Hasil Pembelajaran:
Fokus Utama:
5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan
lancar, serta memahami perkara yang dibaca.
Aras 1
i. Membaca lancar bahan bukan sastera dengan sebutan yang betul.
Fokus Sampingan
8.1 Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk.
Aras 1
i. Membina ayat tunggal daripada perkataan yang diberi dengan tulisan yang
cantik.
Objektif Pelajaran:
Pada akhir pelajaran ini, murid dapat:
1. Membaca lancar teks ‘Seni Tradisional Kita’ dengan sebutan yang betul.
2. Membina lima daripada enam ayat tunggal berdasarkan perkataan yang diberi
dengan tulisan yang cantik.
3. Menyoal tentang ‘Seni Tradisional Kita’ dengan menggunakan tiga kata tanya
dengan tepat.
Sistem Bahasa:
Tatabahasa : Ayat tunggal dan kata tanya.
Kosa kata : Berasal, diasaskan, diiringi, disampaikan, berjenaka dan sering.
Pengisian Kurikulum:
Ilmu : Kesenian dan kebudayaan.
Nilai : Keaslian, memelihara seni budaya, menghargai
seni reka budaya, analitis, logis, celik akal dalam
Contoh Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Malaysia (BM)
pengolahan.
Kemahiran berfikir : Kemahiran generik, kemahiran membuat
keputusan.
Belajar cara belajar : Kemahiran membaca: Membaca kuat dan lancar
dengan intonasi yang betul.
Kemahiran komunikasi lisan: Mengemukakan
soalan.
Kemahiran menulis: Membina ayat.
Kecerdasan pelbagai : Verbal-linguistik, interpersonal, intrapersonal,
naturalistik, kinestetik.