Anda di halaman 1dari 2

Tahun 6

SP : 4.4.2 Mencipta puisi dengan bahasa yang indah dan melafazkannya


dengan sebutan yang jelas dan intonansi yang betul serta memahami puisi
tersebut.

Tema Kesihatan

Tajuk : Mari kita Bersajak

Pada akhir pembelajaran murid-murid dapat mencipta puisi bersama ahli


keluarga dan memahaminya serta dapat melafazkan dengan intonasi yang
betul.

Murid-murid diperkenalkan teknik mencipta puisi menggunakan teknik


SINAMA.

Langkah pengajaran Teknik SINAMA.

1. Minta murid tulis nama sendiri atau nama orang disayang secara
menegak.
2. Bina perkataan bagi setiap huruf.
3. Tambah murnikan dengan kata sendi atau kata-kata puitis.

Contoh

Nama :AMRAN

A = APAKAH

M - MALAPETAKA

R = RESAH

A = ANDAI

N = NAMUN
Selepas itu lengkapkan perkataan berdasarkan situasi Covid 19 yang sedang
melanda negara sekarang.

Kamu boleh berbincang dengan ahli keluarga dan hasilkan sajak dengan
bantuan mereka.

Contoh

Apakah gerangan yang berlaku ini,


Malapetaka atau peringatan buat kita,
Resah ini tidak berpanjangan
Andai kita bersama-sama mendengar kata,
Namun Covid-19 mengajar kita erti kebebasan.

P/s Guru-guru boleh membukukan hasil sajak ini untuk kelas mereka.
Menyambut saranan Menteri Pendidikan Malaysia- FUN Learning