Anda di halaman 1dari 1

Kepentingan/ Kebaikan Amalan Gaya

Hidup Sihat (Bahagian A)


             Amalan gaya hidup sihat ialah aktiviti yang selalu dibuat untuk mengekalkan kesihatan tubuh
badan.  Perdana Menteri Malaysia yang ke-6, Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak pernah berkata
bahawa rakyat Malaysia harus mengamalkan gaya hidup yang sihat untuk memperoleh kebaikan
daripadanya. Sejarah membuktikan masyarakat zaman dahulu hidup dalam tempoh masa yang lebih
lama berbanding masyarakat zaman sekarang kerana mengamalkan gaya hidup yang sihat.
Masyarakat sekarang banyak mengalami masalah kesihatan kerana tidak mengamalkan gaya hidup
yang sihat. Persoalannya, apakah kepentingan amalan gaya hidup sihat?

           Antara kepentingan amalan gaya hidup sthat ialah dapat mengekalkan kesihatan tubuh badan
dan otak. Hal ini amat signifikan kerana hidup yang berkualiti berpunca daripada tubuh badan yang
sihat serta otak yang cerdas. Bersukan dan beriadah dapat menjamin tubuh badan seseorang.
Sebagai contohnya, aktiviti berjoging, bemain badminton dan berbasikal dapat mengekalkan
kekuatan tubuh badan. Kesannya, seseorang itu dapat hidup dengan aman dan harmoni kerana
terhindar daripada pelbagai penyakit yang berkaitan dengan tubuh badan yang tidak dijaga. Hal int
persis peribahasa Melayu, bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian kerana berusaha
untuk mendapatkan tubuh badan yang sempurna melalui amalan gaya hidup sihat. Sudah terang lagi
bersuluh, amalan gaya hidup sihat melalui aktiviti riadah dan sukan dapat mengekalkan kecergasan
tubuh badan dan kecerdasan otak.

            Seterusnya, anggota tubuh dalaman dapat berfungsi dengan baik jika seseorang
mengamalkan gaya hidup sihat. Hal ini demikian kerana, tubuh dalaman tidak dapat dilihat melalui
mata kasar manusia. Pemeriksaan kesihatan secara berkala di hospital atau klinik kesihatan
sekurang-kurangnya enam bulan sekali dapat memastikan tahap kesihatan organ seseorang seperti
fungsi jantung paru-paru dan buah pinggang. Sesungguhnya, mencegah lebih baik daripada merawat
kerana seseorang dapat mengetahui tahap kesihatannya. Apabila organ dalaman dapat berfungsi
dengan lebih baik, kehidupan seseorang akan lebih sihat dan produktif. Tegasnya, membuat
pemeriksaan kesihatan secara berkala dapat memastikan anggota tubuh dalaman berfungsi dengan
baik.

           Di samping itu kepentigan amalan gaya hidup sihat ialah seseorang dapat memastikan tubuh
badan mendapat khasiat dan vitamin yang mencukupi. Hal ini demikian kerana, badan seseorang
memerluan khasiat yang cukup untuk menjalankan kehidupan sehariannya tanpa menghadapi
masalah kesihatan. Misalnya seseorang mengambil makanan seimbang dalam kehidupan seharian
seperti daging, buah buahan dan sayur-sayuran. Natijahnya, badan kita akan sentiasa kekal sihat
seiring dengan kecerdasan minda dalam kehidupan seharian. Sesungguhnya, otak yang cerdas
dapat membantu pekembangan diri dan sosial manusia. Jelaslah bahawa pemakanan yang seimbang
mampu memastikan tubuh badan memperoleh nutrien yang mencukup bagi setiap individu.

         Kesimpulannya, semua pihak harus berganding bahu memainkan peranan untuk mengekalkan
amalan gaya hidup sihat. Masyarakat harus mengamalkan amalan ini dengan hati dan minda yung
terbuka. Hal ini agar rakyat Malaysia dapat mengamalkan amalan gaya hidup sihat dan mengelakkan
masalah yang akan dihadapi jika tidak mengamalkan amalan ini seperti obesiti. Perkara ini bukanlah
sesuatu yang mustahil untuk dicapai kerana peribahasa Melayu ada menyebut, kalau tidak
dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.