Anda di halaman 1dari 2

DOA MAJLIS KARNIVAL TADARUS AL-QURAN

‫الر ِح ْي ِم‬
َّ ‫الر ْح َم ِن‬ َّ ِ‫ِب ْس ِم هللا‬
‫س ِّي ِد َنا ُم َح َّم ٍد‬ َ
َ ‫السالَ ُم َعلى‬ َّ ‫صالَة َُو‬ َّ ‫ َوال َعاقِ َبة لِ ْل ُم َّتقِ ْينَ َال‬, َ‫اَ ْل َح ْم ُد هللِ َر ِّب ال َعالَ ِم ْين‬
‫ان‬
ِ ‫اإل ْي َم‬ِ ِ‫سبَقُ ْونَا ب‬ َ َ‫اب ِه أَ ْج َم ِع ْينَ اللَّ ُه َّم ا ْغفِ ْرلَنَا ُذنُ ْوبَنَا َو ِإل ْخ َوانِنَا الَّ ِذيْن‬
ِ ‫ص َح‬ ْ َ‫َو َعلَى آلِ ِه َوأ‬
‫ف َر ِح ْي ٌم‬ٌ ‫َوالَ َت ْج َعلْ ف ِْي قـُلُ ْو ِب َنا ِغالًّ لِلَّ ِذ ْينَ َءا َم ُن ْوا َر َّب َناإ َّن َك َر ُء ْو‬

‫اللهم انت العزيز الجليل‬


Sesungguhnya pada pagi ini, ingin kami memanjatkan kesyukuran dan pujian
terhadap Mu, atas kurniaan Mu yang tidak ternilai banyaknya , sehingga kami dapat
mengadakan dan turut serta dalam menjayakan Majlis Karnival Tadarus Al-Quran
peringkat Zon Kajang yang bertemakan Personaliti Unggul Berteraskan
Al-Quran pada tahun 2007 ini.

‫اللهم يا حكيم ياعظيم‬


Kami memohon kepada Mu , agar Engkau berkati majlis ini dengan limpahan
kasih sayang Mu, semoga segala usaha kami dalam menjayakan majlis ini mendapat
keredhaan dan hidayah Mu.Hindarilah kami Ya Allah daripada syaitan yang direjam
yang suka memporak perandakan kehidupan manusia dan menyukarkan segala
perkara yang mudah , Maka oleh itu permudahkanlah urusanku dan
jangalah Engkau menyusahkannya.

‫اللهم يا عليم ياخبير‬


Tidak lupa juga kepada guru pembimbing yang telah menyumbang khidmat,
menabur bakti, mendidik dan mengajar para peserta yang mengambil bahagian ,
semoga kerjasama seumpama ini berkekalan hendaknya.Disaat ini juga, kami menadah
tangan penuh kehambaan mengharapkan ihsan Mu agar Engkau teruskan dan lanjutkan
kecemerlangan yang kami capai ini , samada dalam bidang akademik mahupun dalam
aspek pembinaan sahsuiah insan. Engkau lindungilah kami Ya Allah dari sifat – sifat
takbur dan ujub di atas kecemerlangan yang telah engkau berikan kepada kami kerana
itu semuanya adalah bersifat sementara hanya Allah yang kekal selamanya.

‫يا ذا الجالل واالكرام‬


Jadikanlah pelajar – pelajar yang menerima hadiah dan sijil penghargaan pada
hari ini sebagai pelajar – pelajar yang bersyukur diatas pengiktirafan ini. Jadikanlah
mereka pelajar –pelajar yang akan sentiasa berusaha dengan gigih dan tekiun untuk
meningkatkan potensi dan prestasi mereka dalam bidang akademik serta mempunyai
peribadi yang luhur. Malah kami memohon daripada Mu Ya Allah dengan penuh
ketaakulan agar majlis ini akan mendorong dan galakkan kepada pelajar – pelajar
lain supaya mereka sama – sama mengerah keringat dan menggembling tenaga
untuk mencapai kecemerlangan demi mengharumkan nama sekolah, daerah,
negeri dan Negara.

، ‫ص ْو ًما‬ ُ ‫ َو َت َف ُّر َقـَ َنا مِنْ َب ْع ِد ِه َت َف ُّرقا ً َم ْع‬، ‫اج َعلْ َج ْم َع َنا ه ََذا َج ْم ًعا َم ْر ُح ْو ًما‬ ْ ‫اَللَّ ُه َّم‬
. ‫شقِ ًّيا َوالَ َم ْط ُر ْودًا َوالَ َم ْح ُر ْو ًما‬ َ ‫َوالَ َت ْج َع ِل اللَّ ُه َّم فِ ْي َنا َوالَ َم َع َنا َوالَ َمنْ َي ْت َب ُع َنا‬
َ ‫س َن ًة َوقِ َنا َع َذ‬
ِ ‫اب ال َّن‬
‫ار‬ َ ‫س َن ًة َ ِوفي اآلخ َِر ِة َح‬ َ ‫َر َّب َنا آتِ َنا ِفي ال ُّد ْن َيا َح‬
، ‫سلَّ َم‬َ ‫ص ْح ِب ِه َو‬َ ‫صلَّى هللاُ َعلَى ُم َح َّم ٍد َو َعلَى َءالِ ِه َو‬ َ ‫َو‬
‫هَّلِل‬
َ‫َوا ْل َح ْم ُد ِ َر ِّب ال َعالَ ِم ْين‬

1
2

Anda mungkin juga menyukai