Anda di halaman 1dari 19

PENGENALAN

Pada era globalisasi ini, mata-mata tabloid tempatan khususnya akhbar dan majalah
sering menguar-uarkan isu berhubung gejala ponteng sekolah dan kelas . Malahan, tidak
keterlaluan jika diungkapkan bahawa saban hari kita disajikan dengan imlak-imlak berhubung
kait isu gejala ponteng sekolah dan kelas yang bukan sahaja menarik perhatian masyarakat
umum bahkan turut mendapat komen, reaksi dan respons daripada puncuk pimpinan negara.
Persoalan yang bertalu-talu datang dan berlegar-legar dalam benak kita adalah apakah faktor-
faktor berlakunya gejala buli dan peras ugut, kesan-kesan permasalahan ini serta cara
menanganinya ini untuk menangani gejala ponteng sekolah. Segala persoalan yang
dikemukakan dan diketengahkan di atas akan dibahas dan dikupas secara mendalam hingga ke
akar umbinya kerana genggam bara api biar sampai jadi arang.

Sesungguhnya, gejala ponteng sekolah dan kelas jitu ditakrifkan sebagai satu
perbuatan laknat yang dilakukan oleh dajal-dajal yang bertopengkan manusia dengan tidak
menghadiri ke kelas serta sekolah pada masa yang ditetapkan. Dalam konteks lain, seseorang
pelajar dianggap ponteng sekiranya tidak hadir ke sekolah tanpa sebab-sebab yang dibenarkan
pada hari persekolahan. Oleh yang demikian, ponteng merupakan istilah yang digunakan bagi
merujuk kepada apa jua kegagalan menghadiri kelas di sekolah secara sengaja tanpa alasan yang
munasabah.

Menurut Kamus Dewan, ponteng didefinisikan sebagai lari daripada tanggungjawab atau
tugas tanpa kebenaran. Selain itu, ponteng juga merujuk kepada pelajar yang menghadiri
sekolah tetapi tidak menghadiri kelas, sama ada salah satu kelas, beberapa kelas, ataupun
kesemua kelas dalam satu-satu hari tersebut.

Page | 3
ISI DAN HURAIAN

A. FAKTOR-FAKTOR

Kepincangan institusi keluarga telah dikenal pasti sebagai salah satu faktor dominan
berlakunya gejala ponteng sekolah. Kesibukan ibu bapa mengejar kekayaan dan kejayaan
serta bersikap materialistik dan individualistik sehingga jarang meluangkan masa bersama
anak-anak mengakibatkan anak-anak hilang perhatian dan kasih sayang. Anak-anak jarang
ditegur dan dididik sehingga anak-anak tidak dapat membeza baik dan buruk sesuatu
perkara seperti kata pepatah tidak bijak membeza antara kaca dan permata sehingga
sanggup mengabaikan pelajaran yang sepatutnya menjadi aset paling berharga dalam
menentukan masa depan seseorang. Ibu bapa jarang menekankan pendidikan agama di
rumah sehingga anak-anak tidak mengenal halal dan haram serta pahala dan dosa sesuatu
perkara. Ibu bapa sendiri menjadi model yang kurang sempurna dengan mempamerkan
tingkah laku negatif seperti merokok, mengambil minuman keras dan berjudi. Sebagai
akibatnya pengaruh rakan sebaya mendominasi kehidupan anak-anak. Pengaruh rakan
sebayalah yang mencetuskan masalah seperti lepak, lumba haram, dadah dan sebagainya
yang seterusnya mendorong seseorang remaja untuk ponteng sekolah. Malah, sikap
segelintir ibubapa yang terlalu memanja dan mempercayai anak-anak turut memudahkan
anak-anak terjebak dalam perkara negatif. Bukan itu sahaja tetapi, krisis rumah tangga dan
perpisahan yang berlaku antara ibu bapa turut menjadikan anak-anak sebagai mangsa
keadaan sehingga mengalami tekanan perasaan dan cepat terlibat dalam gejala ponteng
sekolah. Lantaran itulah, seseorang remaja yang gagal berfikir tentang masa depan mudah
terjebak dalam kejadian-kejadian ponteng sekolah. Keadaan ini boleh dikaitkan dengan kata
peribahasa Melayu bagaimana acuan begitulah kuihnya atau bapa borek anak rintik kerana
anak-anak sering diibaratkan umpama sehelai kain putih yang boleh dicorakwarnakan oleh
ibu bapa sekalian.

Selain itu, kemunculan pusat-pusat hiburan bagai cendawan tumbuh selepas hujan
turut menyuburkan gejala ponteng sekolah dalam kalangan pelajar kita. Kafe siber dan
Page | 4
pusat permaianan video yang begitu banyak di kawasan bandar termasuk pekan-pekan kecil
sering dijadikan medan pertemuan para remaja. Pelajar-pelajar kita yang disogokkan
dengan wang saku berlebihan oleh ibu bapa mendorong mereka mengunjungi kafe siber
dan pusat hiburan yang lain. Ketagihan akan internet dan permainan video ini akan
mendorong remaja untuk ponteng sekolah. Para pelajar yang seronok melayari internet dan
melepak di pust hiburan akan menghabiskan masa berjam-jam sehinggalah tamat waktu
persekolahan. Dengan itu, terbuktilah kepada kita bahawa kemunculan pusat-pusat hiburan
telah meningkatkan kadar ponteng sekolah dalam kalangan pelajar kita yang sudah
semestinya akan menggagalkan usaha kerajaan untuk melahirkan modal insan yang
cemerlang, gemilang dan terbilang.

Kelemahan dalam pelajaran juga adalah antara faktor pelajar terlibat dalam gejala
ponteng sekolah. Lazimnya, pelajar-pelajar yang lemah dalam pelajaran menangguhkan
kerja sekolah dan tidak membuat sebarang persediaan untuk pelajaran yang akan datang.
Keadaan ini mengakibatkan mereka banyak ketinggalan dalam pelajaran dan berasa bosan
berada di dalam kelas. Pada masa yang sama, mereka sering dimarahi oleh guru dan
dikenakan tindakan disiplin kerana gagal menyudahkan kerja sekolah ataupun tidur di dalam
kelas. Oleh itu, bagi melarikan diri daripada bebanan tugasan sekolah dan hukuman,
pelajar-pelajar kita mengambil jalan mudah dengan ponteng sekolah tanpa menyedari
hakikat bahawa tanpa pelajaran dan kelulusan akademik yang sewajarnya masa hadapan
mereka akan menjadi gelap-gelita dan kehidupan mereka umpama katak di bawah
tempurung.

Page | 5
B. KESAN-KESAN

Implikasi utama terhadap negara jika gejala ponteng sekolah dan kelas tidak diatasi
dengan segera akan menyebabkan negara kita kehilangan pelapis generasi kepimpinan yang
berwibawa pada masa depan. Hal ini demikian kerana golongan remaja dan belia yang akan
menerajui kejayaan negara kita pada masa akan datang mengalami keruntuhan moral dan
sering terbabit dalam gejala sosial. Infrastruktur negara turut akan musnah akibat gejala
sosial. Hal ini akan menyebabkan kerancakan pembangunan negara kita akan terbantut dan
keadaan sosioekonomi negara menjadi lembap kerana wujudnya gejala sosial dalam
kalangan masyarakat yang tidak mempunyai pemimpin. Hal ini bersangkut-paut dengan
menjejaskan proses pembangunan dan produktiviti negara sekiranya ramai anak muda kita
terlibat dalm gejala ini. Seterusnya, masalah sosial seperti pergaulan bebas dan menghisap
dadah juga akan meningkat serta menjejaskan imej negara kita di persada antarabangsa.
Sementelahan, kerajaan terpaksa menaggung beban kos yang tinggi akibat salah laku remaja
seperti membina pusat pemulihan dadah, menambah bilangan pegawai penguatkuasa dan
sebagainya. Sekiranya gejala ini semakin berleluasa di negara kita, negara lain akan enggan
memberi kerjasama politik manakala syarikat-syarikat besar di negara lain pula tidak akan
memberi pulangan yang baik disebabkan keadaan rakyat yang kurang bersatu padu dan
sering terlibat dalam gejala naïf. Tambahan pula, hal ini akan menjadi benteng penghalang
bagi kemasukan pelancong dan pelabur. Pada waktu yang sama, keamanan dan
kesejahteraan negara kita akan tergugat akibat masalah gejala ini. Kadar jenayah yang
berlaku di Malaysia akan meningkat sejajar dengan peningkatan gejala sosial. Selain itu,
anasir-anasir luar akan menerap masuk ke negara kita sekiranya generasi muda pada hari ini
tidak tahu menjaga akhlak diri. Ini sekali gus akan meningkatkan kos perbelanjaan kerajaan
untuk membanteras masalah ini. Akibatnya, rancangan pembangunan kerajaan terbengkalai
akibat kekurangan kos untuk menampung kos perbelanjaan untuk projek-projek tersebut.

Page | 6
Secara tidak langsung, negara kita tidak akan menjadi maju dan gagal merealisasikan impian
Wawasan 2020 untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang cemerlang.

Kita perlu menerima hakikat bahawa, seseorang individu yang kurang berakhlak dan
melibatkan diri dalam gejala ponteng akan dipandang serong dan dicemuh oleh masyarakat.
Oleh sebab individu tersebut sering terjebak dalam perkara-perkara negatif, orang lain akan
mempunyai persepsi yang buruk terhadapnya kerana individu tersebut kurang berakhlak
dan banyak melakukan dosa dengan melibatkan diri dalam gejala ponteng. Lama-kelamaan,
dia akan dipulaukan oleh masyarakat dan digelar sebagai ‘sampah masyarakat’. Selain itu,
masa depan individu turut terjejas. Akibat pandangan negatif daripada masyarakat, individu
tersebut akan sukar mencari pekerjaan untuk menyara kehidupannya kerana semua syarikat
berpendapat mereka akan menghadapi risiko sekiranya mengupah individu yang kurang
berakhlak ini kerana pekerja seperti ini membawa imej yang negatif terhadap syarikat
tersebut. Individu itu pun akan menganggur dan sukar untuk meneruskan kehidupannya
kerana tidak berpendapatan. Impian dan cita-citanya turut akan musnah akibat tidak
memiliki ilmu pembelajaran yang sempurna. Oleh sebab keadaan menjadi semakin terdesak
, individu itu mungkin akan menjadi pengemis untuk menagih simpati masyarakat ataupun
menjadi perompak untuk mendapatkan duit bagi melangsungkan kehidupan mereka. Di
samping itu, individu yang terjebak dalam gejala sosial seperti vandalism dan ponteng
sekolah akan mengalami kecederaan dari segi fizikal dan mental. Sebagai contoh, seandainya
seseorang individu terlibat dalam gejala ponteng sekolah dan kelas , dia akan terpesong
pegangan hidup dan menimbulkan sifat-sifat negatif dalam jiwanya. Pemikiran individu
tersebut akan tercemar dengan keburukan sehingga dia tidak mempunyai harga diri
langsung. Mereka akan selalu ingin mendapatkan perhatian orang lain kerana merasakan
diri mereka terpinggir serta mudah melepaskan perasaan dan geram terhadap sesiapa jua
akibat berasa tertekan dalam kehidupan. Faktor-faktor seperti ini akan menyebabkan
mereka untuk gagal menguasai pendidikan dalam usia yang muda mengakibatkan hidup
menjadi susah dan melarat sewaktu dewasa dan tua serta hidup menderita dalam
kemiskinan. Dengan keadaan sedemikian, golongan remaja akan dituduh sebagai

Page | 7
penderhaka kerana tidak menghargai dan membalas jasa ibubapa. Bak kata peribahasa,
seperti kacang lupakan kulit kerana tidak mengenang jasa dan bakti ibu bapa.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa, keruntuhan akhlak seseorang individu di sekolah
yang sering mengaktifkan diri sendiri dengan aktiviti yang naïf seperti ponteng kelas dan
sekolah akan memberi impak yang besar terhadap kebahagiaan dan keharmoniaan sesuatu
institusi kekeluargaan itu. Rumah tangga seseorang individu yang kurang berakhlak akan
menjadi porak-peranda dan sentiasa bertelingkah dan bergaduh antara satu sama lain.
Akibat wujudnya ketidakharmonian dalam institusi kekeluargaan, sesebuah keluarga itu
sudah pasti akan menghadapi penceraian ibu bapa. Hal ini akan menyebabkan masa depan
anak-anak dalam keluarga tersebut terbiar dan tidak terpelihara, seterusnya kehilangan
tempat bergantung. Tindakan remaja yang terlibat dalam gejala ini akan memcemari imej
keluarga dan ibubapa. Sebagaimana yang kita sedia maklum, tindakan remaja sebegini
bukan sahaja menyinggung perasaan ibu bapa tetapi turut menjadi contoh yang kurang baik
kepada adik-adik mereka. Dengan kata lain, kerana nila setitik, rosak susu sebelangga
kerana perangai buruk segelintir remaja seluruh anggota keluarga dan bangsa menerima
padah.

Sekiranya masalah ini tidak dibendung oleh pelbagai pihak, terutamanya pihak kerajaan,
dengan kadar segera, maka tidak hairanlah pada suatu hari nanti, masyarakat negara
Malaysia akan hancur dan keruntuhan akhlak remaja akan rosak dan binasa. Masyarakat di
negara kita akan menjadi porak-peranda, berpecah belah dan tidak bersatu padu. Akibatnya,
perasaan buruk dan prasangka akan timbul dalam masyarakat. Sikap saling mencurigai pula
akan bertakhta di hati masyarakat. Hal ini membawa kesan yang amat ketara apabila
berlakunya pergaduhan dalam masyarakat. Isu-isu perkauman akan wujud sekiranya
pergaduhan ini melibatkan dua kaum atau lebih. Banyak harta benda dan kemudahan yang
disediakan di tempat-tempat awam akan musnah dan amat menyusahkan sesiapa yang ingin
menggunakannya. Tindakan ini amat menyakitkan mata dan memalukan masyarakat
terutamanya apabila pelancong asing melancong di kawasan-kawasan seperti ini di negara
kita. Pada masa yang sama, kegiatan jenayah seperti merompak dan meragut akan

Page | 8
berleluasa di seluruh negara dan meningkat dari semasa ke semasa akibat kadar keruntuhan
akhlak masyarakat yang semakin meningkat. Semua gejala negatif ini akan menjejaskan
keharmoniaan dan menggangu kesejahteraan hidup masyarakat.

C. CARA-CARA

Antara cara untuk mengatasi gejala ponteng sekolah ialah ibu bapa perlu memainkan
peranan untuk mendidik dan memberi perhatian terhadap anak-anak supaya tidak terlibat
dengan gejala-gejala yang tidak sihat seperti ponteng sekolah. Hal ini demikian kerana banyak
masa anak-anak dihabiskan bersama ibu bapa di rumah. Hal ini juga cukup bertepatan dengan
langkah Kementerian Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat yang telah
mengisytiharkan cuti pada hari sabtu dan Ahad kepada semua pegawai kerajaan. Perkara ini
cukup membuktikan bahawa keprihatinan kerajaan Malaysia dalam menyediakan ruang dan
peluang kepada ibu bapa untuk bersama anak-anak. Oleh itu, Ibu bapa perlulah sentiasa
mengawal dan memerhati setiap gerak-geri atau tingkah laku anak-anak mereka dari semasa ke
semasa. Menurut respon yang ditemubual, Ibu bapa merupakan tulang belakang dalam
membentuk perilaku anak. Tahap sosial yang semakin meninggi menyebabkan keghairahan
mencari wang ringgit dan harta menjadi keutamaan. Wang ringgit diberikan sewenang-
wenangnya tanpa menyiasat bagaimana wang tersebut digunakan. Selain itu, keluar seawal jam
6 pagi dan pulang lewat malam, sememangnya masa yang diluangkan dengan anak-anak terhad.
Justeru, anak-anak bebas melakukan apa sahaja yang pastinya sesuatu yang menghiburkan dan
menyeronokkan. Di samping itu, sikap ibu bapa juga memainkan peranan dalam mempengaruhi
sikap anak-anak khususnya pelajar dalam melakukan setiap perbuatan. Ibu bapa seharusnya
menunjukkan sikap yang baik supaya dijadikan teladan kepada anak-anak sejak kecil lagi. Anak-
anak akan mengikut sikap baik ibu bapa yang ditunjukkan oleh ibu bapa itu untuk dilaksanakan
dalam kehidupan dan tidak akan melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah seperti
ponteng sekolah. Di samping itu, masalah-masalah peribadi ibu bapa seperti masalah kerja,
perbalahan hendaklah tidak perlu melibatkan anak-anak kerana akan mendatangkan tekanan
kepada mereka seterus amat mudah untuk mereka melakukan perkara-perkara negatif seperti
ponteng sekolah. Ingatlah, “segala-galanya bermula di rumah”. Begitulah ungkapan kalimah

Page | 9
tokoh filsuf terkenal, Franklin D Franklin, Maka ibu bapalah yang bertindak sebagai agen
pencorak utama membentuk karakter anak-anak agar mereka tidak mencetuskan cangkaliwang
pada pada hari akan datang. Justeru penerapan pendidikan yang sempurna pasti dapat
menangani gejala ini. 
Lain daripada itu, cara kedua yang perlu diambil untuk mengatasi gejala ponteng sekolah
ialah pihak sekolah yang berperanan dalam menangani gejala ponteng dalam kalangan pelajar.
Hal ini demikian kerana pihak sekolah merupakan pihak bertanggungjawab untuk mendidik atau
mengajar mahupun membentuk akhlak pelajar di sekolah. Pihak sekolah khususnya guru-guru
perlulah menerapkan nilai-nilai moral dalam kalangan subjek yang diajar supaya pelajar dapat
membezakan antara perkara baik atau perkara buruk sejak awal lagi. Penerapan nilai-nilai
berdisiplin dan bertanggungjawab kepada pelajar dapat mengelakkan pelajar daripada
melakukan gejala ponteng sekolah. Nilai-nilai tersebut dapat membentuk sikap dan pemikiran
manusia di mana penghayatan nilai-nilai murni akan membolehkan seseorang itu membuat
keputusan yang wajar dan bertanggungjawab ke atas akhlak dan perilakunya. Di samping itu,
pihak sekolah juga perlu mengadakan peruntukan undang-undang di peringkat sekolah. Hal ini
boleh menimbulkan rasa takut di kalangan pelajar dan pelajar tidak akan melakukan sesuatu
yang negatif seperti ponteng sekolah.
Jenis tindakan yang boleh diambil ke atas kesalahan ponteng sekolah:

1.1.KaunselingKaunseling
2.2.AmaranAmaran
3.3.Merotan (sekali)Merotan (sekali)
4.4.Merotan (2 kali)Merotan (2 kali)
5.5.Merotan (3 kali)Merotan (3 kali)
6.6.Merotan melebihi 3 kali Merotan melebihi 3 kali
7.7.Gantung sekolah Gantung sekolah
8.8.Buang sekolah Buang sekolah
9.9.Tindakan polis Tindakan polis

Page | 10
(Unit Disiplin (1990), Rekod Disiplin Murid, Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia,
1990)Kementerian Pendidikan.

Menurut responden yang ditemu bual juga, Pelajar yang ditangkap atas kesalahan ponteng akan
dirujuk kepada kaunselor untuk mengenal pasti  punca yang menyebabkan pelajar berkelakuan
sedemikian. Seterusnya  pihak sekolah akan memaklumkan kepada ibu bapa berkaitan salah
laku pelajar yang ponteng, pada kebiasaannya guru menjemput ibu bapa untuk hadir ke
sekolah. Perbincangan kebiasaannya melibatkan pihak pentadbir, guru disiplin, guru tingkatan
guru-guru mata pelajaran dan pelajar itu sendiri. Semua pihak yang terlibat berusaha mencari
solusi terbaik supaya pelajar tidak mengulangi kesalahan tersebut. Sehubungan dengan itu,
denda juga akan menjadi teladan kepada semua murid-murid supaya tidak mengulangi perkara
yang sama. Seterusnya, pihak sekolah perlu mengadakan aktiviti-aktiviti yang berbentuk
motivasi dan kesedaran kepada murid-murid seperti kempen jangan ponteng dan ceramah-
ceramah motivasi yang akan membantu meningkatkan minat murid terhadap pembelajaran.

Media massa juga memainkan peranan dalam menangani gejala pelajar ponteng
sekolah. Hal ini kerana keberkesanan media massa dalam mempengaruhi minda memang tidak
dapat disangkal lagi.  Selain itu, media massa juga dikatakan saluran komunikasi dan informasi
yang penting buat masyarakat. Oleh itu, media massa elektronik seperti televisyen boleh
memapar kesan gejala ponteng di kalangan pelajar sekolah agar boleh menjadi pengajaran
kepada mereka. Kesan gejala ponteng akan menyebabkan pelajar terlibat dengan gejala-gejala
yang tidak sihat seprti menghisap dadah, seks bebas dan sebagainya. oleh itu, media massa
haruslah memainkan peranan untuk menyebarkan iklan-iklan nasihat dengan penerapan nilai-
nilai moral supaya dapat memberi pengajaran kepada semua pihak. Selain itu, berita dan
rencana mengenai gejala ponteng yang disiarkan oleh media cetak juga mampu memberi
pengajaran dan maklumat kepada kita semua. Semua perkara yang dilaporkan oleh media masa
sudah pasti memberi pelbagai pendapat yang wujud lalu menjadikan masyarakat kita sedar dan
membuat perbandingan kehidupan mereka dengan berita yang didengari. Melalui media massa,
masyarakat lebih peka terhadap gejala-gejala yang berlaku dan akan mengambil tindakan yang
sewajarnya apabila melihat gejala tersebut. Sikap bertanggungjawab dalam diri setiap anggota
Page | 11
masyarakat penting dalam menangi gejala ponteng sekolah ini dan tidak berleluasa. Di samping
itu, media massa juga haruslah tidak menayangkan cerita-cerita, program atau iklan-iklan yang
bersifat negatif seperti cerita berunsur gengster. Hal ini demikian kerana akan mendorong
remaja terutamanya para pelajar untuk meniru aksi-aksi tersebut seperti merokok, menghisap
dadah, gam, berlumba haram dan secara tidak langsung akan terlibat dengan gejala ponteng
sekolah. Oleh itu, media massa banyak memberi peranan dalam usaha untuk membentuk
akhlak masyarakat dan menangani gejala sosial khususnya ponteng sekolah.

Page | 12
PENUTUP

Akhirulkalam, kita perlu menerima realiti bahawa masalah ponteng sekolah dan kelas di
negara kita memang menampakkan lonjakan drastik yang bukan sahaja merimaskan masyarakat
malah turut mencemaskan pemimpin-pemimpin negara. Walau bagaimanapun, tidak
keterlaluan jika dikatakan bahawa masalah ponteng sekolah dan kelas di negara kita masih
rendah dan terkawal jika dibandingkan dengan negara-negara lain di dunia khususnya di Eropah
dan Asia. Malahan, kita mengakui bahawa masalah ponteng sekolah di negara kita masih berada
di peringkat kulit dan belum lagi menyerang urat dan isi. Dengan yang demikian, adalah
menjadi tanggungjawab semua pihak termasuk institusi keluarga, institusi agama, masyarakat,
media massa, swasta dan pihak kerajaan untuk menggembleng tenaga bagi membanteras
masalah ponteng sekolah dan kelas dari bumi Malaysia kerana bertepuk sebelah tangan tidak
akanberbunyi.

Page | 13
LAMPIRAN
1. ARTIKEL AKHBAR

Page | 14
2. ARTIKEL AKHBAR

Page | 15
3. ARTIKEL AKHBAR

Daripada Utusan ARKIB: 30/10/2007 Mesti bijak tangani ponteng sekolah

ISU ponteng sekolah selepas peperiksaan hangat diperkatakan pada penghujung tahun lepas iaitu
selepas pihak sekolah dan kementerian menyedari bahawa ramai pelajar lepasan Penilaian Menengah
Rendah (PMR) dan tingkatan empat tidak datang ke sekolah selepas tamat peperiksaan.

Pada masa itu, Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Noh Omar mencadangkan supaya peperiksaan akhir
tahun untuk tahun-tahun akan datang (bermula tahun ini) diadakan pada saat-saat akhir sesi
persekolahan untuk mengelak gejala ponteng sekolah. Walaupun tidak semua bersetuju dengan
pendekatan tersebut, tetapi kita tidak tahu apa sebenarnya tindakan susulan yang dilakukan oleh
kementerian. Ini kerana jika ditinjau senario sekarang, ponteng sekolah masih berlaku kerana
kebanyakan sekolah sudah mengadakan peperiksaan akhir tahun mereka sebelum Hari Raya lagi.

Tahun ini, isu yang sama timbul semula dan dibangkitkan oleh menteri yang sama. Beliau melahirkan
kebimbangan apabila ramai pelajar ponteng sekolah dan tidak pandai memanfaatkan masa selepas
peperiksaan berakhir. Apa yang jelas, ada pelajar lepasan PMR yang sekejap ‘‘tenggelam timbul’’
seminggu sebelum Hari Raya Aidilfitri lagi. Ada pelajar tingkatan empat yang jarang muncul di sekolah
selepas peperiksaan tamat seolah-olah cuti panjang sudah bermula. Sehubungan itu, kementerian sudah
menghantar surat pekeliling kepada semua sekolah terbabit supaya dapat merangka pelbagai aktiviti
berfaedah kepada pelajar-pelajar dengan harapan pelajar-pelajar akan lebih tertarik untuk ke sekolah
dan bukannya berada di rumah atau menghabiskan masa di tempat-tempat lain.

Dalam soal ini, selain pihak sekolah yang memainkan peranan penting, ibu bapa tidak terkecuali dalam
memikul tanggungjawab mereka untuk memastikan hala tuju anak-anak mereka kelak. Ponteng sekolah
bukanlah amalan yang baik kerana rekod buruk ketidakhadiran pelajar ke sekolah boleh menjejaskan
kepercayaan pelbagai pihak terutamanya apabila pelajar ingin meneruskan pendidikan ke peringkat
yang lebih tinggi dan juga apabila mereka hendak melangkah ke alam pekerjaan.Ibu bapa yang tidak
mengambil kisah soal anak-anak tentunya suka anak-anak mereka berada di rumah. Ibu bapa juga
mudah terpedaya dengan alasan anak-anak kononnya tiada apa lagi yang boleh dibuat di sekolah
selepas selesainya peperiksaan.

Hakikatnya, ibu bapa tidak boleh menelan bulat-bulat dakwaan tersebut. Ibu bapa mestilah
menghubungi pihak sekolah dan bertanyakan kedudukan sebenarnya. Ibu bapa mestilah mengambil
Page | 16
tahu perkembangan anak-anak mereka dengan lebih terperinci dan mestilah memahami pelbagai isu
yang melanda dunia pelajar sekolah masa kini, terutamanya gejala negatif yang mungkin juga
melibatkan anak-anak mereka.

Manakala, pihak sekolah pula mestilah mengadakan aktiviti-aktiviti berfaedah untuk pelajar-pelajar ini.
Membiarkan mereka tanpa sebarang aktiviti akan menyebabkan para pelajar menjadi bosan dan
bertindak ponteng sekolah.

Oleh sebab ramai yang beranggapan bahawa sistem pendidikan di negara kita lebih berorientasikan
peperiksaan, maka ia patut diubah selaras dengan tindakan memantapkan lagi aktiviti luar darjah, sukan,
persatuan, lawatan-lawatan ke tempat-tempat tertentu dan sebagainya supaya pelajar dapat mengisi
masa lapang mereka selepas peperiksaan. Paling penting dalam soal ini ialah tindakan tegas mesti
diambil oleh pihak sekolah ke atas pelajar-pelajar yang ponteng sekolah tanpa sebab munasabah. Pihak
sekolah mestilah menghubungi terlebih dahulu ibu bapa dengan cara menghantar surat dengan
menjelaskan aktiviti-aktiviti yang dirancangkan untuk anak-anak mereka selepas peperiksaan.

Persatuan Ibu Bapa Guru juga mestilah memainkan peranan penting dalam usaha menangani gejala ini.
Tetapi, apa yang menjadi masalahnya ialah sambutan ibu bapa dalam mesyuarat ibu bapa dan guru
terutamanya di kawasan luar bandar tidak begitu menggalakkan.

Adalah sukar bagi pihak sekolah membentuk pelajar-pelajar bermasalah ini kerana kebanyakan ibu bapa
tidak memberi kerjasama dalam soal ini. Sebenarnya ibu bapa mesti menyedari bahawa kebanyakan
anak mereka yang ponteng sekolah lebih cenderung untuk terlibat dalam gejala tidak sihat di luar
sekolah.

– M. JASNI MAJED, Bukit Kapar, Selangor.

Page | 17
4. BAHAN DARI INTERNET
1 Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas. Diambil daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Ponteng
Kategori: Jenayah l Pendidikan

Ponteng adalah istilah yang digunakan bagi merujuk kepada apa jua kegagalan menghadiri kelas di sekolah secara sengaja tanpa
alasan yang munasabah. Menurut Kamus Dewan, ponteng didefinisikan sebagai lari daripada tanggungjawab atau tugas tanpa
kebenaran. Istilah tersebut digunakan bagi kes ketidakhadiran yang berpunca daripada keinginan pelajar itu sendiri, dan bukannya
kes-kes yang "dimaafkan" seperti sakit, kemalangan dan sebagainya. Definisi sebenar mungkin berbeza mengikut sekolah, tetapi
biasanya diterangkan secara jelas di dalam peraturan sekolah.

Ponteng juga merujuk kepada pelajar yang menghadiri sekolah tetapi tidak menghadiri kelas, sama ada salah satu kelas, beberapa
kelas ataupun kesemua kelas dalam satu-satu hari. Di sesetengah sekolah, pelajar yang ponteng akan hilang kelayakan untuk
tamat sekolah ataupun menerima jam kredit bagi kelas yang tidak dihadiri, sehinggalah kekurangan tersebut diisi melalui tahanan
kelas, denda ataupun kelas gantian.

[sunting] Punca gejala ponteng

Suasana persekitaran sekolah yang berubah akibat proses urbanisasi, seperti pembinaan arked permainan video, kafe
siber atau pusat membeli-belah berhampiran sekolah

1. Pengaruh media elektronik

2. Kurangnya kasih sayang serta pemantauan daripada ibu bapa

3. Pengaruh rakan sebaya

4. Persekitaran sekolah yang kurang kondusif serta dibebani tekanan, umpamanya guru yang terlalu garang

[sunting] Menangani pelajar ponteng

Kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia amat memandang serius akan gejala ponteng sekolah, memandangkan gejala ini
seterusnya akan membawa kepada permasalahan sosial yang lebih teruk seperti gejala maksiat dan samseng remaja. Oleh itu, di
beberapa tempat seperti di Lembah Klang, Polis Diraja Malaysia menempatkan beberapa anggota polis bagi memantau kawasan
tumpuan remaja bagi mengesan pelajar ponteng, dan sekiranya pelajar yang didapati ponteng tertangkap maka ibu bapa
berkemungkinan akan dikenakan tindakan.

Untuk membolehkan penguatkuasaan larangan ponteng dapat dilaksanakan secara menyeluruh, orang ramai diseru agar
melaporkan kepada polis sekiranya terserempak dengan pelajar yang ponteng sekolah. Selain itu, pihak berkuasa tempatan juga
turut mengambil inisiatif bagi menangani gejala ponteng dengan menyertakan syarat remaja berpakaian seragam sekolah tidak
boleh memasuki premis mereka sebagai salah satu syarat bagi mengeluarkan lesen bagi kafe siber dan arked permainan video. Di
samping itu, pihak sekolah juga perlu menyediakan suasana persekolahan yang kondusif serta tidak menekan pelajar untuk
menarik minat pelajar agar terus menghadiri kelas. Guru-guru juga disaran supaya bersikap ramah serta tidak terlalu garang
dengan pelajar.

Paling penting, ibu bapa seharusnya memainkan peranan bermula dari akar umbi bagi mencegah anak-anak mereka daripada
ponteng sekolah. Mereka seharusnya memerhatikan gerak-geri anak mereka, dengan siapa anak mereka berkawan, kerap
menghubungi pihak sekolah serta memeriksa beg sekolah anak mereka sebagai bukti sama ada anak-anak mereka menghadiri
sekolah atau tidak. Ibu bapa juga tidak seharusnya terlalu mempercayai anak-anak mereka kerana sikap terlalu memanjakan anak
sudah tentunya bakal memakan diri sendiri kelak.

[sunting] Rujukan

 Yahaya, Azizi and Hashim, Shahrin and How , Lee Chan and Boon, Yusof (2007)  Faktor–Faktor yang Mempengaruhi
Gejala Ponteng Di kalangan Pelajar Sekolah Menengah Johor . unspecified . pp. 1-20. (Universiti Teknologi Malaysia)

Page | 18
 Aliran Pemikiran Pendidik Malaysia - Mengesan Ciri-ciri Pelajar Ponteng Sekolah

1. GAMBARAN

Page | 19
RUJUKAN

 Mohd Arif Hj Ismail, Mohd Jasmy Abd. Rahman & Rosnaini Hj. Mahmud.

2005. Nilai-nilai murni dan pendidikan bersepadu: ke arah kemanusiaan

sejagat. Prosiding wacana Pendidikan Islam (Siri 4): Pendidikan Islam ke

arah kemanusiaan sejagat. Bangi: Fakulti Pendidikan UKM.

 (1990) Buku Rekod Salah Laku Masalah Disiplin, Unit Disiplin Bahagian Sekolah (tidak

diterbitkan si ambil daripada : http://pusaka02.blogspot.com/2008/06/intervensi-dalam-


menangani-masalah_09.html

 Waty Md. Nor, Classroom Management: Organizational Behavior Theories, Majalah


Pendidik, April 2006.

Page | 20
 Bahan internet (“http//ms. Wikipedia.org/wiki/ponteng” Kategori: jenayah/pendidikan)

 Kamus Dewan, edisi terbaru, 2007.

 Profil Sekolah SMK A, Bandar N, Negeri Y

 Zainal Abidin bin Ahmad (2007) Pendita Za’ba, Perangai Bergantung Kepada Diri Sendiri,
Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Page | 21