Anda di halaman 1dari 2

Latihan Kata Perintah Tahun 3

Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.

1. ______________ ( Jangan, Sila ) bermain di tepi sungai yang deras.

2. ______________ ( Minta, Jemput )lah datang ke rumah saya.

3. ______________ ( Tolong, Usah ) sapukan lantai bilik darjah.

4. ______________ ( Jangan, Sila )lah masuk ke dalam.

5. ______________ ( Minta, Jangan ) semua penonton bertenang.

6. ______________ ( Tolong, Jemput ) ambilkan saya segelas air suam.

7. ______________ ( Usah, Jangan ) kamu cari dompet itu lagi.

8. _______ ( Sila, Jemput ) buka kasut sebelum masuk ke dalam bilik komputer.

9. ____________ ( Tolong, Usah ) perlahankan radio itu kerana abang

sedang mengulang kaji pelajaran.

10. ____________ (Usah, Jangan)lah pukul anak kucing itu.

11. ______________ ( Jangan, Jemput ) makan kek yang saya buat ini, makcik.

12. ___________ ( Tolong, Usah ) jaga adik-adik dengan baik ketika ibu tiada di

rumah, Yati.

13. ______________ ( Tolong, Usah ) bimbang akan Minah, ayah.

14. ______________ (Harap, Jangan) bersabar dan mengikut giliran.

15. ______________ ( Minta, Jangan ) pergi ke mana-mana pada hari ini.

16. ______________ ( Tolong, Usah ) ambilkan beg sekolah itu, adik.

17. ______________ ( Jangan, Jemput ) pijak rumput di taman itu.

18. __________ ( Usah, Tolong ) tutupkan suis kipas sebelum keluar dari kelas.

19. ___________ ( Tolong, Harap ) kamu dapat menyiapkan kerja-kerja yang

saya berikan.

20. ______________ ( Jangan, Sila ) bercakap semasa berada di

dalam perpustakaan.
Latihan Kata Seru Tahun 3

Isi tempat kosong dengan kata seru yang betul.

Aduh Cis Nah Oh Syabas Hai Wah

1. __________, rupa-rupanya begini cara kamu menggunakan kamera digital !

2. ___________, berani kamu merosakkan telefon bimbit saya !

3. ____________, kawan-kawan ! Lihatlah komputer baru saya.

4. ___________, sakitnya tangan saya kerana terkena sterika yang panas itu !

5. ___________, ambil alat kawalan jauh kamu ini semula !

6. __________, kejayaan ini adalah kebanggaan untuk kita semua!

7. __________, berkereta besar engkau sekarang !