Anda di halaman 1dari 32

Download

Secara Percuma
www.majalalahniaga.com/download
www.facebook.com/MajalahNiaga www.twitter.com/majalahniaga
NOTA EDITOR
Email: editor@majalahniaga.com

Felinna Beauty
Revolusi Produk Kecantikan Online

A ssalamualaikum dan salam kebahagian buat para


pembaca Majalah Niaga yang dirahmati Allah, yang setia
menanti kehadiran edisi terbaru majalah ini. Alhamdulil-
lah, kami kembali dengan ilmu-ilmu yang segar, baru dan berkualiti
melalui pelancaran e-Majalah Niaga kali ke-29.

Sesuatu yang menarik tentang edisi kali ini adalah temubual bersama
ikon pilihan, pemilik bisnes Felinna Beauty iaitu Tuan Rafie Ramli dan
PENASIHAT Idris Husin, Hasbul ‘Ariff Puan Felinna Nadea. Perkongsian bagaimana permulaan sepasang
CEO Hasbul ‘Aqill Hassan Zaki suami isteri tenggelam dalam kegagalan dan ujian yang bertimpa-tim-
pa sebelum bangkit daripada kegagalan. Seterusnya mula membina
EDITOR Insyirah Azhar bisnes yang mencecah RM1 juta dalam masa satu bulan lebih sahaja
dengan izin Allah.
PENULIS Aqif Azizan, Rizal Hafiz,
Nor Bahiyah Lasim, Hazlam Anuar,
Eruwan Gerry, Afyan Mat Rawi, Kisah mereka ibarat adaptasi daripada cubaan berkali-kali sebelum
Rohaniah Noor, Insyirah Azhar berjaya, oleh barisan orang-orang berjaya seperti Thomas Edison
yang mencuba sebanyak 10,000 kali sebelum berjaya membuat
PEREKA GRAFIK Marlia Muhamad
mentol yang boleh menyala. Hasil daripada cubaan berkali-kali itu, ia
PENGURUS WEB Marlia Muhamad menjadi pencetus kejayaan mereka yang dapat dicapai dalam masa
yang singkat.
EKSEKUTIF PENGIKLANAN Hasbul ‘Aqill

EKSEKUTIF PEMASARAN Hasbul ‘Aqill & Hasbul ‘Ariff Selepas beberapa bisnes gagal, Tuan Rafie bermula semula
sebagai seorang jurugambar. Setelah projek pertama mendapat
DITERBITKAN OLEH INNOVATIC SOLUTION
sambutan dan disukai pelanggan, mereka berniat meneruskan bisnes
16-3-2 Jalan Semarak Api 3,
Dimond Square Business Centre, tudung apabila ramai rakan-rakan mereka memuji kecantikan tudung
53000 Setapak Kuala Lumpur. yang diperagakan. Apabila mereka berjaya menyimpan sebahagian
Tel: +603-4021 3344 keuntungan, mereka mula bangkit dengan produk sendiri.
Email: majalahniaga.com
www.facebook.com/MajalahNiaga
Margin keuntungan yang tinggi dan kelebihan yang diberikan kepada
www.twitter.com/majalahniaga
stokis membuatkan jualan produk mereka meningkat secara drastik.
Sehingga ramai stokis jana pendapatan RM100,000 – RM500,000
melalui jualan online sahaja. Dalam pada itu, mereka juga turut
Hak Cipta Terpelihara: menerima cabaran-cabaran lain semasa bisnes mereka sedang
Dilarang sama sekali menerbit semula dalam lain-lain bentuk atau meningkat.
mempergunakan e-majalah ini untuk tujuan keuntungan kecuali
dengan kebenaran bertulis dari pihak Majalah Niaga.com. Namun begitu,
anda dibenar bahkan digalakkan menyebar e-majalah ini untuk tujuan Didoakan edisi kali ini dapat menghidupkan semangat usahawan-
kebaikan, tetapi haruslah dikekalkan sifatnya tanpa sebarang ubahan. usahawan yang mula berputus asa dan gagal berkali-kali dalam
membangunkan perniagaan.

“Man jadda wa jadda – sesiapa yang berusaha, dia berjaya.”


Insya-Allah.

Insyirah
INSYIRAH AZHAR
EDITOR MAJALAH NIAGA

1 Majalah Niaga Edisi 29


ISI KANDUNGAN
EDISI 29
WAWANCARA
ARTIKEL EKSKLUSIF
3
09 Berita Bisnes
Kuala Lumpur
Pusat Membeli Belah
Terbaik Dunia

10 Tip Kewangan
Perakaunan Syarikat -
Rutin Mingguan Yang Wajib
Dilaksanakan

12 Tip Pemasaran
Luaskan Empayar
Perniagaan - Strategi Urus
Bisnes Luar Negara

14 Dekorasi Bisnes
Tip Mengemaskan Ruang
Kerja Pejabat

16 Motivasi Bisnes
Urus Masa Cara Bijak -
Usahawan Makan Gaji

23 Tip Pemasaran
Online Penghantaran
Percuma - 3 Idea Meningkatkan
Jualan Produk Fizikal

24 Pelaburan Hartanah
Bumi Lot - Untung atau
Rugi Besar?
18 Tip Blogging
Penduan Mencari Wordpress &
25 Tip Komunikasi
Theme Percuma Cara Mudah Menghargai & Dihargai
Pelanggan
20 Tip Perkhidmatan
Panduan Ringkas Memilih Kad
28 Tip Perniagaan
Perubatan Takaful / Insurans Kebaikan Kerja & Bisnes Part Time
2 Majalah Niaga Edisi 29
nyelewengan wang syarikat. Ada kes Bermula dari situ, kami mendapat idea

B
selepas mendapat bayaran, krew-krew untuk menjual tudung. Kami tiada
terlibat tidak dibayar. Beban syarikat modal untuk mengambil stok. Selepas
olehkah pihak tuan bertambah apabila berhutang dengan ada tempahan, barulah kami ambil stok
pekerja sendiri. tersebut di butik dan buat pengeposan
menerangkan latarbelakang
kepada pelanggan. Alhamdulillah,
bagaimana tuan memulakan
Bagi membayar hutang, wang daripada situ kami mendapat sedikit
bisnes ini? simpanan peribadi terpaksa dikeluar- untung.
kan dan kami mula menjual kuih raya
Ia sebenarnya berlaku secara tidak
cookies untuk menampung perbelan- Seterusnya, pemilik butik itu mencadan-
langsung. Saya dahulunya merupakan
jaan. gkan kepada kami menjual produkVita-
seorang jurugambar sebelum berkah-
min C. Sambutan begitu menggalakkan
win, kemudian semasa mahu berkah-
Di saat kami masih dalam beleng- dan kami jual juga beberapa produk
win, bisnes saya jatuh bankrap, begitu
gu kewangan, kami berkahwin atas terkenal lain. 100% ketika itu jualan
juga bisnes Puan Felinna.
restu kedua belah keluarga. Atas melalui online. Setelah beberapa bulan
bantuan kewangan daripada keluarga kami berjaya mengumpul simpanan
Ketika itu Felinna mempunyai syari-
dan sedikit wang daripada penjualan sebanyak RM40,000. Tak silap saya,
kat agensi modelling dan event man-
kamera peribadi, segalanya selesai. ketika itu bulan September 2012.
agement dan beliau juga mempunyai
butik. Kesemuanya terpaksa ditutup
Di awal perkahwinan, masalah ke- Ketika itulah kami fikir mahu mengelu-
dan hanya bisnes event management
wangan masih meruncing. Hanya arkan produk sendiri akan tetapi kami
yang beroperasi.
dengan pengalaman menjadi juruka- tidak tahu sumber untuk mendapat-
mera sahaja yang saya fikir boleh mem- kan bekalan. Terdapat seorang rakan
Ketika saya cuba membantu menyela-
bantu menampung kami sekeluarga. mencadangkan untuk membeli produk
matkan bisnes Puan Felinna di Alor
Saya nekad untuk memulakan balik dari Filipina dengan melabur sebanyak
Setar, ia secara tidak langsung menye-
bisnes fotografi. Saya pinjam kamera RM6,000 dan ia perlu di bungkus di
babkan bisnes saya yang beroperasi
DSLR daripada abang saya. dalam botol kecil yang lain.
di Baling terabai. Lanjutan daripada
masalah yang timbul dan fokus saya
Antara projek awal yang kami dapat Kemudian kami pergi berjumpa
yang sudah beralih arah, saya dan
ialah mengambil gambar portrait dengan seorang penjual bagi mendapat-
rakan kongsi bersetuju untuk menutup
kanak-kanak. Pelanggan tersebut kan botol-botol kecil. Akan tetapi, rakan
bisnes tersebut.
yang merupakan pemilik sebuah butik kami menasihati cara tersebut tidak
pengantin dan tudung berpuashati selamat dan ia tidak menepati syarat
Cubaan untuk saya untuk menyela-
dengan hasil kerja kami. syarat yang dikenakan oleh pihak Ke-
matkan bisnes event management
menterian Kesihatan Malaysia (KKM).
di Alor Setar juga gagal. Pada masa
Beliau menawarkan kepada kami
itu kami dapati terdapat sabotaj dari
untuk projek seterusnya iaitu mengam- Seterusnya, rakan kami tersebut
syarikat event management yang lain
bil gambar tudung beserta model untuk mencadangkan satu produk losyen
yang mana ada syarikat lain menghan-
jualan online butik beliau. Beliau juga untuk mengurangkan berat badan.
tar pekerjanya masuk bekerja di dalam
menggunakan Puan Felinna sebagai Sebenarnya losyen tersebut pelbagai
syarikat kami.
model tudung tersebut. guna. Boleh digunakan untuk mengu-
rut, sakit lutut, sakit kepala dan juga
Kami mula perasan apabila kami
Setelah selesai, saya dan Puan bagi menguruskan badan.
mendapat tender daripada sebuah
Felinna memuatnaik gambar di laman
penerbit untuk menghantar 10 orang
Facebook kami. Puan Felinna dahulu- Lanjutan daripada itu, kami mencuban-
pelakon tambahan dalam tempoh 4
nya adalah seorang model dan apabila ya sendiri. Kami meminta ibu mencu-
minggu tetapi dalam masa seminggu
beliau memuatnaik gambar tersebut banya untuk mengurangkan sakit lutut
selepas itu kontrak ditamatkan. Selepas
rakan-rakan ramai memuji kecantikan beliau. Puan Felinna juga mencuba
disemak, ada berlaku maklumat dala-
tudung yang diperagakan. untuk menguji keberkesanan.
man syarikat kami telah disalurkan
kepada pesaing event management
yang lain.

Dugaan kami bertambah apabila


Puan Felinna jatuh sakit. Kami mem-
buat keputusan untuk menyerahkan
syarikat kepada salah seorang pekerja
yang berjawatan sebagai pengurus
bagi mengendalikannya. Masalah ini
berlanjutan apabila berlakunya pe-

3 Majalah Niaga Edisi 29


Kami dapati, kesan untuk sakit lutut sememangnya Bentuk tarikan yang digunakan adalah menggunakan
ada akan tetapi kesan untuk menguruskan badan lebih Facebook dengan membuat teaser di kalangan rakan-rakan
menyerlah. Kami berminat untuk meneruskannya dan Puan bagi menimbulkan rasa ingin tahu sebelum produk dilancar-
Felinna mencadangkan losyen tersebut hanya fokus kepada kan. Secara tidak langsung, apabila produk dilancarkan ramai
fungsi mengurangkan inci badan tanpa menyatakan kesan- yang ingin mendapatkan.
kesan kepada penyakit lain.
Kami bermula dengan julan hanya 300 botol seminggu
Untuk penetapan harga, Puan Felinna ingin meletakkan kemudian meningkat kepada 1,000, meningkat lagi kepada
RM75. Harga ini boleh menarik ramai reseller kerana mereka 5,000 botol seminggu. Kemudian jualan meningkat kepada
akan mendapat untung lebih banyak daripada kami send- 50,000 botol seminggu dan pernah mencecah 100,000 botol
iri. Pihak Felinna menawarkan harga kepada reseller RM30 seminggu.
sahaja dan pihak reseller menjual dengan harga RM75. Oleh
itu, mereka akan meraih keuntungan sebanyak RM45. Pada satu tahap produk terpaksa dicatu. Ada agen yang
minta 500 botol kami terpaksa tolak 200 botol dahulu. Catuan
Pihak Felinna menetapkan minium RM 150 untuk terpaksa dilakukan supaya semua agen jualan mendapat
menjadi agen. Mereka akan dapat 5 botol produk Felinna. bekalan.
Bagi mengawal jumlah stokis, pihak Felinna menaikkan
harga menjadi stokis kepada RM1,500. Seterusnya ia
dinaikkan kepada RM3,000 dan apabila masih terlalu ramai
permintaan, pihak Felinna menaikkan kepada RM9,000.

Apa yang berlaku, kenaikan harga untuk menjadi stokis


sedikit pun tidak mengurangkan jumlah pendaftaran stokis.
Kenaikan harga ini berlaku terlalu pantas hanya dalam
beberapa minggu sahaja.

Melihat hasil jualan, pada asalnya target pendapatan kami


ialah mencapai RM 1 juta pada hujung tahun iaitu Disember
2012.

Alhamdulillah dengan jualan yang amat memberangsang-


kan, pendapatan RM 1 juta berjaya dicapai dalam tempoh
sebulan lebih iaitu pada awal November 2012. Momentum
jualan berterusan sehingga pernah satu hari kami meraih
jualan sebanyak RM 600,000.

Peningkatan drastik ini menyebabkan saya mengalami


kejutan sehingga saya dimasukkan ke hospital. Doktor menge-
sahkan kadar denyutan jantung saya menjadi lemah akibat
daripada kejutan ‘jualan drastik’ ini.

Pada ketika itu, selain saya dan isteri, kami turut dibantu 2
pekerja lain untuk bahagian production dan seorang untuk
bahagian public relation. Ketiga-tiga pekerja ini hanya berke-
layakan SPM sahaja. Ketika jualan semakin meningkat, kami
mengambil beberapa pekerja sambilan untuk membantu
di bahagian production. Ketika itu masih tiada pekerja yang
diambil di bahagian pengurusan.

4 Majalah Niaga Edisi 29


Selang beberapa ketika, kami curi
sedikit masa untuk membuka open
interview bertempat di Safira Club, Pu-
lau Pinang. Dari situ, kami mendapat
staf untuk membantu di bahagian akaun
dan pengurusan syarikat.

Apabila dilantik seorang Produc-


tion Manager, beliau mengenalpasti
berlaku penyelewengan sebelum ini
seperti pembelian sebanyak 200 botol
tetapi penghantaran sehingga 300
botol dan juga terdapat penipuan peng-
gunaan resit yang lama. Perkara ini
berlaku disebabkan kesibukan di
bahagian pengurusan jualan sehingga
berlakunya terlepas pandang.

Kesilapan awal pihak Felinna ketika ini


ialah tidak menjaga kebajikan agen. Ini
berlaku kerana kekurangan fokus yang
mana pekerja lebih fokus kepada kerja
kerja di bahagian production manakala
saya dan isteri tertumpu kepada pema- Pengasas Felinna Beauty
Rafie Ramli dan Isteri, Felinna Nadea Ed Fattah
saran dan urusan dengan pengilang.
tiada sebarang pembelian berlaku. Produk tiruan kepada Felinna Inchloss
Ketika itu juga kami tidak mengamalkan Pejabat kami lengang tanpa ada lagi dijual kepada stokis-stokis Felinna
sistem rewards yang mana ia harus di- agen agen datang. melalui jalan belakang. Produk tiru-
lakukan sebagai insentif kepada agen an ini tidak memberi kesan kepada
jualan yang mencapai target jualan yang Jika sebelum ini, pihak kami tidak pelanggan.
tinggi. Ketika itu, ada beberapa stokis mempunyai gudang yang besar un-
Felinna yang mendapat pendapatan tuk menyimpan barang kerana apa- Produk tersebut hampir sama dengan
sehingga RM 100,000 hingga RM bila barang sampai dari kilang, jualan Felinna, teksturnya juga sama akan
500,000 melalui jualan online sahaja. terus berjalan dan dalam masa yang tetapi ia tidak memberi kesan seperti
singkat barang cepat habis dan tidak produk asli Felinna. Situasi ini mem-
Apabila melihat kepada hasil jualan perlu menyimpan lama di gudang. beri kesan kepada jualan kami dan
produk Felinna ini, kami sering tertanya- pengguna mula tidak percaya kepada
tanya bagaimana peningkatan jualan Apabila pembelian stok sebanyak RM5 produk Felinna.
begitu drastik. Mungkin disebabkan juta telah berlaku, dan tibanya stok
produk yang dikeluarkan bersesuaian tersebut di pejabat, pihak kami terpaksa Perkara ini berlanjutan apabila-
dengan masa dan penjenamaannya menambah 1 lot baru untuk menyimpan pihak kami terlewat membuat
dapat menarik perhatian orang ra- barangan. Perkara ini mungkin terjadi di pendaftaran trademark untuk nama
mai yang mana Felinna menggunakan atas persaingan yang tidak sihat di ka- Felinna Beauty. Apabila kami per-
nama “Felinna Inchloss” dan setelah langan pembekal lain. Mereka berjaya gi ke pejabat pendaftaran MYIPO,
itu terdapat banyak produk lain yang mencipta kekeliruan kepada pelang- pendaftaran yang bertindih telah
menggunakan nama Inchloss. Kami gan dengan adanya produk yang ham- berlaku.
boleh katakan ketika itu Felinna men- pir sama nama dan penjenamaan serta
jadi pencetus kepada penjualan produk bentuk pembungkusan dengan produk Apabila diperiksa, pendaftaran
kecantikan di FB. Momentum jualan ini Felinna. trademark Felinna yang kedua telah
berterusan sehingga Mac 2013. dilakukan oleh pengurus syarikat lain
Ini turut menyakinkan apabila persain- yang mengeluarkan produk tiruan.
Pada bulan ini juga, ketika itu Felinna gan yang tidak sihat ini berlaku apa-
Beauty sudah ada 2 produk lain iaitu bila persaing lain mengatakan bahawa Secara tidak langsung, kami membuat
PMCVC dan Teaberry Juice, kami mem- mereka adalah pengilang asal bagi andaian, syarikat tersebut telah mem-
buat keputusan untuk membeli stok produk Felinna. Secara tidak langsung, buat produk tiruan kepada Felinna
berjumlah RM5 juta. Apa yang menghai- stokis dan agen tertipu dengan keadaan dan seterusnya mengambil langkah
rankan, sehari selepas pembelian stok, ketika itu. Walhal perkara ini tiada kaitan untuk mendaftarnya bagi mengelak
tiba-tiba produk Felinna Inchloss tidak langsung dengan Felinna dan kami tidak sebarang tindakan yang boleh di am-
mendapat sebarang tempahan dan pernah mengenali antara satu sama lain. bil oleh Felinna di masa akan datang.

5 Majalah Niaga Edisi 29


Semua testimoni yang mendedahkan aurat telah kami tukarkan.
Kami juga sediakan jubah kepada pekerja perempuan. Mereka
diwajibkan memakai tudung dan mengutamakan solat fardhu.
Berbalik dengan keadaan yang menimpa Felinna bermula Alhamdulillah setelah bertukar dan mengikut cara yang diajar-
Mac 2013, keadaan jualan merudum. Ketika itu kami mula kan di dalam buku Ustaz Fathuri. Allah sememangnya tidak
mengambil 4 staf untuk membuat aktiviti pemasaran. Kami memberi jalan yang mudah akan tetapi Allah memberi ilham
turut mengambil perkhidmatan agensi pengiklanan untuk kepada kami.
mengiklankan Felinna di televisyen, majalah dan surat khabar.
Penggunaan agen ini adalah untuk memudahkan pengurusan Serta perkara lain, kami bercadang untuk membantu orang
kontrak bagi pengiklanan produk. lain di dalam perniagaan. Secara tidak langsung lanjutan
daripada peristiwa ini kami membuat inisiatif untuk menga-
Pihak kami memilih untuk memasuki TV3 untuk dimasuk- dakan program “Pencetus Ekonomi Ummah” yang mana
kan di slot Wanita Hari Ini bagi pakej RM600,000, Mingguan kami mula berkongsi pengalaman dan ilmu pengetahuan
Wanita untuk 12 keluaran, Hot FM untuk slot Zoomers bagi serta melakukan mentoring dan coaching kepada perniagaan
dan Sinar Harian. Jumlah kos pengiklanan ini melebihi angka lain. Misi syarikat sudah bertukar tidak hanya kepada money
RM 1 juta. oriented.

Malangnya cara pemasaran ini kurang membantu dari segi Kami turut menubuhkan beberapa anak syarikat yang
penjualan produk Felinna. Mungkin ia membantu dari segi diterajui oleh usahawan baru. Kami sendiri memilih orang
penjenamaan sahaja. Setelah itu pada bulan Mei 2013, kami yang layak untuk mengemudi anak syarikat tersebut. Kami
melihat keadaan ini dari sudut kerohanian yang mana mencari tidak memilih orang yang sudah berpengalaman, sebaliknya
kesilapan yang dilakukan yang boleh mengakibatkan Felinna kami lebih kepada membangunkan usahawan baru untuk
menjadi keadaan sedemikian. Kami mula muhasabah diri. membina kejayaan bersama kami.

Apabila dikaji, kami pernah berniat untuk ke Mekah apa- Walaupun jenama mereka masih baru, kredibiliti naik
bila sudah berjaya tetapi disebabkan terlalu sibuk dengan dengan pantas apabila bernaung di bawah Felinna. Pihak
perniagaan niat itu kami abaikan. Oleh sebab itu kami Felinna sendiri turun padang dalam membangunkan jenama
berpendapat, mungkin Allah menjadikan keadaan ini untuk mereka.
tidak sibuk supaya kami dapat pergi menunaikan ibadah di
Mekah. Setelah membuat penghijrahan, kami telah nampak ke-
san yang positif kepada Felinna sendiri. Kami anggap apa
Pada bulan Jun 2013, kami pergi berangkat ke Mekah. Akan yang berlaku sebelum ini adalah ujian Allah untuk menguat-
tetapi ditakdirkan, sebelum pergi ketika di dalam perjalanan kan kami. Alhamdulillah rezeki kami semakin bertambah.
ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Raffelina Group sendiri semakin berkembang. Bermula
kami singgah di hentian R&R Juru, Pulau Pinang untuk dengan Felinna, kami ada beberapa buah anak syarikat
mengerjakan solat. Ketika itu saya dan isteri tertarik dengan produk kecantikan. Kami juga melabur dalam cabang bisnes
sebuah buku hasil penulisan Ustaz Fathuri yang bertajuk lain seperti syarikat penerbitan, syarikat motorsport di Denai
Mudahnya Menjemput Rezeki. Alam, syarikat construction, syarikat trade dan supply dan lain
lain.
Buku ini merupakan suatu tamparan yang hebat kepada kami
dan barulah kami sedar di sebalik yang berlaku kepada kami Corak pemasaran Felinna masih kekal bagi memasarkan
ketika mendapat rezeki yang melimpah dan ketika ditimpa sesuatu produk yang baru iaitu mengadakan teaser. Sebagai
musibah. Ketika itu baru kami sedar kesilapan serta kealpaan contoh apabila produk yang bakal dilancarkan itu berkaitan
kami sebelum ini seperti sering melewat-lewatkan solat akibat dengan kesihatan wanita, kami akan bangkitkan isu isu dan
sentiasa memberi prioriti kepada aktiviti perniagaan. fakta fakta yang berkaitrapat dengan isu kesihatan wanita.
Kami juga menggunakan model yang sesuai, ayat jualan
Selain itu, kami dahulunya tidak menitikberatkan aurat pelang- yang menarik dan membuat pertandingan meneka produk.
gan apabila diletakkan sebagai testimoni. Manakala dari segi Teaser seperti ini menimbulkan perasaan ingin tahu di
kerohanian serta penjagaan syariat pekerja tidak dijaga. kalangan pengguna.

Setelah balik dari Mekah, kami telah mengubah perkara- Alhamdulillah, strategi ini menjadi. Sebagai contoh produk
perkara yang menyalahi syariat. Semua testimoni yang Hygienic Foam keluaran Felinna, stok awal produk habis di-
mendedahkan aurat telah kami tukarkan. Kami juga tempah pada hari pertama pelancaran. Strategi sama akan
sediakan jubah kepada pekerja perempuan. Mereka diwajib- kami gunakan untuk melancarkan produk produk baru kami
kan memakai tudung dan mengutamakan solat fardhu. tidak lama lagi.
6 Majalah Niaga Edisi 29
Apakah perancangan jangka Nasihat kepada golongan usa- Dari segi keistimewaaan
pendek dan jangka panjang hawan muda, bolehkah tuan produk, apakah keunikan
Raffelinna Group? kongsikan berapakah modal yang Felinna buat berbanding
untuk memulakan perniagaan? jenama kecantikan lain?
Kami ingin menjadikan Raffelinna Group
menjadi jenama terkenal seperti Nestle. Perkara paling penting ialah memu- Perkara awal yang kami tekankan
Dikenali sebagai jenama yang berkualiti, lakan. Perlu mula dahulu. Di situ kita ialah packaging. Walaupun produk
halal dan pengguna tidak akan memper- akan belajar banyak perkara. Ramai Felinna merupakan produk keluaran
tikaikan jenama tersebut. yang berpengetahuan tinggi dalam ilmu Bumiputera, kami design packaging
bisnes tetapi majoriti tidak memulakan, seperti produk antarabangsa.Boleh di-
Untuk perancangan jangka pendek, tidak bertindak dan tidak mengamalkan katakan Felinna adalah antara produk
kini Raffelina mempunyai kilang sendiri ilmu yang mereka ada. terawal yang melakukan packaging
untuk fokus dalam production dan kami seperti ini di pasaran online.
akan mencari seramai mungkin untuk Bagaimanakah impak kepada
mengeluarkan produk di bawah kilang Felinna selepas mengambil Packaging produk kami mestilah
kami. Kami bercita cita untuk menjadi tindakan untuk mengubah nampak komersial, klinik dan an-
main player dalam pengeluaran produk beberapa aspek dalam perni- tarabangsa. Sebagai contoh salah
kesihatan dan kecantikan dan melahir- satu produk kami yang berasaskan
agaan sebagai contoh tidak
kan lebih ramai usahawan dalam bidang Kunyit Putih iaitu Curcuma Mangga
ini.
menonjolkan aurat pelanggan
Cure (CMC), khas untuk menangani
untuk dijadikan testimoni? penyakit resdung. Walaupun ia
herba tempatan, tetapi ia di packaging
Agak sukar untuk sebuah produk
seperti produk klinikal dan bertaraf
kurus untuk memasarkan tanpa menun-
antarabangsa.
jukkan testimonial pelanggan yang
tidak menunjukkan bentuk badan
seperti yang berlaku kepada mana-
mana produk kecantikan serta produk
kurus lain yang terdapat di pasaran.
Siapakah individu yang men-
jadi mentor sebagai motivasi Namun, kita harus yakin dengan
kepada Felinna ke tahap yang Allah. Apabila kita menolong aga-
sekarang? maNya, InshaAllah lebih mudah untuk
Allah menolong perniagaan kita. Bukan
Kami mengagumi Syed Mukhtar Al- gambar yang memberi rezeki, Allah yang
Bukhari. Syarikat Al-Bukhari sering berkuasa memberi rezeki kepada kita.
mengambil alih syarikat-syarikat yang
lemah dan hampir muflis untuk me- Walaupun tidak menonjolkan gambar Boleh jelaskan secara ter-
nyelamatkan pekerja pekerja Muslim testimoni yang mendedahkan bentuk
perinci bagaimanakah tuan
dalam syarikat tersebut. Beliau juga tubuh, kami mendapat banyak testi-
moni bertulis yang diambil dari perbua-
meningkatkan graf jualan
membuka peluang kepada orang Islam
lan di FB, Whatsapp dan sebagainya. bulanan syarikat?
untuk menerajui saham-saham syarikat.
Testimoni seperti itu lebih genuine dan
Lazimnya kami akan buat kempen
Selain itu, hampir 80 peratus keuntun- ia pengakuan sebenar para pengguna.
berbeza mengikut bulan bulan ter-
gan yang diperolehi beliau disedekah- tentu. Kami akan lihat apa peristiwa
kan dan hanya 20 peratus sahaja di- Selain itu, kami juga berjaya mendapat-
istimewa yang ada pada bulan terse-
ambil. Saya juga mengagumi Dr. Azizan kan testimoni daripada seorang artis
but. Sebagai contoh bulan tersebut
Osman. Beliau aktif membangunkan iaitu Siti Nordiana. Kami memberikan
kerajaan akan mengeluarkan BRIM.
usahawan tempatan sehingga ribuan sampel produk kepada beliau dan
Oleh itu, kami membuat kempen
bermula daripada kosong sehingga untuk merekrut agen daripada kalan-
berjaya menjadi jutawan. Alhamdulillah, selepas sebulan, beliau
gan orang yang menerima BRIM.
menghubungi kami menyatakan berat
Saya pernah hadir kelas beliau iaitu badan beliau mengalami penurunan.
Kami akan latih penerima BRIM yang
Advance Marketing Power pada tahun Perkongsian testimoni daripada beliau
menjadi agen ini untuk berniaga
2013. Saya juga sangat suka berkawan banyak membantu menaikkan jualan
supaya pendapatan mereka tidak
dengan pelajar beliau. Majoriti pelajar syarikat kami.
putus. Duit BRIM mereka pula digu-
beliau bersikap positif, bersemangat nakan untuk memulakan perniagaan,
tinggi dan berwawasan. Satu sikap yang tidak disalurkan kepada perkara yang
harus ada pada diri setiap usahawan. tidak perlu.

7 Majalah Niaga Edisi 29


Pada bulan pengagihan BRIM, kami Selain itu, setiap musibah yang berlaku ke atas kami, cepat cepat kami muhasabah
rendahkan komitmen untuk men- diri dan betul betul percaya ada hikmah di sebalik setiap musibah. Daripada situ
jadi agen iaitu bermodalkan RM 150 datangnya kekuatan dalaman yang membuatkan kami sentiasa tenang menghadapi
sahaja. Itu satu angka yang tidak mem- rintangan sebagai usahawan.
bebankan mereka untuk memulakan
bisnes kecil kecilan menjual produk Ada satu kisah kami pernah ditawarkan untuk melaksanakan satu projek yang
keluaran Felinna Beauty. memerlukan kos RM 200,000. Keuntungan dijangkakan dalam masa tidak sampai 2
bulan ialah RM 300,000.
Di musim raya, Felinna juga ada
melancarkan program Projek Raya. Kami membuat sedikit kenduri kesyukuran dengan cara mengagihkan bungkusan
Ketika ini kami akan merekrut agen makanan kepada surau surau dan masjid berhampiran. Selepas sahaja kenduri
agen yang berminat bersama kami tersebut, tiba tiba kami menerima berita bahawa projek itu diserahkan kepada orang
untuk buat duit tambahan menjelang lain di saat akhir, bukan kepada kami.
musim perayaan.
Kami cuba bertenang dan percaya ada hikmah di sebalik kejadian ini. Tidak lama
Adakah syarikat Felinna pernah selepas itu, kami mendapat berita bahawa projek itu merugikan. Itu hikmah besar
memperuntukkan modal untuk di sebalik kejadian itu. Kami betul betul bersyukur kerana dilindungi Allah daripada
pengiklanan di FB (FB Ads)? mengalami kerugian.

Tidak banyak modal yang kami labur- Selepas kita berusaha bersungguh sungguh dan bertawakal kepadaNya, percayalah
kan untuk pengiklanan di FB. Sekitar atas setiap apa yang berlaku selepas itu samada baik atau tidak di mata kita pasti ada
RM 100 sahaja setiap hari. FB Ads kami hikmah sebaliknya.
gunakan untuk kempen ‘awareness’
sahaja dan untuk meningkatkan jum- Apakah 3 nasihat kepada bakal perusahaan serta perusahaan yang
lah LIKE di page page rasmi kami. Se- sedang berbisnes sekarang ini.
bahagian besar jualan datang daripada
pemasaran percuma seperti mulut ke Pertama sekali tanamkan niat segalanya kerana Allah. Kedua kita harus mulakan.
mulut dan jualan melalui agen agen Ketiga, teruskan dan jangan pandang belakang. Belajar daripada setiap halangan yang
kami. berlaku dan buat balik dengan cara lebih betul dan sentiasa ingat Allah ialah majikan
paling agung. Insha Allah perniagaan kita itu akan lebih mendekatkan diri kita kepada
Memandangkan pengiklanan FB Allah.
menjadi satu trend sekarang, Felinna
ada merancang untuk melabur lebih
besar untuk FB Ads. Tetapi buat masa
sekarang kami belum jumpa orang
sesuai yang berkebolehan untuk mengu-
ruskan kempen ini.

Bagaimanakah Felinna mengu-


ruskan keuntungan dan keru-
gian yang semestinya menjadi
perkara wajib dalam kehidupan
sebagai usahawan?

Banyak perkara yang dipelajari oleh


Felinna seperti apa yang pernah berlaku
ketika nama Inchloss disekat oleh KKM.

Kesilapan kami ketika itu ialah kami


mahu juga mempertahan nama Inchloss
menyebabkan kami kerugian. Apa-
bila ada arahan yang dikeluarkan pihak
berkuasa, jangan bazir masa.

Lepaskan sahaja nama tersebut dan


terus buat produk baru menggantikan
produk tersebut. Semakin lama kita
mempertahan, semakin banyak masa
kita dibazirkan.

8 Majalah Niaga Edisi 29


BERITA BISNES
Aqif Azizan CIA (Central Intelligence Agency) Write to Wealth

KUALA LUMPUR
PUSAT MEMBELI BELAH
TERBAIK DUNIA
Menurut sumber daripada CNN Travel, Kuala Lumpur diiktiraf sebagai pusat
membeli belah keempat terbaik di dunia. Berita mengagumkan diumumkan oleh Menteri
Pelancongan. Selain Kuala Lumpur, senarai kota yang mendapat pengiktirafan adalah:

New York Tokyo London


Manakala Paris berada di belakang Kuala Lumpur. Antara kriteria-kriteria yang diambil kira, bagi memberi-
kan pengiktirafan pusat membeli belah ini adalah menerusi kemudahan untuk bergerak, nilai untuk wang,
kepelbagaian dan juga pengalaman. Dalam masa yang sama, pusat membeli belah di Kuala Lumpur merupakan
satu-satunya tempat yang meraih 10 mata penuh dalam kategori nilai untuk wang. Yakni membawa maksud kepada
pembelian barangan pada harga yang berpatutan.
9 Majalah Niaga Edisi 29
TIP KEWANGAN
Rizal Hafiz Pengarah Bahagian Corporate Secretarial di Signtake Resources Sdn Bhd

PERAKAUNAN
SYARIKAT
RUTIN MINGGUAN
YANG WAJIB
Memulakan perniagaan merupakan suatu
usaha murni yang dituntut oleh Islam bagi
memenuhi tanggungjawab sebagai ahli
DILAKSANAKAN
masyarakat dan keluarga. Rasulullah SAW Bagi memastikan kelancaran sesuatu perniagaan, seseorang ahli
pernah bersabda bahawa 9 daripada 10 perniagaan perlu mempunyai kemahiran asas untuk merekod
punca rezeki datangnya dari perniagaan. dan menganalisa penyata kewangan perniagaan pada sesuatu
masa tertentu.
Perniagaan merupakan sebuah bidang
yang memerlukan komitmen yang tinggi. Perkara-perkara ini adalah penting supaya ahli perniagaan
Kajian yang terperinci perlu dilakukan tersebut dapat mengkaji iaitu kadar keuntungan sesuatu operasi
sebelum memulakan sesuatu usaha perniagaan dan memastikan kelicinan aliran tunai perniagaan.
tersebut. Pelbagai aspek perlu diam-
bil kira sebelum memulakan sesuatu Disiplin merekod dan menyimpan dokumen-dokumen
perniagaan termasuk kajian pasaran, kewangan perniagaan seperti penyata akaun bank, invois dan
penggajian pekerja, sumber bahan mentah resit merupakan asas utama di dalam penyediaan penyata
dan bidang perniagaan yang berpotensi. kewangan perniagaan. Aktiviti tersebut merupakan disiplin asas
yang diperlukan oleh seseorang ahli perniagaan untuk berjaya di
Bidang perniagaan yang dipilih meru- dalam bidang yang diceburi.
pakan di antara faktor penentu kejayaan
sesuatu perniagaan. Kajian pasaran yang Kesibukan menjalani operasi harian perniagaan bukanlah
menyeluruh serta kajian mengenai menjadi alasan untuk tidak berpeluang untuk merekodkan
potensi sesuatu bidang perniagaan pada transaksi-transaksi kewangan perniagaan dari masa ke semasa.
masa hadapan juga amatlah penting bagi Ahli perniagaan mestilah mewujudkan disiplin yang teguh atau
memastikan perniagaan yang diceburi “Standard Operating Procedure (SOP)” bagi merekodkan
masih relevan di dalam pasaran akan datang. transaksi- transaksi kewangan tersebut.

10 Majalah Niaga Edisi 29


4 RUTIN PENGURUSAN AKAUN SYARIKAT
1 Pengeluaran Invois Jualan Terkini 3 Memeriksa Penyata Akaun Perniagaan
Penyata Akaun Semasa perniagaan yang dibuka di bank-
bank perdagangan amat penting kerana ia merupakan
sumber rekod utama pembayaran dan penerimaan tunai
dari pembekal dan pelanggan perniagaan. Setiap penyata ini
menunjukkan berapa banyakkah keuntungan serta kos yang
diperlukan setiap minggu.

Kaedah hubungan perniagaan yang menggunakan transaksi


pembayaran cek-cek perniagaan akan ditunjukkan di dalam
Penyata Akaun Semasa dari masa ke semasa. Penyata Akaun
Semasa ini juga boleh dijadikan sebagai rujukan di dalam
menganggarkan prestasi dan keupayaan perniagaan di masa
hadapan.
Invois jualan merupakan dokumen transaksi yang amat
penting bagi membuktikan produk jualan atau perkhidmatan 4 Memeriksa Transaksi Urusniaga
telah disediakan kepada pelanggan perniagaan. Ia amat
penting untuk dikeluarkan dan dihantar kepada pelanggan Pemeriksaan dokumen transaksi-transaksi perniagaan
agar bayaran yang dikenakan dapat dikutip berdasarkan seperti yang dinyatakan ini amatlah penting bagi menjamin
produk atau perkhidmatan yang telah dikeluarkan. setiap barangan belian dan jualan direkodkan. Ia dapat mem-
bantu ahli perniagaan untuk melihat keupayaan bisnes dan
Kutipan tunai dari para pelanggan amatlah penting demi merangka strategi bisnes untuk jangka masa panjang.
menjamin kelancaran aliran tunai sesebuah perniagaan
terutamanya dalam menanggung segala komitmen Keupayaan seseorang ahli perniagaan memastikan rekod
perbelanjaan perniagaan serta kos untuk menghasilkan satu- yang baik akan mengurangkan risiko kehilangan barangan
satu jualan. Tanpa kutipan tunai ini, perniagaan pastinya tidak perniagaan, memastikan penyimpanan stok berada di tahap
akan ke mana-mana. optimum serta pengurusan aliran tunai yang cekap. Ia dapat
memaksimumkan keuntungan dan meminimumkan kerugian
2 Merekod Bil & Perbelanjaan Overhead perniagaan. Setiap kerja yang dilakukan mestilah mempun-
yai disiplin yang khusus agar kerja-kerja yang dilakukan akan
Bil-bil pembelian mestilah direkod serta dijelaskan mengikut berada pada tahap yang terbaik. Perkara tersebut tidak terke-
jangkamasa yang dipersetujui bersama para pembekal. Ini cuali kepada setiap ahli perniagaan yang inginkan kejayaan di
adalah penting supaya bahan-bahan mentah yang dibekal- dalam perniagaan yang diceburi.
kan dapat diterima pada masa yang telah ditetapkan supaya
ia tidak mengganggu proses jualan perniagaan dari masa ke Selain daripada persediaan awal sebelum memulakan
semasa. perniagaan, setiap ahli perniagaan perlu memastikan
bahawa aktiviti perniagaan yang diceburi mempunyai keun-
Merekodkan semua bil-bil semasa serta perbelanjaan tungan yang diimpikan. Sekiranya terdapat perbezaan di
syarikat ini dapat membantu anda untuk menganalisa dalam transaksi perniagaan, perkara tersebut boleh dikenal
berapakah kos operasi syarikat anda. Anda juga dengan pasti dan diperbetulkan dengan cepat.
mudah untuk memotong perbelanjaan yang tidak
diperlukan seperti bil-bil tambahan untuk berjumpa Pada masa kini, terdapat pelbagai perisian komputer yang
pelanggan agar bisnes anda lebih menguntungkan. membolehkan para ahli perniagaan membuat catatan rekod
perniagaan yang sempurna dan berkesan. Ia memudahkan
kita untuk melihat tahap prestasi sesuatu perniagaan tersebut
dan mengenal pasti kelemahan utama terutamanya di dalam
aspek kawalan perbelanjaan perniagaan.

Tambahan pula, terdapat juga beberapa firma perakaunan


yang menyediakan khidmat simpan kira “book-keeping”
bagi membantu ahli perniagaan di dalam menganalisa serta
merekodkan dokumen-dokumen perniagaan yang berkaitan.
Ia juga penting agar ahli perniagaan diberi input yang berguna
demi kemajuan perniagaan masing-masing.
11 Majalah Niaga Edisi 29
TIP PEMASARAN
Nor Bahiyah Lasim Pemilik Butlers & Household Consultancy

LUASKAN EMPAYAR
PERNIAGAAN-
STRATEGI URUS
BISNES LUAR
NEGARA
Apabila anda menjalankan perniagaan dengan rakan niaga
atau klien dari luar negara, perkara utama yang perlu anda
ingat adalah kita mempunyai perbezaan dan juga
persamaan. Adalah penting bagi kita untuk cuba
menyesuaikan diri kita, mengikut keadaan dan kehendak masyarakat
setempat sekiranya anda ingin meluaskan perniagaan anda di masa
hadapan.
HORMAT PERBEZAAN
DAN PERSAMAAN
Sentiasa menghormati perbezaan
diantara kita. Hormati budaya, agama
dan adat resam orang lain seperti mana
kita mahu mereka menghormati agama,
budaya dan adab resam kita. Untuk
meletakkan diri anda di arena
antarabangsa, selalu letakkan diri anda
kedudukkan orang lain.

Sentiasa bersabar, menjadi penden-


gar yang baik dan sentiasa cuba untuk
fleksibel atau bertolak-ansur. Anda boleh
cuba untuk belajar menyebut beberapa
patah perkataan masyarakat tempatan,
cara berpakaian, mengetahui maklumat
asas mengenai negara tersebut serta
adat dan budaya.

Ketahui juga tentang warisan negara


tersebut samada ia berkaitan dengan
seni, musik, tamadun, sukan, iklim
mahupun tentang adab-adab atau
budaya memberi dan menerima hadiah
dan sebagainya.

Dengan pengetahuan ini anda lebih


mudah untuk memulakan perbualan.
Malah ia menjadikan anda dipandang
sebagai seorang yang peka dan bersung-
guh-sungguh untuk mengembangkan
perniagaan di negara tersebut.

12 Majalah Niaga Edisi 29


BERJABAT TANGAN
Dalam konteks perniagaan, sentiasa bayangkan
bahawa berjabat tangan ibarat wang yang bakal
bertukar tangan ke tangan anda. Berjabat
tangan merupakan perkara utama yang
ELAK GUNA PERKATAAN SYOK SENDIRI dilakukan oleh anda dengan rakan niaga atau
Berhati-hati apabila memulakan bicara atau lawak jenaka klien anda apabila pertama kali berjumpa.
kepada mereka yang baru anda kenali. Tidak semua bicara atau
jenaka berakhir dengan lucu. Malah ada yang mentafsir sebaliknya. Seringkali di arena perniagaan, keikhlasan,
Belajar juga untuk fahami perbezaan kecil yang membawa maksud keyakinan anda diterjemahkan melalui bagaima-
yang sama. Sebagai contoh di England: na anda berjabat tangan. Genggaman tangan
• Napkins = serviettes, yang terlalu kuat menafsirkan anda mungkin
• Elevator = lift, suka mendominasi, manakala genggaman yang
• Two weeks = forthnight, terlalu lemah, mencerminkan ketidakyakinan
• Bathroom = water closet. dan tidak berminat mengenai sesuatu.

MENJADI PENDENGAR YANG BAIK


Dalam perniagaan, mendengar apa yang
diperkatakan oleh rakan niaga atau klien
merupakan sebahagian kunci kepada
kejayaan. Kita hanya perlu mendengar, mengin-
gati dan memahami hanya sebahagian apa yang
diperkatakan.

Apabila kita tidak berusaha menjadi pendengar


yang baik, kita mungkin kehilangan sebahagian
besar perkara yang penting yang diperkatakan
oleh rakan niaga atau klien kita. Untuk berjaya
cuba belajar menjadi pendengar yang lebih baik
pada masa hadapan.

APABILA BAHASA INGGERIS ADALAH BAHASA KEDUA NEGARA TERSEBUT


Sekiranya anda menjalankan perniagaan di negara yang mana bahasa Inggeris sebagai bahasa perantaraan antrabangsa bahasa
kedua atau ketiga seperti di Jepun, China dan sebagainya, maka bertutur dengan perlahan dan bukannya kuat.

Kita amat bertuah kerana bahasa Inggeris bukanlah bahasa yang sukar dipelajari dan sememangnya sistem pendidikan negara
kita menggalakkan bahasa ini dipelajari sejak dibangku sekolah. Namun terdapat negara-negara yang tidak meletakkan bahasa
Inggeris sebagai keutamaan.

Maka anda akan berhadapan dengan sedikit kesukaran sekiranya anda tidak mampu untuk berbahasa seperti masyarakat
tempatan. Maka di sini anda perlu lebih bersabar, cuba untuk memahami atau cuba mempelajari bahasa negara tersebut secepat
mungkin. Dalam masa sama, belajar adat dan budaya mereka sekali. Anda akan dapati urusan perniagaan anda menjadi lebih
lancar dan mudah.
13 Majalah Niaga Edisi 29
DEKORASI BISNES
Hazlam Anuar Perunding Reka Bentuk Hiasan Dalaman

TIP MENGEMASKAN
RUANG KERJA PEJABAT
‘Meja kemas, minda lapang’ Itulah kata-kata ringkas bekas bos saya dahulu ketika bekerja di sebuah
firma rekabentuk di ibu kota. Kita selalu dihujani dengan tugasan yang banyak, kerja yang bertimbun dan masalah
lain yang membuatkan kita rasa tertekan dengan persaingan yang kini semakin sengit.

Cara mudah untuk menghilangkan tekanan kerja dan melampangkan minda kita adalah dengan mengemas, dan
membersihkan ruang kerja kita sebelum memulakan tugasan di waktu pagi. Perkara yang boleh berlakuapabila
tempat kerja berselerak adalah menyebabkan kehilangan dokumen penting, dokumen kotor dan rosak, tidak tahu
mana dokumen masuk, dokumen dalam perhatian atau dokumen keluar.

Menurut Peter Walsh, pakar pengemas dan penulis buku Enough Already! Clearing Mental Clutter to Become the
Best You, terdapat lima langkah untuk mula mengemas ruang pejabat, iaitu mengumpulkan benda yang sama, label-
kan setiap komponen, gunakan teknologi, masuk satu keluar satu dan gunakan ruang secara kreatif.
14 Majalah Niaga Edisi 29
1 KUMPULKAN BENDA YANG SAMA
Contohnya, alat tulis satu bekas, DVD dan CD satu
bekas , fail dokumen satu tempat dan barangan
peribadi satu kumpulan.

3 GUNAKAN TEKNOLOGI
Gunakan teknologi yang ada sekarang untuk mencepatkan
kerja, mengurangkan penggunaan kertas dan menjimatkan
masa seperti megunakan perisian komputer untuk kalendar,
reminder, post-it dan contact secara percuma berbanding
membelinya. Selain itu, back-up fail kita. Cadangan saya
setiap lima atau sepuluh minit.

2 LABELKAN SETIAP KOMPONEN


Apabila sudah digrupkan, letakkan label yang
berwarna untuk setiap komponen. Contohnya,
kabinet fail ada tiga laci, satu label letak IN
(merah), KIV (hijau) dan OUT (biru) atau bil
untuk kotak bewarna jingga dan surat rasmi kotak
bewarna hijau.

4 MASUK SATU KELUAR SATU



Maksudnya, apabila ada benda baru yang masuk ke ruang
Kita berasa terlalu sibuk,
kerja, keluarkan benda yang lama tersimpan di tempat kita.
banyak alasan, kurang sabar Contoh, apabila tugasan baru masuk, keluarkan tugasan
dan cepat penat apabila yang telah disiapkan. Ada buku baru yang kita ingin baca,
memulakan sesuatu yang keluarkan buku lama dari tempat kerja. Supaya tempat
baru. Oleh itu, mulakan nampak kemas dan tiada barang yang bertimbun.

5
secara perlahan-lahan
GUNAKAN RUANG SECARA KREATIF
dan sedikit-sedikit terlebih Apabila kita berkemas, ruang menjadi luas. Gunakan
dahulu. Selepas ini, kita kreativiti untuk mengisinya seperti meletakkan kata-kata
boleh tambahkan masa motivasi, menampal gambar inspirasi, sarung fail disusun
setengah jam dan kemudian ikut warna atau kotak bersusun bertingkat di bawah meja.
satu jam untuk berkemas
Bagi yang baru dalam aktiviti berkemas, pasti sedikit liat.


setelah berasa selesa nanti.
Oleh itu saya cadangkan sebelum pulang ke rumah, ambil
-LYNNE MASHHADI Penulis Clutter Expert Blog- masa 10 minit untuk kemaskan meja, supaya kita bersedia
untuk hari esok dengan hati yang lapang.
15 Majalah Niaga Edisi 29
MOTIVASI BISNES
Eruwan Gerry Pakar Bisnes Internet dan Usahawan Makan Gaji

URUS MASA CARA BIJAK


USAHAWAN MAKAN GAJI
Sebahagian besar individu yang saya temui yang ingin mempelajari cara menjana wang melalui Internet, selalunya
terdiri daripada mereka yang masih berkerja sepenuh masa sama ada di sektor kerajaan atau pun swasta. Walau-
pun mereka mempunyai pekerjaan sepenuh masa, tetapi mereka ingin menjana pendapatan tambahan pada setiap
bulan untuk memenuhi impian kewangan mereka.

Ada yang ingin menambah wang ke dalam akaun simpanan hari tua mereka, ada yang ingin menabung untuk
pelajaran anak-anak pada masa hadapan, ada yang ingin mengumpul dana untuk pergi melancong di luar negara
dan ada yang inginkan wang tambahan untuk membayar hutang-piutang mereka.

Pendek kata, walaupun kita sudah mempunyai pekerjaan tetap sepenuh masa, kita pasti ingin memperoleh wang
tambahan sekiranya berpeluang untuk melakukannya. Namun demikian, rungutan utama yang sering saya dengar
daripada golongan ini adalah masa mereka sentiasa tidak mencukupi. Terus terang saya katakan bahawa rungutan
tersebut memang berasas. Saya sendiri memberikan rungutan yang sama semasa saya baru ingin belajar cara
untuk menjana wang melalui Internet 10 tahun yang lalu.
16 Majalah Niaga Edisi 29
OPTIMASIKAN
PERJALANAN
Sebahagian besar daripada kita
yang bekerja makan gaji, perlu
pergi ke tempat kerja pada waktu
berkerja. Selalunya lokasi rumah
dan tempat kerja anda berada
dalam satu jarak tertentu, yang
mungkin memerlukan anda
menaiki kenderaan sendiri atau
kenderaan awam untuk sampai
ke tempat kerja anda.

Jika anda menggunakan perkh-


idmatan kenderaan awam, apa
kata anda optimasikan masa
perjalanan dalam kenderaan
tersebut untuk melakukan perka-
ra-perkara yang boleh membantu
KURANGKAN MASA TIDAK PRODUKTIF bisnes Internet anda.
Perkara pertama yang wajib anda lakukan sekiranya anda ingin mempunyai masa
terluang untuk mengembangkan dan menjayakan bisnes Internet, adalah dengan Mungkin anda boleh memba-
mengurangkan masa yang anda luangkan untuk perkara-perkara yang tidak produktif. ca bahan-bahan pengetahuan
mengenai bisnes Internet. Anda
Apa yang saya maksudkan dengan masa yang tidak produktif adalah, apabila anda boleh menulis nota tentang apa
meluangkan masa anda untuk melakukan perkara-perkara yang seronok, tetapi tidak yang telah anda pelajari sebelum
dapat memberikan apa-apa kebaikan untuk masa hadapan. Kecuali keseronokan yang ini. Anda boleh menulis rangka
anda terima pada masa itu. ebook terkini anda atau apa jua
perkara bermanfaat lain yang
Di antara contoh perkara yang tidak produktif adalah menonton televisyen, membaca boleh membantu anda di dalam
surat khabar, duduk minum dan bersembang dengan rakan-rakan, serta melepak di bisnes Internet.
pusat membeli-belah dan yang sewaktu dengannya.
Elakkan daripada hanya tidur
UTAMAKAN TUGASAN di sepanjang perjalanan anda
Sebagai seorang pekerja sepenuh masa, mungkin anda ada melakukan di dalam kenderaan awam
pengutamaan atau prioritization di tempat kerja anda. Tujuannya adalah tersebut. Usahawan Makan Gaji
untuk menentukan apakah tugasan penting yang perlu anda selesaikan pada hari yang berjaya adalah mereka yang
tersebut. Perkara yang sama perlu anda lakukan di rumah untuk bisnes Internet bijak mengoptimasikan masa
anda. mereka.

Sebahagian besar individu yang baru saja menjejak kaki ke dalam dunia bisnes
Internet, akan terkejut dengan sejumlah besar informasi yang perlu mereka serap
dan pengetahuan yang perlu mereka pelajari. Ini belum dikira dengan pelbagai
tugasan yang perlu mereka lakukan sebagai seorang usahawan Internet baru.

Oleh itu, perkara terbaik untuk menguruskan kecelaruan ini adalah dengan
melakukan pengutamaan tugas untuk bisnes Internet anda. Pada setiap hari, buat
senarai perkara-perkara yang ingin anda lakukan di dalam bisnes Internet anda.

Seterusnya, lihat semula senarai tersebut dan tentukan 2 atau 3 perkara paling
utama yang perlu anda lakukan pada hari tersebut untuk bisnes Internet anda.
Perkara utama tersebutlah yang perlu anda lakukan terlebih dahulu sebelum
melakukan sebarang aktiviti bisnes Internet yang lain.

Dengan berbuat demikian, anda akan memastikan tugasan utama bisnes Internet
anda akan siap terlebih dahulu, berbanding perkara-perkara lain yang tidak pent-
ing atau tidak perlu disiapkan dengan lebih awal.

17 Majalah Niaga Edisi 29


TIP BLOGGING
Tim Majalah Niaga

PANDUAN MENCARI
WORDPRESS &
THEME PERCUMA
Menurut Pat Flynn dalam satu temubual eksklusif beliau
mengenai isu blogging, beliau menyatakan kesilapan yang BAGAIMANA MENCARI
sering dilakukan oleh pemilik blog adalah tidak memikirkan
kualiti desain blog themes. Meskipun ramai yang berpendapat
WORDPRESS THEMES
‘content is a king’, namun desain blog themes merupakan YANG BAIK?
pandangan pertama yang akan dilihat oleh para pelawat. WordPress merupakan medium blog yang
digunakan oleh pemilik blog bertaraf profesion-
Justeru itu, pemilihan blog themes yang menarik perlu diberi al, seperti Darren Rowse, Pat Flynn, Matt Cutts
perhatian serius. Dalam kajian Ignite Social Media menerusi dan ramai lagi. Bagi mencari blog themes yang
10 blog yang mempunyai pengaruh besar dalam topik media menarik, terdapat 3 kriteria penting yang telah
sosial dan pemasaran viral, mereka mendapati semua blog yang digariskan oleh Daniel Scocco, iaitu pemilik
mendominasi carta ini mempunyai blog themes yang direka DailyBlogTips.com. Jika kita mengikut apa yang
khas, dan tidak boleh didapati di mana-mana. disarankan oleh beliau, maka blog kita akan
kelihatan lebih gah, cantik, dan mencerminkan
kredibiliti sebagai blogger yang profesional.

Kriteria 1 - Cari Themes yang Mudah


Diubahsuai
Blog themes yang mudah diubahsuai akan
memudahkan kita untuk menghiaskan blog
dengan lebih mudah. Ini kerana kebanyakan
pemilik blog tidak memiliki kepakaran dalam isu-
isu koding CSS (Cascading Style Sheet), PHP dan
juga HTML.

Pengubahsuaian ini dapat membantu kita untuk


menghasilkan blog themes yang mempunyai 10
hingga 20 peratus keunikan daripada themes asal.
Salah satu daripada blog yang disenaraikan adalah ViperChill.
Namun kita harus membaca terma dan syarat,
com. Pemiliknya Glen Allsopp memberitahu dalam kursus
sebelum memulakan pengubahsuaian. Ini kerana
digital ‘Cloud Blogging’, blog themes ViperChill.com adalah
terdapat segelintir penyedia blog themes, yang
blog themes yang telah diubahsuai 100% daripada themes asal.
tidak membenarkan themes mereka diubahsuai.
Ini bertujuan bagi mencipta kelainan, dan juga membina jenama
yang utuh dan menarik perhatian pelawat.
Kita juga perlu memahami sedikit sebanyak
mengenai CSS, PHP dan HTML, bagi men-
Bagi pemilik blog yang sudah mempunyai pengikut yang gubahsuai blog themes mengikut citarasa. Jika ia
tersendiri atau masih baru, pemilihan blog themes yang baik dikhuatiri akan mengambil masa yang lama, lawati
adalah perlu, bagi mencerminkan kredibiliti kita di mata forum-forum seperti WangCyber.com, dan upah
pembaca. Analoginya mudah, bayangkan kita mempunyai pereka laman web yang boleh membantu kita men-
produk yang terbaik tetapi dijual dalam kedai yang buruk, gubahsuai blog themes.
adakah pengunjung akan membeli di kedai itu?
Harga pengubahsuaian bergantung pada keunikan
Sama juga konsep blog, jika themes yang digunakan cantik dan yang kita inginkan. Namun harga adalah sekitar
menarik perhatian pelawat, maka secara automatik mereka akan RM100 hingga RM700 bagi setiap pengubah-
memberikan kita kredibiliti dan autoriti. suaian yang dilakukan.

18 Majalah Niaga Edisi 29


Kriteria 2 - Guna Themes yang Mesra Enjin Carian THEMES BERKUALITI PERCUMA
Blog themes yang mesra enjin carian dapat membantu kita
menerusi on-site SEO. On-site SEO adalah optimasi enjin carian menerusi
pengstrukturan kod blog themes kita. Semakin baik pengstrukturannya,
maka semakin mudah enjin carian untuk mengenalpasti laman web kita.

Menurut SeoBook.com, hasil daripada pengstrukturan blog themes yang


baik. Laman web kita akan lebih mudah untuk berada dalam kedudukan
teratas enjin carian. Antara blog themes yang mesra enjin carian yang
boleh dimuat turun percuma adalah menerusi laman web Courtney Turtle. AllTuts All Tutorials adalah blog themes
yang dibangunkan oleh Site5, sebuah syarikat
Menerusi blog themes yang mesra enjin carian, kita akan menjimatkan pembangunan laman web dan penyedia hosting
40% masa untuk melakukan promosi blog bagi mendapatkan trafik yang berpengkalan di Amerika Syarikat. Berdasar-
secara organik, iaitu menerusi enjin-enjin carian terbesar di dunia seperti kan reka letak dan desain blog themes ini, kami
Google, Yahoo dan Bing. mendapati ia dapat mencerminkan kredibiliti blog
tuan dan puan.Google, Yahoo dan Bing.

Simplo(White) Simplo ini sesuai digunakan


oleh blog peribadi, khususnya untuk individu
yang tidak mengetahui perkara teknikal mengenai
pengstrukturan laman web. Themes ini kemas dan
menampakkan entri kita dengan lebih jelas di mata
pembaca.

Kriteria 3 - Kaji Pemilik Blog Berautoriti


Dengan melakukan kajian terhadap pemilik blog yang sudah mempunyai
autoriti, ia akan menjimatkan masa kita untuk mengenalpasti blog themes
yang sesuai. Sebagai contoh, jika kita kaji blog Problogger.net, kita akan
mendapati ciri-ciri blog themes beliau adalah seperti berikut: Skeptical WooThemes memang cukup dike-
nali dengan desain dan reka letak laman web ber-
Mempunyai logo di bahagian atas kiri. cirikan elegan, kemas dan profesional. Themes
Ruangan iklan di bahagian atas kanan. Skeptical ini sesuai digunakan oleh individu-
Terdapat 8 halaman pada menu navigasi (Home, Blog, Forum, individu yang ingin menyerlahkan lagi kredibiliti,
Workbooks, Book, Jobs, Make Money, Archives). menerusi penulisan. Ia juga sesuai digunakan bagi
Terdapat 3 kolum pada bahagian content (Recent post, Recent video tujuan individu, bukan syarikat.
post, dan sidebar).
Penggunaan heading warna oren dan teks berwarna hitam.
Background teks berwarna putih.
Pada bahagian footer (bahagian bawah sekali), Problogger.net
menyenaraikan kategori entri yang telah diterbitkan dalam blog, serta
biodata ringkas mengenai pemilik blog.

Dengan melakukan kajian seperti ini, maka mudah untuk kita


mencipta satu blog themes yang unik dan mesra pembaca. Kita tidak Simple Folio Themes Simple Folio sesuai digu-
perlu membazirkan masa untuk melakukan cubaan berkali-kali bagi nakan oleh syarikat atau individu. Themes ini juga
mendapatkan blog themes yang sesuai. Menerusi kaedah pemerhatian digunakan oleh Pat Flynn, bagi membangunkan
ini, ia dapat menjimatkan masa kita. sebuah laman web yang bercirikan niche sites.
19 Majalah Niaga Edisi 29
TIP PERKHIDMATAN
Afyan Mat Rawi Perancang Kewangan Bertauliah Islamic Financial Planner (IFP)

FAKTOR YANG DIAMBIL KIRA


DALAM PERBANDINGAN KAD
PERUBATAN
Faktor Produk
Jumlah sumbangan - jumlah perlindungan
yang sama, tapi jumlah sumbangan premium
berbeza.
Ko-takaful atau tidak – ada produk kad
perubatan yang ko-takaful iaitu pelanggan perlu
membayar 10% daripada jumlah kos rawatan.
Sebagai rider atau stand alone – kad perubatan
sebagi rider dicantumkan dengan produk asas.

Faktor Pelanggan
Keperluan pelanggan – adakah perlu
perlindungan sehingga RM1juta?
Kemampuan kewangan pelanggan – ada

PANDUAN
orang yang mampu untuk melanggan RM100
sebulan, ada yang mampu sehingga RM500
sebulan, dan ada juga yang tidak.

RINGKAS
Perlindungan sedia ada – perlindungan
lain untuk kematian, lumpuh, kemalangan
penyakit kritikal perlu turut diambil kira, dan

MEMILIH
mungkin sudah ada kad perubatan daripada
syarikat.

KAD PERUBATAN ANALOGI KAD PERUBATAN


DENGAN KERETA
TAKAFUL/ Semua faktor ini akan menjadikan perbandingan
yang adil. Untuk memudahkan gambaran, kita

INSURANS
buat perbandingan Kancil dengan BMW. Memang
tidak dapat dinafikan BMW jauh lebih baik secara
zahirnya daripada Kancil, namundengan mengam-
bil faktor harga kereta, harga insurnas, harga cukai
jalan, penggunaan petrol, kos penyelenggaraan,
dan lain-lain, adalah tidak adil untuk katakan BMW
Tulisan ini adalah rentetan daripada beberapa persoalan
lebih baik daripada kancil dan ia sesuai untuk
yang paling kerap diajukan berkenaan kad perubatan takaful /
semua orang kerana Kancil tetap ada kelebihannya
insurans, antaranya “Apa ‘medical card’ (kadperubatan) paling
yang tidak ada pada BMW.
bagus?”
“Syarikat XYZ mempunyai perlindungan RM 1 juta, tentu BMW ada classnya tersendiri. Ia jauh lebih selesa
lebih bagus daripada kad perubatan Takaful ABCD yang hanya daripada Kancil. Tetapi padanlah dengan harganya,
RM500K, bukankah begitu?” “Apa beza kad perubatan stand alone mungkin boleh membeli 10 ekor kancil! Namun,
dengan kad perubatan sebagai rider?” Kancil pun ada kelasnya yang tersendiri, bukan?
Secara umumnya, untuk membuat perbandingan kad Dengan membeli sebuah Kancil, seseorang dapat
perubatan, perlu dibuat perbandingan terhadap dua perkara berjimat 90% daripada membeli BMW yang dapat
iaitu faktor produk dan faktor pelanggan. Dengan perbandingan digunakan untuk membeli keperluan-keperluan
adil “apple to apple” perkara ini, barulah kita dapat membuat lain Jadi, kesimpulan awal yang boleh kami buat,
perbandingan yang adil di antara produk-produk yang ada di tidak semua orang perlukan BMW dan jangan
pasaran. memandang remeh kepada Kancil!
20 Majalah Niaga Edisi 29
PERTIMBANGAN MEMILIH KAD PERUBATAN
Berikut adalah beberapa pertimbangan dan penilaian terhadapa produk-produk kad
perubatan yang ada di pasaran, tanpa merujuk kepada mana-mana produk dan syarikat
secara khusus.

Stand Alone Vs Rider


Sebagai contoh medical card stand alone
Kad perubatan ‘stand alone’ merujuk
berharga RM100 dengan kad perubatan
kepada produk kad perubatan sahaja tanpa
rider dengan harga RM200, nampak sekali
sebarang produk lain yang perlu dilanggan
imbas bahawa kad perubatan stand alone Perbandingan:
bersama. Kad perubatan ‘rider’ pula meru-
lebih murah.
juk kepada kad perubatan yang dipakej Kad Perubatan Stand Alone
bersama produk-produk asas. Ciri: Produk kad perubatan
Tapi jika diperincikan, rupa-rupanya kad
tanpa perlu dimbil bersama
perubatan rider yang berharga RM200
Kad perubatan sebagai rider, walaupun produk lain.
tadi adalah terdiri dari produk asas RM100
lebih mahal berbanding stand alone, tapi Kelebihan: Harganya lebih
dan produk medical card RM100. Jadi,
harganya setara sehingga tempoh matang, rendah (kerana tidak perlu
kedua-dua kad perubatan itu adalah sama
berbanding dengan kad perubatan stand diambil bersama plan asas) dan
harganya. Ini sekadar contoh sahaja.
alone yang akan meingkat dalam tempoh tidak perlu mengambil produk
umur 5 tahun sekali. asas.
Memandangkan produk kad perubatan
Kekurangan: Tiada nilai tunai
rider dilanggan bersama produk asas,
Apabila membandingkan harga kad (sebab itu ia lebih rendah harg-
maka apabila produk asas tamat maka kad
perubatan rider dengan kad perubatan anya), harga meningkat dengan
perubatan juga akan tamat. Sebagai
stand alone, bandingkan harga secara spe- range umur 5 tahun dan jika
contoh, jik, pelanggan lumpuh maka polisi
sifik kad perubatan sahaja dan bukan kad terlepas bayaran sumbangan /
akan tamat, kedua-dua produk asas dan
perubatan bersama produk asas supaya premium, akan luput.
dapat membuat penilaian yang adil.
rider kad perubatan.
Kad Perubatan Rider
Ciri: Plan kad perubatan yang
perlu diambil bersama produk
asas. Plan kad perubatan
adalah plan tambahan kepada
produk asas.
Kelebihan: Mempunyai nilai
tunai (sebab itu harganya lebih
tinggi berbanding stand alone,
dan nilai tunai banyak daripada
plan asas), boleh diambil
bersama tambahan perlindun-
gan lain seperti sakit kritikal dan
‘waiver’
(pelupusan sumbangan apabila
berlaku sakit kritikal) ,harg-
anya tetap daripada ia diambil
sehingga tempoh matang dan
sekiranya terlepas pandang, ia
boleh dibayar dari nilai
tunai polisi dengan syarat polisi
mempunyai nilai tunai
Kekurangan: Harga menjadi
tinggi kerana perlu diambil
dengan produk asas dan akan
tamat apabila plan asas tamat,
sebagai contoh jika pelanggan
lumpuh / TPD (Total Permenant
Disaility) maka kad perubatan
akan turut tamat.

21 Majalah Niaga Edisi 29


Ko-takaful atau Tidak Selalunya kad perubatan tanpa ko-takaful
Ko-takaful , harganya lebih tinggi berbanding kad
Ko-Takaful merujuk kepada plan kad perubatan dengan ko-takaful dengan plan
perubatan yang memerlukan pelanggan perlindungan yang sama.
membayar sebahagian kecil kos hospital
apabila dimasukkan ke hospital. Ia selalu- Sebagai contoh, harga bagi kad
nya 10% atau maksima Rm1,000 daripada perubatan tanpa ko-takaful dengan nilai
keseluruhan bil. perlindungan RM50,000 setahun adalah
RM150, manakala bagi kad perubatan
Contohnya, jika bil RM1,000, pelang- dengan ko-takaful pula adalah RM100
gan perlu membayar RM100, jika bila dengan perlindungan yang sama. Sebena-
RM10,000 pelanggan perlu bayar rnya, harga yang lebih tinggi dibayar adalah
RM1,000. Tapi jika bil hospital RM15,000 termasuk kos perlindungan tanpa ko-
pelanggan perlu bayar RM1,000 juga takaful.
keranai 10% dari RM15,000 melebihi
RM1,000 maka pelanggan hanya perlu Kesimpulan: Setiap perkara yang lebih, ada
membayar RM1,000. harga yang perlu dibayar.

Perlindungan Tahunan dan Jika ada yang sudah berjumpa dengan pengguna kad perubatan yang sudah
Perlindungan Seumur Hidup. membuat tuntutan seumur hidup sehingga RM1,000,000 boleh bawa beliau
Perlindungan tahunan ialah jumlah bil berjumpa saya. Mengapa saya berani katakan sedemikian?
hospital yang dilindungi oleh syarikat dalam
tempoh setahun, manakala perlindungan Selalunya, bagi kad perubatan sebegini rupa , had tahunannya adalah 10%
seumur hidup pula ialah jumlah perlindun- daripada had seumur hidup. Jika had seumur hidup adalah RM1,000,000 maka
gan yang dilindungi syarikat dalam tempoh had setahun adalah RM100,000.
seumur hidup.
Secara logiknya, jika seorang pelanggan sudah membuat tuntutan sebanyak
Jangan mudah terpengaruh apabila RM100,000 maka dia perlu membuat tuntutan selama 10 tahun untuk menghabis-
ada perunding yang membuat promosi kan had keseluruhan RM1,000,000 tadi.
“Coverage RM1 Juta!’.
Wujudkah pesakit hospital yang memerlukan kos sebanyak RM100,000 setahun
Perlindungan RM1,000,000 memang dan sehingga 10 tahun berturut-turut mendapat rawatan yang sama dan masih
banyak tapi ia adalah untuk perlindun- belum sembuh atau meninggal dunia?
gan seumur hidup. Malah ada juga kad
perubatan yang meletakkan had seumur Kesimpulannya, dalam memilih kad perubatan, perkara yang paling penting
hidup sebagai “Unlimited” atau tanpa had. ialah had tahunan berbanding had seumur hidup. Selalunya, had yang akan tamat
dengan segera ialah had tahunan.
Nampak hebat tapi ketahuilah bahawa
saya berada di dalam industri ini selama Apabila had tahunan sudah mencecah maksima, maka pelanggan perlu membayar
10 tahun, belum ada lagi pelanggan yang kos tambahan pada tahun berkenaan sekalipun had seumur hidup RM100 juta
sudah membuat tuntutan perubatan sekalipun!
sebanyak RM1,000,000 seumur hidup.
Jadi, jangan mudah terpengaruh dengan gimik had tahunan RM 1 juta atau
Pelanggan yang saya maksudkan ialah RM1 bilion sekalipun kecuali RM 1 juta itu adalah had tahunan kad perubatan.
pelanggan saya, pelanggan rakan-rakan Percayalah, buat masa sekarang, tidak ada syarikat yang berani meletakkan RM 1
saya dan rakan-rakan pelanggan saya. juta sebagai had tahunan mereka.

22 Majalah Niaga Edisi 29


TIP PEMASARAN ONLINE
Tim Majalah Niaga

PENGHANTARAN PERCUMA
3 IDEA MENINGKATKAN
JUALAN PRODUK FIZIKAL
Idea 1-Percuma Untuk Pesanan Minimum
Apabila pelanggan membeli produk kita dalam
kuantiti minimum yang telah ditetapkan, mereka akan
memperoleh tawaran penghantaran percuma. Cara ini
dapat mendorong mereka untuk membeli lebih daripada
1 produk. Untuk meningkatkan keberkesanan konsep
ini, jual banyak produk yang berkait di antara satu sama
lain. Sebagai contoh, kita menjual baju dan seluar pada
masa yang sama. Ia dapat meningkatkan peluang untuk
pembeli membeli produk dalam bentuk pakej yang
lengkap (seluar melengkapkan baju).

Idea 2-Percuma Untuk Produk


Tertentu Sekiranya kita mempunyai pelbagai
jenis produk. Lakukan penetapan terhadap
produk-produk tertentu, khususnya produk yang
laku keras di pasaran. Ini bermakna,pelang -
gan akan memperoleh tawaran penghanta -
ran percuma, sekiranya mereka membeli
produk-produk tertentu sahaja. Strategi
ini biasa dilakukan terhadap produk
yang diyakini laku keras. Kerana ia
Perkataan ‘Percuma’ adalah perkataan psikologi dapat meningkatkan jualan secara
yang dapat mendorong prospek untuk mem- konsisten.
beli produk kita. Lumrah hidup manusia, kita
suka pada barang percuma. Begitu juga dalam
bisnes produk fizikal. Salah satu item yang
boleh diberikan secara percuma kepada pembeli
adalah kos penghantaran.

Kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat


mendapati, 61% pengguna akan membatal- Idea 3-Percuma Untuk Semua Produk
kan pembelian mereka secara online, sekiranya Meskipun strategi ini mempunyai risiko yang tinggi,
namun ia dapat meningkatkan jualan produk secara
tiada tawaran bagi penghantaran produk secara
drastik. Meneliti pengiraan terhadap kos produksi, kos
percuma oleh pihak penjual.
penghantaran dan margin keuntungan adalah kunci
kejayaan bagi melaksanakan strategi ini dalam bisnes
Situasi ini menjelaskan betapa pentingnya konsep
produk fizikal kita.
penghantaran percuma terhadap penjual produk
fizikal seperti baju, seluar, kasut dan sebagainya. Konsep penghantaran percuma
Dalam artikel ini, kita akan mempelajari 3 idea
penghantaran percuma, berdasarkan perkong- membantu menghasilkan lebih banyak
sian Carol Tice, Ketua Pegawai Eksekutif syarikat jualan produk fizikal. Bagi penjual
TiceWrites Inc.
yang menjual produk fizikal di eBay,
dropship dan sebagainya.- Carol Tice
23 Majalah Niaga Edisi 29
PELABURAN HART
HARTANAH
ANAH
Rohaniah Noor Pelabur Hartanah & Blogger

BUMI LOT UNTUNG ATAU


RUGI BESAR?
“Encik, adakah unit ini bumi lot?”
“Encik, boleh saya tahu berapa diskaun untuk bumiputera?”
Ini adalah di antara soalan yang sangat popular keluar daripada mulut bakal pembeli, di ruang pameran atau peja-
bat jualan hartanah baru. Ia bagaikan soalan wajib daripada bakal pembeli bumiputera yang berminat menikmati
keistimewaan ini. Lot bumiputra, adakah ia satu keistimewaan?
APA ITU LOT BUMIPUTERA? Disebabkan sekatan ini, tuan punya seumur hidup mereka. Kalaupun mereka
Diperkenalkan di dalam Dasar Ekonomi hartanah terpaksa menjualnya kepada hendak berpindah hak milik, ia adalah
Baru, lot bumiputera atau bahasa pas- bumiputera. Ini menghadkan pasaran kepada anak-anak mereka yang pastinya
arnya dipanggil lot bumi bertujuan untuk jualan, berbanding unit terbuka. bumiputera. Tiada isu di sini.
membantu pemilikan hartanah dalam
kalangan bumiputra. Sasarannya adalah Kesannya, harga pasaran lot bumi men- Satu situasi lain, unit bumi sesuai dibeli
pemilikan 30% di dalam sektor harta- jadi lebih rendah daripada unit terbuka. oleh pelabur yang hanya ingin mengam-
nah melalui peruntukan khas kuota unit Jika unit yang sama saiznya di sesebuah bil wang keuntungan sewa, dan menyim-
bumiputra bagi sesebuah projek harta- apartment itu boleh mencecah harga pan hartanah itu sehingga tua. Ini kerana
nah. pasaran sehingga RM180,000 misalnya, mereka dapat membeli dari pasaran
unit bumi mungkin hanya mencecah kedua (subsale) dengan harga yang lebih
Selain kuota, terdapat juga pemberian RM160,000 ke RM170,000. murah tetapi menyewanya dengan kadar
diskaun 7% kepada bumiputera. Apabila yang sama dengan unit terbuka.
sesebuah projek hartanah itu digazet- LIHAT KEMBALI TUJUAN
kan sebagai lot bumi, ia mempunyai MEMBELI HARTANAH Jadi, bumi lot satu keistimewaan atau
sekatan pemilikan iaitu ia hanya boleh di- Ini menyebabkan sesetengah pelabur kesilapan membeli adalah bergantung
miliki oleh bumiputera sahaja. Sekatan ini hartanah bumiputera sendiri tidak ber- kepada tujuan pembelian, dan strategi
tertulis di title atau geran unit itu sendiri. minat membeli unit-unit lot bumi ini. seseorang pelabur tersebut itu sendiri.
Sudah tentu mereka juga ingin
Walaupun begitu, di sesetengah negeri mendapatkan keuntungan yang maksi-
seperti Perak, ia tidak tercatat di dalam mum, dan membeli lot bumi bukanlah
geran tetapi unit ini tetap memerlukan satu keputusan yang bijak.
kebenaran khas daripada Menteri Besar
apabila hendak dipindah milik ke bukan Namun situasi berbeza jika mereka
bumiputera. membeli dengan tujuan tinggal sendiri
24 Majalah Niaga Edisi 29
TIP KOMUNIKASI
Insyirah Azhar Penulis Blog Genre Motivasi Ketuhanan

CARA MUDAH MENGHARGAI &


DIHARGAI PELANGGAN
“Manusia sememangnya suka dihargai..” Siapa yang tidak suka apabila diri kita diberi
perhatian. Ia merupakan prinsip terpenting dalam setiap perkara. Anak-anak suka dihargai oleh ibunya. Ibu pula
suka dihargai oleh anaknya. Suami juga suka dihargai oleh isterinya. Begitu juga dalam bisnes, pelanggan juga amat
suka apabila dihargai peniaga. Pekerja juga suka apabila dihargai majikan. Penghargaan juga adalah salah satu cara
untuk bersyukur.

Namun, prinsip memberikan penghargaan kian pudar dilaksanakan dalam perniagaan dari hari ke hari. Ia
terbukti dalam firman Allah, Sedikit sekali di antara hamba-hambaKu yang bersyukur.” (Surah Saba: 13) Sedikit
sekali orang yang menerapkan penghargaan dalam segenap kehidupannya. Oleh sebab itu, adalah penting, kita
mula menerapkan penghargaan dalam bisnes.

25 Majalah Niaga Edisi 29


SENTIASA UCAPKAN
TERIMA KASIH
Walau ucapan terima kasih hanya ada
2 perkataan, ia tersirat penghargaan
dari hati yang terdalam. Di samping
itu,ucapan terima kasih mampu menjadi
pelonjak semangat untuk para pekerja
terus berkhidmat.

Kita boleh lihat pada pekerja yang mem-


buka pintu di ruang utama di sebuah
hotel. Ia bukanlah perkara yang mudah
untuk mereka berdiri di depan pintu
selama beberapa jam.
Malah, ia adalah pekerjaan yang memenatkan. Pasti mereka berasa dihargai apabila kita ucapkan terima kasih kepada
mereka. Terutamanya jurutera kesihatan yang membungkus sampah dan mengemaskan pejabat kita. Ucapan terima kasih
mampu menjadi penaik semangat kepada mereka untuk terus bekerja, kerana khidmat mereka dihargai majikan. Oleh sebab
itu, sebarkan ucapan terima kasih kepada pelanggan yang sudi berurusan dengan kita, di samping pekerja yang sudi berkhidmat
untuk uruskan bisnes kita.

SENTIASA MEMBERI PUJIAN


“Manusia suka dihargai dan dipuji.”
Saya pernah melihat satu video. Dalam video itu ada seorang
lelaki yang suka memuji orang. Sebab utama mereka datang
kepada beliau, adalah kerana ingin mendapatkan pujian dari-
pada beliau. Mereka adalah golongan yang mempunyai keyaki-
nan yang rendah, sentiasa dalam keadaan tertekan.

Namun, apabila mendapat pujian daripada beliau, keyakinan


diri mereka meningkat. Mereka kembali ceria dan bertenaga
setelah dipuji oleh individu itu. Ia menunjukkan, manusia suka
apabila mereka dihargai dan dipuji.

Ia ibarat pengiktirafan daripada orang lain mengenai kebole-


han kita. Contoh, majikan kita memuji bakat kepimpinan kita di
hadapan kawan-kawan beliau, selama menguruskan syarikat
beliau. Pasti kita merasakan diri kita mendapat penghormatan,
SENTIASA MURAH SENYUMAN
“Smile change the beast to a prince.” daripada beliau terhadap kepimpinan kita. Ia akan
Itu adalah pepatah yang saya rumuskan. Ketika saya berkunjung ke meningkatkan keyakinan dalam diri kita untuk
pejabat Maybank untuk urusan peribadi, saya tertarik dengan seorang terus berkhidmat.
pekerja wanita bersaiz sederhana. Saya perhatikan cara beliau melayan
pelanggan di kaunter. Walaupun beliau tidak rupawan, tetapi senyuman Oleh sebab itu, galakkan memberi pujian kepada
beliau sungguh menawan. Senyuman beliau buat saya mahu berurusan pelanggan, pekerja dan sesiapa sahaja individu,
dengannya. Ia adalah akhlak bisnes berTuhan yang menerapkan penghar- yang membantu pengurusan bisnes kita.
gaan kepada orang lain.

Walau dalam situasi bagaimanapun, senyuman adalah penawar duka yang


mampu menarik pelanggan. Hatta pelanggan tidak nampak kita, mereka
pasti dapat mendengar daripada intonasi suara kita, apabila kita bercakap
dengan mereka. Ia adalah kerana, apabila kita senyum, intonasi suara kita
juga akan berubah, menjadi suara yang menceriakan.

Oleh sebab itu, adalah penting menjadi usahawan yang murah


senyuman walaupun kita sedang bercakap dalam telefon, apatah lagi
ketika berususan di depan pelanggan.

26 Majalah Niaga Edisi 29


SENTIASA BERSYUKUR SENTIASA MERAIKAN DIRI,
Apabila kita mula melibatkan diri dengan perniagaan, risiko adalah perkara PELANGGAN DAN PEKERJA
biasa dalam dunia perniagaan. Contoh, pendapatan yang kita peroleh tidak
Adakalanya kita lupa untuk meraikan diri
tetap. Adakalanya meningkat, adakalanya merundum.
sendiri setelah bekerja keras untuk bisnes kita.
Tanpa sedar, sudah bertahun kita tidak bercuti
Saat pendapatan kita meningkat, hanya senyuman menjadi teman.
untuk memberi diri peluang, untuk berhibur dan
Namun, ia berbeza apabila pendapatan kita mula merudum. Kita mula
berehat daripada perniagaan untuk seketika. Kita
tidak tentu hala. Tekanan mula meresepi diri. Di kala itu, derasan rungutan
tidak memberi masa kepada diri untuk berehat.
bercambah dalam tiap bicara.

Untuk meraikan diri dan pekerja, kita boleh tetap-


kan satu masa untuk kita bercuti ke tempat yang
santai, dan menenangkan. Kita raikan segala
kerja keras dan kejayan yang syarikat kita telah
capai bersama pekerja kita. Ia akan meningkatkan
momentum pekerja untuk setia berkhidmat dalam
Ada orang yang peroleh RM10 tiap hari dan bersyukur, buat mereka peroleh
syarikat kita.
RM100 tiap hari. Sebaliknya, ada orang yang peroleh RM100 tiap hari dan
tidak bersyukur, buat mereka peroleh RM10 tiap hari.
Bagi meraikan pelanggan, kita boleh mengada-
kan kupon diskaun, dan menganjurkan pertand-
Itulah kuasa bersyukur, ia ditekankan dalam firman Allah,
ingan dengan hadiah menarik. Di samping itu,
digalakkan memberi hadiah istimewa kepada
“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku pelanggan setia yang sudah berurusan dengan kita
akan tambahi nikmat-Ku kepada kamu” dalam tempoh yang lama. Ini akan menguatkan
(Surah Ibrahim: 7) hubungan usahawan dan pelanggan.

Semakin kita bersyukur dengan pendapatan yang Allah beri, semakin


“Untuk dihargai, kita perlu belajar untuk
meningkat pendapatan yang kita jana.
menghargai..”

27 Majalah Niaga Edisi 29


TIP PERNIAGAAN
Aqif Azizan Central Intelligence Agency(CIA) Write To Wealth

KEBAIKAN KERJA &


BISNES PART TIME
10 tahun yang lalu, harga nasi lemak hanya 50 sen sahaja sebungkus. Berbeza dengan zaman
sekarang. Bukan sahaja harga makanan sudah naik, malah harga-harga barangan lain seperti aksesori, rumah,
kereta dan banyak lagi turut terkena tempias perkembangan ekonomi dan evolusi kehidupan.
Jika dahulu ibu bapa yang mempunyai gaji RM1,500 ke atas boleh menampung perbelanjaan
keluarga. Kini RM3,000 belum tentu dapat menyelesaikan perbelanjaan bulanan. Hakikat yang perlu kita
terima di sini, situasi telah berubah. Khususnya untuk pelajar-pelajar yang masih menuntut ilmu di kolej dan
universiti. Kita tidak boleh bergantung pada ibu dan bapa semata-mata.
Evolusi perlu berlaku terhadap diri sendiri. Di mana ketika usia kita mencecah 17 tahun ke atas,
sudah menjadi tanggungjawab kita untuk mencari wang perbelanjaan sendiri tanpa perlu menagih simpati
daripada kedua-dua ibu bapa.

KEBAIKAN KERJA PART TIME KEBAIKAN BISNES PART TIME


Tahu Potensi Pendapatan Setiap Bulan Menguruskan Masa Dengan Lebih Efektif
Apabila kita bekerja di bawah majikan atau syarikat, kita “Better three hours too soon, than one minute too late.” –
sudah sedia tahu berapa jumlah pendapatan setiap bulan yang William Shakespeare. Pengurusan masa seorang pelajar yang
akan diperoleh. Ini secara psikologinya mendorong kita untuk berniaga adalah lebih ketat berbanding mereka yang bekerja
bekerja dengan lebih gigih. Kerana kita sudah jelas terhadap secara part time.
hasil yang kita bakal peroleh apabila bekerja secara part time.
Dalam masa sama, ia memudahkan kita untuk menguruskan Ini kerana peniaga yang menetapkan masa kerja mereka
wang dengan lebih efektif. sendiri, dan tidak menurut mana-mana pihak atasan. Apabila
kita berniaga secara part time dan tidak mengambil endah
Tidak Mensia-siakan Masa Terluang terhadap pengurusan masa, situasi yang kritikal akan berlaku
Pada hari minggu, para pelajar boleh menggunakan waktu ini dan memberikan kesan terhadap prestasi pelajaran kita di kolej
untuk bekerja. Kebanyakan pelajar kolej dan universiti mensia- dan sebagainya.
siakan masa mereka dengan melakukan perkara yang tidak
produktif pada hari cuti. Dengan menggunakan masa-masa Bebas Kewangan Lebih Awal
terluang seperti cuti semester atau cuti umum untuk bekerja, Pelajar yang belajar selok belok perniagaan di pering-
kita berpotensi untuk meraih pendapatan yang lumayan untuk kat awal mempunyai potensi untuk mencapai matlamat
menampung kehidupan seharian. bebas wang lebih awal. Ia akan mematangkan minda seorang
pelajar dengan lebih pantas mengenai realiti perniagaan dan
Belajar Pelbagai Perkara Baru kehidupan.
Bekerja dan belajar membawa dua input dan output yang
berbeza. Apabila belajar, kita memahami sesuatu dalam Bebas Kewangan Lebih Awal
konteks teori menerusi buku dan sebagainya. Berbeza pula 9/10 rezeki datang daripada perniagaan. Apabila berniaga,
ketika kerja, kita akan berhadapan dengan situasi sebenar pelajar itu sendiri menetapkan potensi pendapatan yang ingin
kehidupan. diperoleh. Semuanya tertakluk pada misi, kepercayaan dan
tindakan kita.
Dengan bekerja secara part time, maka kita dapat
memahami dunia ini dengan lebih mendalam. Sebagai contoh, Oleh sebab itu, kebanyakan pelajar yang menceburkan diri
jika kita bekerja sebagai jurujual di kedai solek setiap hujung dalam bidang perniagaan semasa di kolej lebih mudah untuk
minggu, maka kita akan belajar dan memahirkan diri untuk mencapai kekayaan dalam tempoh 3 hingga 5 tahun.
berkomunikasi dengan para pelanggan.

PENGURUSAN WANG Walaupun kita mempunyai pilihan sendiri untuk memilih kerja atau bisnes part time,
namun perkara paling utama adalah menitikberatkan kemahiran pengurusan wang.
LEBIH PENTING Mempunyai wang yang banyak tidak akan menjamin kehidupan yang senang dan bahagia.
Tetapi pengurusan wang yang baik dapat membantu mengurus kehidupan kita dengan
lebih baik dan juga teratur.

28 Majalah Niaga Edisi 29


Boleh
nampak
saya ke?
Bagus!
Bermakna iklan di sini berkesan!
Untuk tempah iklan, hubungi eksekutif pemasaran,
Hasbul Aqill di 016 2025437 atau layari
www.MajalahNiaga.com
E
IN -
ID M

M
IB A
ER

A
IK J

J
AN A
DI
LA
RA
N
PE L

A
KE M G S HA
E
CU M AM K
NI
AL PE A CIP
RC A
NA I DE RGU SEK TA
M N N A TE
M UN GA AKA LI M RP
EN B N
YE EG KE N E- ENE LIHA
B I B M R
TE AR TU A ENA AJ BIT RA
TA E- N RA AL S OL
E

PI MA DA N AH EM EH
L A UM H
A
H J D B I U M
TA ARU ALA IBE ERT NI U LA AJA
NP SL H NA UL NT DA LA
H
A A IN R I U L
SA H D I U KA S DA K T AM HNI
E

BA IK NT N, RI UJ LA AG
2

RA EKA UK BA PI UA IN- A.C


NG LK TU HK HA N K LA OM
d
2
AG
UB AN JUA AN K M EU IN B .
i

AH SI N DIG AJ NT EN
AN FA KE AL AL UN TU
s

.
1

TN BA A AH GA K
i

YA IK KK N N AT
AN AN IA AU
9

, GA
4

.
A

Anda mungkin juga menyukai