Anda di halaman 1dari 23

KUMPULAN 4

KETAKSAMAAN PELUANG
PENDIDIKAN

(PISMP PEMULIHAN KHAS SEM 5)


Ketidaksamaan Dalam Pendidikan
• Pendidikan adalah satu proses di mana seseorang
memperoleh banyak faedah sosial seperti pekerjaan,
gaji yang mencukupi dan kemungkinan, kuasa politik.
• Walaubagaimanapun, semasa penjajahan British di
negara kita, tidak semua pelajar mempunyai peluang
bersekolah kerana pada masa itu sekolah dibahagikan
mengikut kumpulan etnik, kelas sosial, kurikulum dan
penempatan.
• Ketidaksamaan dalam pendidikan bermaksud sekatan
hak seseorang untuk mengembangkan potensinya.
• Konsep diskriminasi/ketidaksamaan ditakrifkan sebagai
pandangan, pemikiran dan kepercayaan negatif oleh
seseorang atau sekelompok terhadap anggota atau
kelompok etnik lain yang mempengaruhi perilaku pihak
yang berpandangan negatif.
• Diskriminasi ialah perbuatan membanding dan
membezakan individu atau kelompok etnik lain berasaskan
ciri-ciri etnik semata-mata.
• Ketaksamaan telah berlaku sejak dahulu lagi (sistem
feudal).
• Rakyat bawahan atau marhain, golongan pembesar, dan
golongan istana menerima sistem pendidikan yang
berbeza.
• Diteruskan lagi pada zaman penjajah.
• Golongan pembesar mewariskan kecerdikan sebaliknya
anak petani dan orang kampung terus ketinggalan.
Faktor-faktor Ketaksamaan Peluang

• Dalam konteks Malaysia, ketidaksamaan pendidikan


mungkin disebabkan oleh beberapa faktor seperti
lokasi sekolah, latarbelakang sosio-ekonomi pelajar,
pencapaian akademik, kecenderungan semulajadi,
peluang hidup, sosialisasi dan perbezaan bahasa.
Kelas Sosial Jantina

Ketaksamaan Peluang
Pendidikan

Murid Berkeperluan
Kumpulan Minoriti Khas

Isu-Isu Ketaksamaan
Peluang Pendidikan
Kelas Sosial
• Berkaitan dengan kedudukan sesuatu kelompok
dalam masyarakat.
• Kelas sosial boleh dikatakan segolongan individu
yang mempunyai kedudukan sama dari segi kuasa,
politik, kekayaan, pendapatan, martabat, pekerjaan,
atau hubungan dengan punca-punca pengeluaran.
• Contoh kelas sosial yang terdapat dalam masyarakat
kapitalis terbahagi kepada 2 golongan:
1) Bourgeoisie : masyarakat yang memiliki punca-
punca pengeluaran, pengagihan dan pertukaran
2) Proletariat : masyarakat yang tidak memiliki
perkara di atas sebaliknya hanya tenaga kerja sahaja.
• Max Weber mengatakan ada 5 Kelas Sosial
iatu:
i. Golongan Bangsawan (Aristokrat)
ii. Golongan Pertengahan Atasan (Profesional)
iii. Golongan Pertengahan Bawahan
iv. Kelas Pekerja (Kolar Biru)
v. Golongan Bawahan (Kelulusan Amat
Rendah)
Murid Berkeperluan Khas (MPK)
• Kecerdasan yang amat rendah
 Hadapi masalah menyesuaikan diri di sekolah biasa dan
dalam masyarakat.
• Kanak-kanak pintar cerdas
 Golongan yang mana kebolehan mereka lebih tinggi
daripada rakan sebaya.
• Oleh itu mereka tidak dapat memanfaat sepenuhnya
sistem pendidikan sedia ada.
• Ini kerana motivasi dan keperluan mereka berbeza.
• 7 kategori kanak-kanak istimewa yang
memerlukan Program Pendidikan Khas:
I. Kerencatan mental
II. Bermasalah pembelajaran
III.Kecelaruan tingkah laku
IV.Cacat pendengaran dan bermasalah komunikasi
V. Cacat penglihatan
VI.Cacat fizikal
VII.Pintar cerdas dan berbakat istimewa.
• Menurut Kirk dan Kirk (1994), Murid
Berkeperluan Khas berbeza dari murid biasa dari
segi mental (kognitif), fizikal (keupayaan otot-
otot dan sendi), sosial (interaksi dan komunikasi
interpersonal) dan emosi (keupayaan menangani
perasaan).
• Murid Berkeperluan Khas yang lain adalah seperti
ADHD (Attention Deficit Hyperactivity Disorder).
• Murid ini kurang memberi perhatian, kurang
mengekalkan perhatian lama dalam penglibatan
setiap aktiviti dan tidak dapat memyempurnakan
tugasan yang diberikan.
• Program Pendidikan Prasekolah Khas diwujudkan pada
tahun 2004.
• Pada 2005, sebanyak 32 Program Pendidikan Khas
Integrasi untuk pelajar bermasalah pembelajaran
diwujudkan di sekolah harian biasa.
• Kanak-kanak kurang upaya memasuki sistem
pendidikan KPM seawal umur 4 tahun.
• Kanak-Kanak Kurang Upaya berusia kurang daripada 4
tahun mendapat pendidikan awal di Pusat Kelolaan
Kementerian Kesihatan atau di Pusat Pemulihan Dalam
Komuniti (PDK) anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat
di bawah Kementerian Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat.
Jantina
• Pada zaman penjajahan, peluang melanjutkan
pengajian diutamakan untuk golongan lelaki.
• Golongan wanita seolah-olah dinafikan peluang
untuk menerima pendidikan pada ketika itu.
• Hasil kajian mendapati bahawa kadar pencapaian
murid perempuan di Pengajian Tinggi telah
meningkat daripada 0.5% (1970) pada tahun
1970 kepada 4.9% pada tahun (1991).
• Peningkatan pencapaian dalam pendidikan
formal telah mempengaruhi kadar penglibatan
guna tenaga.
• Penyelidik Aminah Ahmad (2000), menyatakan
penglibatan wanita dalam pendidikan sangat
menggalakkan tetapi masih wujud segregasi
mengikut gender dalam pendidikan di peringkat
menengah, sekolah vokasional dan teknik serta di
Institut Pengajian Tinggi, khususnya di Politeknik.
• Di pusat pengajian tinggi, kebanyakan ruang dan
peluang lebih dimonopoli oleh golongan perempuan.
Kumpulan Minoriti
• Kumpulan minoriti merupakan sesuatu kumpulan
etnik dalam sesebuah masyarakat yang
mempunyai jumlah ahli yang kecil.
• Faktor geografi mempengaruhi budaya sesebuah
kumpulan itu. Contohnya, masyarakat
pedalaman kaum Asli, Kadazan, Murud dan
sebagainya.
• Mereka hanya menerima pendidikan tidak formal
sahaja melalui keturunan atau warisan daripada
ibu bapa mereka.
Orang Asli
• Kadar keciciran yang tinggi dalam kalangan murid
orang Asli merupakan isu yang perlu ditangani secara
bersama dan bersemuka sejajar dengan Dasar
Pendemokrasian Pendidikan.
• Orang asli merupakan komuniti yang terbukti kaya
dengan ilmu pengetahuan dan kebijaksanaan tentang
pengurusan alam semulajadi.
• Keserasian cara hidup yang berharmoni dengan alam
sekitar membolehkan mereka mengetahui di mana
tanah untuk bertani, hasil hutan yang sesuai serta cara
pemeliharaannya (Rusli Zaenal, 2002).
• Orang Asli dibahagikan kepada 3 rumpun
bangsa iaitu Senoi, Negrito dan Melayu Asli.
• Pada tahun 2005, jumlah Orang Asli adalah
sebanyak 141, 230 orang.
• Orang Asli banyak lagi berasaskan pertanian
dan bersifat sara diri.
• Orang Asli masih terpinggir dalam arus
pendidikan kerana infrastruktur dan prasarana
yang kurang lengkap di tempat tinggal.
Indigenous
• Indigenous merujuk Penduduk Pribumi di
pedalaman Sabah dan Sarawak.
• Mereka dibezakan dari segi kawasan tempat
tinggal, ekonomi, sosial dan Budaya.
• Di Sabah terdapat kira-kira 23 suku kaum etnik
manakala di Sarawak terdapat kira-kira 24 suku
kaum Etnik.
• Di Malaysia, masih terdapat sebilangan kecil
mereka tinggal jauh di pedalaman Sabah dan
Sarawak.
• Masyarakat Indigenous masih belum bersedia
menerima perubahan dalam dunia pendidikan
kerana masih berpegang kepada Budaya hidup
tradisional mereka (Indigenous Learning).
• Sistem belajar Asli memiliki banyak aspek
positif, antaranya ialah mempertahankan nilai-
nilai Budaya tanpa kehilangan mempelajari
sesuatu.
• Sistem belajar Asli secara turun-temurun
diwarisi masyarakat indigenous tradisional
merupakan potensi sangat berharga.
Masyarakat Pedalaman
• Faktor-faktor kurangnya ketaksamaan peluang
pendidikan bagi masyarakat pedalaman kerana
kurangnya guru pakar pengalaman dalam satu-
satu bidang.
• Suasana persekitaran Fizikal dan Sosio-Budaya
bagi kawasan pedalaman juga kurang meransang.
Tidak ada akses untuk ICT.
• Selain lokasi, jurang pendidikan juga wujud
antara jenis sekolah, kaum, jantina, taraf sosio-
ekonomi dan tahap keupayaan murid.
• Kesulitan menguasai 3M, kegagalan mencapai
standard minimum dan pelajar berisiko tinggi untuk
cicir dalam Sistem Pendidikan.
• Sudah menjadi tanggungjawab semua untuk
merapatkan jurang perbezaan tersebut. Sebagai guru,
kita bertanggungjawab untuk merealisasikan hasrat
kerajaan tersebut melalui dasar-dasar yang terdapat
dalam Kementerian Pelajaran.
• Jurang antara bandar dan luar bandar merujuk kepada
penyediaan infrastruktur, penempatan guru
terutamanya di ‘Sekolah Kurang Murid’ (SKM),
‘Sekolah Orang Asli’ dan ‘Sekolah di Pedalaman’.
USAHA-USAHA
MENGURANGKAN JURANG PENDIDIKAN
1) Pendidikan Khas
2) Rancangan Makanan Tambahan (RMT)
3) Program Pendidikan Orang Asli dan Penan
4) Program Pemulihan Kemahiran Membaca,
Menulis dan Mengira (PROTIM) murid
Tahun 4 Rintis 2007
5) Program Bimbingan Kemahiran Membaca,
Menulis dan Mengira (PROBIM) peringkat
sekolah menengah.
6) Perluasan sekolah
7) Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis
(KIA 2M)
8) Elaun khas mengikut lokasi dan tahap
kesusahan (EKMLTK)
SEKIAN,
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai