukan Cina-Melayu yang unik di
namakan Baba dan Nyonya.
Beralih semula kepada tajuk utama kerja kursus ini ialah memberi fokus kepada sumbangan
dan pengaruh tamadun china terhadap dunia. Seperti yang kita lihat hari, negara China
3
merupakan salah satu negara termaju didunia. Ini dilihat didorong oleh kebolehan orang cina
dalam pelbagai aspek.

Sumbangan Tamadun China Kepada Dunia


Sains, Teknologi dan Penciptaan

Magnet
Seperti yang kita ketahui magnet digunakan pada masa
kini sebagai penunjuk arah. Dahulu ia digunakan
sebagai penunjuk arah semasa layaran oleh kapal-
kapal dilaut. Orang Cina telah mengetahui mengenai
magnet lebih awal dan pada zaman Dinasti Han
penemuan sifat-sifat magnet telah berkembang iaitu
berkenaan gejala magnet aruhan, pengherotan dan
juga kekutuban magnet telah mendorong terhasilan kompas oleh orang cina.

Penciptaan Mesin Cetak


Penciptaan mesin cetak telah berlaku pada zaman Dinasti
Tang. Pada tahun 1045, Bi Sheng mencipta teknik percetakan
menggunakan taip tanah liat akan tetapi ia mudah pecah.
Kemudian pada tahun 1298, Wang Zhen telah mengukir taip
pada kayu yang mana lebih tahan lasak.

Penciptaan Kertas
Kertas telah dicipta oleh Cai Lun pada tahun 105 semasa zaman
Dinasti Han pada abad ke-1 hingga ke abad ke-2 Masihi. Cai Lun
membuat kertas dari kulit kayu pokok. Bahagian dalamnya direndam
di air dan dipukul-pukul sehingga seratnya lepas. Bersama dengan
kulit, direndam juga bahan rami, kain bekas, dan jala ikan. Setelah
menjadi bubur, bahan ini ditekan hingga tipis dan dijemur. Lalu jadilah
kertas yang mutunya masih belum sebagus sekarang. Penciptaan
kertas dan mesin cetak seterusnya membawa kepada perubahan

4
kepada tamadun Barat. Ini kerana dengan penemuan kertas dan mesin cetak maka bermulanya
Zaman Reformasi di Eropah.

Penciptaan Serbuk Letupan


Pada mulanya, bahan letupan ini hanyalah digunakan untuk membuat bunga api. Akan tetapi,
pihak tentera telah mengguna dan membangunkannya
secara meluas untuk tujuan peperangan. Ia dimulai oleh
pengikut-pengikut Tao yang mencampurkan arang kayu
dengan kalsium nitrat dan sulfur. Perkara ini disentuh
dalam buku Taoisme yang melarang mencampurkan
bahan-bahan ini terutama menambah sebatian arsenium,
kerana dikhuatiri akan membawa kebakaran. Ilmu bahan
letupan dibawa masuk dan diperkenalkan ke negara Arab pada kurun ke-13 dan seterusnya
dan situ diperkenalkan ke negara Eropah.

Pembuatan Kain Sutera


Orang Cina sudah tahu menenun dan menghasilkan kain
sutera sejak 4000 tahun dahulu. Malah, semasa zaman
Dinasti Han, mereka telah pun mengeksport kain sutera
ke negara luar seperti India, Rom dan Sri Lanka.
Kemudiannya, ulat sutera serta pokok mulberi yang
merupakan makanan kepada ulat sutera diperkenalkan di Eropah pada kurun ke-6.

Bidang Astronomi
Di zaman awal pemerintahan dinasti Zhou (kurun ke-11
sehingga ke-3SM), orang Cina telah mampu menyediakan
katalog bintang, mencatat rekod tepat tentang gerhana dan
komet. Sumbangan terbesar ahli astronomi Cina ialah
penghasilan peralatan astronomi dan penyelenggaraan rekod
astronomi yang sempurna, tepat dan berterusan sepanjang lebih daripada 2,000 tahun. Sistem
kalendar Cina juga adalah salah satu sistem yang paling awal, maju dan tepat berbanding
dengan sistem lain di dunia ini.

Bidang Matematik

5
Orang Cina juga banyak mencapai kemajuan dalam bidang matematik. Penggunaan sempoa
(abacus) disebut buat pertama kali pada kurun ke-2 dalam karya
ahli matematik Xu Yue, walaupun alat itu tidak digunakan secara
meluas sehingga masa yang lebih lewat. Kebanyakan matematik
Cina terkandung dalam karya agong jiuzhang suanshu (Sembilan
Bab Matematik) oleh Zhang Cang (kurun ke-2SM). Di dalam
buku ini terdapat misalnya catatan mengenai kuantiti negatif. Ahli matematik Cina juga
mengenai pasti nilai pi, sistem pecahan dan sistem perpuluhan. Kesemua kemajuan dalam
bidang matematik ini kekal digunakan sehingga masa kini.

Pengaruh Tamadun China dalam Seni Bina di Malaysia


Seni bina China mempunyai keunikannya tersendiri. Ini kerana reka bentuknya yang
berlainan berbanding tamadun lain. Seni bina China meliputi beberapa bangunan tersendiri
seperti istana-istana, tempat ibadah dan taman-taman maharaja. Ciri-ciri utama bangunan-
bangunan lama China, iaitu:
 Kebanyakan bangunan lama atau tradisi dibina daripada material kayu dan batu bata.
 Kebiasaannya bagi bangunan-bangunan penting seperti istana-istana dan kuil-kuil
mempunyai ukiran yang tersendiri. Gambar-gambar patung seperti naga, harimau,
singa dan sebagainya akan menghiasi perkarangan bangunan tersebut atau diukir di
dinding-dinding atau atap bangunan tersebut.
 Mempunyai tembok yang besar, khususnya istana-istana lama yang dibina akan dipagari
oleh tembok besar.
 Pembinaan bangunan bergantung kepada kepercayaan orang China seperti Yin dan
Yang dan Feng Shui.
 Warna merah merupakan satu kebiasaan bagi bangunan-bangunan utama. Warna ini
melambangkan keberanian dan kesejahteraan kepada pemiliknya.
Manakala, terdapat empat ciri-ciri yang menunjukkan identiti seni bina China, iaitu :
1. Dagoba - Tugu peringatan yang bumbungnya melengkung (kubah) dan berunsur
Buddishism.
2. Padoga - Kuil atau bangunan suci yang berbentuk menara dan terdiri daripada banyak
tingkat.

6
3. Pavilion - Bangunan kecil yang menyerupai pondok sebagai tempat teduhan,
bertakafur atau tempat melakukan aktiviti komunikasi sosial.
4. Stupa - Kubah Buddha yang menegak dan bertujuan untuk mengenangkan seseorang
yang berjasa atau sebagai tempat kesucian.
Di Malaysia, terdapat beberapa lokasi bersejarah yang mempunyai ciri-ciri seni bina China.
Diantaranya ialah Masjid Kampung Hulu merupakan sebuah masjid ketiga tertua di Malaysia
yang masih digunakan dan berada di tapak asal yang terletak di persimpangan Jalan Masjid
Kampung Hulu dan Jalan Masjid di Melaka. Ciri-ciri seni bina China yang terdapat pada masjid
ini dapat dilihat melalui unsur pagoda pada senibina menara yang kebiasaan terpisah daripada
bangunan utama masjid. Sebelum kewujudan pembesar suara, menara ini berfungsi sebagai
tempat untuk melaungkan azan. Konsep pagoda ini telah lama digunakan di China bagi fungsi
keagamaan yang sering digunakan di kuil Buddha. Struktur pagoda bercirikan bangunan tipikal
bertingkat dengan hiasan luaran yang ketara, pelan berbentuk polygonal dan mempunyai
puncak stupa. Jelas di sini menunjukkan seni bina dan fungsi pagoda diguna pakai dalam
pembinaan menara Masjid Kampung Hulu. Gambar di bawah menunjukkan persamaan konsep
seni bina Masjid Kampung Hulu dan Pagoda di China.

Selain itu hiasan dengan pengaruh Cina menggunakan bahan-bahan seperti jubin seramik
daripada kerajaan China Dinasti Ching bercorak dan pelbagai warna dijadikan hiasan dinding
dan lantai bagi bahagian luar masjid dan kolah air.

7
Jubin yang digunakan pada bahagian luar masjid dan tiang bumbung kolah air.

Selain daripada itu, Rumah tradisional Melayu yang asli di Melaka dikenali sebagai Rumah

Melaka. Pada bentuk bumbungnya terdapat unsur-unsur senibina bugis, jambi, riau dan
minangkabau, dan tangga batunya yang bersalut jubin memperlihatkan pengaruh senibina
Cina. Pemilik rumah ini ialah Demang Abd Ghani, beliau merupakan seorang Demang. Semasa
menjadi Demang beliau telah membina rumah ini dan akhirnya diwarisi kepada beberapa
generasi. Usia rumah yang lebih 100 tahun ini dibina pada tahun 1894 dan kemudian
diubahsiau pada tahun 1915 seperti yang terdapat sekarang. Seni bina rumah ini berasaskan
bentuk rumah Melayu, Rumah limas Johor-Riau atau Cina dan Barat. Sebahagian besar dibina
dengan menggunakan kayu dan batu simen. Tukangnya terdiri dari tukang melayu yang
mempunyai kepakaran dalam ukiran kayu dan tukang Cina yang menguruskan bahagian batu
dan simen yang melibatkan bahagian tangga hadapan dan dapur tangga batu yang berukir dan
lengkap dengan hiasan jubin pilihan adalah merupakan tangga batu yang tercantik yang
terdapat di Melaka. Sehingga kini seni bina tangga batu menjadi warisan dan memberi
pengaruh yang besar dalam seni bina rumah Melayu Melaka. Tangga yang menggembang dari
bawah ke atas membawa maksud ucapan selamat datang dengan hati terbuka kepada sesiapa
sahaja.
Seni bina Cina yang diterapkan pada rumah ini melalui kepelbagaian warna dan corak
jubin dan konsep tangga batu di bahagian hadapan rumah. Kesenian ini terdapat pada seni
bina Kota Larangan Shenyang di China.

\
Rumah tradicional Melaka Demang Abdul Ghani
8
Konsep Kota Larangan di China yang diguna pakai pada rumah tradisional Melaka Demang
Abd Ghani

Tangga batu yang terdapat pada bahagian hadapan Kota Larangan

Pintu masuk di Kota Larangan, berkonsepkan tiang besar dan diatasnya dihiasi dengan jubin
bercorak dan pelbagai warna

9
Kesimpulan
Kesimpulanya, tamadun China mempunyai ciri-ciri yang tersendiri dan sangat unik jika
dibandingkan dengan tamadun-tamadun lain di dunia. Ini selaras dengan kemajuan yang telah
dicapai oleh negara china yang dapat kita lihat pada hari ini. Malah, terdapat hadis yang selalu
kita dengar “Tuntutlah ilmu sehingga ke negeri China”. Negara China seharusnya dijadikan
contoh kepada negara-negara lain di dunia agar kita juga dapat berdiri setanding dengan
mereka. Kemampuan Tamadun China dalam teknologi iaitu menyumbangkan ciptaan-ciptaan
penting seperti penciptaan kertas, pencetakan, kompas dan penciptaan serbuk letupan kepada
dunia menunjukkan Tamadun China telah awal lebih maju berbanding dengan tamadun lain.
Ciptaan-ciptaan penting ini digunakan secara meluas pada hari ini malah telahpun dimodenkan
sesuai dengan peredaran zaman. Sebagai contoh, kertas digunakan setiap hari, diseluruh dunia
dan tanpa kertas sesebuah syarikat tidak dapat beroperasi. Begitu juga dengan mesin cetak,
tanpa kertas, mesin cetak tidak dapat berfungsi. Kombinasi kertas dan mesin cetak adalah bukti
kemampuan Tamadun China. Kompas digunakan oleh orang Islam untuk menentukan arah
kiblat. Ia merupakan salah satu alternatif untuk menentukan arah kiblat selain daripada melihat
pada kedudukan matahari. Manakala serbuk letupan yang mulanya digunakan untuk membuat
mercun meskipun telah disalah guna dan juga dimajukan untuk kegunaan pembuatan senjata
api serta digunakan dalam peperangan. Dari sudut positif, serbuk letupan digunakan sebagai
memeriahkan sesuatu perayaan manakala manakala dari sudut negatif, ia digunakan dalam
peperangan sebagai senjata untuk membunuh. Begitu juga dengan kertas, pada hari ini banyak
negara telah melancarkan program pengurangan penggunaan kertas dalam aktiviti seharian
bagi menyelamatkan pokok-pokok daripada terus ditebang bagi tujuan pembuatan kertas.
Kebanyakan negara, menggunakan teknologi digital iaitu penyimpanan data secara digital
tanpa memerlukan kertas. Akhir kata, semoga sumbangan Tamadun China dapat digunakan
dengan baik, bagi tujuan yang baik dan memberikan manfaat kepada seluruh umat manusia.

Bibliografi

Sumber Rujukan Bercetak


1. Ahmad Zaki Abd. Latiff, Azam Hamzah, & Azhar Mad Aros. (2015). Tamadun Islam dan
Tamadun Asia.

Sumber Elektronik

10
1. Pencapaian Tamadun China Dalam Pelbagai Bidang. (n.d.). Retrieved May 20, 2018,
from http://chinesecivilizationachievement.blogspot.com/

2. Cina, T. T. (1970, January 01). TAMADUN CHINA. Retrieved May 20, 2018, from
http://titas-tamaduncina.blogspot.com/2013/04/sains-dan-teknologi-cina.html

3. Ong, C. (1970, January 01). Seni Bina Tamadun China. Retrieved May 20, 2018, from
http://chinatamadun.blogspot.com/2013/06/seni-bina-tamadun-china.html

4. Kesan Interaksi Antara Tamadun. (n.d.). Retrieved May 20, 2018, from
http://titaswonderful.blogspot.my/2012/03/kesan-interaksi-antara-tamadun.html

11

Anda mungkin juga menyukai