Anda di halaman 1dari 13

LAPORAN REFLEKTIF PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG)

PISMP AMBILAN JUN 2016 FASA 2 / 2018

NAMA : SINDHU A/P SUNTHAR

NO KAD PENGENALAN : 961122-05-5222

ANGKA GILIRAN : 2016151340068

UNIT : BAHASA TAMIL (SK) / BAHASA TAMIL KOMUNIKATIF

Program Bina Insan Guru (BIG) MPU 3112 merupakan salah satu program
yang wajib dilaksanakan oleh semua guru pelatih yang mengambil Ijazah Sarjana
Muda dalam Institut Pendidikan Guru di seluruh Malaysia. Program BIG diwajibkan
kepada guru pelatih agar mereka dapat melibatkan diri dalam aktiviti yang
membentuk jati diri, berdaya saing, berkeyakinan dan membina jaringan hubungan
sosial yang baik serta penerapan nilai-nilai murni menerusi aktiviti Latihan Dalam
Kumpulan (LDK). Oleh itu, saya Sindhu a/p Sunthar telah pun menyiapkan tugasan
BIG Fasa 2 mulai hari 29 Oktober hingga 2 November. Saya amat bersyukur
terhingga saya panjatkan pada Tuhan yang telah memberikan suatu peluang bagi
menjalankan tugas BIG sebagai seorang guru pelatih. Kem Bina Insan Guru ini
bukan sahaja melatih guru pelatih sebagai guru yang berkualiti malah ia juga
menerapkan beberapa nilai murni dalam diri saya. Program BIG ini telah diterajui
oleh pensyarah dari Unit Kokurikulum yang telah memainkan peranan sebagai Kem
Komanden, Ketua Jurulatih dan Jurulatih. Dengan ini saya ingin memberitahu ribuan
terima kasih kepada para pensyarah yang melatih guru pelatih sepanjang kem BIG
berlangsung, ibu bapa, para guru pelatih yang memberi kerjasama, tolong-menolong
antara satu sama serta tidak putus-putus berkongsi idea dan ilmu sepanjang saya
menyiapkan tugasan ini.

1
Melalui program ini juga saya telah mengenal pasti kekuatan dan kelemahan yang
ada dalam diri saya dan juga peluang yang sedia ada untuk kami bagi meneroka
perkara-perkara baharu serta ancaman yang menjadi cabaran buat saya untuk
menunjukkan prestasi yang baik dalam Program BIG ini berdasarkan analisis SWOT
seperti yang tertera di bawah :

~menepati masa
~menjaga kebersihan ~ pengurusaan masa yang tidak
~ kayaking tepat
~ abseiling – membina keberanian ~keletihan
~ semarakkan semangat cinta akan ~perasaan takut- aktiviti air,
negara ucapan
~ menggeratkan hubungan antara satu
sama lain.
~ bekerjasama
~ menerapkan nilai murni
~ pemikiran kreatif – nama kumpulan
~ kreatif dan inovasi- sketsa
~ bangga menjadi seorang guru-lagu
guru malaysia

~ peluang mencuba
perkara baharu ~ketakutan
~ mendapat pengalaman
dan pengetahuan ~ keyakinan diri –
~ memberi idea serta memberi ucapan,
pandangan – aktiviti kumpulan
~ menunjukan bakat terpendam – aktiviti di sekolah,
sketsa, berkomunikatif aktiviti air
~peluang mengendalikan program
slot moral ~ keletihan

2
ANALISIS PRESTASI DAN PENGLIBATAN BERDASARKAN ANALISIS
STRENGTH, WEAKNESS, OPPORTUNITY DAN THREATS (SWOT)

KEKUATAN

Dari program Bina Insan Guru saya dapat beberapa perkara yang boleh
dikatakan sebagai kekuatannya. Antara kekuatan yang pertama adalah, aktiviti yang
dilaksanakan membantu saya untuk mempelajari bersyukur akan menjadi seorang
guru. Hal ini kerana, setiap hari kami menyanyi lagu ‘Guru Malaysia’ dengan penuh
bersemangat. Bukan itu sahaja, aktivit-aktiviti yang diberikan membantu saya
membina sifat-sifat keguruan dalam diri saya. Kemahiran-kemahiran yang menimba
ilmu serta pengetahuan adalah suatu perkara yang perlu diaplikasikan dalam
kehidupan seharian. Saya dapat menanam nilai bertanggungjawab dalam diri saya
dengan menghadir ke tapak berkumpul pada masa yang tepat. Dengan ini, saya juga
dapat menepati masa dengan baik dan tidak lambat ke perjumpaannya. Ini adalah
salah satu tujuan utama kem BIG berlangsung bagi menanam amalan professional
guru terhadap diri guru pelatih. Kem BIG bermula dengan kawad kaki serta nyanyian
lagu Negaraku dengan penuh semangat dan cinta terhadap negara kita. Istiadat
menaikan bendera merupakan aktiviti dimana semua peserta perlu nyanyikan lagu
NegaraKu dalam keadaa diri tegak, sambil bendera dinaikkan dan dikibarkan.
Melalui istiadat ini saya membelajari bahawa etika dan protocol sangat penting bagi
mendisiplinkan diri ketika berada di kalangan pemimpin. Guru-guru pelatih mendapat
tugasan utamanya dengan membawa peralatan-peralatan yang diperlukan
sepanjang kem BIG berlangsung seperti pedal kayaking, life jacket, knifes, khemah
dan sebagainya. Saya difahamkan bahawa guru pelatih tidak dapat berkawan atau
bersatu dengan satu sama lain tetapi apabila hendak diperlukan pertolongan kami
semua bersatu dengan menolong satu sama lain serta meringgankan beban Ajk
Peralatan dengan membawa alat dan bahannya.

Bukan itu sahaja, setiap hari kami menghadiri slot moral dan mengadakan
aktiviti-aktiviti yang mencergaskan minda serta badan. Aktivit-aktiviti moral bukan
sahaja bertujuan untuk menerapkan nilai-nilai murni dalam diri guru-guru pelatih
malah ia juga memain peranan dalam menggeratkan hubungan antara satu sama
lain serta meninggatkan kerjasama dalam aktiviti kumpulan.

3
Dalam aktiviti air yang telah dilaksanakan di Port Dickson telah membantu saya
untuk mempelajari teknik mengapungkan diri pada permukaan air laut. Saya dapat
mempelajari cara untuk menyelamatkan diri saya apabila saya berhadapan dengan
situasi lemas dalam air laut. Saya juga telah mempelajari cara membawa rakit dan
kayak dengan menggunakan dayung dalam laut. Kami juga mengadakan
pertandingan kumpulan mana yang berkayuh dan sampai destinasinya pertama.
Saya dapat mempelajari cara berkayuh dan cara membawa rakit ke bahagian tengah
laut. Ketua kumpulan kami tidak lupa untuk memberi arahan serta memberi
semangat untuk berjaya dengan bertungkus lumus. Walaupun kumpulan kami
mendapat tempat keduanya ahli kumpulannya tetap berfikir rasional serta bertolak
ansur dengan rakannya.

Tambahan pula, kita diberi tugasan untuk mendirikan khemah dan menurunkan
khemah dalam jangka masa sepuluh minit. Dengan bantuan ahli kumpulan yang
peramah serta rajin bekerja, tugasan ini telah berlangsung dengan lancar. Bukan itu
sahaja, ahli kumpulan pula, tidak kerut muka dan sudi mengajar ikatan dan simpulan
bagi ujian ikatan asas dan kami dapat membuat semua ikatan dan simpulan seperti
ikatan bunga geti, simpul manuk, ikatan tindih kasih,buku sila, finsherman knot
dengan betul. Saya juga difahami bahawa apa jua kerjanya akan dibuat dengan
cepat dan tepat dengan adanya kerjasama antara ahli kumpulan.

Sementalahan itu, Kumpulan 4, 5 dan 6 iaitu kumpulan 2 mengadakan aktiviti di


Angkatan Pertahanan Awam, Seremban untuk aktiviti Flying Fox / abseiling bagi
menghilangkan perasaan takut akan ketinggian. Manakala, encik Zamri pegawai di
Jab pertahanan awam Seremban 2 memberi taklimat mengenai peralatan dan
fungsi, tujuan, cara-cara serta beliau menunjukkan tekniknya. Ia mewujudkan minat
saya terhadap Abseiling. Saya berasa amat teruja untuk melakukan aktiviti abseiling
dan saya telah memakai pemakaian yang sesuai bagi abseiling dengan bantuan
pegawai-pegawai bertugas. Oleh kerana saya teruja sangat untuk melakukan aktiviti
abseiling saya dapat melakukannya dengan cepat. Saya juga berasa takut dalam diri
dengan persoalan mampukah saya membuat abseiling dengan baik? Tetapi dengan
bantuan Encik Zamri, saya telahpun berjaya melalukan dengan baik. Saya dapat
membina semangat dan nilai keberanian dalam diri saya.

Di samping itu, kami telah melaksanakan aktiviti LDK iaitu penghasilan


nama kumpulan, logo dan lagu sorakan. Aktiviti ini mendorong kami untuk berfikir
secara kreatif bagi menghasilkan nama dan lagu sorakan. Aktiviti ini juga menjadi
tunjang kepada kami untuk membuka minda untuk berfikir luar daripada kotak demi

4
mengemukakan justifikasi yang sesuai untuk menjelaskan ciri-ciri logo yang kami
wujudkan. Kami telah melakukan pembaharuan dari segi penciptaan nama kumpulan
dan pembinaan logo kumpulan. Nama kumpulan kami wujudnya dari huruf pertama
ahli kumpulannya dan membina suatu nama kumpulan iaitu “SPEAK TEF” dengan
maksud memberi maksudnya “SPEAK To Eliminate Fear”. Kami telah memberi
keutamaan kepada profesion keguruan agar dapat melahirkan insan guru yang
berprofessional dan integrity. Kami juga telah menghasilkan sebuah menara yang
paling tinggi dengan hanya menggunakan10 helai kertas surat khabar melalui
permainan dalam aktiviti LDK. Melalui penghasilan menara tersebut kami telah
integrasikan nilai bekerjasama dan sikap toleransi antara ahli kumpulannya agar
kami dapat berkongsi idea dan menolong satu sama lain. Pada masa yang sama,
kami dapat membina menara yang paling tinggi serta kukuh. Kami berjaya
melakukan inovasi dalam menara tertinggi dan ini pengalaman yang amat
membanggakan ahli kumpulan kami.

Seperti mana kita sudah tahu, Program BIG melahirkan guru yang sihat dari segi
fizikal dan juga mental. Sehubungan dengan itu, tunjang utama melahirkan insan
yang sempurna dari segi fizikal ialah amalan pemakanan yang seimbang dan sihat.
Melalui aktiviti senaman pagi, saya dan rakan saya dapat memulakan harinya
dengan penuh semangat dan cergas. Kami juga mempelajari amalan pemakanan
yang sihat yang mana guru pelatih perlu sediakan sarapan pagi yang berzat
berdasarkan piramid makanan. Kami telah menyediakan sajian ‘Sandwich’. Saya
telah mempelajari makanan yang berkhasiat serta wajar diambil pada waktu pagi
dengan kalori yang berpatutan untuk sarapan pagi. Bukan sekadar menjaga diet
pemakanan kita; BIG juga memberi pengajaran untuk menjaga kebersihannya
dengan membawa kami ke Jelebu dan membersihkan kolamnya.

Pada malam Jumaat, iaitu Majlis Malam Kebudayaan saya dapat menyertai
sketsa untuk melakukan persembahan situasi yang menunjukkan nilai patriostisme
dengan lagu ‘Saya Anak Malaysia’. Saya dapat merasa serta bersyukur akan melahir
di Malaysia yang kepunyaan pelbagai etnik. Saya berasa gembira kerana dapat
berkolaborasi dengan ramai untuk menjayakan sketsa ini. Seterusnya, aktiviti
bimbingan dan motivasi yang dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan Senawang
menjadi platform kepada saya untuk mendapatkan pengalaman menjadi seorang
guru dalam bilik darjah. Saya juga telah mempelajari cara mengawal kelas yang
boleh saya praktikkan semasa mengajar di sekolah bagi memenuhi kehendak kursus
Praktikum Fasa Pertama selama tiga bulan. Saya juga telah mengenal pasti cara
untuk menggeratkan hubungan saya dengan murid supaya saya boleh mendapatkan

5
perhatian mereka dan menarik perhatian dalam pembelajaran. Tambahan pula,
melalui aktiviti khidmat sosial di Sekolah Kebangsaan Senawang saya dan rakan
saya mengadakan senaman dengan lagu-lagu yang popular serta menari bersama
murid-muridnya.

KELEMAHAN

Dari segi kelemahan pula, terdapat beberapa kelemahan yang wajar diambil kira
dan diatasi seperti pengurusan masa, peraasa takut, dan keletihan. Perkara tersebut
perlu diatasi supaya Program Bina Insan Guru pada masa yang akan datang dapat
dilaksanakan dengan sempurna. Perkara yang perlu dititikberatkan ialah pengurusan
masa. Saya berasa susah untuk menguruskan masa dengan baik memandangkan
setiap hari tamatnya lebih daripada pukul 11 malam. Lantaran, saya mengalami
keletihan dan tidak mencukupi tidur dan kesukaran untuk hadir ke slot moral lewat
lima minit pada hari ketiga. Hal ini menunjukkan kegagalan saya dalam
membahagikan masa dengan baik. Justeru, saya perlu sediakan jadual tersendiri
dan memperuntukkan masa secara seimbang agar dapat mengatasi masalah lewat
ke program.

Selain itu, saya berasa amat susah untuk mempraktikkan dengan membuat
kerja-kerja keras dalam kehidupan seharian serta banyak berkerja semasa waktu
tengah hari supaya tidak mudah berasa letihnya. Hal ini kerana saya menjalani
praktikum selama tiga bulan dan lama saya tidak membuat kerja keras seperti kawad
kaki, pasang khemah di bawah matahari, sudah lama mengingat ikatan dan
simpulan. Selain itu, saya juga berasa amat takut akan air apabila saya diberi
tugasan untuk terapung di laut. Saya kurang mendirikan keyakinan diri terhadap air
dalam diri saya sehingga saya dapat kesempatan memakai life jacket.
Walaubagaimanapun, water confidence dalam diri saya masih berkurang dan saya
berharap bahawa saya akan menjauhi fobia saya terhadap laut suatu hari nanti.
Selepas itu, kami diberikan peluang untuk berkayak. Itu merupakan pengalaman
pertama saya untuk kayak. Pengalaman pertama saya juga menjadi pengajaran
yang baik pada hari tersebut. Hal ini kerana, dengan bantuan rakan sekumpulan;
saya dapat teknik yang mudah untuk kayak dengan betul. Walaupun tangan saya
berasa sakit saya mampu menahannya bagi mendapat pengalaman serta
pengajarannya.

PELUANG

Dari segi peluang pula, saya mendapat peluang emas untuk mencuba sesuatu
yang baharu yang tidak pernah saya cuba dalam sepanjang kehidupan saya.

6
Program BIG ini telah memberi peluang kepada saya untuk membawa rakit di tengah
laut dan mengapungkan diri saya pada permukaan laut. Seterusnya, saya tidak
pernah mencuba aktiviti abseiling yang amat membantu saya untuk meningkatkan
keyakinan diri dan memberanikan diri saya. Peluang sedia ada untuk kami belajar
ialah jurulatih berwibawa dan dedikasi yang mengajar kami teknik repeiling dengan
penuh semangat supaya kami berasa terdorong untuk mencuba aktiviti tersebut.
Perkara-perkara tersebut bukan sahaja menjadi suatu peluang yang bermutu tinggi
malah ia menjadi suatu pengalaman dan pengetahuan yang tidak dapat dilupakan
buat sepanjang hidup saya.

Tambahan pula, Program BIG ini juga memberi peluang kepada saya untuk
memberi idea sendir dengan yakin dan bersopan juga pada yang sama. Contoh yang
boleh dikemukakan adalah, saya dapat peluang untuk memberi idea serta
pandangan saya semasa berlangsung aktiviti kumpulan seperti membina logo,
memberi idea untuk sketsa, memberi ucapan dengan idea sendiri. Selain itu, BIG ini
menjadi suatu instrument yang menbantu saya menunjukkan bakat yang terpendam
dalam diri saya. Saya minat berlukis dan ahli kumpulan saya memberi sokongan
serta percaya akan bakat saya dan menggalakkan untuk melukis logonya. Bukan itu
sahaja, memandangkan saya ada minat untuk menjadi seorang penceramah,
walaupun saya tidak mempunyai bakatnya bercakap dengan penuh yakin di hadapan
ramai, LDK memberi peluang untuk berucap dengan aura yang positif depan ramai
orang.

ANCAMAN

Dari segi ancaman pula, ancaman yang menjadi cabaran besar buat saya
adalah ketakutan akan aktiviti air. Ancaman ketakutan ini tidak dapat dikurangkan
walaupun saya diberikan pasangannya untuk membantu rakanyan berenang. Saya
dapat membina sedikit keyakinan air sebaik sahaja dapat memakai life jacket dan
saya mengetahui saya tidak memenuhi tujuan aktiviti air. Bukan itu sahaja, saya juga
menghadapi ancaman kekurangan keyakinan diri apabila memberi ucapan
dihadapan khalayak ramai serta membuat aktivit di sekolah. Hal ini kerana saya
memulai berasa takut dan gementar didalamnya dengan peerasaan takut ketidak
mampu melaksanakan tugasnya dengan sempurna. Ancaman yang menjadi cabaran
terbesar buat saya ialah rasa letih selepas aktiviti abseiling dan aktiviti air. Rasa
keletihan ini tidak menggalakkan diri saya untuk membuat aktiviti-aktiviti yang lasak.

Secara keseluruhan perkara yang dikemukakan di atas, Program BIG


merupakan kursus yang wajar diwajibkan kepada semua guru pelatih kerana amat

7
signifikan dalam melahirkan insan pendidik yang berkemahiran, tahan lasak,
dedikasi, optimis serta bertanggungjawab. Program BIG juga wajar diteruskan pada
masa yang akan datang agar guru pelatih boleh meningkatkan kemahiran dan
menimba ilmu pengetahuan serta menyemarakkan lagi sifat professionalisme dalam
diri mereka sebagai seorang guru.

GAMBAR AKTIVITI YANG DILAKSANAKAN SEPANJANG PROGRAM BINA


INSAN GURU (BIG)

8
Aktiviti Senaman Pagi

Aktiviti Air Marine Science Centre (COMAS), Port Dickson

9
Aktiviti Mendirikan Khemah

Aktiviti Membuat Ikatan Dan Simpulan

10
Aktiviti Abseiling di Jabatan Pertahanan Awam, Seremban

Inovasi dalam Pembinaan Menara Kertas Surat Khabar

11
Bimbingan dan Motivasi

Malam Kemuncak : Malam Kebudayaan

12
Khidmat Masyarakat dan Sosial

13

Anda mungkin juga menyukai