Anda di halaman 1dari 39

1.

0 PENGENALAN

Pengurusan ialah satu perkara yang tidak dapat dipisahkan dengan manusia. Menurut James

A.F Stoner & Charles Wienkel menyatakan bahawa ‘pengurusan adalah proses merancang,

mengorganisasi , memimpin dan mengawal daya usaha anggota organisasi dan menggunakan

sumber-sumber lain dalam organisasi bagi mencapai matlamat organisasi yang ditetapkan.

Tambahan pula pengurusan sebagai proses perancangan, penyusunan, pengarahan dan pengawalan

usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan semua sumber organisasi untuk mencapai matlamat

organisasi. Pengurusan juga dikaitkan dengan pentadbiran malahan mempunyai tiga konsep yang

penting iaitu pengurus, organisasi dan tatacara atau garis panduan yang sedia ada. Pengurus

bertindak sebagai ketua yang mengurus dan juga bertindak sebagai pelaksana. Secara keseluruhan,

pengurusan dapat diklasifikasikan sebagai satu proses kerja yang terancang dan dilaksanakan secara

sistematik dan teratur.

Konsep kokurikulum ialah Seterusnya, menurut Kerr (1971) kokurikulum adalah satu aktiviti

dan pengalaman pembelajaran yang dirancang dan dibimbing oleh sesuatu instituisi pendidikan

untuk mencapai sesuatu tujuan. Aktiviti ini merupakan satu pengalaman yang dilakukan secara

perseorangan atau berkumpulan di dalam atau di luar bilik darjah . Konsep kegiatan kokurikulum

adalah merupakan satu pengajaran yang praktik, mengajar pelajar apa yang tidak dapat diajar di

dalam bilik darjah. Kegiatan ini menurut Arasoo (1995) bertujuan menyumbang kepada

perkembangan kurikulum sekolah yang menyeluruh dan sempurna.

Peranan kokurikulum sebagai salah satu agen pembangunan modal insan secara holistik

memerlukan keseimbangan antara akademik dan sahsiah. Mohd Fazli Hassan (2013) dalam

kajiannya telah menyatakan bahawa aktiviti kokurikulum adalah penting dalam membantu pelajar

melengkapkan dan memperkukuhkan proses pembelajaran di dalam kelas, disamping dapat

menunjukkan perubahan tingkah laku serta mempengaruhi sahsiah dan emosi pelajar.

1
1.1 PENYATAAN MASALAH

Kokurikulum mempunyai kepentingan kepada semua sekolah. Walaupun sesetengah orang

mengatakan bahawa kokurikulum ini tidak penting tetapi sebenarnya kokurikulum ini sangat penting

untuk pelajar, guru dan sekolah. Aktiviti kokurikulum ini memberikan banyak manfaat kerana

melalui aktiviti kokurikulum ini pelajar yang berpotensi dalam sukan, kelab atau persatuan dapat

mengasah bakat pelajat tersebut. Kokurikulum ini dapat membantu mencungkil dan mengembangkan

bakat serta minat pelajar dalam bidang yang mereka minati. Selain itu, kokurikulum ini juga

melibatkan pembelajaran secara tidak formal di mana pelajar dapat bergaul dan berinteraksi dalam

masyarakat. Negara kita merupakan negara yang yang berbilang kaum. Jadi dengan adanya aktiviti

ini akan membuatkan mereka lebih terdedah dengan keadaan hidup bermasyarakat yang hidup

berbilang kaum. Kokurikulum juga dapat melatih pelajar bekerja secara berkumpulan dan

bekerjasama di mana dengan ini aktiviti ini dapat menyediakan pelajar kepada cara hidup

bermasyarakat. Namun begitu, terdapat beberapa permasalahan yang menjadi penghalang kepada

objektif kokurikulum tercapai sepenuhnya.

Antara perkara yang menjadi permasalahan kepada pengurusan kokurikulum yang berkesan

adalah penglibatan murid di dalam aktiviti kokurikulum yang dijalankan oleh pihak sekolah. Ini

merupakan masalah yang sering dihadapi oleh mana-mana sekolah kerana ramai pelajar yang masih

lagi tidak memahami mengenai kepentingan kokurikulum kepada mereka. Mereka beranggapan

bahawa aktiviti kokurikulum tidak memperolehi sebarang manfaat daripada aktiviti yang dijalankan

malah mereka juga merasakan bahawa semua aktiviti tersebut hanya merugikan masa mereka sahaja.

Jadi kadang-kala ini menjadi masalah kepada pihak sekolah kerana ketidakhadiran mereka akan

menjejaskan prestasi sekolah. Hanya segelintir pelajar sahaja yang menunjukkan minat mereka

dalam aktiviti kokurikulum.

Disebabkan oleh kurang penglibatan pelajar di dalam aktiviti kokurikulum telah

menyebabkan terdapat beberapa unit kokurikulum menjadi kurang memberangsangkan. Hal ini

2
demikian kerana, walaupun kadang-kala beberapa unit kokurikulum telah lama diperkenalkan di

sekolah tetapi masih lagi kurang aktif kerana murid kurang berminat untuk menyertai. Tambahan

pula, lazimnya kecemerlangan seseorang seringkali dinilai menerusi pencapaian akademiknya. Hal

ini sekaligus menyebabkan aktiviti kokurikulum dianggap tidak begitu penting dan diambil ringan

oleh pelajar, ibu bapa dan guru.

Seterusnya, peruntukan kewangan yang terhad kepada beberapa aktiviti kokurikulum sahaja.

Selalunya peruntukan kewangan untuk kokurikulum mempunyai had bagi setiap unit kokurikulum

jadi sekolah akan memberi peruntukan kepada unit kokurikulum yang lebih penting. Tetapi kadang-

kadang peruntukaan yang diberikan juga masih lagi tidak mencukupi. Jadi pelajar harus mencari

sumber kewangan yang lain.

Kesimpulannya, pihak yang berkenaan perlulah memainkan peranan bagi menyelesaikan

permasalahan yang dihadapi bagi menjadikan pengurusan kokurikulum berkesan. Malah

permasalahan ini perlu dipandang serius kerana masalah kecil seperti ini mampu menjejaskan

pengurusan kokurikulum di sekolah.

1.2 OBJEKTIF KAJIAN

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pelaksanaan pengurusan kokurikulum di sekolah.

Oleh itu, tujuan kajian ini di jalankan adalah untuk mencapai beberapa objektif. Antara objektif yang

hendak dicapai adalah:

1) Apakah peranan dan tanggungjawab pihak pentadbiran dalam pengurusan kokurikulum di

sekolah?

2) Bagaimana jawatankuasa pengurusan dapat membantu dalam melancarkan pengurusan

kokurikulum yang dijalankan di sekolah?

3) Mengenalpasti perjalanan aktiviti unit kokurikulum di sekolah

3
1.4 DEFINISI KONSEP

Menurut Singarimbun dan Effendi (2009) menguraikan Pengertian Konsep atau Definisi

Konsep adalah generalisasi dari sekelompok fenomena tertentu, sehingga dapat dipakai untuk

menggambarkan barbagai fenomena yang sama.” Konsep merupakan suatu kesatuan pengertian

tentang suatu hal atau persoalan yang dirumuskan. Dalam merumuskan kita harus dapat

menjelaskannya sesuai dengan maksud kita memakainya.

Pengurusan

Menurut Harold koontz & Heinz Wiehrich mentakrifkan pengurusan sebagai proses

merancang dan memelihara persekitaran apabila individu bekerja bersama-sama dalam kumpulan,

mencapai matlamat terpilih dengan berkesan. sebagai pengurus, manusia menjalankan fungsi

pengurusan dalam perancangan, pengorganisasian, pengstafan, kepimpinan dan pengawalan.

Manakala Wan Azmi merumuskan pengurusan adalah satu aktiviti perancangan dan pergerakan

atau panduan oleh sesuatu perusahaan atau organisasi berhubung dengan segala kaedah, peraturan,

juga tanggungjawab dan tugas-tugas kakitangannya itu.

Dalam kata lain pengurusan terdiri daripada pengarahan dan pengawalan sebuah kumpulan

yang terdiri daripada satu atau lebih orang atau entiti untuk tujuan menyelaraskan dan

mengharmonikan kumpulan tersebut untuk mencapai sesuatu matlamat. Ia sering merangkumi

penggunaan sumber-sumber manusia, kewangan, dan teknologi, serta juga sumber alam semula jadi.

Pengurusan juga boleh merujuk kepada seorang atau sekumpulan orang yang menjalankan fungsi

pengurusan.Kata kerja "mengurus" datangnya daripada perkataan bahasa Itali, maneggiare

(menangani — khususnya, seekor kuda), yang pada dirinya diterbitkan daripada perkataan Latin,

manus (tangan). Perkataan bahasa Perancis, mesnagement (kemudiannya ménagement), telah banyak

4
mempengaruhi perkembangan maksud perkataan bahasa Inggeris, management pada abad-abad ke-

17 dan ke-18.

Kokurikulum

Menurut kamus dewan edisi keempat, kokurikulum didefinisikan sebagai sebahagian daripada

kurikulum asas iaitu kegiatan ataupun aktiviti selain mata pelajaran yang diajarkan dalam bilik

darjah yang dianggap sebagai sebahagian kursus pendidikan pelajar di sekolah. Misalnya dalam

persatuan-persatuan, kegiatan kesukanan dan sebagainya.

Aktiviti kokurikulum adalah sebahagian daripada kurikulum sekolah, dan setiap murid harus

melibatkan diri. Aktiviti ini boleh dijalankan di dalam dan di luar bilik darjah, mengikut kesesuaian

sesuatu aktiviti. Dengan andaian bahawa murid-murid tidak mendapat pengalaman tertentu di bilik

darjah, maka aktiviti kokurikulum dapat menyediakan pelbagai pengetahuan dan pengalaman untuk

perkembangan mental, minat, bakat, jasmani, rohani dan pembentukan nilai-nilai estetika serta sosial

yang positif . (http://2abzteam.blogspot.my/2011/06/ko-kurikulum.html)

Beberapa orang cendekiawan mempunyai definisi ataupun pemahaman yang berbeza

mengenai kokurikulum. Menurut Abu Bakar Nordin (1991) , kokurikulum merupakan aktiviti yang

dianjurkan oleh pihak sekolah dan ia dilakukan di luar bilik darjah. Aktiviti-aktiviti ini meliputi

bidang seperti sukan, permainan , badan beruniform dan juga aktiviti kelab serta persatuan.

Menurut Yahya Don, Siti Noor Ismail, Siti Hajar Mohammad Yusoff dan Zuraidah Juliana

Mohammad Yusof, mereka menyatakan kokurikulum sekolah sebagai suatu program atau aktiviti

luar kelas, yang diawasi oleh pihak sekolah serta disediakan pembelajaran yang berkaitan dengan

kurikulum dan pengalaman pembinaan watak. Ia juga dikenali sebagai pendidikan pada masa lapang,

kurikulum tambahan , dan juga aktiviti kelas tambahan.

5
Maka aktiviti kokurikulum boleh dirumuskan sebagai aktiviti pembelajaran yang melibatkan

gerak kerja yang sistematik serta dilaksanakan dalam waktu persekolahan dan bukan waktu

persekolahan serta ia dilakukan di luar bilik darjah.

1.6 KEPENTIGAN KAJIAN

Melalui kajian ini terdapat pelbagai kepentingan yang dapat ditonjolkan melalui perlaksanaan

kokurikulum dan juga kepentingan pengurusan kokurikulum di sekolah.

Nilai kokurikulum adalah penting terutamanya bagi para pelajar kerana matlamat utama

kokurikulum dilaksanakan adalah sangat penting bagi pelajar. Sudah sedia tahu, perlaksanaan yang

baik dari segi pengurusan kokurikulum oleh pihak sekolah, dapat membantu para pelajar dalm

memperkembangkan intelek, jasmani dan rohani secara optimum. Malahan para pelajar dan guru

juga dapat memperkayakan dan meluaskan ilmu dan kemahiran yang ada. Secara tidak langsung,

dapat memberi pengalaman kepada pelajar dan manfaat yang berguna.

Kegiatan kokurikulum dianggap sangat berkesan kepada pelajar ialah untuk memupuk

keseimbangan perkembangan mental dan perkembangan rohani, jasmani dan sosial pelajar. Aktiviti-

aktiviti kokurikulum memberi arah dan hala tuju kepada pelajar supaya menceburkan diri dalam

kegiatan yang berfaedah. Berikutan penceburan dalam kegiatan ini, diharapkan dengan kemahiran-

kemahiran yang dipelajari melalui aktiviti-aktiviti tersebut boleh memupuk gaya hidup yang sihat.

Kegiatan kokurikulum juga dapat mengukuhkan interaksi antara pelajar dan sekaligus memupuk

integrasi antara kaum di samping memupuk sifat kesopanan, berdikari, kerajinan bekerja, berdisiplin

dan patuh kepada undang-undang yang boleh membentuk pelajar supaya menjadi warganegara yang

berguna.

Di samping itu , kepentingan kepada Negara ialah dimana kokurikulum di sekolah telah

menjadi sebahagian daripada sistem pendidikan di Malaysia ketika ini. Ianya telah menjadi satu

6
kegiatan yang diwajibkan kepada setiap pelajar di semua sekolah menengah dan sekolah rendah.

Aktiviti kokurikulum dianggap penting sebagai alat untuk memenuhi hasrat unggul dasar pendidikan

kebangsaan, iaitu perpaduan di kalangan pelajar-pelajar yang terdiri dari berbilang kaum. Laporan

Jawatankuasa Kabinet (1979) telah menyatakan bahawa semua pelajar hendaklah digalakkan supaya

mengambil bahagian yang lebih aktif dalam aktiviti kokurikulum. Setiap pelajar perlu menyertai satu

badan beruniform, satu sukan atau permainan dan satu kelab atau persatuan di sekolah. Antara tujuan

aktiviti kokurikulum diadakan di sekolah ialah untuk memberi pengalaman kepada pelajar-pelajar

yang akan membantu mereka dalam mencapai kehidupan yang sempurna.

Seterusnya, kegiatan kokurikulum yang dijalankan dapat menjalin hubungan silaturahim

serta menyemai nilai-nilai murni dalam diri para pelajar,Hal ini kerana melalui sesuatu

aktiviti,mereka akan berganding bahu melaksanakan tugasan yang diberikan. Mereka akan bergaul

mesra dan mengenali pelajar-prlajar lain yang terdiri daripada pelbagai etnik.Para pelajar juga

berpeluang memahami adat resam dan kepercayaan kaum-kaum lain.Dengan ini perpaduan

dapat diwujudkan dan impian Malaysia untuk mempunyai masyarakat majmuk yang harmoni .

Disamping itu,aktiviti kokurikulum juga merupakan satu wahana untuk menyemai nilai-nilai

murni dalam sanubari pelajar supaya menjadi insan yang kamil dan soleh. Melalui aktiviti

berpasukan,nilai-nilai murni seperti bekerjasama hormat-menghormati,kesopanan dan sebagainya

dapat diterapkan dan disebatikan dalam diri para pelajar. Dalam masa yang sama,mereka juga

diterbiah untuk mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.Secara tidak

langsung,mereka juga turut melalui proses pembentukan peribadi yang sempurna seperti peribahasa

Melayu. Benarlah bahawa kokurikulum ini mampu memberikan kesan keharmonian kepada

penduduk masyarakat Malaysia.

Dalam masyarakat Malaysia yang mempunyai pelbagai bangsa, kaum, agama dan budaya

perpaduan yang erat adalah penting dalam menjamin kesejahteraan masyarakatdalam mengejar

kemajuan individu, keluarga dan negara. Jawatankuasa PelaksanaanMengkaji Dasar Pelajaran 1979,

7
menjelaskan bahawa aktiviti kokurikulum dapat menggalakkan semangat berkumpulan, bekerjasama

dan menghormati peraturan. Penyertaan murid dalam pasukan badan beruniform, persatuan dan

sukan dapat menyemai perasaan muhibah, perpaduandan integrasi nasional. Kokurikulum

merupakan pelengkap ke arah pendidikan holistik bukan hanyadari segi peningkatan dan

pengembangan kemahiran sosial, afektif dan psikomotor sahaja malah untuk mengukuhkan lagi

interaksi, toleransi dan integrasi antara kaum .

Kepentingan kokurikulum kepada masyarakat ialah dalam membina kemahiran bersosial dan

berpendapat bahawa kegiatan kokurikulum yang mantap dapat memperkukuhkan interaksi antara

murid dan sekali gus memupuk integrasi antara kaum dalam masyarakat majmuk di negara kita.

Interaksi dan integrasiyang baik akan mengujudkan perpaduan dan kerjasama yang baik.Pergaulan

dan interaksi banyak berlaku melalui aktiviti kokurikulum. Atas dasar ini, sekolah perlu

mempelbagaikan aktiviti yang menjurus ke arah menanamkan sifat psikososial yang diinginkan.

Melalui sukan dan permainan, berlaku pembentukan pasukan atau team building yang memupuk

semangat menyumbang secara kolektif atau berkumpulan.

Aktiviti persatuan dan kelab serta pasukan badan beruniform jugamenekankan kepada

pergaulan dan khidmat masyarakat. Interaksi sosial yang berlakusemasa pelaksanaan aktiviti

kokurikulum tersebut dapat menyemai nilai-nilai murni disamping memupuk dan menanam perasaan

kekitaan antara murid pelbagai kaum yangmempunyai latar belakang dan cara hidup yang berlainan.

Melalui aktiviti kokurikulum,murid boleh berinteraksi antara satu sama lain dengan lebih realistik

tanpa memilihdarjat, kaum atau agama.yang memupuk semangat menyumbang secara kolektif atau

berkumpulan. Aktiviti persatuan dan kelab serta pasukan badan beruniform juga menekankan kepada

pergaulan dan khidmat masyarakat. Interaksi sosial yang berlakusemasa pelaksanaan aktiviti

kokurikulum tersebut dapat menyemai nilai-nilai murni disamping memupuk dan menanam perasaan

kekitaan antara murid pelbagai kaum yangmempunyai latar belakang dan cara hidup yang berlainan.

8
Melalui aktiviti kokurikulum,murid boleh berinteraksi antara satu sama lain dengan lebih realistik

tanpa memilihdarjat, kaum atau agama.

Kepentingan kokurikulum kepada sekolah ialah juga dapat melatih pelajar menjadi pemimpin. Ada

pelbagai jawatan dalam persatuan seperti pengerusi, setiausaha, bendahari, ahli jawatankuasa dan

ahli biasa. Apabila pelajar memegang sesuatu jawatan maka kita akan belajar menjadi ketua dan

menguruskan aktiviti persatuan. Oleh hal yang demikian, dengan menyertai aktiviti kokurikulum,

pelajar akan belajar menjadi pemimpin. Hal ini dapat meringankan segala urusan guru bersama

murid-murid dalam pelaksanaan aktiviti di sekolah.

Seterusnya, kegiatan kokurikulum akan mengukuhkan lagi perpaduan. Setiap unit

kokurikulum mempunyai ramai ahli yang terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India

dan lain-lain. Dalam aktiviti yang dijalankan, semua ahli akan berkumpul. Kita boleh berbincang

untuk bertukar-tukar pendapat serta bekerjasama dalam melakukan sesuatu aktiviti. Dengan ini akan

mengeratkan hubungan sesama ahli.

Kesimpulannya, banyak kepentingan kegiatan kokurikulum kepada murid-murid di sekolah.

Oleh itu, pihak sekolah hendaklah mengadakan aktiviti yang menarik untuk menggalakkan pelajar

menyertainya. Ibu bapa pula hendaklah menggalakkan anak-anak mereka terlibat dengan kegiatan

kokurikulum.

1.7 TEMPAT KAJIAN

Kajian yang telah dilakukan bertempat di sebuah sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Shah

Iskandar atau nama ringkasnya, Smk Shah Iskandar yang terletak di Jalan Pos. Pengkaji membuat

kajian di sekolah ini berikutan dengan kesesuaian dengan tugasan yang telah diberikan. Hal ini

demikian kerana ahli daripada kumpulan kami merupakan bekas pelajar daripada sekolah tersebut.

Ini memudahkan lagi proses yang dijalankan.

9
1.8 POPULASI DAN SAMPELAN

Menurut Mohd Yusof (2005), populasi ialah sekumpulan besar individu yang hendak dikaji.

Malahan juga merupakan objek atau perisitiwa yang dikaji. Perkataan populasi adalah merujuk

kepada himpunan keseluruhan subjek kajian yang tidak terhad kepada kumpulan manusia sahaja

tetapi merangkumi apa sahaja kumpulan subjek yang menjadi tumpuan kajian (Bidin Yatim &

Sharipah So’aad Syed Yahaya, 2002). Populasi merupakan keseluruhan dari objek penelitian yang

dapat berupa manusia, tumbuh-tumbuhan, gejala, peristiwa, nilai dan sebagainya yang menjadi pusat

perhatian dan menjadi sumber data penelitian. Berdasarkan kajian ini, berkenaan dengan pengurusan

kokurikulum di sekolah, pengkaji telah menemu bual seorang guru kokurikulum bagi mengumpul

segala maklumat serta data-data mengenai kokurikulum di sekolah tersebut.

Menurut Mohd. Majid Konting (1998) sampel yang dipilih sekurang-kurangnya mempunyai

sifat yang sama dengan populasi dalam penyelidikan. Persampelan bermaksud membolehkan

maklumat diperolehi daripada sebahagian kumpulan yang lebih besar atau mendapatkan sampel

daripada populasi sasaran. Sepanjang kajian ini dijalankan, pengkaji menggunakan kaedah

persampelan bertujuan untuk meminimumkan kos kajian, untuk menjimatkan masa dan tenaga,

mendapat ketepatan yang maksimum dan jangkaan yang akan berlaku. Dalam persampelan ini,

pengkaji akan memilih responden melalui hasil pertimbangan sendiri iaitu bersesuaian dengan

tujuan kajian ini dijalankan. Individu yang terpilih sebagai responden dalam persampelan bertujuan

mempunyai segala maklumat, perspektif atau apa sahaja bahan yang berkaitan dengan tujuan kajian

10
pengkaji. Pengkaji telah memilih seorang guru kanan kokurikulum sekolah untuk mengetahui segala

maklumat berkenaan dengan aktiviti kokurikulum di sekolah yang berkenaan.

1.9 BATASAN KAJIAN

Dalam kajian ini, kami tidak mampu mengkaji sesuatu yang besar secara lebih khusus. Oleh itu,

kami telah membataskan kajian ini agar dapatan kajian adalah memuaskan. Kami telah meletakkan

skop dan juga ruang yang agak sempit dalam batasan kajian. Namun kajian ini telah melingkumi

aspek secara menyeluruh. Dalam batasan kajian ini akan membincangkan mengenai demografi

responden dan menerangkan lima faktor iaitu pentadbiran kokurikulum di sekolah, jawatankuasa

pengurusan kokurikulum, aktiviti kokurikulum, pelaksanaan aktiviti kokurikulum dan keberhasilan

atau pencapaian dalam aktiviti kokurikulum yang telah ditemu bual di bawah tajuk Pengurusan

Kokurikulum di Sekolah.

1.9.1 KAEDAH KAJIAN

Kajian ini dijalankan dengan menggunakan beberapa kaedah iaitu:

i. KAEDAH RUJUKAN

Kami telah menggunakan kaedah rujukan sepanjang kajian ini dilakukan. Rujukan yang

digunakan ialah kajian melalui internet yang boleh didapati di ‘google scholar’. Rujukan

yang dibuat berdasarkan ‘google scholar; ini bertujuan untuk mencari maklumat tambahan

bagi membantu melancarkan kajian yang telah diberikan.

ii. KAEDAH TEMU BUAL

11
Kami juga telah menggunakan kaedah temu bual. Pengkaji telah menemu bual seorang guru

yang bernama Encik Md Halim Bin Hassan yang memegang jawatan sebagai Guru Penolong

Kanan Kokurikulum di Sekolah Menengah Kebangsaan Iskandar Shah, Parit, Perak. Kaedah

temu bual ini dijalankan bertujuan untuk mendapatkan beberapa maklumat mengenai aktiviti

kokurikulum yang telah dijalankan di gelanggang hoki, KTMB Batu Gajah yang diperlukan

seperti di dalam objektif kajian.

2.0 DAPATAN

2.1 LATAR BELAKANG KAJIAN

Demografi

Sekolah ini ditubuhkan pada bulan Februari, 1949 dengan nama ‘Government English

Primary School’ tanpa mempunyai sebarang bangunan berkecuali menumpang dua buah rumah

kerajaan dan menyewa dua buah rumah kampung. Guru Besar pertama ialh Kapten Syed Syaidali

yang membantu sekolah ini dalam memulakan alam persekolahannya. Pada bulan Disember 1951,

Encik Hamdan bin Sheikh Tahir memulakan khidmat beliau sebagai guru besar kedua sekolah ini.

Pada tahun 1954 sekolah ini akhirnya mempunyai bangunan sendiri. Bangunan baru ini telah

dirasmikan oleh Sultan Sir Yusuff Izuddin Shah iaitu Sultan Perak pada masa itu dengan nama

Iskandar Shah School (I.S.S). Pada bulan Oktober 1954, En. Hamdan bin Sheikh Tahir telah bertukar

dan diganti dengan seorang pengetua yang bernama En. K. Utam Sing. Beliau berkhidmat di sekolah

ini hanya setahun sahaja dari Januari 1955 hingga Disember 1955. Pada bulan Januari 1956, En.

Cheah Kay Chin menjadi pengetua keempat sekolah ini.

Penyata Razak telah didentangkan pada tahun 1956. Antara kandungannya adalah sekolah

rendah dan sekolah menengah mesti dipisahkan. Jadi sekolah ini menukar namanya sekali lagi

kepada Iskandar Shah Secondary School. Pada Disember 1964, En. Cheah Sin Haig, pengetua

sekolah ini. Seterusnya pengetua ketujuh Tn. Hj. Mat Nuri b. Haji Mohd Tahir menggantikan En.

12
Ahmad Tajuddin pada Januari 1980. Pengetua kelapan ialah Tn. Haji Yahaya bin Salim. Beliau mula

berkhidmat pada bulan Jun 1985 hingga Mac 1986 manakala pengetua kesembilan ialah En. Khalil

Shah bin Jamaluddin.

Pada tahun 1987 sekolah menyambut ulang tahun ke-40 Iskandar Shah. Pada bulan Ogos

1989 hingga Julai 1991, Tn. Haji Azidin b. Mahmud menjadi pengetua kesepuluh. Pengetua

kesebelas ialah Tn. Hj. Idris b. Hj. Abdul Majid yang berkhidmat dari bulan Oktober 1991 sehingga

April 2002 dan beliau digantikan oleh Tn. Hj. Mohamad Suhaimy b. Zakariah sebagai pengetua yang

kedua belas. Seterusnya pada bulan April 1994 beliau digantikan oleh Tn. Hj. Ganti Shaari b. Alang

Ahmad sebagai pengetua yang ketiga belas sehingga Julai 1998. Pada tahun 1998, sekolah ini ditukar

namanya sekali lagi kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Iskandar Shah. Pengetua ke-14 ialah Tn.

Hj. Hashim b. Mamat. Beliau memulakan perkhidmatannya mulai dari 1 Oktober 1998 dan

digantikan oleh Pn. Hjh. Norkamar bt Mahmud yang berkhidmat mulai Januari 2002 sehingga

Disember 2005. Seterusnya pada Januari 2006 sehingga Jun 2007 sekolah ini telah diterajui oleh Tn.

Hj. Mokhtar b. Mat Dris yang merupakan pengetua yang ke-16.

Tn. Hj. Hussein b. Puteh berkhidmat di sekolah ini mulai Jun 2007 hingga Februari 2012

sebagai pengetua yang ke-17 dan digantikan oleh Pn. Hjh. Rohani bt Ali pada bulan Mac 2012

sebagai pengetua yang ke-18. Kecemerlangan SMK Iskandar Shah diteruskan oleh Tn. Hj. Omar b.

Din bermula pada April 2015. Sembilan belas nakhoda melayarinya merentasi laut, angin,

gelombang dan ombak, namun ‘Iskandar’ tetap ada keistimewaannya. Sekolah ini telah melahirkan

beribu-ribu insan yang sedang menabur bakti dan jasa kepada agama, bangsa dan negara dalam

pelbagai bidang dan profesion.

13
2.2 LATAR BELAKANG SAMPEL

Nama: Md Halim Bin Hassan

Tarikh Lahir: 7/11/1963 (55 Tahun)

Status: Berkahwin

Latar Belakang Pendidikan:

 Maktab Perguruan Mohd Khalid, Johor Bahru (1984-1986)

 Ijazah Pertama (Ba.Hons) Di Usm, Pulau Pinang (1997)

 Ijazah Sarjana (Master) (Ma.Edu) Di Usm, Pulau Pinang (2006)

Jawatan terkini: Penolong Kanan Kokurikulum SMK Iskandar Shah, Parit.

14
2.3 DATA-DATA KAJIAN

2.3.1 Pentadbiran Kokurikulum di Sekolah

Antara matlamat sekolah adalah merealisasikan hasrat falsafah pendidikan negara untuk melahirkan

insan yang seimbang dan harmoni dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS)

berdasarkan matlamat Falsafah Pendidikan Negara. Selain itu, matlamat kokurikulum di sekolah

adalah untuk melahirkan pelajar yang boleh mencapai kedudukan dalam setiap pertandingan yang

disertai sekurang-kurangnya mendapat tempat ketiga. Setiap aktiviti kokurikulum telah digariskan

apakah matlamat yang perlu dicapai untuk setiap aktiviti kokurikulum. Responden kami ada

menyatakan bahawa matlamat Sekolah Menengah Kebangsaan Iskandar Shah bagi permainan hoki

adalah untuk menjadi johan. Jadi setiap aktiviti kokurikulum ataupun unit kokurikulum di sekolah

mempunyai matlamat-matlamat tertentu yang perlu dicapai oleh pihak sekolah selain daripada

melahirkan insan yang harmoni dari segi JERIS.

Suasana yang komprehensif dan yang selesa merupakan perkara penting dalam pelaksanaan

kokurikulum di sekolah. Keadaan pelaksanaan kokurikulum di sekolah ini berjalan lancar seperti

yang telah dirancang iaitu perjumpaannya diadakan pada setiap hari Rabu iaitu pada setiap

perhimpunan pagi dan di sebelah petang ada perjumpaan yang telah ditetapkan sama ada unit

uniform, kelab persatuan ataupun sukan permainan. Tetapi keadaan sekolah berjalan lancar seperti

dirancang.

15
Dasar pelaksanaan kokurikulum yang telah diterapkan oleh pihak sekolah dalam mencapai hasrat

pendidikan ialah dasar seperti mana yang digariskan atau yang telah ditetapkan oleh Kementerian

Pendidikan Malaysia. Setiap murid mesti menyertai 1 murid 1 sukan dan mengambil bahagian

sekurang-kurangnya satu acara, kemudian setiap pelajar juga perlu menyertai badan unit uniform dan

satu kelab persatuan. Itu merupakan satu dasar. Maknanya apabila murid menyertai aktiviti yang

ditetapkan oleh pihak kementerian, mereka mengharapkan agar tercapailah matlamat ataupun dapat

merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara secara menyeluruh selain daripada akademik.

Setiap sekolah mempunyai struktur organisasi. Yang pertama terdiri daripada Pengetua. Pengetua

selaku penasihat. Dibawahnya terdapat Guru Penolong Kanan Kokurikulum (GPK KO), Guru

Penolong Kanan Pentadbitan dan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (GPK HEM). Kemudian

dibawahnya guru penolong kanan terdapat empat orang guru kanan yang mewakili Guru Kanan

Bahasa, Guru Kanan Kemanusiaan, Guru Kanan Sains dan Matematik dan juga Guru Kanan

Vokasional dan Teknik. Dibawah itu barulah terdapat satu organisasi. Pertama tentang jawatan kuasa

induk yang terdiri daripada penyelaras kelab persatuan, penyelaras sukan permainan dan juga

penyelaras unit uniform. Bahagian bawah penyelaras terdapat setiausaha bagi setiap unit

kokurikulum itu. Itulah struktur organisasi dan kemudian di bawah itu barulah terdapat pelajar-

pelajar yang menyertai setiap unit kokurikulum.

Empat guru kanan itu merupakan jawatankuasa tertinggi. Ahli jawatankuasa induk di setiap sekolah

mempunyai Guru Kanan Vokasional dan Teknik. Tetapi pada masa sekarang mungkin sudah

berubah disebabkan susunan pelajar yang mengambil matapelajaran tersebut tapi sehingga kini ia

masih lagi dikekalkan lagi. Seperti dalam teknik dan vokasional terdapat subjek kemahiran hidup dan

mungkin sekarang sudah mempunyai subjek lain juga seperti subjek Sains Komputer. Tetapi masih

lagi dikekalkan lagi di sekolah Iskandar Shah.

Menurut responden, setiap guru diberikan peranan masing-masing. Setiap guru akan menjadi

penasihat kepada unit uniform. Kelab persatuan dan sukan permainan. Kemudian dibawah itu juga

16
sekolah ada Jawatankuasa Rumah Sukan. Maksudnya pelajar wajib menyertai selain daripada unit

uniform, kelab persatuan dan sukan permainan, mereka wajib menyertai sukan tara. Itu adalah salah

satu syarat pelajar wajib menyertai sukan tara. Dalam sukan tara itu terdapat tiga jenis sukan utama

yang perlu pelajar sertai iaitu lari 100 meter, lompat jauh dan melempar cakera. Itu semua pelajar

wajib menyumbangkan mata kepada rumah sukan masing-masing. Itu adalah dibawah pelaksanaan

ahli jawatankuasa tersebut.

Pengetua akan berjumpa dengan Guru Penolong Kanan Kokurikulum dengan membuat penyemakan

kehadiran. Setiap guru iaitu duru penasihat akan menghantar laporan tersebut. Laporan setiap

perjumpaan yang ditandatangani oleh guru penasihat dan laporan itu akan dihantar sebaik sahaja

setiap aktiviti dilaksanakan kepada Guru Penolong Kanan Kokurikulum. Jadi disitulah pengetua

dapat mengenalpasti ataupun memastikan bahawa aaktiviti kokurikulum berjalan lancar melalui

penyemakan kehadiran.

Sumber kewangan yang diterima oleh pihak sekolah bagi membiayai aktiviti kokurikulum

yang dijalankan diperoleh daripada sumber yang diberikan oleh pihak kerajaan berdasarkan per

kepala murid. Kalau sekolah yang mempunyai ramai murid maka banyaklah peruntukan yang pihak

sekolah dapat. Bermakna, sekolah mempunyai peruntukan untuk kejohanan sukan. Selain itu, para

pelajar dapat terlibat secara aktif dalam aktiviti ko-akademik seperti kelab persatuan. Kemudian

sumber juga diperoleh daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Selain itu, sekolah juga

memohon sumber kewangan daripada pihak koperasi sekolah. Sekolah juga ada memohon derma

daripada pembekal-pembekal sekolah yang berhubung dengan pihak sekolah.

Peruntukan yang dikeluarkan oleh sekolah untuk aktiviti kokurikuklum adalah bergantung

pada keperluan. Seperti di Sekolah Menengah Kebangsaan Iskandar Shah, mereka mempunyai dua

aktiviti besar yang melibatkan kokurikulum yang memerlukan peruntukan. Yang pertama ialah sukan

yang kini dipanggil kejohanan sukan olahraga tahunan. Di situ peruntukan yang besar diperlukan

kerana ia melibatkan banyak perkara seperti pembelian medal, beli hadiah, kemudian peruntukan

17
untuk setiap rumah sukan, peruntukan untuk menyewa khemah, menyewa peralatan dan publisiti. Ini

memerlukan peruntukan yang hampir mencecah enam ribu ringgit untuk sekolah menjayakan satu

sukan. Selain itu, aktiviti yang besar yang dijalankan ialah hari kokurikulum sekolah. Di situlah

sekolah meraikan kejayaan pelajar dalam pelbagai aktiviti ko-akademik. Untuk hari sukan dan

olahraga sekolah meraikan pelajar yang berjaya dalaam sukan dan olahraga. Dalam hari kokurikulum

sekolah meraikan pelajar yang cemerlang dalam ko-akademik selain daripada sukan dan permainan.

Selain daripada sukan tahunan, ini merupakan dua aktiviti yang terbesar kemudian sekolah turut

mengadakan aktiviti perkhemahan perdana yang dianjurkan oleh unit beruniform. Jadi kedua-duanya

digabungkan akan mengambil peruntukan sebanyak 5 ribu ringgit jika digabungkan aktiviti tersebut

iaitu aktiviti kokurikulum dan perkhemahan perdana. Hal ini demikian kerana, sekolah memang

selalu menggabungkan kedua-dua aktiviti tersebut dan selaalunya kedua-dua aktiviti ini akan

berlangsung selama dua hari. Sebagai contoh pada hari ini diadakan aktiviti perkhemahan perdana

manakala esoknya pula akan berlangsung hari kokurikulum. Di situ, sekolah akan mencalonkan

pelajar yang hebat dalam bidang ko-akademik yang mencapai kecemerlaangan.

Cara pihak sekolah mengesan keaktifan guru-guru dalam aktiviti kokurikulum adalah dengan

melihat daripada aktiviti yang dijalankan. Jika mahu melihat guru tersebut aktif atau tidak aktif,

sekolah akan melihat pada kelab persatuan, sukan permainan dan juga unit uniform yang dianggotai

oleh guru tersebut sama ada tercapai atau tidak matlamt yang ditetapkan. Kalau guru tersebut

meletakkan matlamat untuk mendapatkan Johan, jadi mereka akan cuba melatih murid sehingga

memperoleh Johan. Jadi dari situlah kita nampak guru itu aktif atau pun tidak. Kalau guru tersebut

kerap mengadakan aktiviti seperti perkhemahan, Sebabnya bukan mudah untuk mengadakan aktiviti

perkhemahan. Jadi di situlah kita dapat melihat bagaimana keaktifan guru-guru di dalam

kokurikulum. Kejayaan seorang guru menganjurkan sesuatu aktiviti kepada para pelajar sehinggalah

dapat melahirkan pelajar yang hebat dalam bidang kokurikulum. Selain itu, kita melihat daripada

dokumentasi. Sebagai contoh, laporan yang dibuat. Apabila sekolah mengarahkan sesuatu aktiviti

18
contohnya aktiviti perkhemahan dia dapat melaksanakan dan dapat membawa keluar pelajar untuk

melaksanakan aktiviti dan sekolah boleh mempertimbangkan kembali daripada laporan yang ditulis

oleh guru tersebut dengan laporan bergambar sekali

Selain itu, tindakan yang akan dilakukan oleh pihak sekolah jika seseorang guru

mengabaikan aktiviti kokurikulum adalah sekadar memberi teguran sahaja. Sekolah tidak mengambil

tindakan tapi kalua kita dapati bahawa guru tersebut langsung tidak melibatkan diri langsung dan

tidak terlibat dalam aktiviti kokurikulum maka sekolah akan beri surat tunjuk sebab. Kalau guru

tersebut telah berada di peringkat paling malas seperti langsung tidak membuat aktiviti sama ada

aktiviti mingguan pun mereka tidak laksanakan ataupun tidak pernah datang ke aktiviti kokurikulum,

sekola akan keluarkan surat tersebut sebab kalau sekadar biasa sahaja sekolah boleh beri teguran

sahaja tetapi itu dilakukan oleh pihak pengetua ataupun guru penolong kanan kokurikulum untuk

beri teguran sahaja. Tetapi jika surat tunjuk sebab itu disarankan pengetualah yang laksanakan.

Disamping itu, tugas guru penasihat cumalah mengendalikan sahaja. Sekolah boleh

memanggil jurulatih daripada luar kemudian sekolah mungkin akan memberikan saguhati kepada

jurulatih luar tersebut. Ataupun kadang-kala ada dalam kalangan pelajar itu sendiri boleh melatih

rakan-rakan mereka. Kalau dalam permainan itu pasti ada yang mahir. Jadi pelajar tersebut akan

bertindak sebagai jurulatih sambilan atau jurulatih pembantu. Ataupun di sekolah contohnya bola

sepak, sekolah akam panggil jurulatih dari luar sebab mungkin guru tersebutt tahu bermain bola

sepak tetapi dia tiddak mempunyai kemahiran. Ragbi pun sekolah memanggil jurulatih dari luar.

Hoki juga kadang-kala sekolah akan memanggil jurulatih luar.

2.3.2 Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum

Dalam kajian yang kami lakukan untuk faktor ini, kami telah mengkaji mengenai ahli

jawatankuasa yang mengurus yang melaksanakan kokurikulum di sekolah dan juga bidang kuasanya.

Yang pertama ialah Guru Penolong Kanan Kokurikulum (GPK KO). GPK KO adalah merupakan

19
orang memastikan bahawa setiap guru ada melibatkan diri di dalam aktiviti kokurikulum. Menurut

responden, semua guru perlu menjadi guru penasihat sama ada unit uniform, kelab persatuan atau

pun sukan permainan. Jika guru tersebut berminat, mereka boleh menjadi guru peenasihat untuk

ketiga-tiga unit kokurikulum tersebut. Selalunya purata guru penasihat bagi setiap unit kokurikulum

ialah empat hingga lima orang. Jadi pasti ada guru yang mengalami pertindihan iaitu akan menjadi

guru penasihat bagi dua atau tiga unit kokurikulum. GPK KO telah diturunkan kuasa oleh Pengetua

untuk membantu menguruskan hal mengenai kokurikulum. Jadi GPK KO boleh memberikan arahan

kepada guru prnasihat untuk menjalankan aktiviti kokurikulum. Beliau juga perlu memastikan

bahawa setiap aktiviti yang dirancang perlu dilaksanakan oleh guru penasihat. GPK KO juga

bertanggungjawab dalam menguruskan kewangan bagi unit kokurikulum. Mula-mula guru penasihat

perlu merancang kewangan bagi setiap unit kokurikulum yang disertai kemuadian GPK KO akan

melihat sama ada peruntukan tersebut mencukupi atau tidak. Kemudian barulah peruntukan tersebut

di agihkan kepada setiap unit uniform. Malah, jika terdapat guru penasihat yang meminta peruntukan

tetapi GPK KO merasakan ia tidak begitu penting jadi peruntukan kewangan tidak aan dikeluarkan

kerana peruntukan akan dikeluarkan kepada yang lebih diutamakan. Manakala jika peruntukan yang

diperlukan oleh guru penasihat tersebut terlalu tinggi bagi menjalankan aktiviti tersebut dan duit

tidak mencukupi jadi sekolah akan sarankan supaya guru tersebut meminta peruntukan daripada

pihak PIBG. Hal ini demikian kerana, peruntukan kewangan tersebut perlu diagihkan kepada unit

kokurikulum yang lain juga. Jadi, pihak PIBG banyak membantu dari segi kewangan dalam

kokurikulum. Beliau juga bertanggungjawab terhadap keselamatan murid semasa melakukan aktiviti

kokurikulum seperti lawatan sambil belajar atau melakukan aktiviti di padang seperti melontar

peluru, melempar cakera ataupun merejam lembing. Setiap aktiviti yang lakukan memerlukan

bimbingan daripada guru. Jadi, jika GPK KO merasakan aktiviti tersebut tidak selamat untuk

dijalankan beliau boleh membatalkannya dengan serta merta.

20
Selain itu, guru penyelaras kokurikulum juga memainkan peranan penting dalam pengurusan

kokurikulum di sekolah. Guru penyelaras kokurikulum perlu memastikan aktiviti kokurikulum dapat

berjalan dengan lancar dan dijalankan mengikut takwim yang disediakan. Guru penyelaras

kokurikulum perlu memastikan semua aktiviti kokurikulum yang dijalankan pada setiap minggu

dapat berjalan dengan lancar dan setelah tamat melakukan aktiviti guru penyelaras perlu memastikan

bahawa setiap guru perlu menghantar laporan untuk difailkan. Ini adalah untuk persediaan jika

Pengetua mahu melihat perlaksanaan aktiviti kokurikulum pada hari tersebut. Jadi laporan yang

sudah difailkan itulah menjadi bukti. Seterusnya, bidang kuasa setiausaha kokurikulum sangat

banyak banyak tetapi penting ialah dia memastikan bahawa setiap perancangan kokurikulum di

sekolah berjalan dengan lancar. Sebagai contoh untuk menjalankan Kejohanan Sukan Olahraga,

setiausaha kokurikulum akan bekerjasama dengan bantuan setiausaha sukan untuk menjayakan

aktiviti tersebut. Setiausaha kokurikulum juga perlu memastikan bahawa setaip aktiviti yang rancang

berjalan seperti yang ditetapkan di dalam jadual. Di bawah setiausaha kokurikulum terdapat

penyelaras kokurikulum, setiausahaa kokurikulum dan dibawahnya barulah terdapat penyelaras unit-

unit kokurikulum. Semuanya dilantik daripada kalangan guru.

Seterusnya, mengikut temubual yang dijalankan, responden menyatakan bahawa setiap guru

perlu menjadi guru penasihat. Jadi sekolah akan lihat kepada kecenderungan guru tersebut seperti

sekolah lihat guru tersebut aktif dan tahu mengenai unit uniform pengakap jadi pihak sekolah akan

melantik guru tersebut menjadi ketua penasihat pengakap. Kemahiran kepada seseorang guru

tersebut sangat penting kerana ia akan membantu murid-murid menempa kejayaan dalam bidang

yang diminatinya.

Menurut responden setiap guru penasihat akan dipantau oleh penyelaras untuk setiap unit

kokurikulum. Guru penyelaras bertindak untuk memastikan setiap laporan dibuat sehingga selesai

perjumpaan. Laporan tersebut bukan disediakan oleh guru tetapi disediakan oleh pelajar kerana

pelajar mempunyai organisasi mereka sendiri. Jadi yang akan membuat laporan tersebut ialah

21
setiausaha. Untuk unit kokurikulum, sekolah akan mengadakan mesyuarat sebanyak empat kali

setahun iaitu pada hujung tahun berikutnya. Mesyuarat tersebut diadakan sebagai persediaan kepada

perancangan aktiviti kokurikulum. Selepas itu, laporan tersebut akan difailkan dan akan diserahkan

kepada pihak Pengetua atau pihak pentadbiran sekolah. Di sekolah mana-mana pasti akan mengalami

masalah. Jadi berdasarkan responden masalah utama yang dihadapi oleh sekolah ialah penglibatan

dan juga ketidakhadiran pelajar. Kebanyakan pelajar tidak aktif di dalam aktiviti kokurikulum.

Malah ada juga pelajar yang tidak pernah hadir dan tidahk menunjukkan minat langsung dalam

aktiviti kokurikulum.

2.3.2 AKTIVITI KOKURIKULUM

Menurut responden pembahagian pelajar kepada unit beruniform ianya bergantung kepada

kesinambungan unit uniform pelajar tersebut sewaktu di sekolah rendah. Sebagai contoh, pelajar

tersebut menyertai Pengakap sewaktu di sekolah rendah lagi, bermakna dia harus menyertai

Pengakap juga sewaktu di sekolah menengah kerana unit uniform Pengakap Tingkatan 1 sehingga ke

tahap pengakap raja perlu mengikuti tahap-tahap yang telah ditetapkan. Ianya tidak boleh melangkah

mana-mana tahap untuk terus ke pengakap raja. Unit Beruniform Bulan Sabit Merah pula, mereka

perlu mendaftarkan diri di daerah. Unit ini juga tidak boleh melangkah sama seperti Pengakap dan

mesti kekal sebagai unit uniform. Persatuan dan kelab dibenarkan untuk bertukar tetapi Unit

Beruniform akan kekal. Sebagai contoh lagi, jika di Tingkatan 1 sehingga ke Tingkatan 5 pelajar

menyertai Bomba, sewaktu di Tingkatan 6, pelajar terbabit wajib menyertai JPAM.

Di sekolah ini terdapat beberapa jenis kokurikulum yang ditawarkan kepada pelajar Sekolah

Menengah Kebangsaan Iskandar Shah iaitu Unit Beruniform, kelab persatuan dan sukan permainan

adalah sama seperti di sekolah lain, cuma terdapat satu sahaja unit uniform tambahan yang di

sediakan di sekolah Menengah Kebangsaan Iskandar Shah iaitu terdapat pegawai dari tentera darat

yang boleh melatih pelajar di sekolah tersebut. Semua aktiviti yang dijalankan di sekolah memang

bersesuaian dengan kemahiran yang ingin diterapkan kepada pelajar. Inilah yang dipanggil

22
kemahiran di luar bilik darjah. Contohnya seperti kemahiran membina khemah, kemahiran asas

pertolongan cemas, kemahiran memasak dan kemahiran membina gadget. Banyak kemahiran yang

boleh diperoleh dan sesuai dengan kemahiran yang ingin diterapkan di dalam diri pelajar.

Pihak sekolah juga tidak memaksa tetapi menggalakkan pelajar untuk menyertai perkhemahan

yang dianjurkan sama ada di peringkat sekolah mahupun di peringkat daerah dan negeri. Malah,

perkhemahan Pengakap pada peringkat antarabangsa turut dianjurkan. Ianya tidak wajib tetapi sangat

digalakkan. Aktiviti perkhemahan tidak wajib tetapi aktiviti unit beruniform adalah wajib. Menurut

responden antara unit kokurikulum yang bergiat aktif di sekolah ini ialah unit beruniform Bomba,

Kadet Polis, PKBM,PBSM, Pengakap. Sementara sukan pula adalah hoki, bola sepak, sepak takraw,

ragbi dan juga bola jaring. Aktiviti kokurikulum di sekolah ini sama sahaja seperti sekolah lain iaitu

wajib dilaksanakan pada hari rabu. Pada hari rabu setiap pelajar harus memakai baju unit uniform

masing-masing dan aktiviti kokurikulum dilaksanakan pada pukul 2:10 petang hingga 4:30 petang.

2.3.4 Perlaksanaan Aktiviti Kokurikulum

Perancangan tahunan untuk setiap unit kokurikulum adalah berdasarkan takwim sekolah.

Perbincangan akan diadakan bagi setiap unit kokurikulum kemuadian hasil daripada perbincangan

tersebut akan dihantar dan diproses. Maka bermulalah proses penyusunan dilakukan agar berjalan

dengan lancar. Setiap perancangan difikirkan oleh setiap unit akan dibuat penilaian oleh guru

penasihat. Hasil daripada perbincangan tersebut akan dihantar dan diserahkan kepada penyelaras

untuk diselaraskan pada setiap badan unit uniform, kelaab dan persatuan. Setiap murid akan

menyertai unit uniform, kelab persatuan dan juga sukan permainan, jadi guru penyelaras akan

mengagihkan pelajar tersebut secara rawak sama ada mengikut angka genap atau ganjil dan

sebagainya. Setiap aktiviti yang dijalankan di dalam setiap unit kokurikulum bergantung kepada unit

kokurikulum masing-masing serta perancangan guru penasihat.

23
Di dalam unit kokurikulum pun mempunyi ahli jawatankuasa dalam kalangan pelajar.

sebelum melaksanakan sesuatu program organisasi perlu diwujudakan terlebih dahulu. Setiap unit

mempunyai tiga hari atau boleh juga melantik semasa perjumpaan pertama dalam setiap unit

kokurikulum. Organisasi yang bakal ditubuhkan dilaakukan oleh guru penasihat dan juga ahli-

ahlinya. Perlantikan selalunya dilakukan semasa perjumpaan pertama dan seterusnya berlaku juga

perlantikan kedua apabila murid tingkatan lima akan menghabiskan persekolahan.

Fail adalah sangat penting dalam sesuatu pengurusan. Ia menjadi bukti dan juga rekod bagi setiap

pencapaian dan juga aktiviti yang dijalankan. Sistem fail ini perlu dijaga supaya dapat dilaksanakan

dengan baik. Sistem fail ini memberika kemudahan kepada semua guru untuk merujuk kepada surat-

surat yang berkaitan dan juga rekod pelajar. setiap fail mempunyai fungsi yang tersendiri. Semua fail

ini akan diuruskan oleh dua orang. Setiap laporan akan dimasukkan dalam fail induk dan juga fail

sampingan. Selalunya yang mempunyai kuasa untuk menguruskan fail ini adalah setiausaha dalam

kalangan guru dan pelajar. Penyelaras dan juga guru penolong kanan adalah orang yang ditugaskan

untuk memantau memeriksa fail-fail tersebut. Selalunya fail-fail ini akan diperiksa setelah setiap

aktiviti kokurikulum dilaksanakan.

Pada setiap bulan Oktober, sekolah akan melakukan penilaian akhir kokurikulum iaitu akan

melibatkan semua unit kokurikulum. Guru-guru penasihat bagi setiap unit kokurikulum bersama

dengan guru kelas masing-masing. Hal ini demikian kerana, pelajar telah disusun mengikut kelas

masing-masing. Dalam rekod PAJSK juga disusun mengikut kelas. Justeru itu, guru kelas perlu

mendapatkan maklumat daripada guru kelas seterusnya, guru kelas akan mengesahkan melalui

tandatangan tentang penglibatan pelajaran dalam kokurikulum. Penilaian akhir tersebut akan ditanda

tangani oleh guru penasihat dan rekod terssebut perlu diserahkan kepada pelajar yang

mengkehendaki. Manakala pelajar tingkatan 5 atauoij tiga akan diserahkan kerana rekod tersebut

digunakan sebagai permohonan untuk ke peringkat IPT. Malah guru akan membekalkan sijil

24
penilaian khususnya pelajar tingkatan tiga dan lima. Sijil tersebut akan dikeluarkan sebelum

berakhirnya sesi persekolahan pada tahun semasa.

2.3.5 Keberhasilan/Pencapaian dalam Aktiviti Kokurikulum

Sebenarnya penerapan nilai murni ini dapat memupuk secara tidak langsung iaitu sebagai

contoh apabila berakhir satu aktiviti perkhemahan mereka mesti mengemas, simpan barang dalam

stor dan membuang sampah dalam bekas ataupun tempat yang disediakan. Hal ini secara tidak

langsung nilai murni dapat diterapkan dalam diri belajar iaitu menjaga kebersihan alam. Seterusnya,

perbuatan mendirikan khemah, masak dan bersihkan tempat perkhemahan ini secara tidak langsung

nilai kerjasama antara pasukan dapat diterapkan dalam diri pelajar yang menyertai aktiviti

perkhemahan ini. Menurut responden, terdapat nilai lain yang boleh diterapkan dalam diri pelajar

melalui aktiviti perkhemahan iaitu kepimpinan, semangat berpasukan dan sebagainya.

Melalui pelaksanaan aktiviti kokurikulum ini juga, pelajar dapat pengetahuan dan kemahiran

berdasarkan aktiviti yang dilaksanakan iaitu bergantung pada aktiviti yang dilaksanakan. Misalnya

mereka menyertai kem bina semangat mungkin mereka mendapat sesuatu untuk meningkatkan

motivasi mereka khususnya semasa mereka menghadapi peperiksaan. Secara langsung, hal ini

mungkin akan memberi kesan kepada markah peperiksaan mereka ke arah yang baik dan cemerlang.

Responden juga mengatakan, sekiranya ada pelajar yang melanggar peraturan, guru hanya

sekadar memberi nasihat dan bukan memberi hukuman yang berat contohnya merotan yang

meninggalkan kesan parut kepada pelajar kerana hal itu sudah melanggar undang-undang

pendidikan.

Cara yang pertama ialah, pihak sekolah akan memberi galakkan kepada pelajar untuk

menyertai aktiviti kokurikulum kerana aktiviti ini memberi markah sebanyak 10 % dan markah ini

kan dikira semasa permohonan ke Institut Pendidikan Tinggi (IPT) kelak. Menurut responden juga,

pihak sekolah akan memberi ganjaran ataupun hadiah kepada mereka yang berjaya mengharumkan

25
nama sekolah dalam bidang kokurikulum. Misalnya, pelajar berjaya mendapat kedudukan tiga ke

atas dalam sesuatu pertandingan contoh dalam pertandingan bola sepak, mereka akan diberikan

ganjaran berbentuk sijil penghargaan, pingat dan wang ringgit yang lumayan.

Pihak sekolah akan memberi motivasi kepada pelajar yang tidak seimbang dari segi

kokurikulum dan akademik iaitu dengan memberi khidmat kaunseling kepada pelajar ini supaya

mereka tidak lebihkan bidang kokurikulum sahaja kerana bidang akademik juga penting untuk masa

depan mereka, kerana kedua- dua bidang ini diperlukan untuk tahap pendidikan seterusnya dan alam

pekerjaan mereka suatu hari nanti. Menurut responden, pihak sekolah meningkatkan kemahiran guru

dalam bidang sukan dengan cara menghantar guru tersebut pergi kursus sama ada kursus yang

dianjurkan oleh pihak pejabat pendidikan daerah ataupun oleh majlis sukan sekolah Malaysia.

Menurut responden, setakat ini tiada perbezaan jantina terhadap aktiviti kokurikulum. Pihak

sekolah menganggap lelaki dan perempuan sama sahaja dalam aktiviti kokurikulum di sekolah,

kerana pelajar perempuan juga boleh menyertai aktiviti yang lasak . Misalnya, mendaki,

perkhemahan dan sebagainya.

Secara keseluruhannya pengurusan kokurikulum di sekolah ini tidak ada masalah daripada segi

pengurusan semua. Guru memberi komitmen yang tinggi dalam melaksanakan aktiviti kokurikulum

di sekolah. Contohnya jikalau terdapat aktiviti di luar , guru sanggup membawa pelajar keluar

daripada kawasan sekolah dan guru sanggup bekerja lebih masa untuk memastikan pelajarnya

cemerlang. Jadi pengurusan kokurikulum di sekolah memang mendapat komitmen sepenuhnya

daripada semua guru sekiranya pelajar juga memberi komitmen yang baik kepada guru untuk

menjayakan aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan.

26
3.0 PERBINCANGAN

3.1 PENTADBIRAN KOKURIKULUM

Matlamat

Sekolah telah menetapkan matlamat bagi melaksanakan aktiviti kokurikulum. Yang paling

utama matlamat sekolah adalah merelisasikan hasrat falsafah pendidikan negara untuk melahirkan

insan yang seimbang dan harmoni. Aktiviti kokurikulum di sekolah perlulah diseimbangkan dengan

akademik. Aktiviti kokurikulum yang disertai oleh pelajar tidak boleh melebihi atau kurang. Jadi

dalam matlamat yang ditetapkan sekolah ingin melahirkan pelajar yang bukan hanya cemerlang dari

segi akademik malah dari segi kokurikulum juga. Seperti yang kita tahu, kebanyakkan aktiviti

kokurikulum adalah lebih kepada kemahiran jadi dengan itu, guru akan melatih pelajar supaya

mempunyai kemahiran yang mereka boleh aplikasikan di dalam kehidupan yang sebenar. Dengan

itu pelajar yang seimbang dapat dilahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani,

intelek dan sosial (JERIS). Malah daripada sekolah juga boleh melahirkan generasi yang diperlukan

oleh negara kita iaitu generasi yang bukan hanya berpengatahuan malah berkemahiran juga. Selain

27
itu, matlamat sekolah dalam kokurikulum juga adalah untuk melahirkaan pelajar yang boleh

mencapai kedudukan dalam setiap aktiviti kokurikulum yang disertai sekurang-kurangnya mendapat

tempat ketiga. Jadi penyertaan mereka bukan hanyalah untuk menyertai semata-mata tetapi akan

mempunyai matlamat untuk menjadi yang terbaik. Dasar bagi setiap sekolah adalah berdasarkan

dasar yang telah digariskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Selalunya setiap sekolah

mempunyai dasar yang sama kerana kementerian ingin menjadikan ia selaras bagi setiap sekolah.

Dalam dasar yang telah ditetapkan memerlukan pelajar menyertai satu unit beruniform, sukan

permainan dan juga kelab persatuan. Dengan adanya dasar yang telah ditetapkan ini, kementerian

mengharapkan supaya matlamat yang telah ditetapkan boleh dicapai dan juga dapat merealisasikan

Falsafah Pendidikan Negara secara menyeluruh dan bukan hanya kecemerlangan dari segi akademik

semata-mata. Sebagai contoh lain dasar yang dibuat oleh kementerian bagi membantu mencapai

matlamat adalah dasar 1 Murid 1 Sukan. Oleh itu pelbagai dasar yang telah dibuat oleh kementerian

mengikut kesesuaian bagi mencapai matlamat kokurikulum yang telah ditetapkan bagi setiap

sekolah.

Organisasi

Setiap sekolah mempunyai struktur organisasi. Struktur organisasi merupakan elemen yang

sangat penting dalam menjadikan pengurusan kokurikulum lebih berkesan. Jika struktur organisasi

tidak disusun dengan baik ddan sistematik berkemungkinan pengurusannya tidak dapat berjalan

lancar. Seperti biasa guru besar akan menjadi jawatan tertinggi dalam organisasi kokurikulum dan

pengetua menjawat jawatan sebagai penasihat. Kemudian, pengetua akan dibantu oleh tiga orang

guru penolong kanan iaitu Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal

Murid dan Guru Penolong Kanan Kokurikulum. Di bawah guru penolong kanan terdapat pula empat

orang guru penolong kanan yang mewakili Guru Kanan Bahasa, Kemanusiaan, Sains dan Matematik

dan juga Vokasional dan Teknik. Itu merupakan struktur oranisasi yang besar. Dalam pengurusan

28
kokurikulum ini terdapat beberapa organisasi yang ditubuhkan. Selain daripada organisasi besar

terdapat organisasi induk yang terdiri daripada guru penyelaras kelab persatuan, sukan permianan

dan unit beruniform. Selain itu, terdapat setiausaha bagi setiap unit kokurikulum, guru penasihat bagi

setiap unit kokurikulum dan ada juga ahli jawatankuasa yang ditubuhkan bagi aktiviti rumah sukan.

Hal ini demikian kerana, sukan tahunan sekolah juga termasuk dalam aktiviti kokurikulum sekolah.

Dalam organisasi yang ditubuhkan juga terdapat perubahan yang berlaku disebabkan oleh perubahan

dalam pendidikan yang dibuat kini. Tetapi terdapat juga sekolah yang masih mengekalkannya.

Kewangan

Setiap sekolah mempunyai peruntukan bagi aktiviti kokurikulum di sekolah. terdapat

beberapa sumber kewangan yang diperolehi bagi aktiviti kokurikulum di sekolah. Antaranya ialah

sumber yang diperolehi daripada pihak kerajaan, Persatuan Ibu Bapa dan Guru, koperasi sekolah dan

selain itu sebagai sumber kewangan tambahan iaitu memohon derma daripada pembekal-pembekal

sekolah yang berhubung dengan pihak sekolah. peruntukan kewangan yang diperolehi daripada

pihak kerajaan adalah berdasarkan kepala murid atau perhead. Selalunya peruntukan akan diberikan

untuk aktiviti besar. Sebagai contoh di sekolah pasti akan menjalankan sukan tahunan dan itu

merupakan salah satu aktiviti yang terbesar yang dijalankan di sekolah. Jadi untuk sukan tahunan

memerlukan peruntukan yang banyak bagi membuat persediaan sebelum, semasa dan selepas aktiviti

tersebut. Jadi sekolah akan peruntukan kewangan untuk aktiviti tersebut.

Guru Penasihat

Guru penasihat adalah sangat penting dalam unit kokurikulum kerana guru penasihatlah yang

menyelaras dan menguruskan setiap unit kokurikulum. Setiap guru perlu menjadi guru penasihat

kepada sekurang-kurangnya satu unit kokurikulum sama ada unit uniform, sukan permainan atau

kelab permainan. Tetapi jika guru tersebut ingin menjadi ketiga-tiga unit kokurikulum tersebut pun

29
tidak menjadi masalah. Selalunya guru penasihat ini bukan hanya menjadi guru pengiring semata-

mata tetapi jika guru tersebut mempunyai pengetahuan mengenai unit kokurikulum guru tersebut

perlulah mengurus dan melatih murid sehingga mencapai matlamat yang ditetapkan. Tetapi jika guru

tersebut tidak mempunyai kemahiran dalam unit kokurikulum tersebut, guru tersebut perlulah

mencari pelatih daripada luar untuk melatih pasukan tersebut. Dari situ sekolah dapat melihat

keaktifan guru tersebut. Selain itu, keaktifan guru juga boleh dilihat daripada dokumentasi dan juga

kejayaan guru tersebut menganjurkan aktiviti di sekolah. Jadi guru tersebut selalunya akan dilantik

oleh Pengetua menjadi ketua penasihat bagi unit kokurikulum. Tetapi setiap guru di sekolah perlu

mengambil berat mengenai aktiviti kokurikulum kerana kokurikulum bukan hanya penting untuk

pelajar tetapi guru juga. Jadi guru yang mengabaikan peranan mereka dalam aktiviti kokurikulum

akan diberikan teguran oleh pihak sekolah. Jika guru tersebut langsung tidak melibatkan diri

langsung dalam aktiviti kokurikulum akan diberikan surat tunjuk sebab. Surat tunjuk sebab tersebut

akan diberikan oleh pengetua sahaja, Guru Penolong Kanan Kokurikulum hanya boleh memberikan

teguran sahaja. Jadi setiap guru di sekolah memainkan peranan penting. Untuk menjadikan

pengurusan kokurikulum di sekolah berkesan memerlukan kerjasama daripada semua pihak iaitu

pelajar, sekolah dan guru. Dengan kerjasama semua pihak akan membuatkan pengurusan menjadi

baik dan lancar.

3.2 JAWATANKUASA PENGURUSAN KOKURIKULUM

3.2.2

Pelantikan Jawatankuasa Kokurikulum

Setiap sekolah akan membuat pelantikan baru. Sebagai contoh pelantikan guru penasihat

kokurikulum. Pertama ialah, sekolah aka melihat kecenderungan guru tersebut. Kadangkala guru

tersebut memang sejak sekolah aktif dalam pengakap. Oleh itu, pihak sekolah akan melantik guru

30
tersebut menjadi guru penasihat dalam unit beruniform pengakap. Begitu juga dengan pelantikan

guru penasihat yang lain. Hal ini demikian kerana, dapat memudahkan sesuatu pada uniform kerana

memiliki guru yang berkemahiran dalam bidang yang ia ceburi.

Tanggungjawab Jawatankuasa Kokurikulum

Pengetua merupakan individu yang bertanggungjawab dalam mengurus kokurikulum di sekolah.

Pengetua telah dibantu oleh beberapa jawatankuasa lain contohnya Guru Penasihat Kokurikulum,

Setiausaha kokurikulum dan beberapa jawatankuasa yang lain kerana pengetua terikat dengan rutin

mentadbir dan mengurus sekolah. GPK KO bertanggungjawab untuk mengarah guru melaksanakan

aktiviti kokurikulum kerana beliau telah diturunkan kuasa oleh pengetua. Selain itu juga, GPK KO

akan memastikan bahawa perancangan kewangan dapat dirancang oleh guru penasihat khususnya

semasa melaksanakan aktiviti. Manakala tanggungjawab guru penyelaras kokurikulum pula ialah

memastikan aktiviti berjalan dengan lancar dan aktiviti itu berjalan mengikut takwim yang

disediakan. Tugas Setiausaha kokurikulum pula ialah memastikan setiap perancangan kokurikulum

di sekolah berjalan dengan lancar sebagai contoh Kejohanan Sukan Olahraga dan sebagainya. Seperti

tugas jawatankuasa yang lain, Setiausaha kokurikulum juga akan memastikan setiap perancangan

kokurikulum berjalan dengan lancar mengikut takwim ataupun jadual yang telah ditetapkan.

Mesyuarat Kokurikulum

Mesyuarat kokurikulum di sekolah Menengah Kebangsaan Iskandar Shah diadakan empat tahun

sekali. Mesyuarat biasanya akan diadakan pada bulan Mac, April, Ogos dan yang terakhir akan

diadakan pada bulan Disember. Mesyuarat kecil juga diadakan tetapi hanya dalam kalangan unit

kokurikulum sahaja. Jika aktiviti melibatkan penyelaras, maka laporan tersebut akan difailkan dan

akan diserahkan kepada atau pihak pentadbiran sekolah.

31
3.3 AKTIVITI KOKURIKULUM

Aktiviti Kokurikulum di SMK Iskandar Shah terbahagi kepada tiga bahagian penyertaan iaitu unit

beruniform, kelab dan persatuan dan sukan dan permainan. Setiap perjumpaan kokurikulum akan

diadakan seminggu sekali dan diadakan pada setiap hari rabu pada sesi petang. Pada sesi pagi, semua

murid SMK Iskandar Shah, Parit akan berkumpul di tapak perhimpunan dan diberikan sedikit

taklimat berkaitan sesi kokurikulum yang akan diadakan pada sebelah petang dan kemudian semua

guru dan murid akan menjalankan sesi P&P seperti biasa selepas perhimpunan kokurikulum.

UNIT BERUNIFORM

Salah satu penyertaan yang wajib disertai oleh murid-murid SMK Iskandar Shah ialah badan unit

beruniform sekolah. Badan unit beruniform merupakan satu kumpulan yang dan terdiri daripada

gabungan keahlian yang mempunyai dasar-dasar tertentu untuk diikuti dan dipatuhi oleh murid-mrid

di sekolah. Kerajaan telah menyediakan warta pada 31 Disember 1997 dan telah menyatakan bahawa

penyertaan murid-murid dalam aktiviti kokurikulum. Antara badan unit berubiform yang terdapat di

SMK Iskandar Shah ialah kadet bomba, pasukan kadet bersatu Malaysia, kadet polis, puteri islam,

pandu puteri, persatuan bulan sabit merah, pengakap, kadet remaja sekolah dan jpam. Pelbagai

peranan yang dimainkan oleh semua badan unit beruniform ini dalam mendidik murid-murid dalam

nilai-nilai murni secara menyeluruh seperti berdisiplin, berani dan sebagainya. Badan unit

beruniform yang bergiat aktif di sekolah ini sehingga ke peringkat kebangsaan ialah pasukan kadet

bersatu Malaysia, kadet bomba dan pengakap. Ketiga-tiga badan unit beruniform ini bergiat sangat

aktif dengan penyertaan dalam perkhemahan, pertandingan kawad kaki dan sebagainya. Aktiviti

perkhemahan yang dijalankan dapat membina modal insan yang tinggi dalam kalangan murid-murid

dan menjadikan murid-murid semakin berani dalam melakukan aktiviti-aktiviti lasak dan

berkebolehan dalam melakukan pelbagai perkara. Dengan adanya badan unit berunifrom ini, semua

32
murid akan menjadi warganegara yang berjiwa berani dalam mempertahankan negara Malaysia

daripada jenayah.

KELAB DAN PERSATUAN

Aktiviti kelab dan persatuan yang dijalankan di sekolah dapat membimbing semua murid dalam

menyemai nilai bekerjasama, tolong-menolong dan menyemai kesadaran kepada agama dan

meningkatkan kepercayaan kepada tuhan selaras dengan kandungan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan dan Rukun Negara Malaysia. Pengukuhan rukun negara dalam diri murid-murid juga

akan semakin bertambah dengan penglibatan murid-murid dalam kelab dan persatuan di sekolah.

Melalui aktiviti kelab dan persatuan murid-murid dan guru-guru dapat berkomunikasi secara dua

hala disamping ilmu kerohanian, pemantapan sahiah murid, penerapan ilmu pengetahuan yang lebih

mendalam dan nilai kerjasama dalam kalangan murid yang berbilang bangsa dan agama juga akan

semakin utuh. Antara kelab dan persatuan yang terdapat di SMK Iskandar Shah ialah Persatuan

Bahasa Melayu, Persatuan Bahasa Cina, Persatuan Bahasa Tamil, Persatuan Pendidikan Islam,

Persatuan Bahasa Inggeris, Persatuan Geografi, Persatuan Sejarah, Persatuan Matematik dan

Persatuan Pendidikan Seni Visual. Manakala kelab pula terdiri daripada kelab Rukun Negara, Kelab

Komputer, Kelab Rekreasi, Kelab Reka Cipta, Kelab Kesenian dan Kebudayaan dan Kelab SPBT.

SUKAN DAN PERMAINAN

Sukan dan permainan merupakan aktiviti yang wajib dimana pihak kerajaan telah menyuruh semua

sekolah untuk memastikan setiap murid menyertai sekurang-kurang satu sukan dan permainan. I

Murid 1 Sukan merupakan slogan yang diguna pakai oleh pihak kerajaan bagi menyeru semua murid

di sekolah menyertai aktiviti sukan dan permainan. Aktiviti sukan dan permainan bukan sahaja dapat

mencergaskan tubuh badan, malahan dapat mencerdaskan minda dan otak murid-murid. Guru-guru

di sekolah berperanan dalam merealisasikan hasrat kerajaan dan semua sekolah akan mengadakan

33
kejohanan balapan dan padang sekali dalam setahun. Semua murid akan menyertai sukan sekolah

yang terdiri daripada acara-acara larian, lompat tinggi, lompat jauh, lontar peluru, lempar cakera dan

merejam lembing. Guru-guru juga akan turut serta dalam kejohanan ini. Aktiviti permainan yang

bergiat aktif di sekolah ini ialah permaian hoki, bola baling, bola jarring, sepak takraw, bola sepak

dan ragbi. Semua sukan ini telah berjaya ke peringkat daerah dan negeri. Setiap kali penglibatan

murid-murid secara aktif dalam bidang kokurikulum akan diberikan mata merit yang menentukan

keaktifan murid-murid dalam bidang kokurikulum. Oleh itu, amat penting bagi setiapguru dalam

membimbing murid-murid dalam aktiviti kokurikulum supaya murid-murid akan menjadi insan yang

seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

3.4 PERLAKSANAAN AKTIVITI KOKURIKULUM

Pelantikan

Pelajar akan diagihkan kepada setiap aktiviti kokurikulum sekolah mengikut secara rawak.

Pengagihan setiap unit juga adalah atas kehendak dan kebergantungan oleh guru penasihat. Guru-

guru akan duduk bersama dan berbincang untuk mengagihkan pelajar. Terutamanya pelajar yang

baru masuk. Guru juga ditugaskan untuk melantik organisasi pelajar dalam setiap aktiviti unit

kokurikulum. Organisasi pelajar tersebut dilantik mengikut suara majoriti pelajar dan pelajar akan

dilantik mengikut undian tertinggi tersebut. Jawatankuasa yang diperlukan adalah mengikut

keperluan setiap unit kokurikulum. Kebiasaannya, jawatankuasa yang wajib ada bagi setiap unit

kokurikulum ialah pengerusi, timbalan pengerusi, setiausaha, bendahari dan barulah ahli-ahli

jawatankuasa yang lainnya. Selalunya perjumpaan dan mesyuarat dalam organisasi pelajar akan

dijalankan sebanyak beberapa kali iaitu pada setiap hari rabu dan ada kalanya mengikut keperluan

34
unit kokurikulum tersebut. Dalam mesyuarat tersebut akan dibincangkan mengenai aktiviti yang

bakal dijalankan dalam unit kokurikulum tersebut. Mesyuarat agung bagi setiap unit kokurikulum

pula biasanya dilakukan sebanyak dua kali iaitu pada pelantikan pertama dan pelantikan kedua

apabila pelajar tingkatan 5 akan menamatkan pelajaran.

Sistem Fail

Sistem fail sangat penting dalam pengurusan kokurikulum bagi menjadikan pengurusan lebih teratur

dan sistematik. Ianya dapat memudahkan guru merujuk kepada surat-surat yang berkaitan. Setiap fail

ini mempunyai fungsi-fungsinya yang tertentu seperti fail induk dan fail sampingan. Fail-fail tersebut

akan diuruskan oleh dua orang iaitu setiausaha dalam kalangan guru dan pelajar. Selalunya, fail yang

berkaitan organisasi pelajar seperti kedatangan pelajar dan minit mesyuarat akan dipegang oleh

pelajar. Fail yang mepunyai senarai ahli jawatankuasa dan surat-surat yang penting mengenai

penubuhan persatuan pula akan dipegang oleh guru. Fail-fail tersebut akan diperiksa pada selepas

setiap aktiviti kokurikulum dilaksanakan oleh penyelaras unit kokurikulum dan guru penolong kanan

kokurikulum.

Penilaian

Penilaian bagi pengurusan kokurikulum ini juga perlu dijalankan bukan hanya akademik sahaja yang

akan dinilai. Ianya menunjukkan bahawa kokurikulum juga penting untuk pelajar. Penilaian akhir

biasanya dilakukan pada setiap bulan Oktober bagi semua unit kokurikulum dan ianya direkod oleh

guru-guru penasihat bagi setiap unit kokurikulum bersama dengan guru kelas masing-masing.

Manfaat bagi penilaian ini dilakukan adalah untuk mengukur sejauh mana keaktifan penglibatan

pelajar dalam kokurikulum. Selepas penilaian dibuat dan direkod, setiap pelajar akan mendapat sijil

kokurikulum dan di dalam sijil tersebut akan tercatat semua penglibatan pelajar dalam aktiviti

kokurikulum.

35
3.5 KEBERHASILAN/PENCAPAIAN DALAM AKTIVITI KOKURIKULUM

Nilai Murni

Nilai yang dapat dilihat dalam diri pelajar ialah nilai kepemimpinan. Hal ini demikian kerana

penting supaya negara kita tidak ketandusan pemimpin yang berkualiti pada masa hadapan kerana

generasi muda pada hari ini merupakan bakal pemimpin negara. Melalui kegiatan kokurikulum,

pelajar telah dilantik atau dipilih sebagai pucuk pimpinan dalam organisasi mereka sama ada sebagai

pengerusi, setiausaha atau bendahari. Dalam konteks ini, pelajar telah diasuh dan diasah sebagai

insan yang bertanggungjawab, berkeyakinan, amanah, dedikasi dan berupaya berinteraksi dengan

anak buahnya. Unsur-unsur tersebut dan pengalaman dalam  memimpin ini dapat menjadikan mereka

sebagai pemimpin yang berwibawa dan dihormati kelak. Dapat dilihat apabila berakhir satu aktiviti

perkhemahan para pelajar mesti mengemas, simpan barang dalam stor dan membuang sampah dalam

bekas ataupun tempat yang disediakan. Hal ini secara tidak langsung nilai murni dapat diterapkan

dalam diri belajar iaitu berdisiplin dan menjaga kebersihan alam. Tambahan pula, menurut

responden, terdapat nilai lain yang boleh diterapkan dalam diri pelajar melalui aktiviti perkhemahan

iaitu kepimpinan, semangat berpasukan dan sebagainya.

36
4.0 KESIMPULAN DAN CADANGAN

Konklusinya, pengurusan kokurikulum di Sekolah Menengaj Kebangsaan Iskandar Shah telah dapat

diketahui melalui kaedah temubual yang dijalankan semasa menjalankan kajian. Beberapa soalan

telah ditanyakan kepada Cikgu Md Halim Bin Hassan selaku Guru Penolong Kanan Kokurikulum.

Malahan, kami menanyakan soalan berkaitan lima faktor pengurusan kokurikulum di sekolah

tersebut.

Hasil daripada kaedah temubual tersebut dapatlah disimpulkan bahawa pengurusan

kokurikulum memainkan peranan penting dalam organisasi dan mempunyai matlamatnya yang

tersendiri. Tambahan pula, setiap sekolah perlu menyeimbangkan aktiviti kokurikulum dan

kurikulum kerana ini dapat melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani,emosi, rohani,

intelek dan sosial.

37
Berdasarkan kajian ini, pengurusan kokurikulum dari segi pentadbiran di sekolah,

jawatankuasa pengurusan, aktiviti kokurikulum, perlaksanaan aktiviti kokurikulum dan keberhasilan

atau pencapaian dalam aktiviti kokurikulum kesemuanya telah dirancang dengan sistematik,

mengikut perancangan dan prosudernya. Setiap penglibatan murid akan dinilai dan diberi markah

pada akhir tahun. Malahan penglibatan para pelajar perlu dipertingkatkan secara aktif seperti dasar “

1 Murid 1 Sukan”. Kajian juga berpendapat pengurusan kokurikulum di Sekolah Menengah

Kebangsaan Iskandar Shah dilaksanakan dengan sistematik dan lancer mengikut dasar semasa

kerajaan.

Antara candangan penambahbaikan pengurusan kokurikulum pada masa akan datang ialah

dengan memperbanyakkan aktiviti kokurikulum disekolah. Hal ini kerana ada sesetengah sekolah

yang tidak mempunyai kemudahan serta kelengkapan dalam melaksaknakan aktiviti. Contohya

seperti alatan-alatan permainan mahupun kelengkapan dalam memperlibatkan semua murid dalam

menjalankan aktiviti. Hal ini dapat mengelakkan aktiviti yang dirancang tidak mengalami sebarang

permasalahan dan kesulitan. DI samping itu, manambah bilangan guru yang berpengalaman dan

berkemahiran dalam aktiviti kokurikulum. Hal ini demikian kerana segala prosuder dapat dijalankan

dengan jayanya. Malahan, kerajaan juga hendaklah sentiasa memberikan kemudahan mahupun

bekalan dalam aktiviti kokurikulum bagi memudahkan semua pelajar terlibat dalam aktiviti di

sekolah.

Seterusnya, pihak sekolah perlu menyakinkan para ibu bapa dalam membenarkan anak-anak

mereka menjalani aktiviti-aktiviti di sekolah. Hal ini kerana banyak berlakunya kejadian seperti

kemalangan yang banyak sehingga merangut nyawa ketika dalam menjalani aktiviti yang telah

disendiakan oleh pihak sekolah. Dengan kata lain, pihak sekolah hendaklah kembalikan semula

keyakinan ibu bapa dlam melepaskan anak-anak meraka dalam melibatkkan diri dalam aktiviti di

sekolah.

38
39

Anda mungkin juga menyukai