Anda di halaman 1dari 4

SENARAI NILAI MURNI

SENARAI NILAI MURNI

NILAI-NILAI MORAL DAN PENERANGANNYA

Bil Nilai Penerangan/Definisi


 
1 Kepercayaan kepada Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam
Tuhan dan mematuhi segala suruhannya berlandaskan
pegangan agama masing-masing selaras dengan prinsip
rukun negara.
 
2 Amanah Sikap bertanggungjawab yang boleh
menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain
 
3 Harga Diri Keupayaan dan keyakinan diri agar
mampu memulia dan menjaga maruah diri dalam
kehidupan
 
4 Bertanggungjawab Kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan
melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna
 
5 Hemah Tinggi Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam
pergaulan seharian
 
6 Toleransi Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal
diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan
perselisihan faham demi kesejahteraan hidup
 
7 Berdikari Kebolehan dan kesanggupan  melakukan sesuatu
tanpa bergantung kepada orang lain.
 
8 Kerajinan Usaha yang berterusan penuh dengan semangat
ketekunan ,kecekalan,kegigihan,dedikasi dan berdaya
maju dalam melakukan sesuatu perkara
 
9 Kasih Sayang Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta
berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas.
 
10 Keadilan Tindakan dan keputusan yang saksama serta tidak
berat sebelah
 
11 Rasional Boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata
dan mengambil tindakan berasaskan pertimbangan
yang wajar.
 
 
 
12 Kesederhanaan Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat
pertimbangan dan tindakan sana ada dalam pemikiran,
pertuturan atau perlakuan tanpa mengabaikan
kepentingan diri dan orang lain.
 
13 Kasih Sayang terhadap Perasaan cinta,kasih dan sayang yang mendalam
keluarga dan berkekalan terhadap keluarga.
 
14 Hormat dan taat kepada Memuliakan setiap anggota keluarga dengan
anggota keluarga berinteraksi dan memberi layanan secara
bersopan untuk mewujudkan keluarga yang bahagia
 
15 Mengekalkan tradisi Menerima,menghormati,mengamalkan adat dan
kekeluargaan kepercayaan yang diwarisi secara turun temurun dalam
keluarga
 
16 Tanggungjawab Kewajipan yang harus dilaksanakan oleh setiap
terhadap keluarga individu terhadap keluarga  untuk melahirkan keluarga
Bahagia, meningkatkan imej dan  menjaga maruah
keluarga
 
17 Menyayangi dan Kesedaran tentang
menghargai Alam perlunya memelihara dan memulihara    alam
Sekitar sekeliling untuk mengekalkan keseimbangan ekosistem.
 
18 Keharmonian antara Keadaan saling memerlukan hubungan yang harmonis
manusia dengan alam antara manusia dengan alam sekeliling supaya kualiti
sekitar kehidupan manusia dan alam sekeliling terpelihara
 
19 Kemapanan Alam Pengekalan keseimbangan alam sekeliling
Sekitar sebagai tanggungjawab bersama untuk kesejahteraan
hidup
 
20 Peka terhadap isu-isu Prihatin terhadap persoalan yang berkaitan dengan
Alam Sekitar alam sekeliling dan  berusaha menyelesaikannya
 
21 Cinta akan Negara Perasaan sayang dan bangga kepada negara
serta meletakkan kepentingan negara melebihi
kepentingan diri
 
22 Taat Setia kepada Raja Kepatuhan dan kesetiaan kepada raja dan Negara
dan Negara
 
23 Sanggup berkorban Kerelaan melakukan atau menyerahkan
untuk Negara sesuatu  sebagai tanda berbakti untuk negara
 
 
24 Melindungi Hak kanak- Membela, memberi naungan dan memelihara hak
kanak kanak-kanak bagi menjamin kehidupan meraka yang
sempurna
 
25 Menghormati Hak Melindungi dan mengiktiraf wanita sebagai individu
Wanita yang boleh memberi sumbangan dalam pembangunan
keluarga,masyarakat dan negara
 
26 Melindungi hak pekerja Menghormati,menghargai dan
mengiktiraf  perkhidmatan jasa dan sumbangan
golongan pekerja dalam pembangunan negara
 
27 Menghormati hak Memberi layanan yang sopan kepada golongan
golongan kurang kurang berupaya supaya tidak berasa tersisih
berupaya dan mengiktiraf mereka sebagai insan ciptaan tuhan
   
28 Melindungi hak Membela dan memelihara hak individu untuk menjadi
pengguna pengguna yang berilmu, mendapat perkhidmatan serta
barangan yang berkualiti dan tidak mudah dieksploitasi.
 
29 Mematuhi peraturan Menerima dan mematuhi peraturan dan undang-
dan undang-undang undang yang telah ditentukan tanpa mengira sesiapa
dan di mana seseorang itu berada.
 
30 Kebebasan bersuara Kebebasan berucap dan mengeluarkan buah fikiran
dengan batasan tertentu bagi menjaga keselamatan
dan ketenteraman
 
31 Kebebasan beragama Kebebasan setiap individu menganuti dan
mengamalkan agamanya seperti yang diperuntukkan
dalam perlembagaan Malaysia
 
32 Penglibatan diri dalam Kebebasan untuk melibatkan diri dalam pelbagai
pembangunan Negara aktiviti pembangunan negara dengan mematuhi
peraturan,undang-undang dan perlembagaan Malaysia.
 
33 Sikap keterbukaan Bersedia memberi dan
menerima pandangan,pembaharuan dan kritikan
selaras dengan kebenaran fakta dan norma masyarakat
Malaysia.
 
34 Hidup bersama secara Hidup berbaik-baik antara satu sama lain
aman dengan mengutamakan kedamaian dan
keharmonian hidup tanpa mengira agama,bangsa dan
budaya.
 
 
35 Saling membantu dan Usaha yang baik dan membina yang dilakukan
bekerjasama bersama pada peringkat individu, komuniti dan Negara
untuk mencapai sesuatu matlamat.
 
36 Saling menghormati Menghargai dan memuliakan hubungan antara
antara negara Negara untuk menjamin kesejahteraan sejagat.