Anda di halaman 1dari 53

Definisi : bidalan, pepatah, ayat atau kelompok kata yg tetap susunannya dan mempunyai

maksud tertentu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Peribahasa adalah suatu susunan kata dalam bentuk kiasan dan berlapik yang mempunyai
pengertian tersirat.[1] Susunan kata-kata kiasan ini tercipta berdasarkan pengalaman
kehidupan seharian oleh masyarakat. Peribahasa menjadi suatu bentuk luahan sindiran dan
pengajaran yang digunakan oleh nenek moyang secara kiasan yang diwarisi generasi demi
generasi sejak berzaman.

Peribahasa adalah satu susunan kata atau ayat yang mempunyai maksud tertentu yang
merujuk kepada maksud berkias, berlapik dan tersirat. Ianya tercipta daripada pengalaman
sesuatu masyarakat dan merupakan satu sindiran dan pengajaran orang terdahulu yang
diturunkan sejak berzaman.
Masyarakat melayu pada zaman dahulu telah menggunakan peribahasa dalam kehidupan
harian mereka. Daripada peribahasa ini terdapat banyak pengajaran yang dapat dicungkil di
mana penyampaian maksud peribahasa ini dapat difahami secara fizikal dan tersirat.
Pengaruh budaya dan alam banyak mempengaruhi dalam penciptaan peribahasa di mana
masyarakat Melayu banyak berinteraksi dengan alam dan menggunakan kiasan dalam
kehidupan harian mereka pada zaman dahulu.

Ada hati  Ada keinginan

Ada jalan  Ada cara, ikhtiar, usaha

Ada udang di sebalik batu  Ada maksud yang tersembunyi di sebalik sesuatu
perbuatan

Air muka  Permukaan air


 Rupa muka (yang membayangkan sesuatu
perasaan)
 Maruah, harga diri

Air seni  Air kencing, air kecil

Akal yang sihat itu ada pada  Orang yang sihat tubuh badan memiliki fikiran
badan yang cergas yang baik atau idea yang bernas

Akar umbi  Akar tunjang


 Keseluruhan asas (sesuatu) yang kukuh
 Peringkat bawahan atau asas dalam sesuatu
komuniti

Alah bias tegal biasa  Segala kesusahan tidak akan terasa lagi sesudah
biasa mengalaminya
Alah membeli menang  Tidak apalah mahal sedikit harganya asal barang itu
memakai kuat (tahan dan sebagainya)

Alang-alang menyeluk  Kalau sudah terlanjur jahat biarlah sampai beroleh


pekasam, biar sampai ke hasilnya
pangkal lengan  Kalau sudah melakukan sesuatu, biarlah pekerjaan
itu diselesaikan

Ambil langkah  Mulai hendak berjalan


 Mulai bertindak

Ambil berat  Memberikan perhatian (minat, layanan) yang


istimewa

Anak emas  Orang yang dikasihi oleh seseorang yang lebih


berkuasa

Asam garam  Berbagai-bagai pengalaman hidup (pahit manis,


suka duka)

Ayam tambatan  Orang harapan

Bagaimana acuan begitulah  Anak itu mengikut sikap dan rupa ibu bapanya
kuihnya kerana faktor baka

Bagai aur dengan tebing  Dikatakan mengenai orang yang suka bertolong-
tolongan

Bagai ayam disambat helang  Untung yang malang (seperti isteri atau tunangan
dirampas orang berkuasa

Bagai bulan dipagar bintang  Wajah perempuan yang cantik

Bagai kaca terhempas ke  Sangat sedih


batu

Bagai kacang lupakan kulit  Orang yang lupa akan asalnya (orang yang telah
menolongnya) setelah menikmati kesenangan

Bagai minyak dengan air  Orang yang bermusuhan atau yang tidak sehaluan
mustahil dapat dicampurkan jadi satu

Bagai murai dicabut ekor  Orang yang suka bercakap banyak

Bagai cincin dengan permata  Sama padan, cocok benar

Bagai menatang minyak yang  Sangat dikasihi dan dipelihara dengan sempurna
penuh
Baik sangka  Rasa muhibah
 Tidak menaruh sangkaan buruk kepada seseorang

Banyak makan garam  Mempunyai banyak pengalaman hidup

Batu loncatan  Orang atau tempat yang dipergunakan untuk


mencapai sesuatu

Belut kena ranjau  Orang yang cerdik kena tipu

Beradu nasib  Mencuba membuat atau mendapatkan sesuatu


dengan harapan akan beroleh kejayaan

Beradu tenaga  Bertanding untuk menentukan siapa kuat

Berakit-rakit ke hulu,  Bersusah payah dahulu baru bersenang-senang


berenang-renang ke tepian,
bersakit-sakit dahulu,
bersenang-senang kemudian

Berat mulut  Tidak suka berkata-kata, pendiam

Berat sama dipikul, ringan  Baik buruk sama-sama dipikul


sama dijinjing
Berat tulang  Malas

Berbalik hati  Berubah hati

Berdiri sama tegak, duduk  Sama taraf atau sejajar antara dua pihak
sama rendah

Beri jalan  Memberikan idea


 Memberikan peluang kepada orang lain untuk
mendapat keuntungan

Berkatalah benar walaupun  Berterus-terang demi kebenaran walaupun mungkin


pahit menyakitkan hati seseorang

Berkayuh sambil bertimba  Melakukan dua pekerjaan sekaligus

Bermurah hati  Suka memberi, tidak kedekut


 Pengasih dan penyayang

Berpeluk tubuh  Malas berusaha

Berputih mata  Kalah dalam sesuatu persaingan

Bersatu teguh, bercerai roboh  Kalau kita bersatu padu, kita akan menjadi kuat
tetapi kalau kita bercerai-berai, kita akan menjadi lemah
Bersekutu bertambah mutu  Bekerjasama antara satu sama lain akan
menghasilkan kecemerlangan

Bertepuk sebelah tangan  Tidak mungkin perselisihan atau percintaan terjadi


tidak akan berbunyi daripada satu pihak sahaja

Bertikam lidah  Bertengkar


Besar hati  Bangga, gembira

Besar pasak daripada tiang  Besar belanja daripada pendapatan

Biar mati anak, jangan mati  Tidak mengapa jika mengorbankan anak, asalkan
adat adapt yang dipegang terpelihara

Bidan terjun  Orang yang diminta melakukan sesuatu perkara


secara tiba-tiba

Buah fikiran  Pendapat

Cahaya mata  Anak


 Kekasih, buah hati

Cakap besar  Cakap yang membesar-besarkan diri sendiri

Campur tangan  Mengambil bahagian dalam atau mencampuri hal


orang lain
 Terkait atau terlibat dalam hal orang dan lain-lain

Carik-carik bulu ayam, lama-  Orang yang bersaudara itu tidak akan bercerai
lama bercantum juga kerana perselisihan

Celik computer  Arif atau tahu tentang computer

Dalam tangan  Dalam kekuasaan seseorang, sudah tentu dapat atau


akan diperolehi

Dapat sama laba, cicir sama  Jika sesuatu pekerjaan itu mendapat keuntungan,
rugi maka keuntungan itu diberikan sama rata dan jika
sebaliknya, kerugian akan ditanggung bersama-sama

Darah daging  Anak atau orang yang mempunyai pertalian darah

Darah panas  Pemarah, lekas marah

Darah seni  Bakat semula jadi dalam bidang seni

Diam-diam ubi berisi, diam-  Diam orang yang berilmu itu berfikir, sementara
diam besi berkarat diam orang yang bodoh itu sia-sia sahaja
Di mana ada kemahuan, di  Jika kita berhasrat kepada sesuatu, kita pasti akan
situ ada jalan beroleh cara untuk mendapatkannya
Di mana bumi dipijak, di situ  Mematuhi peraturan di tempat yang didiami
langit di junjung

Di sangka panas sampai ke  Di sangka baik selama-lamanya, tiba-tiba ditimpa


petang, rupanya hujan di kesusahan
tengah hari

Durian rintuh  Mendapat keuntungan dengan tidak disangka-


sangka

Enggang lalu ranting patah  Orang jahat akan selalu dituduh apabila berlaku
sesuatu musibah

Genggam bara biar sampai  Jika melakukan pekerjaan yang susah haruslah
jadi arang dengan sabar sehingga mendapat nikmatnya nanti

Goyang kaki  Bersenang-senang

Gunting makan di hujung  Mencapai sesuatu dengan diam-diam

Habis madu sepah dibuang  Digunakan sesuatu sewaktu ada perlunya sahaja,
setelah itu ditinggalkan

Hancur hati  Sedih, putus asa

Harimau mati meninggalkan  Orang yang berjasa itu akan selalu disebut-sebut
belang, manusia mati orang walau berapa lama pun ia telah mati
meninggalkan nama

Hati gajah sama di lapah, hati  Beruntung banyak sama-sama mendapat banyak,
kuman sama dicecah beruntung sdikit sama-sama mendapat sedikit

Hati kecil  Perasaan dalam batin (maksud yang sebenarnya)

Hendak seribu daya, tak  Jika dikehendaki bermacam-macam ikhtiar boleh


hendak seribu dalih dijalankan dan demikian sebaliknya

Hidup segan mati tak mahu  Orang yang hidup melarat

Hujan emas di negeri orang,  Sebaik-baik negeri orang, tidak sebaik negeri
hujan batu di negeri sendiri sendiri

Ibarat burung, mata terlepas  Walaupun terpelihara baik tetapi tidak mempunyai
badan terkurung kebebasan

Ibarat melukut di tepi  Tidak menolong kerana dirinya sendiri susah


gantang  Seseorang yang dipandang tidak berguna oleh orang
lain

Ilmu itu pelita hati  Ilmu pengetahuan menjadi panduan untuk membuat
keputusan yang bijak

Jantung hati  Orang yang dikasihi

Jauhari juga mengenal  Hanya orang yang bijak sahaja yang dapat menilai
manikam sesuatu benda atau perkara

Jauh berjalan luas pandangan  Orang yang banyak mengembara dan lama hidup
itu tentu sekali banyak pengalamannya dan luas
pandangannya

Jinak-jinak merpati  Perempuan yang kelihatan senang diperdaya tetapi


sebenarnya tidak

Kacang hantu  Orang jahat

Kais pagi makan pagi, kais  Pendapatan yang hanya cukup untuk hidup sahaja
petang makan petang (kalau tidak bekerja tidak makan)

Kaki joli  Orang yang suka berfoya-foya

Kalau hendak melentur  Mengajar seseorang itu hendaklah ketika ia masih


buluh, biarlah dari rebungnya muda, kalau sudah besar, tidak akan berhasil lagi

Kalau kail panjang sejengkal,  Kalau pengetahuan itu sedikit, jangan hendak
jangan lautan hendak diduga berbuat sesuatu yang besar

Kalau tidak dipecahkan  Tidak akan tercapai cita-cita tanpa berusaha


ruyung manakan dapat
sagunya

Kalau takut dilambung  Jika takut akan susah, jangan dibuat sesuatu
ombak, jangan berumah di pekerjaan
tepi pantai

Kata-kata lebih tajam  Perkataan yang dituturkan lebih menyakitkan


daripada mata pedang

Ke bukit sama didaki, ke  Bekerjasama melakukan sesuatu


lurah sama dituruni

Kecil hati  Berasa tersinggung

Kecil jangan disangka anak,  Pengetahuan dan kelebihan itu tidak khusus pada
besar jangan disangka bapa orang-orang tua sahaja
Kecil tapak tangan nyiru saya  Menyatakan kasih atas nasihat atau pertolongan
tadahkan

Keras lidah  Tidak dapat menyebut sesuatu perkataan dengan


betul

Lain lubuk lain ikannya  Lain negeri lain orangnya

Lemak manis jangan terus  Yang nampak baik itu jangan terus diterima, dan
ditelan, pahit jangan terus yang nampak buruk itu jangan lekas ditolak
dimuntahkan

Lidah tidak bertulang  Mudah berjanji dan mudah pula mengubah janjinya

Lupa daratan  Tidak menginsafi asal mula diri setelah mendapat


kesenangan

Lintah darat  Orang kaya yang menindas orang miskin dengan


meminta bayaran tinggi daripada yang dihutangi

Makan angin  Bersiar-siar untuk mendapat angin bersih

Malu bertanya sesat jalan,  Kalau tidak mahu berusaha tentulah tidak akan
malu berdayung perahu mencapai kejayaan
hanyut

Masuk ke kandang kambing  Menyesuaikan diri dengan masyarakat di sekeliling


mengembek, masuk
kekandang kerbau menguak

Mata hati  Perasaan hati

Mati kutu  Tidak berdaya berbuat apa-apa kerana ketiadaan


idea

Membaca jambatan ilmu  Ilmu pengetahuan dapat ditingkatkan melalui


pembacaan

Membanting tulang  Bekerja keras


Membuka pekung di dada  Mendedahkan keburukan diri sendiri

Menapak baru setapak,  Baru hendak belajar sesuatu


mendaki baru sekaki

Menangguk di air keruh  Mencari keuntungan sementara ada kekacauan

Mencolok mata  Menyakitkan pandangan


Mencari jalan  Mencari ikhtiar, usaha dan idea

Mengangkat bendera putih  Menyerah kalah

Menunggu buah yang tak  Mengharapkan sesuatu yang tak jelas


gugur

Nafas baru  Semangat baru atau sumber baru kekuatan yang


memulihkan sesuatu kegagalan atau memberikan
keupayaan baru

Naik darah  Menjadi marah

Nasi sudah menjadi bubur  Perbuatan yang sudah terlanjur (tidak dapat diubah
lagi)

Orang mengantuk  Mendapat sesuatu yang sangat-sangat dikehendaki


disorongkan bantal

Otak batu  Bodoh

Otak cair  Pandai

Padang jarak padang tekukur  Padang atau tanah luas yang kosong

Panas baran  Cepat marah, sangat pemarah

Pandai makan pandailah  Pandai berbuat jahat, harus pandai menyimpan


simpan rahsia

Pemuda harapan bangsa,  Anak muda menjadi orang yang diharapkan untuk
pemudi tiang negara membangunkan negara pada masa hadapan

Perang dingin  Bergaduh dengan tidak bercakap

Pijak semut tak mati  Perihal seorang perempuan yang baik lagi teratur
Pilih kasih  Mengasihi sesuatu pihak, berat sebelah dalam
membuat keputusan dan lain-lain

Pucuk dicita ulam mendatang  Beroleh sesuatu lebih daripada apa yang diharapkan

Rezeki kalau secupak tidak  Sesuatu sudah ditentukan, tidak boleh diubah lagi
akan jadi segantang

Ringan mulut  Peramah, lancar dan fasih tutur katanya, suka


bercakap

Ringan tulang  Rajin bekerja, tangkas


Ringan tulang berat perut  Sesiapa yang rajin, dia akan beroleh rezeki

Rupa tidak dapat diubah,  Perangai seseorang dapat diubah sedangkan


perangai dapat diubah penampilannya dari segi fizikal tetap sama

Sambil menyelam minum air  Sambil melakukan sesuatu perkara, ada perkara lain
yang turut dilakukan

Sayangkan anak tangan-  Anak yang dimanjakan dan isteri yang diuliti selalu
tangankan, sayangkan isteri itu akan menjadi sombong
tinggal-tinggalkan

Sediakan payung sebelum  Hendaklah bersiap sedia sebelum terjadi sesuatu


hujan yang kurang baik

Seperti api dalam sekam  Sesuatu yang berlaku diam-diam

Seperti aur dengan tebing  Dikatakan mengenai orang yang suka bertolong-
tolongan

Seperti enau dalam belukar  Tiada muafakat dalam sesuatu perbincangan, hanya
melepaskan pucuk masing- berpegang pada pendapat masing-masing sahaja
masing
Seperti kera sumbang  Orang yang takut mencampuri orang ramai

Tajam akal  Mudah menangkap sesuatu, pintar, cerdik

Sudah terhantuk baru  Sudah terkena baru beringat; orang yang lambat
terngadah menyedari kesilapan

Tidak lapuk dek hujan, tak  Kekal dan tidak berubah-ubah walaupun zaman
lekang dek panas berubah

Tangan kosong  Tidak membawa apa-apa

Tangan yang menghayun  Walaupun bersifat lemah lembut dan keibuan,


buaian mampu menggoncang wanita mampu menyumbangkan tenaga dan idea untuk
dunia membangunkan negara

Tangkai jering  Kedekut

Terdengar guruh di langit, air  Kerana mengharapkan sesuatu yang belum pasti,
di tempayan dicurahkan barang yang tersedia dilepaskan

Tulang belakang  Orang atau tenaga yang menjadi sumber kekuatan

Ukur baju dibadan sendiri  Tiap-tiap pekerjaan itu hendaklah dipilih sesuai
dengan kebolehan kita
Umpama biawak bercabang  Tidak tetap perkataan, tidak boleh dipercayai
lidah perkataannya

Umpama lebah membuang  Orang yang meninggalkan sikap suka mengata dan
sengat mengeji orang

Yang bulat datang bergolek,  Rezeki perlu diusahakan dan tidak datang dengan
yang pipih tidak datang sendirinya
melayang

Yang dikejar tak dapat, yang  Benda yang dicari itu tidak diperoleh, barang yang
dikendong keciciran ada pula hilang atau habis

Simpulan bahasa
Simpulan Bahasa bermula dari huruf 'A'
1. Abang Angkat
Maksud: Lelaki yang telah di akui sebagai abang, tetapi tidak mempunyai pertalian darah
dengan orang yang mengakuinya.
Contoh Ayat: Hamidah mempunyai seorang abang angkat bernama Hamzah.

2. Abang Ipar
Maksud: Suami kepada kakak sendiri; abang kepada isteri atau suami.
Contoh Ayat: Hafiz ialah abang ipar Umar.

3. Abang Kandung
Maksud: Abang yang seibu sebapa.
Contoh Ayat: Liza tinggal bersama abang kandungnya setelah kedua-dua ibu bapa mereka
meninggal dunia.

4. Abu Angin
Maksud: Telah musnah sama sekali.
ContohAyat: Kota yang melambangkan ketamadunan bangsa itu telah menjadi abu angin
kerana diserang oleh tentera Tatar.
5. Abu Jahal
Maksud: Orang yang jahat dan tidak suka akan kebaikan.
Contoh Ayat: Abu Jahal kampung ini telah diberkas polis awal pagi tadi kerana disyaki
terlibat dalam beberapa kes rompakan.

6. Abu Lahab
Maksud: Orang yang jahat dan tidak suka akan kebaikan.

7. Abu Nawas
Maksud: Orang yang suka berhelah.
Contoh Ayat: Kami memanggilnya Abu Nawas kerana dia pandai berhelah apabila ditanya
tentang sesuatu.

8. Ada Akal
Maksud: Cara menyelesaikan sesuatu masalah.
Contoh Ayat: Syeila ada akal untuk menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapi oleh
ayahnya.

9. Ada Angin
Maksud: Orang yang berperangai luar biasa pada masa tertentu.
Contoh Ayat: Alin ada angin, ada kalanya dia peramah dan ada kalanya pula dia marah-
marah.

10. Ada Bakat


Maksud: Berkebolehan dalam sesuatu lapangan seperti melukis, mengarang dan sebagainya.
Contoh Ayat: Izzah ada bakat menjadi penulis novel.

11. Ada Can


Maksud: Ada peluang.
Contoh Ayat: Nampaknya ada can kita jadi orang kaya kalau perniagaan kita ini berjaya, kata
Amin kepada Umair.

12. Ada Gaya


Maksud: Ada ciri-ciri yang memperlihatkan kebolehannya.
Contoh Ayat: Osman ada gaya menjadi pelakon filem kerana dia tinggi dan tampan.

13. Ada Hati


Maksud: Keinginan.
Contoh Ayat: Walaupun berpendapatan kecil Jaya ada hati hendak membuka perniagaannya
sendiri suatu hari nanti.

14. Ada Jalan


Maksud: Ada cara untuk menyelesaikan sesuatu perkara.
Contoh Ayat: Hamdan ada jalan untuk membiayai perbelanjaan anaknya di institusi
pengajian tinggi iaitu dengan membuat pinjaman di bank.

15. Ada-Ada
Maksud: Ada sesuatu.
Contoh Ayat: Ada-ada sahaja yang diceritakan oleh Abu sekembalinya dia dari bandar.
16. Adat Balai
Maksud: Adat dalam istana raja.
Contoh Ayat: Semasa di dalam istana kamu hendaklah menjaga adat balai.

17. Adik Angkat


Maksud: Seseorang yang telah diakui sebagai adik sendiri tetapi tidak mempunyai pertalian
darah.
Contoh Ayat: Jamilah adik angkat saya, ibunya menyerahkan dia kepada keluarga kami untuk
dipelihara.

18. Adik Ipar


Maksud: Adik kepada isteri atau suami.
Contoh Ayat: Adik ipar saya seorang doktor.

19. Adik Kandung


Maksud: Adik daripada ibu bapa yang sama; seibu sebapa.
Contoh Ayat: Sulaiman sedang mencari adik kandungnya, Hasnah yang telah terpisah sejak
sepuluh tahun lalu.

20. Adu Buku = Beradu Buku


Maksud: Bertinju.
Contoh Ayat: Samad beradu buku dengan Wahid.

21. Adu Domba = Mengadu Domba


Maksud: Melaga-lagakan seseorang atau kumpulan dengan seseorang atau kumpulan yang
lain. Contoh Ayat: Pendatang baru di kampung itu suka mengadu domba pemuda di kampung
ini dengan pemuda dari kampung seberang.

22. Adu Kening = Beradu Kening


Maksud: Berhadap-hadapan muka.
Contoh Ayat: Walaupun kami duduk beradu kening di majlis itu tetapi kami tidak dapat
berbual-bual.

23. Adu Lengan = Beradu Lengan


Maksud: Beradu kekuatan.
Contoh Ayat: Wira dan Jaka beradu lengan di hadapan gadis itu.

24. Adu Nasib = Mengadu Nasib


Maksud: Mencari rezeki.
Contoh Ayat: Kamal datang dari seberang dan cuba mengadu nasib di negara ini kerana di
sini banyak peluang pekerjaan.

25. Adu Untung


Maksud: Mencari rezeki.

26. Air Mandi


Maksud: Sudah menjadi kebiasaan.
Contoh Ayat: Bekerja mengangkat bata di bawah panas matahari sudah menjadi air mandi
kepada Jeha kerana itulah tugas yang perlu dilakukannya setiap hari.
27. Air Muka
Maksud: a) Wajah b) Maruah
Contoh Ayat:
a) Air muka Munirah menjadi muram apabila ibunya melarang dia bermain-main di padang.
b) "Tidak baik mencemuh dan menjatuhkan air muka orang di khalayak ramai," kata Imad
kepada Husin.

28. Air Pasang


Maksud: Paras air laut yang meningkat.
Contoh Ayat: Apabila air pasang, kawasan pantai itu akan ditenggelami air.

29. Air Sembilan


Maksud: Air yang digunakan untuk memandikan mayat.
Contoh Ayat: Air sembilan disediakan sambil menunggu mayat tiba dari hospital.

30. Air Setaman


Maksud: Air yang bercampur bunga-bungaan dan limau untuk dibuat mandi.
Contoh Ayat: Ibu yang mengandung tujuh bulan itu dimandikan dengan air setaman.

31. Air Surut


Maksud: Paras air laut yang turun.
Contoh Ayat: Kami berjalan-jalan di pantai sewaktu air surut.

32. Ajak-Ajak ayam


Maksud: Mempelawa secara tidak bersungguh-sungguh.
Contoh Ayat: Mujur dia tidak mahu mengikut saya kerana saya hanya ajak-ajak ayam.

33. Akal Belut


Maksud: Orang yang pandai tipu muslihat.
Contoh Ayat: Dengan akal belutnya dia dapat membeli tanah di kawasan ini dengan harga
yang murah.

34. Akal Kancil


Maksud: Orang yang pandai tipu muslihat.

35. Akal Sejengkal


Maksud: Orang yang berasa dirinya lebih daripada orang lain.
Contoh Ayat: Dalam perbincangan itu dia selalu menggunakan akal sejengkalnya untuk
menarik perhatian orang lain.

36. Alas Cakap


Maksud: Kata pendahuluan sebelum persoalan utama diperkatakan.
Contoh Ayat: Alas cakap yang disampaikan oleh pengerusi majlis forum itu menjadi pencetus
kepada persoalan yang akan diperkatakan.

37. Alas Kata


Maksud: Kata pendahuluan sebelum persoalan utama diperkatakan.
38. Alas Perut
Maksud: Makan sedikit.
Contoh Ayat: Lina makan sekeping roti sebagai alas perut sebelum ke sekolah.

39. Alih Akal = Beralih Akal


Maksud: Berubah pendapat atau fikiran.
Contoh Ayat: Dia beralih akal dan tidak jadi berpindah ke Sarawak.

40. Alih Angin = Beralih Angin


Maksud: Berpindah tempat tinggal.
Contoh Ayat: Setelah beralih angin ke Sarawak, penyakitnya beransur pulih.

41. Alih Muka = Beralih Muka


Maksud: Menyamar.
Contoh Ayat: Dia beralih muka ketika menghadiri majlis itu supaya tidak dikenali.

42. Alim Kucing


Maksud: Pura-pura baik.
Contoh Ayat: Si Dayan alim kucing di hadapan orang kampung sedangkan dialah yang
menjadi dalang dalam kes-kes kecurian di kampungnya.

43. Aliran Masa


Maksud: Perubahan masa.
Contoh Ayat: Kita hendaklah melengkapkan diri dengan kemahiran teknologi maklumat
sesuai dengan aliran masa kini.

44. Aliran Masyarakat


Maksud: Kehendak masyarakat.
Contoh Ayat: Aliran masyarakat masa kini lebih mencabar dan rumit.

45. Ambil Abu


Maksud: Maksud yang tidak kesampaian.
Contoh Ayat: Persidangan itu tidak berhasil, masing-masing pulang ambil abu sahaja.

46. Ambil Ada


Maksud: Berpuas hati dengan apa yang ada.
Contoh Ayat: Buat rujukan lanjut tentang projek kamu itu di perpustakaan, jangan ambil ada
sahaja, kata Cikgu Ahmad kepada murid-muridnya.

47. Ambil Angin


Maksud: Bersiar-siar mengambil udara bersih.
Contoh Ayat: Keluarga Arsyad ambil angin di tepi pantai pada setiap petang.

48. Ambil Bahagian


Maksud: Menyertai.
Contoh Ayat: Asnida ambil bahagian dalam pertandingan pidato peringkat daerah.

49. Ambil Berat


Maksud: Beri perhatian.
Contoh Ayat: Ibu dan ayah sangat ambil berat terhadap prestasi pelajaran kami.

50. Ambil Haluan = Mengambil Haluan


Maksud: Membuat keputusan dalam sesuatu perkara.
Contoh Ayat: Berhati-hati ketika ambil haluan supaya rancangan kita nanti akan memberikan
hasil yang lumayan.

51. Ambil Hati


Maksud: Berasa tersinggung.
Contoh Ayat: Jangan ambil hati akan kata-katanya kerana dia menasihati untuk kebaikan.

52. Ambil Ibarat


Maksud: Menjadikan sesuatu sebagai teladan.
Contoh Ayat: Kita patut ambil ibarat daripada kejadian yang berlaku pada tahun lepas.

53. Ambil Ingatan


Maksud: Dimasukkan ke dalam ingatan; memberi perhatian.
Contoh Ayat: Para pelajar perlu ambil ingatan akan nasihat guru besar dalam perhimpunan
pagi tadi.

54. Ambil Muka = Mengambil Muka


Maksud: Membuat sesuatu supaya disukai.
Contoh Ayat: Syarif pandai ambil muka apabila berada bersama-sama kaum keluarganya,
sebab itulah dia disukai.

55. Ambil Sumpah = Mengambil Sumpah


Maksud: Disuruh bersumpah; melakukan sumpah.
Contoh Ayat: Azhar ambil sumpah bahawa dia menyaksikan kejadian itu.

56. Ambil Tahu = Mengambil Tahu


Maksud: Memberi perhatian tentang sesuatu perkara.
Contoh Ayat: Dia sentiasa ambil tahu tentang aktiviti surau di kawasannya.

57. Anak Adam


Maksud: Umat manusia.
Contoh Ayat: Penyakit AIDS akan memusnahkan semua anak Adam jika langkah-langkah
pencegahannya tidak diambil.

58. Anak Air


Maksud: Sungai kecil.
Contoh Ayat: Di dalam kebun ayah saya ada sebatang anak air yang digunakan untuk
mengairi tanaman.

59. Anak Angkat


Maksud: Anak orang yang dipelihara seperti anak sendiri.
Contoh Ayat: Raju merupakan anak angkat kepada Encik Muthu dan Puan Selvi.

60. Anak Baju


Maksud: Baju dalam.
Contoh Ayat: Ibu sering menasihati saya supaya sentiasa memakai anak baju.
61. Anak Buah
Maksud: a)Anak saudara. b) Pekerja di bawah jagaan kita.
Contoh Ayat: a) Halim memikul tanggungjawab menjaga anak buahnya semasa kakaknya
pergi menunaikan haji ke Makkah.
Contoh Ayat: b) Kerja-kerja itu telah disiapkan oleh anak buah saya siang tadi.

62. Anak bukit


Maksud: Bukit kecil.
Contoh Ayat: Rumah Asma terletak berhampiran anak bukit itu.

63. Anak Didik


Maksud: Orang di bawah jagaan kita.
Contoh Ayat: Guru besar sedang memberikan taklimat kepada anak didiknya.

64. Anak Emas


Maksud: Orang yang sangat disayangi.
Contoh Ayat: Encik Karupan menjadi anak emas syarikat itu kerana kejujuran dan
kesetiaannya.

65. Anak Gahara


Maksud: Anak raja yang berbondakan keturunan bangsawan.
Contoh Ayat: Tengku Ahmad ialah anak gahara Sultan Sulaiman dengan Tengku Puteri
Halijah.

66. Anak Haram


Maksud: Anak yang lahir di luar perkahwinan yang sah dari segi hukum agama.
Contoh Ayat: Nadia melahirkan anak haram hasil hubungan sulitnya dengan Karim.

67. Anak Jantan


Maksud: Lelaki yang berani.
Contoh Ayat: Anwar memang anak jantan kerana sanggup berjuang menegakkan kebenaran
demi maruah keluarganya.

68. Anak Kandung


Maksud: Anak sendiri.
Contoh Ayat: Zainab merupakan anak kandung Pak Ali dengan isteri pertamanya.

69. Anak Kapal


Maksud: Orang yang bekerja dalam sesebuah kapal.
Contoh Ayat: Ketika bekerja sebagai anak kapal, saya berpeluang menjejakkan kaki di benua
Eropah.

70. Anak Negeri


Maksud: Penduduk di sesebuah negeri.
Contoh Ayat: Anak negeri Selangor digalakkan menceburkan diri dalam perusahaan desa.

71. Anak Perahu


Maksud: Orang yang bekerja dalam sesebuah kapal.
72. Anak Piatu
Maksud: Anak yang telah kematian ayah dan ibu.
Contoh Ayat: Setelah menjadi anak piatu Husin terpaksa tinggal di Asrama Bakti.

73. Anak Pungut


Maksud: Anak orang yang dipelihara seperti anak sendiri.

74. Anak Tunggal


Maksud: Anak yang tidak mempunyai adik beradik lain.
Contoh Ayat: Esah merupakan anak tunggal dan menjadi kesayangan ibu bapanya.

75. Anak Tut


Maksud: Anak orang yang dipelihara seperti anak sendiri.

76. Angkat Alis = Mengangkat Alis


Maksud: Kehairanan.
Contoh Ayat: Era mengangkat alis apabila melihat hadiah misteri yang dimenanginya.

77. Angkat Bahu


Maksud: Tidak tahu atau tidak bertanggungjawab.
Contoh Ayat: Mei Lan hanya angkat bahu apabila ditanya tentang kucing yang mati itu.

78. Angkat Diri


Maksud: Sombong.
Contoh Ayat: Jangan suka angkat diri, nanti orang lain tidak mahu berkawan dengan kamu,
kata Cikgu Karim kepada Khalid.

79. Angkat Kaki


Maksud: Pergi meninggalkan.
Contoh Ayat: Syamsul angkat kaki apabila Ali mengusiknya.

80. Angkat Kening


Maksud: Kehairanan.

81. Angkat Mata


Maksud: Menentang sesuatu tindakan.
Contoh Ayat: Zaleha tidak berani angkat mata ketika dileter ibunya.

82. Angkat Muka


Maksud: Dimanja-manjakan.
Contoh Ayat: Apabila ibunya pulang, barulah dia berani angkat muka.

83. Angkat Nama


Maksud: Terkenal.
Contoh Ayat: Awie sudah angkat nama dalam bidang nyanyian.

84.Angkat Senjata
Maksud: Berperang.
Contoh Ayat: Apabila tiba masanya kerajaan Daha pun angkat senjata menyerang musuh.
85. Angkat Suara
Maksud: Meninggikan suara.
Contoh Ayat: Hormatilah orang tua-tua, jangan angkat suara apabila bercakap dengan
mereka.

86. Angkat Sumpah


Maksud: Disuruh bersumpah; melakukan sumpah.

87. Anjing Hitam


Maksud: Orang jahat yang selalu menunjuk-nunjukkan keburukannya.
Contoh Ayat: Seng Hai telah lama menjadi anjing hitam yang sering memeras ugut
masyarakat pelombong di situ.

88. Anjing Kurap


Maksud: Orang yang dipandang hina kerana kemiskinannya.
Contoh Ayat: Hidup Rama seperti anjing kurap yang melarat ke sana ke mari.

89. Api Peperangan


Maksud: Perselisihan antara negara yang biasanya boleh memulakan peperangan.
Contoh Ayat: Pulau yang menjadi rebutan kedua-dua buah negara itu boleh menyebabkan
tercetusnya api peperangan.

90. Api Percintaan


Maksud: Perasaan cinta yang meluap-luap.
Contoh Ayat: Api percintaan sedang membara dijiwa Syakila dan Farid.

91. Arang Di Dahi


Maksud: Mendapat malu.
Contoh Ayat: Terhapuslah arang di dahi Encik Roslan setelah pihak mahkamah membuktikan
dia tidak bersalah.

92. Arang Di Kening


Maksud: Mendapat malu.

93. Maksud: Arang di muka


Mendapat malu.

94. Asam Garam


Maksud: Pengalaman.
Contoh Ayat: Terlalu banyak asam garam kehidupan yang telah dilalui oleh Pak Dollah.

95. Atas Angin


Maksud: Negeri-negeri di Timur Tengah dan Eropah.
Contoh Ayat: Pada musim cuti ini, kami sekeluarga bercadang untuk melawat negara-negara
atas angin.

96. Atas Nama


Maksud: Menjadi wakil seseorang atau pertubuhan.
Contoh Ayat: Saya menghadiri mesyuarat ini atas nama Tuk Penghulu Kampung Jenerak.
97. Atas Pagar:
Maksud: Tidak menyebelahi mana-mana pihak.
Contoh Ayat: Dalam pertandingan ini, saya hanya penonton atas pagar kerana meminati
kedua-dua pasukan itu.

98. Ayam Jalak:


Maksud: Orang yang berani.
Contoh Ayat: Sudin digelar ayam jalak Kampung Pegaga kerana telah berjaya menangkap
buaya yang telah membaham dua orang penduduk kampung tersebut.

99. Ayam Tambatan:


Maksud: Orang yang banyak pengalaman dan menjadi harapan (biasanya dalam pasukan
permainan).
Contoh Ayat: Abdullah menjadi ayam tambatan pasukan bola sepak negeri Johor kerana
kehandalannya menjaringkan gol.
Sumber diperolehi dari seribahasa

Simpulan Bahasa bermula dari huruf 'B'


1. Babi Buta = Membabi Buta
Maksud: Berbuat sesuatu tanpa banyak berfikir.
Contoh Ayat: Serangan yang membabi buta itu telah menyebabkan ramai orang awam
terkorban.

2. Bahasa Ibunda
Maksud: Bahasa yang dituturkan oleh sesuatu kaum.
Contoh Ayat: Bahasa ibunda Mei Lin ialah bahasa Mandarin.

3. Bahasa Kasar = Berbahasa Kasar


Maksud: Bahasa yang tidak sopan untuk digunakan.
Contoh Ayat: Ratna mengeluarkan bahasa kasar semasa bergaduh dengan kakaknya.

4. Bahasa Pasar
Maksud: Bahasa Melayu yang tidak betul tatabahasanya.
Contoh Ayat: Jangan menggunakan bahasa pasar apabila membuat karangan.

5. Baik Budi
Maksud: Baik hati.
Contoh Ayat: Hafiz seorang pemuda yang baik budi dan menghormati orang tua.

6. Baik Hati
Maksud: Bersikap baik dan penyayang (suka menolong).
Contoh Ayat: Nenek memang baik hati. Dia sering menghulurkan derma kepada rumah anak-
anak yatim.

7. Baik Sangka
Maksud: Berpendapat yang orang lain baik.
Contoh Ayat: Kita hendaklah sentiasa bersikap baik sangka terhadap semua orang.

8. Balas Budi = Membalas Budi


Maksud: Balas jasa dan berterima kasih.
Contoh Ayat: Jiman menyara kos perubatan ibu angkatnya sebagai membalas budi keluarga
angkatnya itu.

9. Balas Guna
Maksud: Balas jasa dan berterima kasih.

10. Balik Gagang = Berbalik Gagang


Maksud: Berpihak kepada musuh.
Contoh Ayat: Akibat rasa tidak puas hati terhadap ketuanya, Ahmad telah berbalik gagang
dengan membocorkan rahsia syarikatnya.

11. Balik Hati = Berbalik Hati


Maksud: Berubah pendirian.
Contoh Ayat: Dia telah berbalik hati dan tidak jadi meninggalkan kampungnya.

12. Bangkai Bernyawa


Maksud: Orang yang tidak berguna.
Contoh Ayat: Kehidupan seorang penagih dadah ibarat bangkai bernyawa.

13. Bantal Lengan = Berbantal Lengan


Maksud: Kehidupan yang terlalu miskin.
Contoh Ayat: Kehidupannya yang berbantal lengan menyebabkan dia jarang bergaul dengan
jiran tetangganya.

14. Banting Tulang = Membanting Tulang


Maksud: Bekerja bermati-matian.
Contoh Ayat: Ayah membanting tulang mencari rezeki untuk menyara kami sekeluarga.

15. Banyak Akal


Maksud: Banyak helah.
Contoh Ayat: Leman banyak akal apabila diminta membayar hutangnya.

16. Banyak Cakap


Maksud: Orang yang suka berleter.
Contoh Ayat: Halijah banyak cakap sehingga pening kepala saya mendengarnya.

17. Banyak Mulut


Maksud: Orang yang suka berleter.

18. Bapa Angkat


Maksud: Orang yang mengaku sebagai bapa dan memelihara kita, walaupun tiada pertalian
darah.
Contoh Ayat: Bapa angkat saya memelihara saya seperti anaknya sendiri kata Salmah kepada
Karim.

19. Bapa Kandung


Maksud: Bapa sebenar.
Contoh Ayat: Bapa kandung saya tinggal di Perak.
20. Basuh Mulut = Pembasuh Mulut
Maksud: Sajian manis atau buah-buahan yang dijadikan hidangan selepas makan.
Contoh Ayat: Selepas makan tengah hari saya makan buah tembikai sebagai pembasuh
mulut.

21. Batu Api


Maksud: Orang yang suka menghasut.
Contoh Ayat: Dalam pergaduhan itu Si Mamatlah batu apinya.

22. Batu Loncatan


Maksud: Sesuatu yang dijadikan permulaan untuk mencapai hajat yang lebih besar.
Contoh Ayat: Kursus membuat makanan ini hanyalah batu loncatan sebelum saya bergiat
cergas dalam perusahaan makanan.

23. Bau-Bau Bacang


Maksud: Persaudaraan yang jauh.
Contoh Ayat: Saya mesti melawat Zainon apabila ke Terengganu kerana kami memang ada
bau-bau bacang.

24. Bawa Alamat


Maksud: Memberi tanda.
Contoh Ayat: Langit gelap bawa alamat hari akan hujan.

25. Bawa Diri = Membawa Diri

26. Bawa Hati


Maksud: Merajuk.
Contoh Ayat: Setelah pinangannya ditolak, Amar bawa hati dan belayar ke negeri orang.

27. Bawa Hidup


Maksud: Merantau mencari penghidupan.
Contoh Ayat: Rahul bawa hidup ke Malaysia untuk mencari pendapatan yang halal.

28. Bawa Mati


Maksud: Menyebabkan mati.
Contoh Ayat: Penyakit kanser boleh bawa mati jika tidak diubati di peringkat awal.

29. Bawa Mulut


Maksud: Bercerita tentang keburukan orang lain.
Contoh Ayat: Haris sering bawa mulut tentang kelakuan bekas kekasihnya.

30. Bawa Nasib


Maksud: Merantau mencari penghidupan.

31. Bawa Nyawa


Maksud: Menyelamatkan diri.
Contoh Ayat: Masing-masing bawa nyawa dengan lari bertempiaran ketika gempa bumi
berlaku.
32. Bawa Sial = Membawa Sial
Maksud: Mendatangkan malang.
Contoh Ayat: Tiada siapa yang membawa sial. Semuanya telah ditakdirkan Allah.

33. Bawa Tempurung


Maksud: Minta sedekah.
Contoh Ayat: Kita masih gagah dan kuat. Kita tidak perlu bawa tempurung.

34. Bawa Tuah = Membawa Tuah


Maksud: Mendatangkan keuntungan.
Contoh Ayat: Tindakan Ahmad membeli anak syarikat itu membawa tuah kepada
perniagaannya.

35. Bawah Angin


Maksud: Negeri-negeri di sebelah Timur.
Contoh Ayat: Kapal itu belayar ke negeri bawah angin.

36. Bawah Bendera


Maksud: Berada dalam perlindungan sesuatu kuasa.
Contoh Ayat: Pada suatu masa dahulu negeri-negeri di Tanah Melayu berada bawah bendera
Inggeris.

37. Bawah Tanah


Maksud: Pergerakan rahsia atau pergerakan gelap.
Contoh Ayat: Ketika zaman darurat, tentera komunis menjalankan pergerakan bawah tanah.

38. Bayang Kata = Dibayang Kata


Maksud: Dikias.
Contoh Ayat: Semasa makan malam, Mak Long telah dibayang kata oleh ayah tentang sikap
cemburunya itu.

39. Bayar Nyawa


Maksud: Mengorbankan diri.
Contoh Ayat: Mak Melur sanggup bayar nyawa untuk mendapatkan hak penjagaan anak
lelakinya daripada bekas suaminya.

40. Bekas Tangan


Maksud: Sesuatu yang diusahakan.
Contoh Ayat: "Terendak yang cantik ini adalah bekas tangan Syamsiah," kata Pak Mail
memuji menantunya.

41. Belah Bumi = Membelah Bumi


Maksud: Bunyi yang sangat kuat.
Contoh Ayat: Petir yang membelah bumi petang tadi amat menakutkan saya.

42. Belah Hati = Berbelah Hati


Maksud: Tidak tetap pendirian dalam mengambil sesuatu keputusan.
Contoh Ayat: Usahlah berbelah hati untuk meninggalkan keluarga demi mencari masa depan
yang lebih baik.
43. Belahan Hati
Maksud: Orang yang sangat dikasihi.
Contoh Ayat: Anak bongsunya itulah belahan hatinya.

44. Belahan Jiwa


Maksud: Orang yang sangat dikasihi.

45. Belahan Nyawa


Maksud: Orang yang sangat dikasihi.

46. Belakang Hari


Maksud: Kemudian hari.
Contoh Ayat: "Berusahalah dengan bersungguh-sungguh, supaya hidup kamu senang
belakang hari," nasihat ayah kepada abang.

47. Bendera Putih


Maksud: Mengaku kalah.
Contoh Ayat: Tentera Siam terpaksa mengibarkan bendera putih kerana tidak sanggup
menentang serangan kerajaan Melaka yang hebat itu.

48. Bengkak Perut


Maksud: Berasa dengki atau sakit hati kerana sesuatu.
Contoh Ayat: Rajan bengkak perut apabila ibunya menghadiahkan abangnya sebuah rumah.

49. Berat Lalat


Maksud: Pura-pura berani.
Contoh Ayat: Dia berani lalat sahaja apabila mengaku akan menjaga dusun durian pada
waktu malam.

50. Berani Mati


Maksud: Tidak takut mati.
Contoh Ayat: Angkatan Tentera Malaysia berani mati dalam mempertahankan tanah air
tercinta.

51. Berat Bibir


Maksud: Orang yang pendiam.
Contoh Ayat: Menantu saya berat bibir tetapi rajin ke dapur.

52. Berat Hati


Maksud: Kurang senang.
Contoh Ayat: Berat hati saya melepaskan dia pergi seorang diri.

53. Berat Kaki


Maksud: Malas.
Contoh Ayat: Dia berat kaki untuk ke pesta hari jadi temannya.

54. Berat Lidah


Maksud: Tidak dapat berkata-kata.
Contoh Ayat: Berat lidah Jimah hendak menceritakan hal sebenar kepada ibunya.
55. Berat Mata
Maksud: Mengantuk.
Contoh Ayat: Baru pukul sembilan malam adik sudah berat mata.

56. Berat Mulut


Maksud: Orang yang pendiam.

57. Berat Sebelah


Maksud: Tidak adil.
Contoh Ayat: Sikapnya yang berat sebelah mengecewakan saya.

58. Berat Tangan


Maksud: Pemalas.
Contoh Ayat: Saedah memang berat tangan. Dia hanya tidur dan tidak mahu menolong
kakaknya di dapur.

59. Berat Tulang


Maksud: Pemalas.

60. Beri Jalan


Maksud: Beri pendapat atau fikiran dalam menyelesaikan sesuatu perkara.
Contoh Ayat: "Beri jalan untuk menyelesaikan masalah adik kamu ini," kata ibu kepada
abang.

61. Beri Muka


Maksud: Memanjakan.
Contoh Ayat: Kalau kerap diberi muka, mereka akan menjadi malas.

62. Berita Hangat


Maksud: Berita baharu yang menjadi perbualan.
Contoh Ayat: Kisah seorang kanak-kanak berumur lapan tahun yang bijak Matematik
menjadi berita hangat dalam semua akhbar tempatan.

63. Besar Cakap


Maksud: Orang yang suka bercakap sombong.
Contoh Ayat: Akmal besar cakap sahaja tetapi dia sebenarnya bukanlah orang yang berharta.

64. Besar Hati = Berbesar Hati


Maksud: Gembira.
Contoh Ayat: Datuk Kamarudin berbesar hati kerana diberikan sambutan meriah oleh orang
bawahannya.

65. Besar Kepala


Maksud: Tidak mahu mendengar nasihat, degil.
Contoh Ayat: Lijah menjadi besar kepala semenjak kematian ayahnya.

66. Besar Mulut


Maksud: Suka bercakap besar.
Contoh Ayat: "Jangan suka besar mulut menceritakan kekayaan keluarga kita yang tak
seberapa," kata kakak.

67. Besar Perut


Maksud: Hamil.
Contoh Ayat: Kami bakal mendapat anak saudara kerana kakak sudah besar perut.

68. Betul Bendul


Maksud: Orang yang lurus dan ada kalanya bodoh.
Contoh Ayat: Jamil memang betul bendul, sebab itulah orang suka mempermain-
mainkannya.

69. Biang Keladi


Maksud: Orang atau hal yang menjadi punca kejahatan.
Contoh Ayat: Rajoolah yang menjadi biang keladinya dalam kes kecurian lembu baru-baru
ini.

70. Bidan Tarik


Maksud: Membuat sesuatu secara tiba-tiba.
Contoh Ayat: Majlis keraian itu diadakan secara bidan tarik menyebabkan ramai yang tidak
hadir.

71. Bidan Terjun


Maksuf: Seseorang yang diminta mengambil alih sesuatu tugas secara mendadak tanpa
dirancang.
Contoh ayat:  Encik Kassim menjadi bidan terjunmenggantikan Encik Dollah sebagai
pegerusi majlis apabila Encik Dollah lambat sampai kerana kemalangan.
72. Bintang Gelap
Maksud: Bernasib malang.
Contoh Ayat: Kehidupannya umpama bintang gelap setelah kakinya dipotong akibat
kecederaan serius yang dialaminya dalam kemalangan tempoh hari.

73. Bintang Hati


Maksud: Orang kesayangan kekasih.
Contoh Ayat: Zahid berasa gelisah kerana bintang hatinya akan ke luar negara.

74. Bintang Terang


Maksud: Nasib baik.
Contoh Ayat: Sejak tamat pelajaran, dia berbintang terang kerana mendapat pekerjaan yang
baik.

75. Bongkar Sauh

76. Bongkok Sabut


Maksud: Bongkok sedikit.
Contoh Ayat: Pemuda yang bongkok sabut itulah suami saya.

77. Bongkok Udang


Maksud: Terlalu bongkok kerana tua.
Contoh Ayat: Nenek yang bongkok udang itu masih kuat membuat kerja-kerja di kebunnya.
78. Buah Bibir
Maksud: Perkara yang menjadi perbualan ramai.
Contoh Ayat: Kisah pendakian Gunung Everest itu masih menjadi buah bibir rakyat
Malaysia.

79. Buah Cakap


Maksud: Perkara yang menjadi perbualan ramai.

80. Buah Fikiran


Maksud: Pendapat.
Contoh Ayat: Dalam mesyuarat, buah fikiran ahli yang hadir perlu diambil kira.

81. Buah Hati


Maksud: Orang kesayangan kekasih.

82.Buah Helah
Maksud: Mencari helah.

83. Buah Kalam


Maksud: Hasil tulisan atau karya.
Contoh Ayat: Novel itu adalah buah kalam Hamid yang pertama.

84. Buah Mulut


Maksud: Perkara yang menjadi perbualan ramai.

85. Buah Pena


Maksud: Hasil tulisan atau karya.

86. Buah Tangan


Maksud: Hadiah.
Contoh Ayat: Kami membawa buah tangan semasa melawat Zaini di hospital.

87. Bual Kosong


Maksud: Bercakap tentang perkara yang tidak penting.
Contoh Ayat: Zalina dan Badariah suka berbual kosong di serambi rumah.

88. Buang Adat


Maksud: Tidak menggunakan sesuatu adat lagi.
Contoh Ayat: Kita perlu buang adat yang menyalahi hukum agama.

89. Buang Air Besar


Maksud: Berak.
Contoh Ayat: Hari ini sudah tiga kali dia buang air besar.

90. Buang Air Kecil


Maksud: Kencing.
Contoh Ayat: Penyakit batu karang menyebabkan penghidapnya berasa sakit ketika
membuang air kecil.
91. Buang Anak = Membuang Anak
Maksud: Menggugurkan anak.
Contoh Ayat: Membuang anak merupakan perbuatan yang dikeji oleh Tuhan.

92. Buang Arang Di Muka


Maksud: Menghilangkan malu.
Contoh Ayat: Pak Lah menjelaskan perkara yang sebenarnya kepada jemaah masjid di
kampung itu bagi membuang arang di mukanya.

93. Buang Diri = Membuang Diri


Maksud: Merantau.
Contoh Ayat: Dia membuang diri setelah difitnah mengganggu anak dara orang.

94. Buang Lelah


Maksud: Berehat untuk meredakan kepenatan.
Contoh Ayat: Beberapa buah wakaf telah dibina dalam taman rekreasi itu sebagai tempat
buang lelah.

95. Buang Malu


Maksud: Menghilangkan malu.

96. Buang Muka = Membuang Muka


Maksud: Tidak suka.
Contoh Ayat: Dia membuang muka apabila bertemu dengan pemuda yang mengganggunya.

97. Buang Negeri = Dibuang Negeri


Maksud: Diperintah keluar dari sesebuah negeri.
Contoh Ayat: Ken Long dijatuhi hukuman buang negeri, setelah didapati bersalah kerana
menyertai kongsi gelap.

98. Buang Sauh


Maksud: Berlabuh.
Contoh Ayat: Kapal itu buang sauh di pelabuhan yang berhampiran setelah sebulan belayar
tanpa henti.

99. Buang Sial


Maksud: Berbuat sesuatu untuk menghilangkan malang.
Contoh Ayat: Kebiasaan penduduk di situ akan mengadakan adat mandi bunga sebagai usaha
buang sial.

100. Buang Tabiat


Berkelakuan atau bercakap yang aneh, biasanya sewaktu sebelum meninggal dunia.

101. Buang ubat


Maksud: Tembakan yang tidak kena pada sasarannya.
Contoh Ayat: Buang ubat sahaja, kerana gagak yang ditembak tidak pun kena.

102. Buat Akal


Maksud: Mencari helah.
Contoh Ayat: Dia buat akal apabila disuruh membuat kerja sekolah.

103. Buat Bodoh


Maksud: Pura-pura tidak tahu akan sesuatu.
Contoh Ayat: Uyob buat bodoh apabila orang lain heboh tentang kehilangan motosikal yang
diletakkan di depan rumahnya.

104. Buat Jahat = Berbuat Jahat


Maksud: Melakukan kejahatan, biasanya berkenaan hubungan lelaki dan perempuan.
Contoh Ayat: Dia dituduh berbuat jahat dengan anak gadis Tuk Penghulu.

105. Buat Perkara


Maksud: Berbuat sesuatu, biasanya perkara yang tidak baik.
Contoh Ayat: Salina terpaksa berhenti kerja kerana suaminya buat perkara.

106. Buaya Darat


Maksud: Orang yang suka memperdaya perempuan.
Contoh Ayat: Perangai Pak Ya yang buaya darat itu telah dimaklumi jiran tetangganya.

107. Bujur Sirih


Maksud: Bentuk muka seolah-olah bentuk sirih.
Contoh Ayat: Mukanya yang bujur sirih itu bertambah ayu apabila dia memakai selendang
sutera putih.

108. Buka Langkah Seribu


Maksud: Lari kerana takut disebabkan sesuatu.
Contoh Ayat: Fuad buka langkah seribu apabila dikejar oleh Pak Mat.

109. Buka Mata


Maksud: a) Melihat dan meluaskan pandangan. b) Menyedarkan atau menginsafkan orang
lain.
Contoh Ayat:
a) Kunjungan ke Kashmir telah membuka mata saya tentang keindahan alam semula jadinya.
b) Setelah Adi berjaya memperoleh Ijazah Sarjana barulah saudara-maranya buka mata.

110. Buka Mulut


Maksud: a) Berkata-kata. b) Mengadu untuk mendapatkan pertolongan.
Contoh Ayat:
a) Semua yang ada tidak berani buka mulut apabila melihat Pak Busu Berang.
b) Saya terpaksa buka mulut untuk meminjam wang daripadanya.

111. Buka Pintu


Maksud: Memberi peluang.
Contoh Ayat: Bantuan modal itu telah membuka pintu kepada peniaga kecil untuk
memulakan perniagaan mereka.

112. Buka Tanah = Membuka Tanah


Maksud: Mengusahakan tanaman atau membina kawasan kediaman di atas hutan atau tanah
yang terbiar.
Contoh Ayat: Peneroka Felda telah buka tanah untuk mengusahakan tanaman kelapa sawit.
113. Buka Telinga
Maksud: Mendengar baik-baik.
Contoh Ayat: Bala sentiasa buka telinga dan menerima nasihat orang yang telah lama
bertugas di syarikat itu.

114. Buka Tembelang


Maksud: Membocorkan rahsia.
Contoh Ayat: Si Hamid telah membuka tembelang dengan mengatakan Si Guna yang
mencuri kambing Kurupaya.

115.Buku Lima
Maksud: Penumbuk.
Contoh Ayat: Yunus naik marah lalu menunjukkan buku limanya ke arah Amran.

116. Bulan Kesiangan


Maksud: Berwajah pucat.
Contoh Ayat: Mukanya seperti bulan kesiangan apabila dia tidak bersolek.

117. Bulan Madu


Maksud: Pergi ke sesuatu tempat untuk berhibur sesudah berkahwin.
Contoh Ayat: Pengantin baru itu bercadang untuk berbulan madu di Langkawi.

118. Bulan penuh


Maksud: Cantik.
Contoh Ayat: Mukamu bagai bulan penuh. Saya suka menatapnya.

119. Bulat Fikiran


Maksud: Mengambil keputusan yang tetap.
Contoh Ayat: Dia telah bulat fikiran untuk meneruskan pelajarannya ke luar negeri.

120. Bulat Kata


Maksud: Keazaman yang bersungguh-sungguh.
Contoh Ayat: Keluarga Khadijah telah bulat kata hendak mewakafkan tanah pusaka mereka
untuk dijadikan tapak sekolah agama.

121. Bunga Bangsa


Maksud: Orang yang berjasa kepada negara.
Contoh Ayat: Jasa perajurit yang gugur di perbatasan akan sentiasa dikenang sebagai bunga
bangsa.

122. Bunga Bibir


Maksud: Kata-kata yang manis.
Contoh Ayat: Jangan mudah terpengaruh dengan bunga bibirnya.

123. Bunga Dedap


Maksud: Orang yang cantik tetapi tidak berbudi bahasa.
Contoh Ayat: Tina laksana bunga dedap, harapkan rupanya sahaja cantik tetapi tidak tahu
menghormati jiran tetangga.
124. Buru Hutang = Diburu Hutang
Maksud: Terdesak kerana berhutang.
Contoh Ayat: Hidup Chee An sentiasa diburu hutang kerana dia suka berjudi.

125. Buru Nafsu = Terburu Nafsu


Maksud: Melakukan sesuatu secara terburu-buru.
Contoh Ayat: Jangan terburu nafsu dalam mengambil keputusan, fikirlah baik buruknya.

126. Buru Pangkat = Memburu Pangkat


Maksud: Berusaha mencari pangkat.
Contoh Ayat: Walaupun mahu memburu pangkat, tetapi janganlah melakukan perkara yang
menyalahi undang-undang.

127. Buru Pelajaran = Memburu Pelajaran


Maksud: Berusaha mencari ilmu pengetahuan.
Contoh Ayat: Encik Azlan masih terus memburu pelajaran pada usia enam puluhan.

128. Buruk Hati


Maksud: Orang yang jahat.
Contoh Ayat: Perempuan yang buruk hati itu tidak membenarkan anak saudaranya
menumpang di rumahnya.

129. Buruk Laku


Maksud: Kelakuan tidak senonoh.
Contoh Ayat: Perangai Ahmad yang buruk laku menyebabkan dia tersisih daripada
masyarakat.

130. Buruk Makan


Maksud: Pelahap.
Contoh Ayat: Budak yang buruk makan itu, membedal semua kuih-muih yang dihidang di
atas meja.

131. Buruk Mulut


Maksud: Percakapan yang kasar.
Contoh Ayat: Sejak pulang daripada menunaikan haji, perangai buruk mulutnya telah tiada,
sebaliknya dia bercakap dengan lemah lembut.

132. Buruk Perut


Maksud: Kuat makan.
Contoh Ayat: Orang yang buruk perut mudah mendapat penyakit.

133. Buruk sSngka


Maksud: Menaruh curiga.
Contoh Ayat: "Jangan buruk sangka kepada kata-kata Zalina, entahkan dia berniat baik," kata
Fairuz kepada Azri.

134. Buruk Selera


Maksud: Makan apa sahaja.
Contoh Ayat: Jauhkan amalan buruk selera dan makanlah makanan yang seimbang.
135. Buruk Siku
Maksud: Meminta barang yang telah diberikan.
Contoh Ayat: Agus buruk siku kerana meminta semula motosikal buruk yang telah diberikan
kepada adiknya.

136. Busuk Budi


Maksud: Perangai yang jahat.
Contoh Ayat: Sikapnya yang busuk budi itu tidak disukai oleh saudara-maranya.

137. Busuk Hati


Maksud: Orang yang berhati jahat.
Contoh Ayat: Dia busuk hati walaupun dengan kakaknya sendiri.

138. Busung Dada


Maksud: Sombong.
Contoh Ayat: Azri bersikap busung dada sejak ayahnya dilantik menjadi wakil rakyat di
daerah itu.

139. Buta Ayam = Rabun Ayam


Maksud: Mata yang rabun menjelang senja.
Contoh Ayat: Dia tidak boleh memandu kereta pada waktu senja kerana dia buta ayam.

140. Buta Hati


Maksud: Bersikap kejam.
Contoh Ayat: Pencuri itu buta hati kerana sanggup membunuh orang tua yang tidak berdaya
itu.

141. Buta Huruf


Maksud: Tidak tahu membaca dan menulis.
Contoh Ayat: Walaupun Ah Seng buta huruf, dia sentiasa memastikan anak-anaknya
cemerlang dalam pelajaran.

142. Buta Kayu


Maksud: Tidak tahu membaca dan menulis.

143. Buta Malam


Maksud: Rabun pada waktu malam.
Contoh Ayat: Dia tidak dapat hadir dalam aktiviti rukun tetangga pada waktu malam kerana
dia buta malam.

144. Buta Perut


Maksud: Tidak bertimbang rasa.
Contoh Ayat: Kita janganlah jadi orang yang buta perut, perlulah fikirkan nasib mereka yang
malang.

145. Buta Warna


Maksud: Tidak dapat membezakan warna.
Contoh Ayat: Satu daripada syarat untuk mengikuti program "Memandu Kapal Terbang"
ialah peserta tidak buta warna.
Sumber diperolehi dari seribahasa
Simpulan Bahasa bermula dari huruf 'C'
1. Cabut Nyawa
Maksud: Membunuh.
Contoh Ayat: "Janganlah kau cabut nyawaku," pinta Rashidah.

2. Cacing Gila
Maksud: Meronta-ronta.
Contoh Ayat: Kesakitan yang dialaminya menyebabkan dia seperti cacing gila.

3. Cacing Kepanasan
Maksud: Gelisah.
Contoh Ayat: Dia seperti cacing kepanasan apabila disoal polis.

4. Cacing Naik Ke Mata


Maksud: Kelakuan atau perbuatan yang melampau.
Contoh Ayat: "Nampaknya perbuatan pegawai Inggeris itu seperti cacing naik ke mata," kata
Tuk Penghulu.

5. Cahaya Mata
Maksud: Anak.
Contoh Ayat: Puan Hayati baru sahaja melahirkan cahaya mata yang kedua.

6. Cakap Angin
Maksud: Cakap-cakap yang tidak berfaedah.
Contoh Ayat: Daripada bercakap angin dan melepak di gerai baiklah kita ke perpustakaan.

7. Cakap Besar
Maksud: Meninggi diri.
Contoh Ayat: Uyub suka bercakap besar tentang kekayaannya.

8. Cakap Mulut
Maksud: Bahasa yang digunakan dalam percakapan harian.
Contoh Ayat: Terdapat perbezaan antara bahasa tulisan dengan cakap mulut.

9. Cakap Tinggi
Maksud: Meninggi diri.

10. Cakar Awan = Pencakar Awan


Maksud: Bangunan-bangunan yang tinggi.
Contoh Ayat: Di kota besar banyak bangunan pencakar awan.

11. Cakar Ayam


Maksud: Tulisan yang buruk.
Contoh Ayat: Tulisannya seperti cakar ayam dan sukar dibaca.

12. Cakar Langit = Pencakar Langit


Maksud: Bangunan-bangunan yang tinggi.

13. Campur Cakap


Maksud: Melibatkan diri dalam urusan orang lain.
Contoh Ayat: "Kamu jangan campur cakap kalau kamu tidak tahu perkara yang sebenarnya,"
kata ayah.

14. Campur Mulut


Maksud: Melibatkan diri dalam urusan orang lain.

15. Campur Tangan


Maksud: Melibatkan diri dalam urusan orang lain.

16. Cangkul Angin


Maksud: Melakukan perbuatan yang sia-sia.
Contoh Ayat: Ah Lau cangkul angin sahaja kerana perniagaannya tidak membawa
keuntungan.

17. Cari Akal = Mencari Akal


Maksud: Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara.
Contoh Ayat: Puan Ramlah mencari akal untuk menyelesaikan masalah perbelanjaan
persekolahan anak-anaknya.

18. Cari Bala


Maksud: Membuat sesuatu yang akhirnya menyusahkan diri sendiri.
Contoh Ayat: Jangan cari bala dengan memberi perlindungan kepada pendatang asing.

19. Cari Fasal


Maksud: Mencari sebab untuk memulakan pergaduhan.
Contoh Ayat: Ketua kumpulan samseng itu cari fasal dengan menendang kasut Kasim.

20. Cari Fikiran


Maksud: Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara.

21. Cari Ikhtiar


Maksud: Berusaha bersungguh-sungguh.
Contoh Ayat: Limah sedang mencari ikhtiar untuk menyembuhkan penyakit anaknya.

22. Cari jalan


Maksud: Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara.

23. Cari Makan


Maksud: Bekerja atau mencari rezeki.
Contoh Ayat: Kebanyakan para nelayan menghadapi kesukaran untuk mencari makan kerana
masalah pencemaran pantai yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini.

24. Cari Muka


Maksud: Mengusahakan sesuatu untuk mendapatkan pujian atau ganjaran.
Contoh Ayat: Dia sengaja cari muka ketika pengurus ada.

25. Cari Nama = Mencari Nama


Maksud: Berusaha untuk menjadikan namanya dikenali ramai.
Contoh Ayat: Siti Nurhaliza mencari nama dengan melibatkan diri dalam bidang nyanyian.
26. Cari Rezeki
Maksud: Bekerja atau mencari rezeki.

27. Cari Salah


Maksud: Berusaha untuk mengetahui kesalahan orang.
Contoh Ayat: Omar cuba mencari salah Zainal dengan membuka semula laporan peribadi
kawannya itu.

28. Cari Seteru


Maksud: Mencari sebab untuk memulakan pergaduhan.

29. Cari Susah


Maksud: Membuat sesuatu yang akhirnya menyusahkan diri sendiri.

30. Cecah Bahu = Mencecah Bahu


Maksud: Sampai ke paras bahu.
Contoh Ayat: Rambut anak gadisnya dibiarkan panjang hingga mencecah bahu.

31. Cecah Bumi = Mencecah Bumi


Maksud: Jejak ke bumi.
Contoh Ayat: Pohon teratai tumbuh di air dan akarnya tidak mencecah bumi.

32. Cepat Lidah


Maksud: Orang yang suka bercakap tanpa berfikir terlebih dahulu.
Contoh Ayat: Sikap pengerusi mesyuarat yang cepat lidah menyebabkan kami berasa
tersinggung.

33. Cepat Mulut


Maksud: Orang yang tidak tahan menyimpan rahsianya.
Contoh Ayat: Sikap Murni yang cepat mulut menyebabkan rakan-rakan menjauhinya.

34. Cepat Tangan


Maksud: Orang yang suka mencuri.
Contoh Ayat: Akibat perangainya yang cepat tangan, dia ditangkap polis.

35. Cerai Hidup


Maksud: Suami isteri yang bercerai ketika hidup.
Contoh Ayat: Kamisah bercerai hidup dengan suaminya sejak sepuluh tahun lalu.

36. Cerai Kasih = Bercerai Kasih

Contoh Ayat: Dalam keadaan ekonomi negara yang gawat, perniagaannya merosot dan dia
akhirnya terpaksa gulung tikar.

45. Gunting Hati = Menggunting Hati


Maksud: Melukai perasaan.
Contoh Ayat: Perbuatan anak gadisnya yang lari dari rumah itu telah menggunting hatinya.

46. Gunung Hati = Menggunung Hati


Maksud: Tersangat ingin.
Contoh Ayat: Menggunung hati kami hendak bertemu ibu yang telah terpisah sejak kami
kecil lagi.

47. Gunung Payung


Maksud: Orang kesayangan.
Contoh Ayat: Dialah cucu tunggal yang menjadi gunung payung kepada nenek.

48. Gunung Runtuh


Maksud: Bunyi bergemuruh.
Contoh Ayat: Bunyi letupan dari kuari batu kapur yang berhampiran dengan kampung itu
seperti gunung runtuh.
Sumber diperolehi dari seribahasa
Simpulan Bahasa bermula dari huruf 'H'
1. Habis Akal
Maksud: Bingung setelah berusaha sedaya upaya.
Contoh Ayat: Saya seolah-olah habis akal untuk mendapakan biasiswa bagi melanjutkan
pelajaran ke universiti pada tahun depan.

2. Habis Bulan
Maksud: Hujung bulan.
Contoh Ayat: Habis bulan Mac ini, dia akan berpindah ke Sarawak.

3. Habis Jadi Abu


Maksud: Musnah.
Contoh Ayat: Pasukan Selangor gagal ke pertandingan akhir dan impian untuk bergelar juara
habis jadi abu.

4. Habis Jodoh
Maksud: Bercerai.
Contoh Ayat: Ramlan dan Ramlah telah habis jodoh setelah sepuluh tahun berkahwin.

5. Habis Modal
Maksud:
A) Tidak ada lagi modal yang tinggal.
B) Tidak ada lagi perkara yang hendak dicakapkan.
Contoh Ayat:
A) Saya sudah habis modal untuk meneruskan perniagaan ini.
B) Cukuplah setakat sini, saya pun telah habis modal untuk bercakap.

6. Habis Nyawa = Menghabiskan Nyawa


Maksud:
A) Mati.
B) Menebus dengan nyawa.
Contoh Ayat:
A) Ayam yang dilanggar oleh motosikal tadi sudah habis nyawa ketika saya
menghampirinya.
B) Dia sanggup menghabiskan nyawa untuk memerangkap harimau yang telah membaham
ayahnya.
7. Habis Perkara
Maksud: Selesai.
Contoh Ayat: Pertelingkahan semalam dianggap sudah habis perkara dan jangan
dibangkitkan lagi.

8. Habis Tahun
Maksud: Penghujung tahun.
Contoh Ayat: Habis tahun ini saya akan berpindah ke luar negeri kerana ayah telah dilantik
sebagai duta negara.

9. Halwa Mata
Maksud: Persembahan yang mengasyikkan.
Contoh Ayat: Persembahan tarian tradisional pada malam meraikan ahli sukan negara itu
telah menjadi halwa mata para penonton.

10. Halwa Telinga


Maksud: Sesuatu yang baik untuk didengar.
Contoh Ayat: Rancangan "Senandung Malam" yang sering ke udara di radio itu akan menjadi
halwa telinga apabila saya bersendirian di rumah.

11. Hampa Tangan


Maksud: Tidak mendapat apa-apa.
Contoh Ayat: Dia pulang dengan hampa tangan apabila kalah dalam pertandingan bahas itu.

12. Hancur Hati


Maksud: Sangat sedih.
Contoh Ayat: Hancur hati ibunya apabila menerima berita anaknya terlibat dalam
kemalangan itu.

13. Hangat Hati


Maksud: Sangat marah.
Contoh Ayat: Hangat hati saya melihat dia memijak-mijak batas sayur itu.

14. Hangat-Hangat Kuku


Maksud: Suam-suam.
Contoh Ayat: Setiap pagi saya terpaksa menyediakan air yang hangat-hangat kuku untuk
mandian adik.

15. Hangat-Hangat Tahi Ayam


Maksud: Minat atau usaha yang tidak berpanjangan.
Contoh Ayat: Kalau berniaga atau mengusahakan apa jua biarlah bersungguh-sungguh jangan
hangat-hangat tahi ayam.

16. Hangus Hati


Contoh Ayat: Maksud: Sangat marah.

17. Harga Diri


Maksud: Maruah.
Contoh Ayat: Harga diri mesti dijaga walau di mana pun kamu berada.
18. Harga Mati
Maksud: Harga tetap.
Contoh Ayat: Semua barang di pasar raya itu dijual dengan harga mati.

19. Harga Pokok


Maksud: Harga yang belum dicampur dengan belanja lain.
Contoh Ayat: Harga pokok sebutir berlian ini RM5000, tetapi apabila dicampur dengan emas
dan upah tukang menjadikan harganya bertambah mahal.

20. Hati Batu


Maksud: Degil atau mempunyai azam yang kuat.
Contoh Ayat: Zarina memang hati batu kerana dia tetap menyertai ekspedisi berkayak itu
walaupun telah dilarang oleh ibunya.

21. Hati Berlian = Berhati Berlian


Maksud: Sangat baik hati.
Contoh Ayat: Ibu tiriku berhati berlian. Dia menjaga kami adik-beradik bagai anaknya
sendiri.

22. Hati Kecil


Maksud: Perasaan dalam batin.
Contoh Ayat: Hati kecil saya sering berkata bahawa suatu hari nanti saya pasti akan bertemu
dengannya.

23. Hati Muda


Maksud: Rasa muda dalam hati.
Contoh Ayat: Saya tidak suka berkawan dengannya. Walaupun sudah tua tetapi tetap berhati
muda.

24. Hati Nurani


Maksud:
A) Hati yang telah mendapat petunjuk Tuhan.
B) Perasaan hati yang murni.
Contoh Ayat:
A) Pendidikan agama dapat membentuk hati nurani manusia untuk menjadi insan yang
sentiasa bersyukur.
B) Jangan mengecewakan hati nurani anak kecil yang tidak berdosa.

25. Hati Tawajuh


Maksud: Hati yang semata-mata dihadapkan kepada Tuhan.
Contoh Ayat: Dia berhati tawajuh, kemewahan dunia tidak lagi dihiraukan.

26. Hati Terbuka


Maksud: Ikhlas.
Contoh Ayat: Kami menerima kedatangannya dengan hati terbuka.

27. Hati Tungau = Berhati Tungau


Maksud: Penakut.
Contoh Ayat: Lingkau nampak sahaja berani tapi sebenarnya berhati tungau.
28. Hati Waja
Maksud: Terus berusaha dan tidak mudah putus asa.
Contoh Ayat: Berkat semangatnya yang berhati waja, akhirnya Salma menjadi seorang
pengusaha yang berjaya.

29. Hentam Kromo


Maksud: Melakukan sesuatu tanpa pertimbangan.
Contoh Ayat: Semasa menjawab soalan peperiksaan fikir dahulu jangan hentam kromo
sahaja.

30. Hidung Belang


Maksud: Lelaki yang suka mengganggu perempuan.
Contoh Ayat: Perangai Ghabi yang hidung belang menyebabkan dia dimarahi oleh bapanya.

31. Hidung Tinggi


Maksud: Orang yang sombong.
Contoh Ayat: Kalau kita bersikap hidung tinggi kita tidak disenangi oleh kawan-kawan.

32. Hidup Terbuang


Maksud: Tersia-sia diri.
Contoh Ayat: Sudahlah nasib dirinya hidup terbuang, selalu pula diserang penyakit.

33. Hilang Akal


Maksud: Gila.
Contoh Ayat: Sejak berlakunya kemalangan yang mengorbankan anak dan isterinya, dia telah
hilang akal.

34. Hilang Di Mata Jangan Hilang Di Hati


Maksud: Walaupun tinggal berjauhan tetapi selalu dalam ingatan.
Contoh Ayat: Meskipun kakak menetap di London, tetapi kami sering berutus surat, agar
yang hilang di mata jangan hilang di hati pula.

35. Hilang Harapan


Maksud: Tiada mempunyai harapan lagi.
Contoh Ayat: Hilang harapan Sameon untuk memulakan perniagaannya kerana semua harta
bendanya musnah dalam kebakaran itu.

36. Hilang Ingatan


Maksud: Gila.

37. Hilang Lenyap


Maksud: Hilang tanpa berita.
Contoh Ayat: Badrun hilang lenyap setelah berlakunya kejadian amuk di kampung itu.

38. Hilang Nyawa


Maksud: Mati.
Contoh Ayat: Beberapa pekerja telah hilang nyawa dalam kemalangan itu.

39.Hilang Semangat
Maksud: Terkejut.
Contoh Ayat: Hilang semangat saya apabila disergah begitu.

40. Hilang-Hilang Timbul


Maksud: Sekejap ada sekejap tiada.
Contoh Ayat: Perangainya yang hilang-hilang timbul semasa latihan drama diadakan
menaikkan darah pelakon-pelakon lain.

41. Hilir Mudik


Maksud: Berjalan ke sana ke mari.
Contoh Ayat: Janganlah hilir mudik sahaja, lebih baik tolong ayah kamu berniaga, kata ibu.

42. Hina Budi


Maksud: Berkelakuan buruk.
Contoh Ayat: Biar rupa kita buruk tetapi jangan hina budi, nasihat emak kepada kakak.

43. Hisap Darah


Maksud: Memeras atau menindas orang.
Contoh Ayat: Sejak ditubuhkan syarikat koperasi, orang tengah tidak dapat hisap darah petani
lagi.

44. Hisap Jari


Maksud: Kecewa.
Contoh Ayat: Razlan terlambat menghantar borang permohonan untuk memasuki universiti
tahun ini, menyebabkan dia terpaksa hisap jari.

45. Hujung Pangkal


Maksud: Asal mula.
Contoh Ayat: Cuba ceritakan kepada saya masalah itu supaya saya tahu hujung pangkalnya,
kata Ah Seng kepada Ah Siew.

46. Hukum Alam


Maksud: Sesuatu yang berkenaan kejadian alam.
Contoh Ayat: Kemarau panjang tahun ini tidak dapat dielakkan kerana sudah menjadi hukum
alam.

47. Hukum Allah


Maksud: Takdir Tuhan.
Contoh Ayat: Hukum Allah telah menentukan kapal terbang itu meletup di angkasa.

48. Hutang Darah


Maksud: Menuntut bela atas sesuatu kejadian.
Contoh Ayat: Ismail berhutang darah denganku, kerana dia telah menyebabkan kematian
adikku, kata Ehsan.

49. Hutang Lapuk


Maksud: Hutang yang sudah lama tidak dibayar.
Contoh Ayat: Hutang lapuk syarikat itu berjumlah RM0.8 juta.

50. Hutang Nyawa


Maksud: Nyawa seseorang yang diselamatkan oleh orang lain.
Contoh Ayat: Rina berhutang nyawa dengan Rini kerana Rini telah menyelamatkan Rina
daripada lemas tempoh hari.
Sumber diperolehi dari seribahasa
Simpulan Bahasa bermula dari huruf 'I'
1. Ibu Angkat
Maksud: Perempuan yang memelihara seseorang seperti anaknya sendiri.
Contoh Ayat: Ibu angkat saya memelihara saya semenjak saya berumur tiga tahun.

2. Ibu Ayam
Maksud: Perempuan yang memperdagangkan pelacur.
Contoh Ayat: Menjadi ibu ayam adalah pekerjaan yang dikutuk oleh Allah.

3. Ibu Kandung
Maksud: Perempuan yang melahirkan seseorang; ibu sendiri.
Contoh Ayat: Ibu kandung saya meninggal dunia ketika melahirkan saya.

4. Ibu Keladi
Maksud: Orang tua yang berkelakuan seperti orang muda.
Contoh Ayat: Che Yan, si ibu keladi itu memakai baju dan seluar berwarna oren.

5. Ibu Pertiwi
Maksud: Tanah tempat kelahiran.
Contoh Ayat: Malaysia merupakan ibu pertiwiku yang dicintai.

6. Ikat Diri = Mengikat Diri


Maksud: Terlalu berat.
Contoh Ayat: Latihan di pusat itu terlalu mengikat diri para peserta sehingga saya tidak ada
masa untuk bersantai.

7. Ikat Hati = Mengikat Hati


Maksud: Menawan.
Contoh Ayat: Senyumannya telah mengikat hati saya.

8. Ikat Janji = Mengikat Janji


Maksud: Membuat perjanjian.
Contoh Ayat: Teruna telah mengikat janji dengan Dara untuk hidup bersama.

9. Ikat Kata = Mengikat Kata


Maksud: Menggubah kata.
Contoh Ayat: Penulis lirik lagu itu sangat pandai mengikat kata dalam lirik lagu yang
ditulisnya.

10. Ikat Perut


Maksud: Mengurangkan makan kerana kemiskinan.
Contoh Ayat: Setiap hari saya terpaksa ikat perut kerana ayah uzur dan tidak dapat bekerja
menangkap ikan di laut.

11. Intan Baiduri


Maksud: Orang yang dikasihi.
12. Iri Hati
Maksud: Dengki.
Contoh Ayat: Mawar iri hati dengan kecantikan Dang Anum.

13. Isi Dada


Maksud: Sesuatu yang terfikir dalam hati.
Contoh Ayat: Setelah lama mendiamkan diri, dia mengeluarkan isi dada yang terpendam
selama ini.

14. Isi Hati


Maksud: Sesuatu yang terfikir dalam hati.

15. Isi Perut


Maksud: Sesuatu yang terfikir dalam hati.

16. Isi Rumah


Maksud: Keluarga; orang yang tinggal di rumah berkenaan.
Contoh Ayat: Seluruh isi rumah itu masih berkabung atas kematian salah seorang ahlinya.
Sumber diperolehi dari seribahasa
Simpulan Bahasa bermula dari huruf 'J'
1. Jadi Abu Arang
Maksud: Barang yang telah rosak.
Contoh Ayat: Basikal saya yang dipinjamnya telah menjadi abu arang.

2. Jadi Bapa Kuda


Maksud: Orang lelaki yang berkahwin di sana sini dan tidak bertanggungjawab.
Contoh Ayat: Menjadi bapa kuda memang mudah tetapi fikirkanlah masa depan anak-anak
yang dilahirkan itu.

3. Jadi Bumi Langit


Maksud: Orang yang sangat diharapkan.
Contoh Ayat: Dia anak piatu, sayalah yang menjadi bumi langit kepadanya.

4. Jadi Fikiran = Menjadi Fikiran


Maksud: Masalah yang harus difikirkan.
Contoh Ayat: Kenaikan harga barang-barang makanan menjadi fikiran kepada suri-suri
rumah.

5. Jadi Umang-Umang
Maksud: Suka menggunakan hak orang lain.
Contoh Ayat: Kemeja yang saya pakai ini milik Murad, jadi umang-umanglah saya hari ini.

6. Jaga Hati = Menjaga Hati


Maksud: Bertolak ansur dan saling menghormati.
Contoh Ayat: Apabila bersahabat hendaklah saling menjaga hati masing-masing.

7. Jaga Mulut
Maksud: Berhati-hati bila bercakap.
Contoh Ayat: Jaga mulut apabila bercakap supaya tidak menyinggung hati kawan-kawan.
8. Jalan Belakang
Maksud: Menggunakan cara yang tidak sah.
Contoh Ayat: Ahmad memperoleh lesen perniagaannya melalui jalan belakang.

9. Jalan Buntu
Maksud: Sesuatu yang tiada penyelesaian.
Contoh Ayat: Penyelidikan ke atas penyakit berjangkit itu menemui jalan buntu kerana
sehingga ke hari ini masih belum diketahui punca penyakit tersebut.

10. Jalan Damai


Maksud: Menyelesaikan sesuatu menggunakan cara rundingan.
Contoh Ayat: Perselisihan antara Arief dan Haqeemie akhirnya menemui jalan damai apabila
masing-masing telah memohon maaf dan mengaku kesilapan.

11. Jalan Fikiran


Maksud: Cara berfikir.
Contoh Ayat: Jalan fikiran kamu biarlah dapat membantu kita menyelesaikan masalah ini.

12. Jalan Kaki


Maksud: Berjalan tanpa kenderaan.
Contoh Ayat: Latif berjalan kaki ke sekolah setiap pagi kerana jarak sekolah dari rumahnya
tidak jauh.

13. Jalan Tengah


Maksud: Mengambil keputusan yang tidak berat sebelah.
Contoh Ayat: Saya mengambil jalan tengah supaya kedua-dua pihak yang bertelingkah dapat
didamaikan.

14. Jarum Halus


Maksud: Tipu muslihat.
Contoh Ayat: Amin menggunakan jarum halus sehingga Hamidah terpedaya dan
menyerahkan semua wang simpanannya kepada Amin.

15. Jatuh Air Muka


Maksud: Menjadi malu.
Contoh Ayat: Jatuh air muka Tuk Penghulu kerana kelakuan anaknya yang biadab itu.

16. Jatuh Bangun


Maksud: Maju mundur.
Contoh Ayat: Jatuh bangun sesebuah syarikat terletak di atas kebijaksanaan pengurusnya.

17. Jatuh Cinta


Maksud: Menaruh cinta (kasih).
Contoh Ayat: Harith jatuh cinta kepada anak gadis Mak Gayah.

18. Jatuh Dari Langit


Maksud: Mendapat sesuatu dengan mudah atau tidak disangka-sangka.

19. Jatuh Harga Diri


Maksud: Jatuh maruah.
Contoh Ayat: Walaupun Shamsul berjawatan tinggi dan anak orang ternama tetapi perlakuan
sumbangnya telah menyebabkan jatuh harga dirinya.

20. Jatuh Hati


Maksud: Menaruh cinta (kasih).

21. Jatuh Melarat


Maksud: Menjadi miskin.
Contoh Ayat: Dia jatuh melarat dan ditinggalkan oleh kekasihnya setelah semua
perniagaannya mengalami kerugian.

22. Jatuh Nama


Maksud: Menanggung malu.

23. Jatuh Sakit


Maksud: Mendapat sakit.
Contoh Ayat: Dia jatuh sakit selepas memakan makanan yang dijual di gerai tepi jalan itu.

24. Jatuh Semangat


Maksud: Hilang keberanian.
Contoh Ayat: Dalam peperangan itu tentera Jawa telah jatuh semangat apabila ketua mereka
dibunuh oleh musuh.

25. Jejak Bahu


Maksud: Sampai ke paras bahu.

26. Jejak Bara


Maksud: Sesuatu yang tergantung hampir mencecah tanah.
Contoh Ayat: Semasa saya duduk di kerusi empuk itu kaki saya jejak bara kerana kerusi itu
tinggi dan besar.

27. Jejak Keruh


Maksud: Perbuatan yang kurang baik.
Contoh Ayat: Hindari diri kamu daripada berkawan dengannya, kerana dia suka berbuat jejak
keruh.

28. Jejak Langkah


Maksud: Mencontohi.
Contoh Ayat: Dia mengikut jejak langkah ayahnya menjadi seorang perajurit.

29. Jejak Orang Tua


Maksud: Mengikut kelakuan orang tuanya.
Contoh Ayat: Perangai Jamiah mengikut jejak orang tuanya yang berbudi pekerti dan suka
menolong orang.

30. Jinak-Jinak Lalat


Maksud: Persahabatan yang tidak mesra.
Contoh Ayat: Saya hanya jinak-jinak lalat dengannya walaupun kami sekelas, kata Suzy.
31. Jinak-Jinak Merpati
Maksud: Orang yang pada zahirnya lembut tetapi hakikatnya tidak.
Contoh Ayat: Zaidah jinak-jinak merpati dan tidak mudah dipengaruhi.

32. Juling Air


Maksud: Juling sedikit.
Contoh Ayat: Walaupun dia juling air, wajahnya sentiasa berseri-seri.

33. Juling Itik


Maksud: Apabila memandang sesuatu, kepala disengetkan.
Contoh Ayat: Murni juling itik semasa memandang kerana lehernya pernah mengalami
kecederaan semasa kecil.
Sumber diperolehi dari seribahasa
Simpulan Bahasa bermula dari huruf 'K'
1. Kacang Hantu
Maksud: Orang jahat.
Contoh Ayat: Pemuda-pemuda kacang hantu di kampung itu suka berkumpul di tepi jambatan
dan mengganggu setiap gadis yang lalu di situ.

2. Kaki Arak
Maksud: Orang yang suka minum arak.
Contoh Ayat: Sejak Ah Cheong menjadi kaki arak, semua wangnya digunakan untuk
membeli arak.

3. Kaki Ayam = Berkaki Ayam


Maksud: Tidak memakai kasut.
Contoh Ayat: Hafeezhat terpaksa berkaki ayam ketika pulang dari masjid kerana kasutnya
telah hilang.

4. Kaki Bangku
Maksud: Tidak pandai bermain bola.
Contoh Ayat: Ilham kaki bangku kerana dia tidak pernah bermain bola sepak.

5. Kaki Botol
Maksud: Orang yang suka minum arak.

6. Kaki Buli
Maksud: Orang yang suka menyakiti dan menganiaya orang yang lemah.
Contoh Ayat: Zainal sering diganggu oleh kumpulan kaki buli di sekolahnya yang diketuai
oleh Hamzah.

7. Kaki Gaduh
Maksud: Orang yang suka bergaduh.
Contoh Ayat: Ikram seorang kaki gaduh dan sering menimbulkan masalah di kampungnya.

8. Kaki Gunung
Maksud: Di bahagian permulaan gunung.
Contoh Ayat: Saya dan rakan-rakan berkhemah di kaki gunung sebelum memulakan
pendakian ke puncak.
9. Kaki Hutan
Maksud: Tepi hutan.

10. Kaki Judi


Maksud: Orang yang suka bermain judi.
Contoh Ayat: Arman seorang kaki judi dan telah banyak menghabiskan harta ayahnya di
meja judi.

11. Kaki Langit


Maksud: Langit di bahagian bawah.
Contoh Ayat: Pemandangan yang indah di kaki langit dapat dilihat pada waktu senja.

12. Kaki Lima


Maksud: Bahagian lantai di hadapan kedai atau rumah.
Contoh Ayat: Aishah berteduh di kaki lima kedai makan sementara menunggu hujan
berhenti.

13. Kaki Perempuan


Maksud: Lelaki yang suka mengganggu perempuan.

14. Kaki Rambu


Maksud: Orang yang suka merayau.
Contoh Ayat: Sejak dipukul orang kampung kerana disangkakan pencuri ketika sedang
merayau, Faisal tidak lagi menjadi kaki rambu.

15. Kaki Seribu


Maksud: Cabut lari.

16. Kaki Umpat


Maksud: Orang yang suka mengumpat orang.
Contoh Ayat: Jauhi tabiat menjadi kaki umpat yang hanya menceritakan keburukan orang
sahaja.

17. Kaki Wayang


Maksud: Orang yang suka menonton wayang.
Contoh Ayat: Fadzil kaki wayang. Dia akan menonton setiap filem baru yang ditayangkan di
panggung itu.

18. Kaku Lidah


Maksud: Tidak dapat bercakap dengan lancar.
Contoh Ayat: Ahmad menjadi kaku lidah apabila disoal tentang penglibatannya dalam kes
rasuah.

19. Kambing Hitam


Maksud: Orang yang dipersalahkan.
Contoh Ayat: Dia menjadi kambing hitam apabila berlaku kecurian di kawasan perumahan
itu.

20. Kampung Halaman


Maksud: Kampung tempat dilahirkan.
Contoh Ayat: Setelah lama belajar di luar negeri dia rindu hendak kembali ke kampung
halamannya.

21. Kata Dua


Maksud: Pernyataan terakhir oleh sesuatu pihak yang mengemukakan tuntutan yang mesti
diterima oleh pihak lain yang terlibat dalam perundingan.
Contoh Ayat: Aman diberi kata dua iaitu berhenti daripada membuat kekacauan atau
dipindahkan ke daerah lain.

22. Kata Hati


Maksud: Perasaan.

23. Kata Pujangga


Maksud: Perkataan orang bijak pandai.
Contoh Ayat: Orang tua-tua sering menggunakan kata pujangga ketika memberi nasihat dan
tunjuk ajar kepada orang muda.

24. Kata Putus


Maksud: Ketentuan yang terakhir.
Contoh Ayat: Mesyuarat yang diadakan gagal mencapai kata putus kerana ahli-ahlinya
bertelagah.

25. Kaya Anak


Maksud: Banyak anak.
Contoh Ayat: Walaupun keluarga Ahmad hidup dalam kemiskinan tetapi dia kaya anak dan
hidup bahagia.

26. Kaya Hati


Maksud: Pemurah.
Contoh Ayat: Dia seorang yang kaya hati kerana sering menghulurkan derma.

27. Kaya Hutang


Maksud: Orang yang banyak hutang.
Contoh Ayat: Jali kaya hutang kerana mengikutkan kehendak isterinya yang gemar membeli
baju berjenama.

28. Kecil Hati


Maksud: Berasa tersinggung.

29. Kecut Hati


Maksud: Takut.
Contoh Ayat: Semasa perahu kami dilanda ombak besar, terasa kecut hati saya.

30. Kelas Kambing


Maksud: Tempat duduk (wayang atau kenderaan) yang paling murah harganya.
Contoh Ayat: Kami membeli tiket kelas kambing semasa menonton wayang.

31. Keliling Pinggang


Maksud: Sangat banyak.
Contoh Ayat: Hutangnya keliling pinggang kerana dia boros berbelanja.

32. Ke Luar Negeri


Maksud: Pergi ke negeri lain.
Contoh Ayat: Zaki ke luar negeri untuk melanjutkan pelajaran.

33. Kembang Hati


Maksud: Gembira.
Contoh Ayat: Kembang hati Noraini kerana anaknya dapat masuk ke sekolah berasrama
penuh.

34. Kembang Sayap = Mengembangkan Sayap


Maksud: Meluaskan usaha.
Contoh Ayat: Syarikat itu mengembangkan sayap dengan menceburi industri berat pula.

35. Kena Tangan


Maksud: Dipukul.
Contoh Ayat: Pencuri itu kena tangan penduduk kampung ketika cuba mencuri di salah
sebuah rumah di kampung itu.

36. Kepala Angin


Maksud: Orang yang berperangai luar biasa pada masa tertentu.

37. Kepala Batu


Maksud: Degil atau mempunyai azam yang kuat.

38. Kepala Berat


Maksud: Bodoh.
Contoh Ayat: Ikram perlu diajar perlahan-lahan dan sedikit-sedikit kerana dia kepala berat.

39. Kepala Berita


Maksud: Tajuk sesuatu berita.
Contoh Ayat: Kemalangan ngeri yang berlaku di lebuh raya itu telah menjadi kepala berita di
hampir semua akhbar tempatan terbitan hari ini.

40. Kepala Dingin


Maksud: Penyabar.
Contoh Ayat: Dia kepala dingin, walaupun dimarah tetapi tetap tenang.

41. Kepala Dua


Maksud: Orang yang tidak setia.
Contoh Ayat: Bedul bersikap kepala dua kerana dia telah memberitahu maklumat sulit
syarikat ini kepada syarikat lawan.

42. Kepala Kain


Maksud: Bahagian kain (biasa kain batik) yang coraknya berlainan.
Contoh Ayat: Kepala kain itu bercorak pucuk rebung.

43. Kepala Udang


Maksud: Bodoh.
44. Kera Sumbang
Maksud: Tidak suka bergaul dengan orang lain.
Contoh Ayat: Susi menjadi seperti kera sumbang dalam majlis makan malam itu kerana dia
seorang yang pemalu.

45. Kerang Busuk


Maksud: Tersengih-sengih tanpa sebab.
Contoh Ayat: Dia diam dan hanya tersengih bak kerang busuk.

46. Keras Hati


Maksud: Terus berusaha dan tidak mudah putus asa.

47. Keras kepala


Maksud: Degil atau mempunyai azam yang kuat.

48. Keras Lidah


Maksud: Tidak pandai bercakap.
Contoh Ayat: Ah Lin keras lidah apabila bertutur dalam Bahasa Inggeris kerana dia kurang
mahir.

49. Keras Mulut


Maksud: Tidak mahu kalah dalam perdebatan.
Contoh Ayat: Jamil tetap keras mulut dalam perbincangan itu walaupun pendapatnya tidak
diterima oleh orang lain.

50. Kerat Rotan = Berkerat Rotan


Maksud: Memutuskan perhubungan.
Contoh Ayat: Keluarga Dewi telah berkerat rotan dengan keluarga Saroja kerana tidak puas
hati dengan pembahagian harta pusaka.

51. Kering Darah


Maksud: Terkejut.

52. Kering Hati


Maksud: Tiada rasa belas kasihan.
Contoh Ayat: Dia menerima berita kemalangan itu tanpa rasa sedih kerana dia seorang yang
kering hati.

53. Keringat Dingin


Maksud: Takut.

54. Kerja Tangan


Maksud: Pertukangan tangan.
Contoh Ayat: Kerja tangan pelajar-pelajar sekolah vokasional dipamerkan dalam pameran
kraf tangan itu.

55. Ketam Batu


Maksud: Sangat kedekut.
Contoh Ayat: Raju tidak pernah menghulurkan derma kepada yang memerlukan kerana
sikapnya seperti ketam batu.

56. Ketawa Raja


Maksud: Ketawa tetapi dalam kesedihan.
Contoh Ayat: Rosna ketawa raja di hadapan tetamu untuk menyembunyikan kesedihan yang
sedang dialaminya.

57. Khabar Angin


Maksud: Berita yang belum sah.
Contoh Ayat: Khabar angin mengatakan dia mati dibunuh.

58. Khabar Burung


Maksud: Berita yang belum sah.

59. Kucing Bertanduk


Maksud: Mengharapkan sesuatu yang tidak mungkin berlaku.
Contoh Ayat: Walaupun ditunggu sampai kucing bertanduk, dia pasti tidak akan
mengerjakannya.

60. Kucing Kurap


Maksud: Orang yang tidak berguna.

61. Kuku Besi


Maksud: Memerintah dengan kejam.
Contoh Ayat: Pemerintah yang mengamalkan kuku besi akan dibenci dan digulingkan oleh
rakyat.

62. Kuku Kambing


Maksud: Alat yang digunakan untuk menanam padi.
Contoh Ayat: Suatu masa dahulu kuku kambing digunakan untuk menanam padi.

63. Kunci Diri = Mengunci Diri


Maksud: Mengurung diri.
Contoh Ayat: Dia mengunci diri di dalam bilik sejak pagi tadi.

64. Kunci Hati


Maksud: Rahsia.
Contoh Ayat: Peristiwa itu tetap menjadi kunci hatinya dan tidak akan diceritakan kepada
sesiapa pun.

65. Kunci Mulut


Maksud: Tidak dapat berkata-kata kerana terkejut.
Contoh Ayat: Terkunci mulut Pak Ngah apabila diberitahu anaknya yang bersalah.

66. Kurang Adab


Maksud: Tidak sopan.
Contoh Ayat: Bercakap dengan meninggikan suara kepada orang tua, kurang adab namanya.

67. Kurang Adat


Maksud: Tidak sopan.

68. Kurang Ajar


Maksud: Tidak sopan.

69. Kurang Akal


Maksud: Tidak pandai.
Contoh Ayat: Kalau bercakap dengan Senah perlu menggunakan bahasa yang mudah kerana
dia kurang akal.

70. Kurang Asam


Maksud: Tidak sopan.

71. Kurang Bahasa


Maksud: Tidak halus budi bahasanya.
Contoh Ayat: Roslina dikatakan kurang bahasa kerana dia suka bercakap dengan suara yang
kuat dan menggunakan bahasa yang kasar.

72. Kurang Fikir


Maksud: Tidak berhati-hati.
Contoh Ayat: Melakukan sesuatu pekerjaan dengan kurang fikir akan membawa kerugian.

73. Kurang Hati


Maksud: Tidak berminat.
Contoh Ayat: Saya kurang hati dalam seni tekat-menekat kerana agak rumit untuk
melakukannya.

74. Kurang Iman


Maksud: Mudah terpedaya.
Contoh Ayat: Mujurlah Riduwan tidak kurang iman dan menolak apabila ditawarkan wang
yang lumayan untuk mengedar dadah.

75. Kurang Ingat


Maksud: Pelupa.
Contoh Ayat: Jabu yang kurang ingat itu jangan dipesan apa-apa.

76. Kurang Jadi = Kurang Menjadi


Maksud: Tidak mendatangkan hasil atau tuaian yang banyak.
Contoh Ayat: Saya mengalami kerugian kerana kebun langsat saya kurang menjadi tahun ini.

77. Kusut Fikiran


Maksud: Susah hati.
Contoh Ayat: Kusut fikiran Haji Lamin memikirkan anaknya yang belum mendapat kerja di
Kuala Lumpur.

78. Kutu Embun


Maksud: Orang yang suka merayau pada malam hari.
Contoh Ayat: Rusli kutu embun dan hanya pulang ke rumah pada pukul 3 pagi.

79. Kutu Jalan


Maksud: Orang yang suka merayau.
Sumber diperolehi dari seribahasa
Simpulan Bahasa bermula dari huruf 'L'
1. Langit Hijau
Maksud: Sangat jauh.
Contoh Ayat: Saya akan mencari adik kandung saya itu, walaupun sampai ke langit hijau.

2. Langkah Baik
Maksud: Waktu yang paling sesuai untuk memulakan sesuatu pekerjaan; permulaan yang
baik.
Contoh Ayat: Pada pendapat saya, hari Jumaat merupakan langkah baik bagi kita
melangsungkan perkahwinan antara Zarina dan Amran.

3. Langkah Bendul
Maksud: Adik berkahwin lebih dahulu dari kakaknya.
Contoh Ayat: Oleh sebab Suraya langkah bendul, pengantin lelaki memberikan hadiah
kepada kakak Suraya.

4. Langkah Kanan
Maksud: Bernasib baik; bertuah.
Contoh Ayat: Hari ini, Suzana langkah kanan kerana ketika dia tiba di rumah abangnya,
mereka sedang menikmati buah durian.

5. Langkah Kiri
Maksud: Malang.
Contoh Ayat: Kami langkah kiri hari ini kerana kereta kami rosak dalam perjalanan.

6. Langkah seribu
Maksud: Cabut lari.
Contoh Ayat: Kami membuka langkah seribu apabila dikejar oleh orang gila itu.

7. Langkah Sumbang
Maksud: Cara atau perbuatan yang tidak betul.
Contoh Ayat: Pelajar baru itu perlu berlatih lagi kerana banyak langkah sumbang yang telah
dilakukannya semasa bersilat tadi.

8. Lapang Dada
Maksud: Perasaan lega.
Contoh Ayat: Puan Rashidah berasa lapang dada setelah selesai menguruskan kemasukan
anak sulungnya ke universiti.

9. Lapang Hati
Maksud: Perasaan lega.

10. Lapik Perut


Maksud: Makan Sedikit.

11. Lari Semangat


Maksud: Terkejut.
12. Laut Lepas
Maksud: Tengah laut.
Contoh Ayat: Ikan paus itu berada di laut lepas.

13. Lebai Malang


Maksud: Orang yang selalu mengalami nasib malang.
Contoh Ayat: Nasibnya umpama lebai malang, sudahlah keretanya rosak, duitnya pula dicuri
orang.

14. Lembut Gigi Daripada Lidah


Maksud: Pandai berkata-kata; memujuk rayu.
Contoh Ayat: Salmah terpedaya dengan kata-kata suaminya yang lembut gigi daripada lidah.

15. Lembut Hati


Maksud: Penyayang.
Contoh Ayat: Anak muridnya sayang dan hormat kepadanya kerana dia seorang yang lembut
hati.

16. Lena Ayam


Maksud: Belum tidur betul.
Contoh Ayat: Semasa anaknya menjerit ketakutan, dia baru lena ayam.

17. Lepas Angan-Angan


Maksud: Membuat sesuatu yang diingini.
Contoh Ayat: Apabila ayahnya bertolak ke luar negeri, Hamdan lepas angan-angan untuk
membeli kereta baru.

18. Lepas Diri


Maksud: Tidak melibatkan diri dalam sesuatu hal.
Contoh Ayat: Darwis lepas diri daripada kes rasuah itu kerana dia tidak tahu tentang hal itu.

19. Lepas Tangan


Maksud: Tidak bertanggungjawab atas sesuatu yang telah dilakukan.

20. Lidah Bercabang


Maksud: Percakapan yang tidak boleh dipercayai kerana selalu berubah-ubah.
Contoh Ayat: Lamin lidah bercabang dan cakapnya tidak boleh dipercayai.

21. Lidah Biawak


Maksud: Percakapan yang tidak boleh dipercayai kerana selalu berubah-ubah.

22. Lidah Keras


Maksud: Tidak dapat menyebut perkataan dengan betul.
Contoh Ayat: Oleh sebab Rafiq lidah keras, dia gagal dalam ujian lisan yang diadakan.

23. Lidah Panjang


Maksud: Suka menghasut.
Contoh Ayat: Sikap Joyah yang lidah panjang itu menyebabkan rumah tangga Milah porak-
peranda.
24. Lidah Tak Bertulang
Maksud: Mudah berjanji tetapi tidak ditepati; tidak jujur.
Contoh Ayat: Hassan berhati-hati memilih kawan kerana dia takut terkena orang yang lidah
tak bertulang.

25. Lintah Darat


Maksud: Peniaga yang mengambil keuntungan yang terlalu tinggi.
Contoh Ayat: Gara-gara aktiviti lintah darat, kehidupan penduduk di kampung itu masih lagi
dalam kemiskinan.

26. Lipas Kudung


Maksud: Membuat sesuatu kerja dengan pantas.
Contoh Ayat: Hidangan tengah hari dapat disiapkannya dalam masa setengah jam kerana dia
membuatnya seperti lipas kudung.

27. Lubuk Akal Lautan Budi


Maksud: Mempunyai ilmu pengetahuan yang sangat luas dan banyak.
Contoh Ayat: Penduduk kampung akan merujuk kepada Tuk Sidang jika menghadapi
sebarang kemusykilan kerana beliau seorang yang lubuk akal lautan budi.

28. Lubuk Akal lautan ilmu


Maksud: Mempunyai ilmu pengetahuan yang sangat luas dan banyak.

29. Lubuk Hati


Maksud: Dalam hati.
Contoh Ayat: Jauh di lubuk hatiku terpendam rasa ingin maju bersama mereka.

30. Luka Hati


Maksud: Pilu.
Contoh Ayat: Luka hati Isma apabila mengetahui sahabat yang dipercayai telah
membohonginya.

31. Lupa Daratan


Maksud: Berbuat sesuatu yang melampaui batas; hilang pertimbangan.
Contoh Ayat: Amir menjadi lupa daratan apabila sudah kaya.

32. Lurus Akal


Maksud: Jujur.
Contoh Ayat: Jalal seorang yang lurus akal kerana dia telah menjaga harta anak-anak yatim
dengan sebaik-baiknya.