Anda di halaman 1dari 1

Difinisi kesihatan.

1. Menurut WHO, kesihatan adalah keadaan yang sempurna, sihat dari segi fizikal, mental,
rohani dan sosial.  Kesihatan fizikal merangkumi tujuh aspek iaitu:
i.  sihat dan sempurna tubuh badan
ii.  keadaan dalam dan persekitaran rumah yang bersih dan teratur
iii. keadaan alam sekeliling yang tidak menjejaskan hidupan
iv. tempat tinggal yang sempurna
v.  pemakanan yang seimbang
vi. bekalan air yang bersih
vii  udara yang bersih

Oleh itu, kesihatan amat penting bagi semua manusia bagi mengekalkan
kesejateraan hidup dan kesihatan yang baik dapat membantu dalam pembangunan
masyarakat dan Negara. .Pertubuhan kesihatan Sedunia (WHO, 1948) mendefinisikan
kesihatan sebagai suatu keadaan fizikal, minda dan sosial yang sihat, sergas, cerdas serta
bebas dari sebarang penyakit.berlandaskan keadaan sosial dan masyarakat. Definisi ini
menegaskan bahawa kesihatan ditunjangi oleh faktor fizikal dan mental dan sosial yang
sihat, berfungsi,cergas serta tidak diancam oleh sebarang penyakit yang boleh
memudaratkan seseorang.
2. Definisi yang kedua saya mengambil satu buku yang bertajuk “pengajaran pendidikan jasmani
dan kesihatan”, ditulis oleh WEE ENG HOE(1995). Dalam buku tersebut saya memetik ayat pada
muka surat 286 yang berbunyi, kesihatan merangkumi semua tingka laku seseorang apabila
berinteraksi dengan persekitaran dan kesihatan juga bukan saja menyembuh atau menggurangkan
penyakit malah ia juga bertujuan untuk mencapai keadaan fizikal, mental dan sosial optimum untuk
manusia. Kesihatan juga lebih dari keadaan fizikal yang sempurna.
Oleh itu, kesihatan merangkumi semua tingkalau manusia dan bukan sahaja sekadar
menyembuhkan penyakit atau menggurangkan penyakit ai juga bertujuan mencapai keadaan
fizikal, mental dan sosial yang terbaik.
3. Definisi yang ketiga saya mengambil sebuah buku yang “bertajuk konsep kesihatan melalui
pemakanan pendakatan islam dan sains”, yang ditulis oleh Che Wan Jasimah Wan Mohamed Radzi
(2000). Saya telah memetik ayat yang ada dalam buku tersebut yang berbunyi sihat dimaksudkan
tidak menghidapi sebarang penyakit, afiat, segar dan sembuh daripada penyakit. Selain itu, dalam
fahaman orang islam kesihatan merujuk kepada kesihatan spiritual, intelektual, psikologi dan
fizikal (ms1).
Oleh itu, buku ini menyatakan bahawa kesihatan merujuk kepada sihat dalam spiritual,
psikologi dan fizikal dan tidak menghidapi sebarang penyakit dan sembuh daripada penyakit.

Anda mungkin juga menyukai