Anda di halaman 1dari 1

Nama: Irfan Izzudin bin Md Jais

Kelas: PISMP C9

Tugasan: Makud peribahasa haiwan “ayam”

1. Ayam tambatan
Maksud: Orang yang menjadi harapan dalam sesuatu pertandingan atau perkara.

2. Ajak-ajak ayam
Maksud: Pelawaan yang tidak bersungguh-sungguh.

3. Bapa ayam
Maksud: Lelaki yang memperdagangkan pelacur.

4. Cakar ayam
Maksud: Tulisan yang sukar dibaca.

5. Ibu ayam
Maksud: Perempuan yang memperdagangkan pelacur.

6. Kaki ayam
Maksud: Orang yang tidak memakai alas kaki atau kasut.

7. Rabun ayam
Maksud: Tidak dapat melihat dengan jelas pada waktu senja.

8. Tidur-tidur ayam
Maksud: Tidur yang tidak lena.

9. Ayam pemikat
Maksud: Orang yang dijadikan umpan untuk melakukan hajat orang lain.