Anda di halaman 1dari 2

PERYATAAN PROFESSIONAL

Sebagai seorang guru pelatih institut pendidikan guru Malaysia, saya telah diwajibkan
untuk menjalani latihan mengajar ataupun praktikum fasa 2 selama 12 minggu. Saya, Kamal
Ameer Izzudin Bin Kamarol Zaman bersama rakan lain telah ditempatkan di Sekolah
Kebangsaan Pendidikan Khas Seremban, Negeri Sembilan. Praktikum kami telah bermula
pada 10 Jun 2019 dan akan taman pada 6 September 2019. Praktikum yang dijalankan ini
akan menilai latihan mengajar bagi kursus major saya, iaitu pendidikan khas masalah
penglihatan dan kursus elektif teras, iaitu Matematik.

Sebelum melapor diri ke sekolah, semua guru pelatih IPG Kampus Ilmu Khas yang
terlibat dengan praktikum telah mengikuti taklimat berkaitan praktikum bersama unit
praktikum di dewan Dato Razali. Unit praktikum juga telah mengumumkan bahawa semua
guru pelatih PISMP ambilan jun 2015 dan PISMP ambilan Jun 2016 perlu menghantar
rancangan pengajaran harian secara atas talian di laman MYPOROMS. Justeru, rancangan
pengajaran harian akan dicetak dan ditampal dalam buku persediaan mengajar. Mengikut
perancangannya, semua guru pelatih yang menjalani praktikum perlu menghadiri tutorial
praktikum dan refleksi praktikum di dewan Dato Razali.

Sebagai seorang bakal guru, azam dan harapan saya melalui latihan praktikum ini
adalah untuk membina jati diri seorang guru. Bagi tujuan itu, saya perlu memperoleh
pendedahan dari pelbagai bidang yang berkaitan dengan perguruan. Seterusnya dalam
praktikum ini juga, saya dapat memahami dan mengenali sedalamnya mengenai budaya
murid dan guru serta suasana berada di sekolah rendah sebagai pendedahan dan
pengalaman awal. Pendedahan ini amat penting kepada bakal guru agar teknik pengajaran
dapat dijalankan dengan betul dan mengikut ketetapan yang telah ditetapkan oleh
kementerian pelajaran Malaysia. Disamping itu, hubungan yang baik dan profesional dengan
pihak sekolah terutamanya guru-guru yang berpraktikum dan pihak sekolah dapat dieratkan
di dalam menjalankan aktiviti yang berkaitan.

Ilmu dan pengalaman sepanjang tujuh semester sebagai guru pelatih akan saya manfaatkan
dan praktikkan bagi membantu murid-murid di sekolah ini agar mereka dapat menjadi insan
yang berguna suatu hari kelak. Dalam pada masa yang sama. Saya berharap untuk
menimba sebanyaknya pengalaman di SKPK Seremban terutama dalam aspek
keprofesionalan saya sebagai seorang guru pada masa hadapan. Besar harapan saya agar
seluruh warga Sk Pendidikan Khas Seremban dapat menerima kehadiran saya dan rakan
lain dengan tangan yang terbuka, saya dan rakan-rakan juga berharap agak kami dapat
menyumbang sesuatu untuk kecemerlangan sekolah ini.
Tandatangan:

Pensyarah pembimbing:

.......................................

Nama :

Tarikh :

Guru pembimbing:

......................................

Nama :

Tarikh :