Anda di halaman 1dari 5

SKRIP PENGERUSI MAJLIS LAWATAN SMK TENGKU IDRIS SHAH 10 NOVEMBER

2017

MASA TENTATIF SKRIP

8.00 pagi Ketibaan para jemputan Mengumumkan ketibaan ________________


_________________________, tetamu-tetamu
kehormat serta para pensyarah masuk ke
persada majlis.

8.30 pagi Nyanyian lagu rasmi Hadirin diminta untuk terus berdiri bagi
menghormati dan menyanyikan lagu-lagu rasmi
iaitu Lagu Negaraku , Lagu Melaka Maju Jaya
dan Lagu IPGM.

Hadirin dipersilakan duduk.

Kata alu-aluan Terik sinaran di tengah gurun,


Hangat memancar tidak terkata;
Tradisi Melayu turun temurun,
Pantun ditutur pembuka bicara.

Yang Dihormati, Encik Ahmed Nasir bin Abdul


Muthalib, Timbalan Ketua Jabatan, Jabatan Hal
Ehwal Pelajar,
Yang Dihormati, ______________________ ,
Ketua Rombongan SMK Tengku Idris Shah,
Yang Dihormati, Puan Salina binti Pit ,
Pensyarah Penasihat Jawatankuasa Perwakilan
Pelajar Sesi 2017/2018
Yang Dihormati, Saudari Tengku Zainab binti
Tengku Mohd Fauzi, Yang di-Pertua
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Sesi
2017/2018, barisan guru SMK Tengku Idris Shah
serta murid-murid yang diraikan sekalian.
Buah berangan di dalam dulang,
Buah rambutan dalam perahu;
Kami ucapkan selamat datang,
Hadirin jemputan para tetamu.

Bacaan doa Hadirin yang budiman,


Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, majlis
dengan segala hormatnya menjemput Ustaz
Ridzuan bin Rasip untuk memimpin bacaan doa.
Dipersilakan.

Majlid mengucapkan terima kasih kepada Ustaz


Ridzuan atas kesudian, memimpin bacaan doa
sebentar tadi.
Ucapan Timbalan KJ
9.45 pagi Besar langit di tepi busut,
Besar tak muat di dalam peti;
Besar hajat kami menjemput,
Besar niat di dalam hati.

Hadirin yang budiman,


Majlis dengan sukacitanya menjemput Encik
Ahmed Nasir bin Abdul Muthalif, Timbalan Ketua
Jabatan, Jabatan Hal Ehwal Pelajar untuk
menyampaikan sepatah dua kata.

Majlis dengan takzimnya mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Encik Ahmed


Nasir atas ucapan sebentar tadi.
Tayangan video Hadirin yang dikasihi sekalian,
Sekarang, marilah kita bersama-sama
mengalihkan pandangan ke layar putih untuk
menonton tayangan video.

Taklimat pendedahn Hadirin sekalian,


kerjaya
Majlis dengan ini diteruskan dengan menjemput
Saudari Tengku Zainab binti Tengku Mohd
Fauzi, Yang di-Pertua Jawatankuasa Perwakilan
Pelajar untuk memberi taklimat “Pendedahan
Kerjaya Perguruan”.

Majlis dengan sukacitanya mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Saudari Tengku


Zainab atas penyampaian yang cukup informatif
tadi.

Penyerahan sijil dan Menjadi resam gadis serikandi,


cenderamata Berani berjuang, pertahan diri,
Menyerah kalah pantang sekali,
Bukan setakat kata dan puji,
Jasa dan budi kekal abadi,
Menjadi kenangan tersisip di hati.

Warga dewan sekalian,,


Majlis dengan segala hormatnya menjemput
Puan Salinah binti Pit bagi mengiringi Encik
Ahmed Nasir untuk menyampaikan sijil dan
cenderamata.

Dipersilakan _____________wakil daripada


SMK Tengku Idris Shah untuk menerima
cenderamata daripada pihak kami.

Semua tetamu dan hadirin diminta untuk


mengambil tempat di hadapan dewan bagi sesi
fotografi.

10.15 Majlis bersurai Akhir kata


pagi Terima kasih sekalung budi,
Daripada kami seikhlas hati.

Dengan ini, majlis memohon kemaafan, atas


segala keterlanjuran, kepincangan dan
kekhilafan sepanjang majlis ini berlangsung.

Sekian, wabilahi taufik walhidayah


assalamualaikum ....
Jamuan VIP Hadirin yang dihormati,
Kini dijemput, tetamu-tetamu kehormat ke Kafe
IPGKPM untuk menikmati jamuan yang telah
disediakan.

Anda mungkin juga menyukai