Anda di halaman 1dari 8

PENGAJIAN LUAR KAMPUS

PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE)

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

SEMESTER JANUARI SESI 2020/2021

SCCG3123
KOMUNIKASI PERUNDINGAN

NAMA AHLI KUMPULAN NO MATRIK

MUHAMMAD NURDIN BIN MD. YUSOF 250158


MOHD FAISAL BIN MOHD SAYED 250089
B. VIMALAN A/L BALAKRISHNAN 230429

Tajuk Tugasan Kumpulan:

ISU TUNTUTAN TERHADAP PULAU BATU PUTEH

Nama Pensyarah:

PUAN NOR ANISA NOR HANG TUAH


ISI KANDUNGAN

BIL TAJUK M/ SURAT

1.0 PENGENALAN 1-2

2.0 LATAR BELAKANG KES 2-4

3.0 ANALISIS KES 4-6

3.1 KEPUTUSAN DAN PEMILIKAN PULAU BATU PUTEH 6-8

4.0 PERBINCANGAN DAN CADANGAN 9 - 10

4.1 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI RUNDINGAN PULAU 10 - 11


BATU PUTEH – KONTEKS SEMASA

4.2 MEMPELBAGAIKAN ALTERNATIF PENYELESAIAN – 11


RUNDINGAN INTEGRATIF

4.3 KESAN TERHADAP ISU TUNTUTAN 11 - 13

5.0 KESIMPULAN 13 - 14

6.0 RUJUKAN 15 - 16

7.0 LAMPIRAN 17 - 18
SCCG 3123 KOMUNIKASI PERUNDINGAN

1.0 PENGENALAN

Kesinambungan pentadbiran negara memerlukan modal insan yang mempunyai ciri-ciri

seperti berdisiplin, bertanggungjawab, berpengetahuan, berkemahiran, rajin dan tekun, pantas

bertindak, berorientasi pencapaian, jujur dan amanah, ikhlas dan sebagainya. Seterusnya bagi

memastikan perkhidmatan awam sentiasa relevan dan diyakini oleh pihak pelanggan dan orang

awam, imej dan reputasi perkhidmatan awam mestilah sentiasa diperbaiki dan ditingkatkan agar

institusi perkhidmatan awam sentiasa teguh, utuh dan tidak diganggu dan tidak digugat dengan

gangguan sama ada secara dalaman mahupun secara luaran. Namun demikian,

memandangkan bilangan anggota sektor awam adalah terlalu ramai maka ada segelintir

daripada anggota sektor awam yang boleh diklasifikasikan sebagai lembab, birokratik, tidak

komited, tidak kompeten, tidak bertanggungjawab, tidak berdisiplin dan tidak amanah. Salah

satu pendekatan yang boleh digunakan bagi menyelenggara sumber manusia atau modal insan

adalah menggunakan pendekatan pengurusan pendidikan etika, moral dan integriti.

Tujuan utama pendidikan etika, moral dan integriti adalah untuk mengurangkan tingkah

laku yang tidak beretika atau kelakuan yang menyimpang yang wujud dalam sesebuah

organisasi sama ada dalam organisasi sektor awam mahu pun organisasi sektor swasta

(McNair dan Milam 1993; Bampton dan Maclagan 2005). Di samping itu, pendidikan etika,

moral dan integriti adalah untuk membantu anggota organisasi memahami nilai-nilai teras yang

digalakkan bagi memandu pemikiran anggota organisasi ke arah kematangan moral dan

supaya pembangunan kognitif moral anggota organisasi terarah kepada "apa yang betul" (Oddo

1997; Weber 2007).

Kebelakangan ini, seluruh dunia digemparkan dengan tersebarnya virus baru iaitu

pandemik Coronavirus disease (COVID-19). Mula tersebar luas ke seluruh dunia secara aktif

pada penghujung tahun 2019 dan sehingga kini, 152 buah negara telah terjejas akibat jangkitan

virus ini. Di Malaysia setakat ini, 6,742 jumlah kes dicatatkan dengan jumlah kematian

1|Page
SCCG 3123 KOMUNIKASI PERUNDINGAN

sebanyak 109 orang dan kes yang masih aktif pula adalah sebanyak 1,410 (data sehingga 12

Mei 2020).

2|Page
SCCG 3123 KOMUNIKASI PERUNDINGAN

Coronavirus (CoV) adalah sejenis virus yang boleh menyebabkan jangkitan saluran

pernafasan manusia. Terdapat beberapa jenis coronavirus seperti severe acute respiratory

syndrome coronavirus (SARS) dan Middle East Respiratory syndrome-related coronavirus

(MER-CoV). Coronavirus terbaru yang ditemui di China adalah Coronavirus 2019 (COVID-19).

Jangkitan Coronavirus boleh menyebabkan spektrum gejala daripada selesema biasa kepada

radang paru-paru (pneumonia) yang teruk. Sehingga kini, tiada rawatan khusus atau ubat

antivirus untuk jangkitan COVID-19. Rawatan diberikan hanya untuk mengurangkan gejala yang

dialami pesakit. COVID-19 ini juga berpotensi menyebabkan penyakit yang teruk dan kematian,

terutamanya dalam kalangan orang tua dan orang yang mempunyai masalah kesihatan atau

sistem imun yang rendah.

Penjawat awam dari perkhidmatan penting (essential service) merupakan tunggak

utama yang sedang bertungkus – lumus menjadi benteng hadapan (frontlines) ketika Malaysia

juga di landa pandemik ini. Perkhidmatan penting (essential service) ini juga merangkumi 23

jenis perkhidmatan yang melibatkan perkhidmatan air, elektrik, tenaga, telekomunikasi, pos,

pengangkutan, pengairan, minyak, gas, bahan api, pelincir, penyiaran, kewangan, perbankan,

kesihatan, farmasi, bomba, penjara, pelabuhan, lapangan terbang, keselamatan, pertahanan,

pembersihan, peruncitan dan juga bekalan makanan. Penjawat awam seperti anggota polis,

doktor, jururawat, tentera, perdana menteri, bomba adalah antara yang terpenting semasa

tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Tujuan PKP dibuat adalah untuk mengekang

penularan wabak COVID-19 tersebut secara lebih meluas di Malaysia. PKP ini juga

menekankan pentingnya untuk duduk di rumah bagi memutuskan rantaian COVID-19 tersebut.

Bagi memastikan ianya berjalan dengan lancar, perkhidmatan penting (essential service)

melakukan tugas dengan cemerlang dan tahap etika yang baik semasa tempoh perintah

berkenaan dengan penurunan kadar bilangan kes serta kes sembuh di Malaysia.

3|Page
SCCG 3123 KOMUNIKASI PERUNDINGAN

2.0 KEPENTINGAN DISIPLIN DAN ETIKA

Dalam konteks pentadbiran awam, etika memainkan peranan yang amat penting dalam

setiap tindakan atau perlakuan anggota perkhidmatan awam kerana perkhidmatan awam ialah

institusi yang bertanggungjawab dalam pembangunan masyarakat dan negara. Selain itu,

perkhidmatan awam juga berperanan dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada

rakyat dengan penuh kualiti dan tanggungjawab. Oleh itu, etika memainkan peranan yang besar

dalam memastikan perkhidmatan awam mencapai objektifnya. Menurut (INTAN 1991), etika

dalam perkhidmatan awam bermaksud tanggugjawab dan tingkah laku seseorang atau

profesion terhadap masyarakat. Disamping itu, setiap anggota perkhidmatan awam mempunyai

kewajipan untuk memahami tanggungjawabnya terhadap peranan dan pekerjaannya dalam

kerajaan. Etika dalam pentadbiran awam mampu memberi dan menyalurkan perkhidmatan

yang sistematik, cekap dan berkesan serta dapat mengelakkan berlakunya tuduhan

penyelewengan dalam perlaksaan dasar-dasar kerajaan. Pada masa yang sama, peranan etika

dalam perkhidmatan awam ialah untuk menimbulkan dan menyemaikan kesedaran dalam

kalangan kakitangan kerajaan mengenai tanggungjawab mereka terhadap rakyat dan negara

(Hajimin Haji Maslin 2009). Selain itu, etika juga mampu melahirkan penjawat awam yang

cemerlang dan progresif yang akan menyumbang khidmat kepada negara dalam mencapai

status negara maju.

Dengan adanya etika dalam setiap anggota perkhidmatan awam, teras perkhidmatan

awam yang berfungsi sebagai panduan dalam perkhidmatan yang cemerlang dapat

dilaksanakan dengan jayanya. Antara teras perkhidmatan awam yang menjadi garis panduan

dalam sistem pentadbiran awam kerajaan Malaysia ialah berazam meningkatkan mutu

perkhidmatan, bekerja dengan penuh tanggungjawab, mengikis sikap pentingkan diri, memberi

perkhidmatan penuh mesra, memajukan pemikiran rakyat, membanteras musuh dan

kelemahan negara dan berpegang teguh kepada ajaran agama (Jabatan Perkhidmatan Awam

4|Page
SCCG 3123 KOMUNIKASI PERUNDINGAN

2016). Kesemua teras perkhidmatan awam ini diperkenalkan untuk menanamkan etika dan nilai

moral dalam diri setiap anggota kerajaan. Hal ini selaras dengan misi kerajaan untuk

melahirkan penjawat awam yang cemerlang dalam perkhidmatan awam. Penerapan nilai-nilai

moral dan peningkatan etika dalam perkhidmatan awam semakin giat dilakukan seperti Dasar

Pandang ke Timur yang bermaksud pihak kerajaan Malaysia dan sektor swasta menjadikan

negara Jepun dan Korea Selatan sebagai contoh etika bekerja kerana kedua-dua negara

tersebut terkenal dengan etika yang tinggi dalam bekerja, pengurusan kualiti yang cekap dan

telah membangun dengan pesat. Dasar ini menekankan tentang kepentingan unsur-unsur

ketekunan dan disiplin dalam kerja, perasaan taat setia pada negara, semangat kumpulan,

keinginan menambah daya pengeluaran negara, meningkatkan kecekapan, mengurangkan

pembaziran dan merapatkan hubungan di antara golongan majikan dan pekerja. Strategi dasar

ini adalah ditujukan kepada pembentukan sumber tenaga manusia menerusi penerapan nilai-

nilai dan etika kerja yang terdapat di Jepun dan Korea Selatan dengan cara-cara bagaimana

untuk meninggikan daya pengeluaran dan mutu kerja, mempertingkatkan pengetahuan dan

kemahiran teknologi, membangunkan masyarakat Malaysia yang tekun, rajin, berdisiplin dan

bekerja mengikut nilai-nilai dan etika kerja yang baik. Kemajuan sesebuah negara itu

bergantung kepada mutu sumber manusia dan budaya kerjanya yang berteraskan ciri-ciri

keagamaan serta nilai masyarakat Asia yang murni dan membina (Ruhanie Haji Ahmad 2005)

Selain itu, menurut (Mackinnon 2014), etika atau falsafah moral yang mempersoalkan

tentang kehidupan yang baik dan sejahtera, tentang apa yang lebih baik dan tentang apa yang

lebih buruk, tentang sama ada terdapat sebarang perkara yang betul atau salah dan bagaimana

untuk kita mengetahuinya. Selain itu, etika merupakan prinsip moral atau nilai akhlak atau

tingkah laku yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan. Prinsip moral

dan kesedaran akhlak ini tidak boleh dicapai oleh seseorang tanpa menjalin perhubungan sosial

dengan orang lain (Shukri Ahmad 2001). Melalui beberapa definisi ini, objektif utama etika ialah

5|Page
SCCG 3123 KOMUNIKASI PERUNDINGAN

untuk membantu manusia menentukan apa perkara yang baik atau buruk dalam kehidupan

seharian. Dalam konteks kehidupan sosial pula, etika ialah prinsip moral atau nilai-nilai murni

yang menjadi pegangan individu atau kelompok manusia. Etika bertanggungjawab dalam

menentukan tindakan baik atau buruk seseorang individu atau organisasi khususnya bagi

golongan penjawat awam berdasarkan pegangan prinsip nilai moralnya. Dengan wujudnya etika

dalam kehidupan seharian, keamanan,keadilan dan kesejahteraan dapat dikekalkanPenjawat

awam yang beretika juga dapat membentuk persekitaran yang sihat dan menghindari masalah-

masalah sosial seperti pecah amanah, rasuah, peyalahgunaan kuasa dan lain-lain. (Ahmad

Atory Hussain 2001), menjelaskan pentadbiran atau pengurusan awam telah dikenali oleh

umum sama ada dalam kalangan ahli akademik mahu pun orang biasa. Ada yang menganggap

pentadbiran yang menjalankan dasar awam sebagai satu organisasi kerajaan ataupun birokrasi

awam. Ada yang mentafsirkan pentadbiran awam sebagai satu aspek kerjasama manusia atau

proses keseluruhan konsep kerjasama manusia.

3.0 ANALISIS TAHAP KEPATUHAN PEKERJA

6|Page