Anda di halaman 1dari 2

YAYASAN DANA KEBAJIKAN MUSLIM MALAYSIA (YDKMM)

No. Pendaftaran : PPM-006-14-07052014

SULIT DAN PERSENDIRIAN DENGAN TANGAN

Tengku Ab Rahman Bin Tuan Yunus,

Pengarah Yayasan Islam Kelantan,

Jalan Kuala Krai Nilam Puri,

16450 Kota Bharu, Tarikh : 4 Mac 2019

Kelantan Ruj kami: (ZTH/NNI/001)

YBhg Tuan,

PERMOHONAN KERJASAMA DAN TAJAAN PROGRAM “ZERO TO HERO” ANJURAN YDKMM

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Program yang akan diadakan bertemakan kem kepimpinan yang turut menitik beratkan tarbiah

sepanjang program yang dijangka akan berlangsung selama 3 hari 2 malam.Secara ringkas, objektif

program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar terhadap aktiviti-aktiviti yang dapat

menambah kemahiran asas seorang pemimpin. Pelajar juga akan dilibatkan dengan aktiviti

kesukarelawan yang dapat membentuk sahsiah seorang pelajar itu untuk menjadi seorang pemimpin

yang rendah diri dan suka menolong orang lain.

Yayasan Dana Kebajikan Muslim Malaysia | No Pendaftaran : PPM-006-14-07052014 |No tel & No fax: 03-
87401001| No. 5-2 Jalan Seksyen 3/9 Pusat Perniagaan Kajang Utama 43000 Kajang Selangor Darul
Ehsan | ydkmm.info@gmail.com| Laman Web : www.ydkmm.com.my
YAYASAN DANA KEBAJIKAN MUSLIM MALAYSIA (YDKMM)
No. Pendaftaran : PPM-006-14-07052014

3. Untuk pengetahuan tuan, (YDKMM) adalah satu badan Non-Governmental Organization (NGO)

yang menfokuskan untuk melahirkan golongan-golongan belia yang seimbang kecemerlangan sahsiah,

akademik dan kokurikulum agar dapat memberi manfaat kepada masyarakat Islam di Malaysia dan

sekarang pengaruhnya juga sudah mula tersebar ke negara luar yang lain seperti Indonesia, Jepun, New

Zealand, Mesir dan Turki.

4. Berikut kami sertakan kertas kerja tentang program yang akan dijalankan. Segala kerjasama

daripada pihak tuan amatlah kami hargai dan maklum balas daripada tuan kami dahului dengan ucapan

terima kasih. Jika ada sebarang pertanyaan boleh menghubungi wakil kami, saudara Abdul Muhaimin

bin Khazain di talian +6014-3644693.

Sekian, terima kasih.

“TANGAN YANG DI ATAS LEBIH BAIK DARI TANGAN YANG DI BAWAH”

Yang benar,

NAJHAANEI
(NUUR NAJHAANEI IZZATI BINTI MOHD NORDIN)

Setiausaha,

Zero To Hero.

Yayasan Dana Kebajikan Muslim Malaysia | No Pendaftaran : PPM-006-14-07052014 |No tel & No fax: 03-
87401001| No. 5-2 Jalan Seksyen 3/9 Pusat Perniagaan Kajang Utama 43000 Kajang Selangor Darul
Ehsan | ydkmm.info@gmail.com| Laman Web : www.ydkmm.com.my