Anda di halaman 1dari 20

PERANAN PEMIMPIN PENDAPAT KE ATAS RINTANGAN KEMPEN TAK

NAK MEROKOK

Hanum Hassan, Ph.D


Pusat Pengajian Pembangunan Insan dan Teknokomunikasi
Universiti Malaysia Perlis Blok B.
Kompleks Pusat Pengajian Jejawi 1,
02600 Jejawi Kangar, Perlis
No. Tel: 04-9798357 No. Faks: 04-9798176

Email:
hanum@unimap.edu.my

Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk menjelaskan peranan pemimpin pendapat sebagai
pemboleh ubah penyederhana kepada hubungan antara ciri-ciri inovasi dan saluran
komunikasi dengan kewujudan rintangan kempen Tak Nak Merokok dalam kalangan
remaja. Dengan menggunakan persampelan kelompok, seramai 396 responden dipilih
yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah di lapan buah sekolah menengah di
negeri utara Malaysia. Data dan maklumat dikumpul melalui kaedah tinjauan, dan
dianalisis dengan menggunakan analisis hierarchical moderated regression. Hasil
analisis juga menunjukkan bahawa pemimpin pendapat tidak memainkan peranan
yang signifikan dalam menyederhanakan hubungan antara ciri-ciri inovasi, dan
saluran komunikasi. Keadaan ini mungkin berlaku kerana rintangan yang wujud
adalah disebabkan oleh faktor-faktor lain seperti ciri-ciri inovasi itu sendiri dan
saluran komunikasi yang digunakan. Pemimpin pendapat didapati lebih kepada
peranan sebagai pemboleh ubah bebas dalam mempengaruhi kewujudan rintangan
dalam kempen.

Kata kunci: Inovasi, Rintangan, Ciri-ciri inovasi, Saluran, Pemimpin pendapat

Abstract
This study attempts to clarify the role of opinion leaders as a moderating variable on
the relationship between innovation characteristics and channels of communication
with the presence of resistance towards the Say No To Smoking campaign among
youths. A total of 396 respondents were selected using cluster sampling. The
respondents were students from eight secondary schools in the northern states of
Peninsular Malaysia. Data were collected through a survey method and were analyzed
using the hierarchical moderated regression. The analysis also showed that opinion
leaders do not play a significant role in moderating the relationship between the
characteristics of innovation and communication channels. This condition may occur
because the resistance are caused by other factors such as the characteristics of the
innovation itself and the communication channels used. Opinion leaders are more to
the role as independent variables in influencing the existence of resistance in the
campaign.

Keywords: Innovation, Resistance, Innovation characteristics, Channels, Opinion


leaders
1
Pengenalan

Di Malaysia terdapat lebih 100 000 perokok dimasukkan ke hospital kerajaan akibat
sakit jantung, kanser dan penyakit sekatan pulmonari kronik dan yang lebih penting,
negara mengalami kerugian kira-kira RM20 bilion setahun bagi menanggung kos
rawatan dan kehilangan produktiviti (Kementerian Kesihatan Malaysia [KKM],
2005). Menurut Pengarah Respiratori, Dr. Abdul Razak Muttalib keadaan ini amat
merisaukan pihak kerajaan kerana membabitkan kos yang tinggi bagi urusan memberi
rawatan dan sokongan (Utusan Malaysia, Mei 31, 2010).

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (2005), jumlah perokok dalam kalangan


negara membangun seperti Malaysia semakin meningkat setiap tahun. Hampir
separuh daripada lelaki Malaysia merokok. Dianggarkan setiap hari, lebih kurang 45
hingga 50 remaja di bawah umur 18 tahun mula merokok. Tiga puluh peratus
daripada remaja lelaki berumur 12 hingga 18 tahun terlibat dengan tabiat merokok.
Malah, tabiat merokok dipercayai akan menyebabkan hampir setengah juta kes
penyakit koronari (KKM, 2004).

Peningkatan tabiat merokok dalam kalangan remaja turut menjadi fokus dalam kajian-
kajian tempatan. Antaranya ialah kajian lima tahun (1999-2004) yang dijalankan oleh
Kementerian Kesihatan dan Universiti Sains Malaysia mengenai “Keberkesanan
Program Jangka Panjang Intervensi Health Life In Children (HELIC) ke Atas Tahap
Pengetahuan, Sikap dan Amalan Kanak-kanak dan Remaja Tentang Bahaya
Merokok”. Kajian tersebut dijalankan di dua buah sekolah rendah dan lapan buah
sekolah menengah di negeri Selangor, Pahang dan Kelantan. Hasil kajian mendapati
terdapat kanak-kanak yang berusia lapan tahun sudah merokok. Data juga
menunjukkan 12.2% responden yang berusia lapan tahun (daripada 164 responden)
dan 14.7% responden berusia 13 tahun (daripada 482 responden) dilaporkan pernah
merokok (KKM, 2005).

Rentetan fenomena yang menggambarkan tabiat merokok yang semakin serius dalam
kalangan masyarakat Malaysia terutamanya remaja, Kementerian Kesihatan Malaysia
telah memulakan Kempen TaK Nak Merokok pada tahun 2004. Matlamat kempen
adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang akibat buruk amalan
merokok. Kumpulan sasar kempen terdiri daripada bukan perokok dengan memberi
fokus kepada remaja atau murid-murid sekolah atau dewasa dan perokok yang terdiri
daripada lelaki dan wanita (KKM, 2010). Strategi kempen ini menggunakan kaedah
media berintegrasi untuk meningkatkan kesedaran tentang bahaya merokok dan
menyiarkan hasil penemuan penyelidikan yang berkaitan dengan kesan merokok dari
seluruh dunia (KKM, 2004).

Walaupun langkah yang diambil oleh kerajaan dengan meletakkan gambar ngeri pada
setiap kotak rokok dalam kempen seperti tidak memberi apa-apa kesan dan tetap
'gagal' menakutkan perokok supaya berhenti merokok. Keadaan ini dibuktikan dengan
kajian yang dilakukan Maizurah dan rakan-rakan (2010) mengenai reka bentuk dan
penilaian label amaran bergrafik pada kotak rokok di Malaysia dan Thailand. Kajian
kohort melalui temu bual bersemuka yang bermula pada tahun 2002-2009 melibatkan
lebih 2000 perokok dewasa yang dipilih secara rawak dari negara Malaysia dan
Thailand mendapati label amaran bergrafik yang digunakan di Malaysia adalah lemah
2
dan kecil berbanding dengan Thailand. Data menunjukkan label amaran yang
digunakan di Thailand menunjukkan peratusan yang tinggi terhadap tiga pemboleh
ubah keupayaan iaitu melihat label amaran pada kotak rokok (Thailand = 62%,
Malaysia = 53%), membaca dengan serius (Thailand = 44%, Malaysia = 38%) dan
label menyekat perokok untuk merokok (Thailand = 36%, Malaysia = 28%). Rentetan
daripada perbincangan di atas, pengkaji melihat keadaan yang berlaku ini seolah-olah
menunjukkan wujudnya rintangan terhadap Kempen TaK Nak Merokok yang
dilancarkan oleh pihak kerajaan.

Apakah yang dimaksudkan dengan rintangan? Ansoff (1990), mendefinisikan


rintangan sebagai fenomena yang boleh menghalang perubahan secara keseluruhan
sama ada dengan cara menunda atau melambatkan proses, atau menghalang
pelaksanaannya. Rintangan juga suatu keadaan di mana individu atau kumpulan
menentang perubahan (Sehulster, 2011). Bagi Ram (1987), rintangan terhadap inovasi
merujuk kepada sikap dan darjah yang menunjukkan individu merasakan mereka
terancam dengan perubahan.

Menurut Rogers (2003), sesuatu idea baru amat susah diterima atau terdapat rintangan
walaupun idea tersebut mempunyai banyak kelebihan yang ketara. Menurut Rogers
(2003) lagi, potensi kewujudan rintangan oleh individu terhadap inovasi berlaku pada
tahap pelaksanaan dalam proses difusi. Jika rintangan wujud, perubahan tidak akan
berlaku atau mungkin melambatkan proses perubahan serta mengurangkan kadar
penerimaan idea baru tersebut. Dan kegagalan mencapai matlamat sering kali
dikaitkan dengan kegagalan mengubah sikap penerima yang dianggap degil (Rogers
2003).

Rintangan yang berlaku dalam Kempen TaK Nak Merokok juga menunjukkan
bahawa, untuk menggerakkan sesuatu perubahan dalam masyarakat bukanlah suatu
perkara yang mudah. Pelbagai rintangan terpaksa dihadapi apabila memperkenalkan
idea-idea baru kepada masyarakat terutamanya untuk menghentikan tabiat yang telah
lama diamalkan dalam hidup seperti tabiat merokok. Tambahan pula, setiap perokok
memiliki pelbagai ragam yang terdiri daripada individu-individu yang mempunyai
pendapat, sikap, nilai dan kepercayaan yang berlainan. Wolburg (2006) menyatakan
bahawa perokok yang menerima mesej kempen anti-merokok sering menggunakan
tindak balas psikologi seperti penafian, kemarahan dan mengingkari. Justeru, tidak
semua orang akan menerima secara automatik atau menerima apa saja yang
disarankan melalui proses komunikasi yang dirancang. Terdapat perokok yang akan
mengambil masa yang singkat dan ada juga yang mengambil masa yang agak lama
untuk menerima sesuatu idea baru (Nor Hayati, 2006) yang akhirnya akan
mewujudkan rintangan.

Pernyataan Masalah

Permasalahan kajian yang menarik perhatian pengkaji, mengapakah kempen ini sukar
diterima oleh perokok? Tinjauan literatur menunjukkan kepentingan dilakukan kajian
yang berkaitan dengan rintangan untuk menerima idea-idea atau inovasi baru (Rogers,
1997; Rogers, 2003; Surry & Ely, 2002; Astebro & Michela, 2005; Miller & Mariola,
2009; Molesworth & Suortfi, 2002). Adakah rintangan yang wujud ini mempunyai
kaitan dengan peranan yang dimainkan oleh pemimpin pendapat dalam masyarakat.
3
Dearing (2004; 2009) menekankan bahawa pengkaji pada masa hadapan perlu
memberi fokus kepada pemboleh ubah pemimpin pendapat kerana pemboleh ubah
tersebut mempunyai kaitan dengan proses membuat keputusan sama ada untuk
menerima atau menolak inovasi baru. Rogers (2003), menyatakan melalui pemimpin
pendapat, ciri-ciri sesuatu inovasi itu dapat disampaikan dengan lebih berkesan.
Terdapat pengkaji yang menyokong pandangan yang diutarakan oleh Rogers yang
menyatakan peranan pemimpin pendapat penting dalam menghuraikan ciri-ciri
inovasi kepada masyarakat. Do (2007), menegaskan bahawa walaupun kelima-lima
ciri inovasi penting dalam peringkat adaptasi inovasi, ciri-ciri ini boleh menjadi tidak
terkawal dalam proses penyebaran kerana hal ini bergantung kepada pemimpin
pendapat.

Alexdaner, Piazza, Mekos, dan Valente (2001) dan Valente et al. (2005), juga
menyatakan dalam usaha untuk menghuraikan ciri-ciri inovasi kepada masyarakat
serta meningkatkan kebarangkalian kadar penerimaan, peranan pemimpin pendapat
adalah sangat penting. Di samping itu, pengkaji seperti McKee, Manoncourt, Yoon
dan Carnegie (2000) dan Tolba dan Mourad (2011) juga menyatakan pemimpin
pendapat mempunyai pengaruh moderasi yang penting ke atas kesan media massa
yang disasarkan kepada kumpuan atau populasi yang tertentu.

Namun begitu, keadaan sebenar hubungan ini masih lagi tidak diendahkan oleh ramai
pengkaji. Banyak program yang dirancang untuk mengubah suatu masyarakat dengan
mengarahkan mesej-mesej tertentu kepada khalayak tanpa memberi perhatian kepada
struktur dalaman masyarakat (Valente & Davis, 1999; Shah & Scheufele, 2006).
Struktur masyarakat boleh dianggap sebagai satu rangkaian individu yang saling
berkaitan dan rangkaian ini boleh digunakan daripada diabaikan ketika melaksanakan
sesuatu kempen. Pemimpin pendapat dalam masyarakat boleh menjadi fungsi yang
penting dalam kempen kesihatan, termasuk berkhidmat sebagai rol model
mengesahkan serta menyampaikan mesej kesihatan kepada masyarakat bagi
mengubah sikap dan tingkah laku mereka (Valente & Pumpuang, 2007).

Objektif Kajian Dan Persoalan Kajian

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti peranan pemimpin pendapat sebagai
pemboleh ubah penyederhana hubungan antara ciri-ciri inovasi dan saluran
komunikasi dengan rintangan dalam Kempen TaK Nak Merokok dalam kalangan
remaja. Manakala persoalan kajian pula, adakah pemimpin pendapat berperanan
sebagai pemboleh ubah penyederhana hubungan antara ciri-ciri inovasi dan saluran
komunikasi dengan rintangan dalam Kempen TaK Nak Merokok dalam kalangan
remaja.

Hipotesis Kajian

Hipotesis yang akan diuji adalah berdasarkan kepada soalan-soalan kajian ialah:
Adakah pemimpin pendapat berperanan sebagai pemboleh ubah penyederhana
hubungan antara ciri-ciri inovasi dan saluran komunikasi dengan rintangan dalam
Kempen TaK Nak Merokok dalam kalangan remaja?

4
Ha 1a: Pemimpin pendapat menyederhanakan hubungan ciri-ciri inovasi
keatas rintangan dalam Kempen TaK Nak Merokok dalam kalangan
remaja
Ha 1b: Pemimpin pendapat menyederhanakan hubungan pemilihan saluran
komunikasi keatas rintangan dalam Kempen TaK Nak Merokok dalam
kalangan remaja

Kajian Lepas Mengenai Pemimpin Pendapat

Masyarakat sering mendapatkan pandangan dan nasihat daripada rakan dalam proses
membuat keputusan sama ada untuk membeli produk tertentu, untuk menyokong
seorang ahli politik (Keller & Berry, 2003) ataupun untuk mengadaptasi inovasi baru.
Kelakuan yang merujuk kepada individu tertentu dalam rangkaian sosial dikenali
sebagai pemimpin pendapat mempunyai pengaruh dan memberi kesan yang besar
terhadap pendapat, tindakan dan tingkah laku orang lain. Menurut Kempe, Kleinberg
dan Tardos (2003) akhir-akhir ini telah dikenal pasti bahawa pemimpin pendapat
memainkan peranan penting dan telah menarik perhatian ramai penyelidik daripada
pelbagai bidang. Malah, Doumit, Gattellari, Grimshaw dan O‟Brien (2007),
menegaskan peranan pemimpin pendapat telah menjadi fokus utama dalam beberapa
kajian yang berkaitan dengan kesihatan.

Menurut Rogers (2003), pemimpin pendapat ialah individu-individu yang dijadikan


rujukan oleh orang lain untuk mendapatkan nasihat dan maklumat. Mereka ini
menurut Katz dan Lazarsfeld (2006), berfungsi sebagai model dan menjadi contoh
kepada kumpulan lain. Mereka ini juga mempunyai pengetahuan yang lebih
berbanding individu lain dan menjadi tempat rujukan serta mendapat nasihat dan
tunjuk ajar oleh orang lain (Weimann, Tustin, Van Vuuren, & Joubert, 2007).
Pemimpin pendapat digambarkan sebagai orang yang paling berpengaruh dalam
rangkaian sosial yang mempunyai jumlah pengikut yang ramai (Valente, 1995).
Pemimpin pendapat boleh dirujuk kepada rakan sebaya (Shaffer 1994) ibu bapa
(Foshee & Bauman 1994) ketua agama (WHO 1983), kumpulan sosial (WHO 1983,
Shaffer 1994).

Tinjauan literatur menunjukkan percanggahan pendapat tentang peranan atau kesan


penglibatan pemimpin pendapat ke atas masyarakat. Menurut McKee, Manoncourt,
Yoon dan Carnegie (2000) dan Tolba dan Mourad (2011), menyatakan pemimpin
pendapat mempunyai pengaruh moderasi yang penting terhadap kesan media massa
yang disasarkan kepada kumpuan atau populasi yang tertentu. Meskipun demikian,
terdapat pandangan sarjana seperti Gatignon dan Robertson (1985) dan Laurent dan
Kapferer (1985) yang menyatakan bahawa penglibatan pemimpin pendapat tidak
memberikan kesan moderasi.

Walau bagaimanapun, pengkaji seperti Alexdaner, Piazza, Mekos, dan Valente


(2001), Lyons dan Henderson (2005) dan Dearing (2009) tidak bersetuju dengan
pandangan yang mengatakan pemimpin pendapat tidak mempunyai pengaruh ke atas
masyarakat. Bagi mereka, dalam usaha untuk menghuraikan ciri-ciri inovasi kepada
masyarakat serta meningkatkan kebarangkalian kadar penerimaan, peranan pemimpin
pendapat adalah sangat penting. Pandangan mereka turut disokong oleh Valente
(2005). Beliau menyatakan rangkaian sosial mempunyai pengaruh yang penting
5
terhadap tingkah laku individu kerana kebanyakan individu mengakui bahawa mereka
menerima maklumat dan pengaruh daripada rangkaian sosial dan kemudian mereka
menjadi model tingkah laku kepada orang lain.

Liu (2007), juga menyatakan peranan pemimpin pendapat boleh menguatkan atau
mengurangkan kesan sesuatu hubungan yang dikaji. Valente dan rakan-rakan (2005),
dalam kajiannya mengenai program pencegahan merokok, mendapati bahawa pelajar
yang rapat dengan pemimpin pendapat akan menyebabkan pelajar tersebut menyertai
program selanjutnya dan program tersebut telah meningkatkan sikap dan kekuatan diri
pelajar. Dapatan juga menunjukkan bahawa mereka telah mengalami penurunan niat
untuk merokok.

Pada tahun 1994, International Planned Parenthood Federation (IPPF) bergabung


dengan negara Haiti menjalankan pendidikan HIV/AIDS di kawasan luar bandar di
seluruh Haiti. Menurut Barker (2004), dalam kajian tersebut mereka telah memilih
untuk menggunakan Teori Difusi Inovasi sebagai kerangka utama dan memutuskan
untuk menggunakan pemimpin pendapat yang dipercayai dan berpengaruh iaitu
pengamal voodoo. Hasil kajian menunjukkan pengamal voodoo menjadi salah satu
saluran komunikasi yang paling penting dan berpengaruh di kawasan-kawasan
terpencil di Haiti. Kejayaan kempen ini adalah ekoran daripada usaha meyakinkan
para pemimpin pendapat mengenai faedah yang akan diperoleh daripada inovasi baru
yang cuba diperkenalkan (Barker, 2004).

Namun begitu terdapat juga bukti-bukti yang menunjukkan penglibatan peranan


pemimpin pendapat yang mempengaruhi individu lain mengenai kebimbangan
terhadap sesuatu inovasi baru (Visser & Mirabile, 2004; Richins & Bloch, 1986;
Feick & Price, 1987; Richins & Root-Shaffer, 1988). Kajian kejayaan inovasi dalam
industri pergigian yang dilakukan oleh Leonard-Barton (1985), menunjukkan
walaupun terdapat 70% doktor gigi mengadaptasi inovasi baru, namun masih lagi
terdapat 20% doktor gigi yang menolak penggunaannya atas nasihat daripada pakar.
Begitu juga dengan kajian mengenai imunisasi yang dilakukan terhadap ahli dalam
kumpulan keagamaan Amerika Syarikat telah menolak imunisasi terhadap diphtheria
walaupun telah dijelaskan (dan memahami) mengenai penyakit tersebut. Hal ini
kerana imunisasi dilarang oleh para pemimpin mereka dan ini menunjukkan ketua
dalam kumpulan keagamaan mempunyai pengaruh besar terhadap penerimaan atau
penolakan inovasi baru (Barker, 2004).

Senario sama turut berlaku dalam kajian yang dilakukan oleh Rogers dan Shoeamaker
(1997). Beliau mendapati masyarakat telah menolak mesej mengenai perancangan
keluarga yang disampaikan oleh media apabila komunikasi menerusi rakan-rakan dan
keluarga telah menolak maklumat yang disampaikan oleh mesej kempen tersebut.
Kajian oleh Baumann et al., (1988), mendapati mesej yang disampaikan oleh media
iaitu mendakwa terdapat hubungan antara merokok dan kematian akibat kanser paru-
paru telah ditolak kerana interaksi antara rakan gagal mengesahkan maklumat
tersebut.

Berdasarkan perbincangan di atas, pengkaji mendapati pemimpin pendapat


mempunyai peranan yang besar dan sangat berpengaruh dalam sistem komunikasi
masyarakat. Mereka boleh mempengaruhi individu lain dalam membuat keputusan
6
sama ada untuk menerima atau menolak sesuatu inovasi yang diperkenalkan dalam
masyarakat. Oleh itu, pengkaji merasakan kajian terhadap pengaruh yang dimainkan
oleh pemimpin pendapat perlu dilakukan. Dalam kajian ini diandaikan terdapat
hubungan di antara ciri-ciri inovasi dengan rintangan kempen, penyelidik memilih
pemboleh ubah penyederhana iaitu “pemimpin pendapat”. Dengan dimasukkannya
pemboleh ubah penyederhana pemimpin pendapat, penyelidik ingin mengetahui
adakah pemboleh ubah tersebut mengubah hubungan antara pemboleh ubah bebas dan
pemboleh ubah bersandar. Jika berubah maka kehadiran pemboleh ubah
penyederhana adalah berpengaruh. Jika tidak berubah maka pemboleh ubah
penyederhana tidak mempengaruhi hubungan kedua pemboleh ubah yang dikaji.
Selain itu, dapatan daripada kajian ini akan memberikan sumbangan literatur yang
sedia ada mengenai peranan yang dimainkan oleh pemimpin pendapat.

Metodologi Kajian

Dalam kajian ini, pendekatan kuantitatif digunakan untuk mengenal pasti peranan
pemimpin pendapat sebagai pemboleh ubah penyederhana hubungan antara ciri-ciri
inovasi dan saluran komunikasi dengan rintangan dalam Kempen TaK Nak Merokok
dalam kalangan remaja. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan bagi mengkaji
peranan pemimpin pendapat dan unit analisis dalam kajian ini ialah remaja yang
terdiri daripada pelajar Tingkatan 4 di sekolah menengah harian. Pemilihan pelajar
sebagai populasi adalah bertepatan dengan pelaksanaan kempen TaK Nak Merokok
yang menyasarkan kepada golongan remaja. Malah bagi Dryfoos (1990), golongan ini
ialah golongan yang paling berisiko untuk merokok.

Sampel kajian yang terdiri daripada 396 pelajar dipilih daripada lapan buah sekolah
mempunyai pelbagai komposisi etnik, daripada kedua-dua jantina dan mempunyai
pelbagai latar belakang taraf sosioekonomi keluarga. Senarai sekolah diperoleh
daripada Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Berdasarkan senarai tersebut, pengkaji memilih secara rawak lapan buah sekolah yang
terdiri daripada empat daerah yang kemudiannya dipecahkan kepada kategori bandar
dan luar bandar.

Teknik yang digunakan ialah persampelan kebarangkalian dengan menggunakan


teknik persampelan kelompok. Menurut Syed Arabi (2002) dan Noraini (2010), teknik
ini dipilih apabila kajian dilakukan ke atas populasi yang melibatkan kawasan yang
luas dan bilangan subjek yang banyak dalam populasi serta senarai subjek tidak
diperoleh. Pandangan mereka juga dipersetujui oleh Reaves (1992) dan Cohen dan
Manion (1994), iaitu pensampelan secara berkelompok sesuai digunakan jika populasi
besar dan bertaburan di serata tempat.

Kajian ini menggunakan soal selidik piawai yang diubah suai dan diadaptasi oleh
pengkaji daripada kajian lepas yang selaras dengan kehendak dan tujuan kajian.
Instrumen yang digunakan dalam kajian ini pada asalnya adalah dalam versi bahasa
Inggeris dan telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu. Item-item soal selidik
diterjemahkan ke Bahasa Melayu oleh pakar bidang bahasa dengan menggunakan
kaedah back-translation (Brislin, 1980) bagi mengatasi masalah bias budaya.

7
Penyemakan Data dan Ujian Kenormalan Bagi Hierarchical Moderated
Regression

Rumusan model bagi Hierarchical Moderated Regression telah digunakan bagi


mengenal pasti peranan pemimpin pendapat sebagai pemboleh ubah penyederhana
dalam hubungan antara ciri-ciri inovasi dan saluran komunikasi dengan rintangan
dalam kempen TaK Nak Merokok. Bagi memastikan data yang digunakan tidak
bercanggah dengan andaian seperti kenormalan dan multikoleneariti, pengkaji
menggunakan analisis reja dan analisis tolerance, variance inflation factor (VIF).

Bagi memeriksa kenormalan data dalam kajian ini pengkaji telah menggunakan
histogram dan plot normal P-P reja piawai regresi (Rajah 1). Dapat disimpulkan
bahawa model regresi yang bakal dibentuk adalah bersesuaian dengan set data yang
diperoleh daripada sampel kajian kerana taburan data kempen adalah bertaburan
normal dan data yang dicerap adalah tertumpu di garisan lurus.

Dependent Variable: Kempen


Dependent Variable: Kempen
60 1.0

50
0.8
Expected Cum Prob
Frequency

40

0.6
30

20 0.4

10
0.2
Mean = -6.46E-15
0 Std. Dev. = 0.997
N = 396
-3 -2 -1 0 1 2 3 4
0.0
Regression Standardized Residual 0.0 0.2 0.4 0.6 0.8 1.0
Observed Cum Prob

Rajah 1: Histogram Dan Plot Normal P-P Reja Piawai Regresi

Selain analisis reja, analisis tolerance, variance inflation factor juga digunakan dalam
kajian ini bagi mengesan masalah multikolineariti. Tolerance merujuk kepada statistik
yang digunakan untuk mengukur kekuatan hubungan linear antara variabel bebas
yang terlibat dalam model regresi. Nilai tolerance yang mendekati satu menunjukkan
bahawa bahagian varians dalam variabel bebas tersebut dapat diterangkan oleh
variabel bebas lain dalam model regresi adalah kecil. Manakala nilai tolerance yang
mendekati sifar menunjukkan bahawa bahagian varians dalam variabel bebas tersebut
dapat diterangkan oleh variabel bebas lain dalam model regresi adalah besar. Keadaan
ini menunjukkan bahawa wujudnya fenomena multikolineariti antara variabel bebas
yang dikaji (Meyers, Gamst & Guarino, 2006).

Di samping itu, nilai Variance Inflation Factor (VIF) juga boleh digunakan untuk
mengesan fenomena multikolineariti yang mungkin wujud antara variabel bebas yang
dikaji. Nilai VIF dikira dengan formula 1/Tolerance. Nilai VIF yang tinggi atau lebih
daripada 2.50 menunjukkan wujudnya fenomena multikolineariti yang tinggi antara
variabel bebas yang dikaji (Meyers, Gamst & Guarino, 2006). Bagi kajian ini, data
menunjukkan nilai tolerance mendekati nilai satu manakala nilai VIF adalah kurang
daripada 2.50, maka kesimpulan yang boleh dibuat bahawa tidak wujud fenomena
multikolineariti antara pemboleh ubah bebas yang dikaji dalam kajian ini (Jadual 1).
8
Jadual 1: Analisis Tolerance, Variance Inflation Factor

Standardize
Unstandardized d Collinearity
Model Coefficients Coefficients t Sig. Statistics
Std. Toleranc
B Error Beta e VIF
1 (Constant) .814 .113 7.212 .000
Inovasi .709 .033 .733 21.405 .000 1.000 1.000
2 (Constant) .505 .115 4.376 .000
Inovasi .575 .037 .595 15.663 .000 .726 1.377
saluran .234 .034 .264 6.961 .000 .726 1.377

Selain analisis reja dan analisis tolerance, variance inflation factor, pengkaji juga
memeriksa data untuk kekonsistenan varians (homoscedasticity) dan kelinearan.
Dalam hal ini nilai reja kelihatan bertabur secara rawak di sepanjang garis lurus
mendatar dengan nilai reja „studentized‟ adalah sifar dan memenuhi andaian statistik
yang diperlukan (Rajah 2).
Scatterplot

Dependent Variable: Kempen

4
Regression Studentized Deleted (Press)

2
Residual

-1

-2

-3

-3 -2 -1 0 1 2 3
Regression Standardized Predicted Value

Rajah 2: Plot Reja ‘Studentized’ Lawan Nilai Ramalan Bagi Rintangan Kempen

Manakala analisis kelinearan dilakukan untuk melihat sama ada terdapat hubungan
yang linear antara nilai pemboleh ubah bersandar dengan nilai pemboleh ubah bebas
yang dikaji. Hasil analisis menunjukkan titik-titik data berkumpul di sepanjang garis
lurus dalam plot serakan yang diplotkan dan memenuhi andaian statistik (Rajah 3).

9
Partial Regression Plot Partial Regression Plot

Dependent Variable: Kempen Dependent Variable: Kempen

1.0
1.0

0.5
0.5

Kempen
Kempen

0.0

0.0

-0.5

-0.5

-1.0

-1.5 -1.0 -0.5 0.0 0.5 1.0 -1.0 -0.5 0.0 0.5 1.0

saluran Inovasi

Rajah 3: Plot Regresi ‘Partial’ Antara Rintangan Kempen Dengan Ciri-Ciri


Inovasi Dan Saluran Komunikasi

Analisis Data

a. Pengujian Hipotesis Peranan Pemimpin Pendapat Sebagai Penyederhana


Hubungan Antara Ciri-ciri Inovasi Dengan Rintangan KempenTaK Nak
Merokok

Bagi menguji hipotesis „pemimpin pendapat menyederhana hubungan ciri-ciri inovasi


terhadap rintangan dalam kempen TaK Nak Merokok dalam kalangan remaja‟, model
regresi berikut telah dibentuk:

Model 1 = Rintangan Kempen = a + b1 (Ciri-ciri inovasi) + Ralat


Model 2 = Rintangan Kempen = a + b1 (Ciri-ciri inovasi) + b2 (Pemimpin
pendapat) + Ralat
Model 3 = Rintangan Kempen = a + b1 (Ciri-ciri inovasi) + b2 (Pemimpin
pendapat) + b3 (Ciri-ciri inovasi * Pemimpin pendapat) + Ralat

Berdasarkan model di atas, hasil analisis menunjukkan bahawa pemboleh ubah ciri-
ciri inovasi menyumbang varian sebanyak 53% dalam rintangan kempen TaK Nak
Merokok (Jadual 2) dan menjadi peramal yang signifikan ( =.53, F = 458.17, p <
0.05). Pada langkah kedua, dengan pemboleh ubah ciri-ciri inovasi sudah berada
dalam model, pemimpin pendapat pula memberi sumbangan tambahan sebanyak 1%
dalam rintangan kempen ( = .54, F = 236.31, p < 0.05). Pada langkah ketiga,
dengan kedua-dua pemboleh ubah ciri-ciri inovasi dan pemimpin pendapat sudah
berada dalam model, didapati pemboleh ubah interaksi (Ciri-ciri inovasi x Pemimpin
pendapat) tidak memberi sumbangan tambahan dan tidak signifikan ( =.54, F
=157.18, p > 0.05).

10
Jadual 2: Ringkasan Analisis Hierarchical Moderated Regression Pemimpin
Pendapat Sebagai Penyederhana Hubungan Antara Ciri-ciri Inovasi dengan
Rintangan Kempen

Pemboleh ubah F b SE b Beta t Sig.


Langkah1
Ciri-ciri inovasi .53 .53 458.17 .52 .28 .54 1.86 .000

Langkah2
Ciri-ciri inovasi .54 .01 236.31 .08 .32 .07 .26 .008
Pemimpin pendapat

Langkah3
Ciri-ciri inovasi .54 .0 157.18 .02 .08 .13 .25 .798
Pemimpin pendapat
Ciri-ciri inovasi x
Pemimpin pendapat

Hasil analisis menunjukkan bahawa tiada bukti yang kukuh untuk menyatakan
bahawa pemimpin pendapat berperanan sebagai penyederhana dalam hubungan antara
ciri-ciri inovasi dengan rintangan kempen TaK Nak Merokok. Oleh itu hipotesis
„pemimpin pendapat menyederhana hubungan antara ciri-ciri inovasi dengan
rintangan dalam kempen TaK Nak Merokok dalam kalangan remaja‟ adalah ditolak.

b. Pengujian Hipotesis Peranan Pemimpin Pendapat Sebagai Penyederhana


Hubungan Dalam Hubungan Antara Saluran Komunikasi Dengan
Rintangan Kempen TaK Nak Merokok

Bagi menguji hipotesis „pemimpin pendapat menyederhana hubungan antara saluran


komunikasi dengan rintangan dalam kempen TaK Nak Merokok dalam kalangan
remaja‟, model regresi berikut telah dibentuk:

Model 1 = Rintangan Kempen = a + b1 (Saluran komunikasi) + Ralat


Model 2 = Rintangan Kempen = a + b1 (Saluran komunikasi) + b2 (Pemimpin
pendapat) + Ralat
Model 3 = Rintangan Kempen = a + b1 (Saluran komunikasi) + b2 (Pemimpin
pendapat) + b3 (Saluran komunikasi * Pemimpin pendapat) + Ralat

Berdasarkan model di atas, hasil analisis menunjukkan bahawa pemboleh ubah


saluran komunikasi menyumbang varian sebanyak 33% dalam rintangan kempen TaK
Nak Merokok (Jadual 3) dan menjadi peramal yang signifikan ( =.33, F = 195.36,
p < 0.05). Pada langkah kedua, dengan pemboleh ubah saluran komunikasi sudah
berada dalam model, pemimpin pendapat pula memberi sumbangan tambahan
sebanyak 15% dalam rintangan kempen ( = .48, F = 186.97, p < 0.05). Pada
11
langkah ketiga, dengan kedua-dua pemboleh ubah saluran komunikasi dan pemimpin
pendapat sudah berada dalam model, didapati pemboleh ubah interaksi (saluran
komunikasi x Pemimpin pendapat) tidak memberi sumbangan tambahan dalam varian
rintangan kempen dan tidak signifikan ( = .48, F =124.89, p > 0.05).

Jadual 3: Ringkasan Analisis Hierarchical Moderated Regression Pemimpin


Pendapat Sebagai Penyederhana Hubungan Antara Saluran Komunikasi dengan
Rintangan Kempen

Pemboleh ubah F b SE b Beta t Sig.


Langkah1
Saluran komunikasi .33 .33 195.36 .59 .32 .67 1.87 .000

Langkah2
Saluran komunikasi .48 .15 186.97 .80 .31 .72 2.55 .000
Pemimpin pendapat

Langkah3
Saluran komunikasi .48 .0 124.89 -.08 .09 -.51 -.93 .351
Pemimpin pendapat
Saluran komunikasi x
Pemimpin pendapat

Hasil analisis menunjukkan bahawa tiada bukti yang kukuh untuk menyatakan
bahawa pemimpin pendapat berperanan sebagai penyederhana dalam hubungan antara
saluran komunikasi dengan rintangan kempen TaK Nak Merokok. Oleh itu hipotesis
„pemimpin pendapat menyederhana hubungan antara saluran komunikasi dengan
rintangan dalam kempen TaK Nak Merokok dalam kalangan remaja‟ adalah ditolak.

Perbincangan Dan Kesimpulan

Hasil analisis pemimpin pendapat sebagai penyederhana hubungan antara ciri-ciri


inovasi dengan rintangan kempen, keputusannya menunjukkan bahawa pemimpin
pendapat tidak berperanan selaku pemboleh ubah penyederhana bagi hubungan antara
ciri-ciri inovasi dengan rintangan kempen. Dapatan kajian membuktikan bahawa
pemimpin pendapat tidak memberi kesan hubungan antara ciri-ciri inovasi dengan
rintangan kempen. Ini bererti bahawa rintangan yang wujud dalam Kempen TaK Nak
Merokok yang disebabkan oleh ciri-ciri inovasi tidak akan bertambah rintangannya
walaupun pemimpin pendapat digambarkan sebagai orang yang paling berpengaruh
dan berupaya mempengaruhi masyarakat semasa dalam proses membuat keputusan
sama ada untuk menerima atau menolak inovasi baru (Scheufele & Shah, 2000; Watts
& Dodds 2007). Keadaan ini mungkin juga berlaku kerana rintangan yang wujud
adalah disebabkan oleh faktor-faktor lain seperti ciri-ciri inovasi itu sendiri dan
saluran komunikasi yang digunakan.

12
Dapatan kajian ini selari dengan pandangan yang dikemukakan oleh Gatignon dan
Robertson (1985) dan Laurent dan Kapferer (1985), iaitu penglibatan pemimpin
pendapat tidak memberikan kesan moderasi. Namun, dapatan kajian ini bertentangan
dengan dapatan kajian yang dilakukan oleh Alexdaner, Piazza, Mekos, dan Valente
(2001), Tolba dan Mourad (2011), Lyons dan Henderson (2005) dan Dearing (2009),
yang menyatakan penglibatan pemimpin pendapat sebagai penyederhana hubungan
dalam proses penerimaan inovasi. Bagi mereka, dalam usaha untuk menghuraikan
ciri-ciri inovasi kepada masyarakat serta meningkatkan kebarangkalian kadar
penerimaan, peranan pemimpin pendapat adalah sangat penting. Hal ini kerana
apabila rasa tidak puas hati wujud dalam diri penerima apabila prestasi inovasi baru
mempunyai kekurangan berbanding dengan jangkaan awal terhadap inovasi. Rasa
tidak puas hati ini akan membawa kepada satu atau lebih tindakan berikut: (1)
''Keluar'' atau menghentikan adaptasi (2) "Suara" atau membuat aduan (3)
Menyampaikan perkara negatif mengenai inovasi kepada rakan-rakan dan kenalan
(Watkins & Liu, 1996; Richins, 1987; Singh,1990). Kajian menunjukkan individu
yang cenderung untuk menyebarkan perkara negatif mengenai inovasi mempunyai
ciri-ciri pemimpin pendapat (Watkins & Liu, 1996; Richins, 1987; Singh,1990)

Begitu juga dengan hasil analisis berdasarkan hubungan antara saluran komunikasi
membuktikan bahawa pemimpin pendapat tidak berperanan sebagai pemboleh ubah
penyederhana bagi hubungan antara saluran komunikasi dengan kewujudan rintangan
dalam kempen TaK Nak Merokok. Ini menunjukkan hubungan seperti yang dicirikan
oleh pemimpin pendapat tidak meningkatkan lagi kewujudan rintangan dalam
kempen. Dapatan kajian ini bertentangan dengan pandangan McKee, Manoncourt,
Yoon dan Carnegie (2000), yang menyatakan pemimpin pendapat mempunyai
pengaruh moderasi terhadap kesan media massa yang disasarkan kepada kumpuan
atau populasi yang tertentu. Begitu kajian yang dilakukan oleh Baumann dan rakan-
rakan (1988), mendapati mesej yang disampaikan oleh media iaitu mendakwa terdapat
hubungan antara merokok dan kematian akibat kanser paru-paru telah ditolak kerana
interaksi antara rakan gagal mengesahkan maklumat tersebut. Pemimpin pendapat
didapati lebih kepada peranan sebagai pemboleh ubah bebas dalam mempengaruhi
kewujudan rintangan dalam kempen.

RUJUKAN

Alexander, C., Piazza, M., Mekos, D. & Valente, T. (2001). Peers, schools, and
adolescent cigarette smoking. Journal of Adolescent Health, 29(1), 22-30.

Agostinelli, G., Brown, J. M., & Miller W. R. (1995). Effects of Normative Feedback
on Consumption among Heavy Drinking College Students. Journal of Drug
Education, 25 (1), 31- 40.

Al-Gahtani, S.S. (2003). Computer technology adoption in Saudi Arabia: Correlates


of perceived innovation attributes. Information Technology forDevelopment,
10, 57-69.

Ansoff, I.H. (1990). Implanting strategic management. Prentice Hall International,


Ltd. London.
13
Astebro, T.B. & Michela, J. L. (2005). Predictors of the Survival of Innovations.
Journal of Product Innovation Management, Vol. 22, Issue 4, p. 322-335.

Barker, K. (2004). Diffusion of Innovations: A World Tour. Journal of Health


Communication, 9, 131-137.

Bertrand, J.T. (2004). Diffusion of innovations and HIV/AIDS. Journal of Health


Communication, 9(1), 113-121.

Baumann, K.E., Brown, J.D., Bryan, E.S., Fisher, L.A., Padgett, C.A., & Sweney,
J.M. (1988). Three mass media campaigns to prevent adolescent cigarette
smoking. Preventative Medicine, 17, 510-530.

Boz, I., & Akbay, C. (2005). Factors influencing the adoption of maize in
Kahramanmaras province of Turkey. Agricultural Economics, 30, 431- 440.

Brislin, R.W. (1980). Translation and content analysis of oral and written material. In
Triandis, H.C. & Berry, J.W. (Eds), Handbook of Cross-cultural Psychology:
Methodology (pp. 389-444), Allyn & Bacon, Boston.

Chernev, A. (2004). Goal orientation and consumer preference for the status quo.
Journal of Consumer Research, 31, 557-565.

Clearinghouse for tobacco control (2005). Tobacco Control in Malaysia: A Long


Winding Road. Pusat Racun Negara.

Cohen, L. & Manion, L. (1994). Research methods in education fourth edition. New
York: Croom Helm Ltd.

Dearing, J. W. (2004). Improving the state of health programming by using diffusion


theory. Journal of Health Communication, 9(1), 21-36.

Dearing, J. (2009). Diffusion of Innovation Theory to Intervention Development.


Research on Social Work Practice, 19(5), pp.503-518
Denscombe, M. (2001). Uncertain identities and health-risking behaviour: The case of
young people and smoking in late modernity. British Journal of Sociology
52(1), 157-177

Do Kyun Kim (2007). Identifying Opinion Leaders by Using Social Network


Analysis: A Synthesis of Opinion Leadership Data Collection Methods and
Instruments. (Doctoral dissertation, The George Washington University,
2009). ProQuest DigitalDissertations. (UMI Number: 3280049).

Doumit, G., Gattellari, M., Grimshaw, J., & O‟Brien, M.A. (2007). Local opinion
leaders: effects on professional practice and health care outcomes. Cochrane
Database of Systematic Revs.

14
Dryfoos, J. (1990). Adolecents at risk : Prevalence and prevention. New York :
Oxford University Press.

Edgar, T., Boyd, S.D., & Palame, M.J. (2009). Sustainability for behaviour change in
the fight against antibiotic resistance: A social marketing framework. J
Antimicrob Chemother, 63, 230-237.

Feick, L., & Price, L. (1987). The market maven: A diffuser of marketplace
information. Journal of Marketing 51(January):83-97.

Foshee, V., & Bauman K.E. (1994). Parental attachment and adolescent cigarette
smoking initiation. Journal of Adolescent Research, 9, 88–104.

Garcia, R. & Calantone, R., (2002). A critical look at technological innovation


typology and innovativeness terminology: A literature review. Journal of
Product Innovation Management, 19 (2), 110-132

Gatignon, H., & Thomas, S.R. (1985). A Propositional Inventory for new Diffusion
Research. Journal of Consumer Research, 11 (March), 849-367.

Gilbert, E. (2005). Contextualising the medical risks of cigarette smoking: Australian


young women's perceptions of antismoking campaigns. Health, Risk &
Society, 7(3), 227-245.

Hayati, Z. & Jowkar, T. (2008). Adoption of electronic reference materials in


academic libraries of Iran. The International Information dan Library Review,
40, 52-63.

Hedebro, G (1995). Komunikasi dan perubahan sosial di negara-negara membangun:


satu tinjauan kritikal. Mokhtar Muhammad (penterjemah). Shah Alam:
BIROTEKS, Institut Teknologi Mara.

Katz, E., & Lazarsfeld, P.F. (2006). Personal Influence: The Part Played by People
in the Flow of Mass Communication. Glencoe, IL: The Free Press.
Kementerian Kesihatan Malaysia (2010). Laporan Kempen Media TaK Nak
Merokok2009, Bahagian Pendidikan Kesihatan Kementerian Kesihatan
Malaysia.

Kementerian Kesihatan Malaysia (2005). Manual latihan kebangsaan: Membantu


perokok berhenti merokok untuk profesional kesihatan di klinik berhenti
merokok hospital dan klinik kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Putrajaya: Kementerian Kesihatan Malaysia, Bahagian Pendidikan Kesihatan.

Keller, E., & Berry, J. (2003). One American in ten tells the other nine how to vote,
where to eat, and what to buy. They are the influentials. Free Press.

Kempe, D., Kleinberg, J., & Tardos, E. (2003). Maximizing the spread of influence
through a social network. In 9th ACM SIGKDD International Conference on
Knowledge Discovery and Data Mining, 2003.
15
Kleijnen, M., Nick L., & Martin W. (2009). An exploration of consumer resistance to
innovation and its antecedents. Journal of Economic Psychology, 30, 344-357.

Kremer, K. S., Carolan, M., Gasteyer, S., Tirmizi, S.N., Korsching P.F., Peter, G. &
Yong, P. (2001). Evolution of an agricultural innovation: the N-Trak soil
nitrogen test adopt and discontinue, or reject? Tech. in Soc, 23:93–108.

Laurent, G., & Kapferer, J.N. (1985). Measuring Consumer Involvement Profiles.
Journal of Marketing Research, (22) 41-53.

Leonard-Barton, D. (1985). Experts as Negative Opinion Leaders in the Diffusion of a


Technological Innovation. Journal of Consumer Research 11(4), 914-926.

Lee, T.-T. (2004). Nurses' adoption of technology: application of Rogers' innovation-


diffusion model. Applied Nusing Research, 17(4), 231-238.

Lyons, B., & Henderson, K. (2005). Opinion leadership in a computer-mediated


environment. Journal of Consumer Behaviour 4(5), pp. 319-329.

Maizurah Omar, Rahmat Awang, Razak Lajis, Foong Kin, Ahmad Salihin Mohamad
Samin, Halilol Rahman Mohamad Khan, Intan Suhaila Kassim, Tan Yen Lian
& Yong Check Yoon (2006). Reka Bentuk Dan Penilaian Label Amaran
Bergrafik Pada Kotak Rokok. Laporan Ogos 2006. Pusat Racun Negara :
USM

Maizurah Omar, R. Borland, Rahmat Awang, Geoffrey T. Fong, Buppha


Sirirassamee, D. Hammond, M. Travers, Shukry Zawahir, Noor Afiza Abd
Rani, M.Yazid M. Radzi & Nur hanani Jasni (2010). Merely Noticing Tobacco
Warnings Increases Vulnerability To Smoking Among Adolescent Abut
Thinking Protects Them. The Asia Pacific Conference on Tobacco or Health
(APACT 2010), 6-9 Oct. 2010.

Manuela P. del Val (2003). Resistance to change: a literature review and empirical
study. Management Decision, 41 (2),148.

Martins, C.B.M.J., Steil, A., V., & Todesco, J.L. (2004). Factors influencing the
adoption of the Internet as a teaching tool at foreign language schools.
Computers dan Education, 42(4), 353-374.
McKee, N., Manoncourt, E., Yoon, S.C., & Carnegie, R. (2000). Involving People
Evolving Behaviour. Penang: Southbound & UNICEF: Penang.

Meyers, L., Gamst, G. & Guarino, A. J. (2006). Applied Multivariate Research


Design and Interpretation. Newbury Park, CA: Sage.

Miller, M., & Mariola, M. J. (2009). The Discontinuance of Environmental


Technologies in the Humid Tropics of Costa Rica: Results from a Qualitative
Survey. Journal of International Agricultural and Extension Education 16(1):
31-42.

16
Molesworth, M., & Jukka-Petteri, Suortfi., (2002). Buying cars online: The adoption
of the web for high-involvement, high-cost purchases. Journal of Consumer
Behavior, 2 (2) December, 155-168.

Nor Hayati Mohd Jalil (2006). Kempen Komunikasi Pemujukan di dalam Dinamika
Media dan Masyarakat Malaysia. Mohamad Md Yusoff, Kamaliah Siarap,
Azman Azwan Azmawati, Muhammad Hatta Muhammad Tabut dan Juliana
Abdul Wahab. Penerbit Universiti Sains Malaysia.

Noraini Idris (2010). Penyelidikan Dalam Pendidikan. McGraw-Hill, Malaysia.

Norimy Aimi, Muhamad Amirul Afiq Mastor, Azrai Mohammad dan Rosalinda Md
Said (2010). Laporan Khas „Kempen Berhenti Merokok Gagal‟. Utusan
Malaysia, 18/1/2010.

Pagani, M. (2006). Determinants of adoption of high speed data services in the


business market: Evidence for a combined technology acceptance model with
task technology fit model. Information dan Management, 43(7), 847-860.

Pechmann, C., & Slater, M.D. (2005). Social marketing messages that may motivate
irresponsible consumption behavior, in Inside Consumption, S. Ratneshwar
and D.G. Mick, (eds). (pp 185-207), London and New York: Routledge,

Pechmann, C., Zhao G., Goldberg, M.E., & Reibling E.T. (2003). What to Convey In
Anti Smoking Advertisements For Adolescents: The Use Of Protection
Motivation Theory To Identify Effective Message Themes. Journal of
Marketing, 67, 1-8.

Ram, S. (1987). A Model of Innovation Resistance. Advances in Consumer Research,


14 (1), 208-212.

Reaves, C.C. (1992). Quantitative Research For The Behavioral Sciences. New York
: John Wiley & Son, Inc.

Redmond, W.H. (1996). Product Disadoption: Quitting Smoking as a Diffusion


Process. Journal of Public Policy and Marketing, 15 (1), 87-97.

Reinders, M.J. (2010). Managing Consumer Resistance to Innovations. Rozenberg


Publishers.

Richins M.L., (1987). A multivariate analysis of responsiveness to dissatisfaction. J.


Acad. Mark. Sci. 15 (3).

Richins, M. L., & Bloch, P. H. (1986). After the New Wears Off: The Temporal
Context of Product Involvement. Journal of Consumer Research;13
(September): 280-285

17
Richins, M.L., & Root-Shaffer, T. (1988). The Role of Involvement and Opinion
Leadership in Consumer Word-of-Mouth: An Implicit Model Made Explicit.
Advances in Consumer Research; 15: 32-36

Rogers, E.M & Shoemaker F.F. (1971). Communication of Innovations: A Cross


Cultural Approach. 2nd ed. The Free Press. New York, New York.

Rogers, E. M. (2003). Diffusion of innovations (5th ed.). New York: Free Press.

Roslee Ahmad & Mohamed Sharif Mustaffa (2006). Kajian Punca, Risiko Merokok
Dan Sumbangan Merokok Terhadap Penagihan Bahan. Satu Kajian Di Pusat
Giat Mara Bukit Payong, Marang, Trengganu. In: Annual Conference On
Teacher Education, 6-8 Sept 2006, Kota Kinabalu, Sabah. (Unpublished).

Sehulster D. (2011). An Era of Change: Change Leadership in HR. Dari


http://www.carlsonschool.umn.edu/hrtomorrow/documents/04.3-

Scheufele, D.A., & Shah, D.V. (2000). Personality strength and social capital: The
role of dispositional and informational variables in the production of civic
participation. Communication Research, 27(2), 107-131.

Schaffer, D.R. (1994). Extrafamilial influences II: Peers as socialization agents. In D.


R. Schaffer (Ed.), Social and personality development (3rdEd). Pacific Grove,
California: Brooks/Cole Publishing Company.

Singh J., (1990). Voice, exit, and negative word-of-mouth behaviors: an investigation
across three service categories, J. Acad. Mark. Sci. 18 (1) 1–16.

Surry, D. & Ely, D. (2002). Adoption, Diffusion, implementation and


institutionalization of educational technology. In Reinser & Dempsey (Eds.)
Trends & issues in instructional design and technology, NJ, Prentice Hall.

Syed Arabi Idid (2002). Kaedah Penyelidikan Komunikasi dan Sains Sosial. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa and Pustaka.

Synder, L.B., Hamilton, M.A., Mitchell, E.W., Kiwanuka-Tondo, J., Fleming-Milici,


F., & Proctor, D. (2004). A meta-analysis of the effect of mediated health
communication campaigns on behavior change in the United States. Journal
of Health Communication, 9(1), 71-96.

Tarde, G. (1903). The laws of imitation, translated by Elsie Clews Parsons, New
York, Hold; reprinted 1969, University of Chicago Press.

Tornatzky, L.G., & Klein, K.J. (1982). Innovation Characteristics and Innovation
Adoption Implementation: A Meta-Analysis of Findings. IEEE Transaction on
EngineeringManagement, 29 (1), 28-44.

18
Usa, I. (2009). Using Diffusion Of Innovation Theory To Explain The Degree Of
Faculty Adoption Of Web-Based Instruction In A Thai University. ProQuest
DigitalDissertations.

Utusan Malaysia (2010, Mei 31). Laman Sesawang Berhenti Merokok.

Valente, T.W., & Davis, R.L. (1999). Accelerating the diffusion of innovations using
opinion leaders. The Annals of the American Academy of the Political and
Social Sciences, 566, 55-67.

Valente, T.W., Hoffman, B.R., Ritt-Olson A., Lichtman, K., & Johnson, C.A. (2005).
The effects of a social network method for group assignment strategies on
peer led tobacco prevention programs in schools. American Journal of Public
Health, 93, 1837–1843.

Valente, T.W., & Pumpuang, P. (2007). “Identifying opinion leaders to promote


behavior change,” Health Education and Behavior, vol. 34, no. 6, pp. 881–
896.

Visser, P.S., & Mirabile, R.R. (2004). Attitudes in the social context: The impact of
social network composition on individual-level attitude strength. Journal of
Personality and Social Psychology, 87, 779-795.

Völlink, T., Meertens, R., & Midden, C.J.H. (2002). Innovating "diffusion of
innovation" theory: innovation characteristics and the intention of utility
companies to adopt energy conservation interventions. Journal of
environmental psychology, 22, 333-344.

Watkins H.S., & R. Liu (1996). Collectivism, individualism and in-group


membership: implications for consumer complaining behavior in multicultural
contexts. J. Int. Consum. Mark. 8 (3, 4) 69–96.

Watts, D.J., & Dodds, P.S. (2007). Influentials, Networks, and Public Opinion
Formation. Journal of Consumer Research. 34(4), 441-458.
Weimann, G., Tustin, D.H., Van Vuuren, D., & Joubert, J.P.R. (2007). Looking for
opinion leaders: Traditional vs. modern measures in traditional societies.

Whelan, E. M. (2011). Warnings that Don't Work (National Review Online).


Diperoleh pada 12 Jan 2012 dari Warnings That Don\'t Work By Elizabeth M.
Whelan.

World Health Organization (1983).Guidelines for the conduct of tobacco smoking


surveys of the general population. Report of a WHO meeting held in Helsinki,
Finland, 29 November-4 December 1982. Geneva.

Wolburg, J.M. (2006). College students' responses to antismoking messages: Denial,


defiance, and other boomerang effects. The Journal of Consumer Affairs
40(2), 294-323.

19
Yates, B.L. (2001). Applying diffusion theory: Adoption of media literacy programs in
schools. Paper presented at the International Communication Association
Conference, Washington, DC.

Biodata:
Hanum Hassan merupakan Pensyarah Kanan di Pusat Pengajian Pembangunan Insan
dan Teknokomunikasi, UniMAP. Kepakaran beliau dalam bidang Komunikasi
Pemujukan dan Komunikasi Kesihatan.

20

Anda mungkin juga menyukai