Anda di halaman 1dari 2

JOB SCOPE PENOLONG PEGAWAI PENTADBIRAN

Lapor kepada : Pengurus Pentadbiran

Jabatan : Pentadbiran

Sikap dan Adab

1. Menjalankan sepenuhnya tanggungjawab seorang Penolong Pegawai Pembangunan


Perniagaan.
2. Sentiasa memberi salam dengan sopan kepada anggota syarikat dan orang luar.
3. Sentiasa menghormati anggota syarikat yang lain dan orang luar.
4. Tidak mendedahkan apa-apa rahsia dan makluman dalam syarikat kepada orang luar tanpa
kebenaran dari Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengurus Pentadbiran.
5. Ringan tulang dan sentiasa boleh bekerjasama dengan semua anggota dalam menjalankan
aktiviti syarikat.
6. Sentiasa menepati masa dan waktu bekerja dari 8.30 pagi hingga 5.30 petang.

Kehadiran

1. Menghadirkan diri mengikut jadual kerja yang telah ditetapkan.


2. Bersedia untuk menghadirkan diri ke tempat kerja atas arahan Ketua Pegawai Eksekutif.
3. Permohonan cuti hendaklah dibuat dalam masa 3 hari bekerja. Sekiranya kurang, ia akan
dianggap sebagai EL (emergency leave) dan akan menjejaskan pemarkahan KPI.

Pakaian

1. Sentiasa berpakaian formal dan kemas sepanjang berada di pejabat.


2. Sentiasa menjaga kebersihan diri dan penampilan diri.

Pekerja Asing

1. Menguruskan kemasukkan dan penambahan pekerja asing dalam syarikat.


2. Menjadi pegawai yang bertangungjawab (PIC) bagi menguruskan segala hal dan urusan yang
melibatkan imigresen.
3. Menguruskan pengambilan pekerja asing dengan berhubung dengan agen pengambilan
pekerja.
4. Membawa pekerja TKI ke klinik dan hospital jika diperlukan.
5. Menguruskan sumbangan beras dan minyak kepada TKI dilakukan 3 bulan sekali.
6. Menghantar TKI ke lapangan terbang jika ada yang ingin pulang ke kampung halaman dan
mengambil TKI dari lapangan terbang jika ada yang pulang dari kampung halaman.
Permohonan Bayaran Lebih Masa

1. Menyemak semua permohonan bayaran lebih masa yang dimohon oleh anggota syarikat.
2. Memastikan permohonan bayaran tersebut adalah selari dengan jadual kehadiran (punctual
card).

Pentadbiran

1. Memantau dan menyemak senarai tempat yang penghantar notis akan pergi untuk
penghantaran surat dan cek.
2. Menyediakan laporan mengenai Jabatan Pentadbiran jika perlu.
3. Menyediakan slide pembentangan bagi Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah.
4. Menyediakan fail Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah.
5. Mengemaskini laman sosial milik syarikat (Facebook).
6. Bertanggungjawab dalam mengendalikan perkara yang berkaitan dengan IT di syarikat.
7. Memastikan dokumen seperti Borang 9, Borang 24, Section 58 yang diberikan oleh
Setiausaha syarikat disahkan dan tepat dengan maklumat terkini.

Pengurusan Kenderaan dan Jentera

1. Memeriksa dan memantau kenderaan dan jentera milik syarikat.


2. Membuat permohonan bagi baik pulih jentera atau kenderaan milik syarikat.
3. Menghantar kenderaan yang ingin dibaiki ke bengkel.
4. Memastikan perkara yang rosak telah dibaik pulih.

Lain-Lain Hal

1. Sentiasa bersedia menjalankan tugas yang diarahkan oleh Pengurus Pentadbiran.


2. Memberikan khidmat sokongan dalam semua aktiviti yang dijalankan oleh Jabatan.