Anda di halaman 1dari 5

TUGASAN 1: LAPORAN TEMUBUAL

1.0 Pengenalan
Dalam perjalanan hidup atau perkembangan kerjaya, kepimpinan merupakan unsur
penting dalam sesebuah organisasi formal. Menurut Leithwood &Janti (1999) kepimpinan
merupakan keupayaan pemimpin untuk mempengaruhi sistem kepercayaan, tindakan dan
pegangan nilai- nilai ahli-ahli dalam kumpulannya. Manakala, Jaafar Mohamad (1992)
berkata; kepimpinan berkesan berlaku apabila seseorang itu mendorong, memujuk dan
mempengaruhi orang lain untuk mencapai usaha kea rah sesuatu objektif. Dalam literatur
berkaitan dengan kepimpinan guru, Smylie dan Denny (1990) menjelaskan pemimpin guru
ialah mereka yang dapat membantu dan menyokong rakan sekerja melaksanakan
tanggungjawab pengajaran di dalam bilik darjah serta meningkatkan amalan
profesionalisme.

2.0 Laporan Perbincangan


Pada 9 Mac 2020, saya telah menjalankan sesi temu bual bersama dengan salah
seorang pihak pengurusan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Seremban iaitu Guru
Penolong Kannan Kurikulum. Tujuan saya melakukan sesi temu bual tersebut adalah untuk
mengetahui secara mendalam tentang amalan profesionalisme keguruan yang menjadi
amalan di sekolah dan juga isu-isu pelanggaran etikan dan perundangan yang berkaitan
dengan kerjaya guru. Perkara tersebut bertepatan dengan tugasan kursus Asas
Kepemimpinan dan Pembangunan Profesionalisme Guru EDUP 3083 yang mana
mengkehendaki saya menjalankan sesi temu bual terhadap seorang pentadbir pendidikan di
sekolah pilihan saya menjalani Internship. Semasa melaksanakan sesi temu bual bersama
guru tersebut, saya telah mengutarakan beberapa soalan yang berkaitan dengan aspek,
amalan profesionalisme keguruan yang menjadi amalan di sekolah tersebut serta isu-isu
pelanggaran etika dan perundangan yang berkaitan dengan kerjaya guru di sekolah
tersebut.
Di Malaysia, Falsafah Pendidikan Negara dan Falsafah Pendidikan Guru
merupakan asas dan aspirasi yang perlu dicapai oleh insan yang bergelar guru.
Guru memainkan peranan penting dalam memacu dan merealisasikan aspirasi
negara bukan sahaja untuk mewujudkan masyarakat majmuk yang bersatu padu
tetapi juga mewujudkan masyarakat yang berpengetahuan. Menurut Lee Choon
(2018), telah melaporkan bahawa profesion guru pada masa kini dilihat semakin
mencabar dan kompleks lebih-lebih lagi pada nilai akuantabiliti atau
kebertanggungjawaban guru itu sendiri. Tidak dinafikan bahawa dalam dunia
globalisasi tanpa sempadan dengan teknologi yang kian pesat dan sentiasa berubah
pada masa kini, ia menuntut para guru yang berperanan sebagai pemimpin,
profesional, pengurus dan pekerja untuk bukan sahaja mahir dan berpengetahuan
tinggi tetapi juga harus bertaraf dunia, mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi,
mempunyai kepakaran teknologi serta yang penting sekali, mempunyai budi pekerti
yang mulia dan beretika.
Puan Mageswari Perumal telah dilahirkan pada 15 Mac 1963 di Hospital
Tuanku Ja’afar, Seremban. Beliau telah mendapat pendidikan rendah di Sekolah
Jenis Kebangsaan Tamil Lobak dan pendidikan peringkat menengah di Sekolah
Menengah Kebangsaan Seri Ampangan, Seremban. Beliau telah mendapat
pendidikan peringkat tinggi di Maktab Perguruan Raja Melewar dikenali sebagai
Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar dan memperoleh Ijazah Sarjana
Muda dengan Kepujian Kelas Pertama. Beliau berkhidmat selama 30 tahun dalam
bidang pendidikan. Dalam perjalanan perjuangan profesion beliau, beliau telah
pernah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang sebanyak tiga kali di mana
pengiktirafan APC telah membantu beliau dalam kenaikkan pangkat sebagai Guru
Penolong Kanan 1 di sekolah. Beliau telah berkhidmat selama 10 tahun sebagai
Guru Penolong Kanan 1 di tiga buah sekolah, iaitu Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil
Kuala Pilah, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Bandar Springhill dan Sekolah Jenis
Kebangsaan Tamil Ladang Seremban. Tempoh pengalaman pekerjaan beliau yang
agak lama telah menyebabkan Puan Mageswari Perumal mencapai DG 48 di
samping beliau juga telah mewujudkan SJK (T) Ladang Seremban sebagai penanda
aras pertama di Malaysia bagi pengajaran dan pembelajaran abad ke-21.
Berdasarkan hasil daripada sesi temu bual bersama Puan Mageswari, beliau
berpendapat bahawa konsep profesion merupakan seorang ahli dalam suatu
profesion yang dikawal oleh kod etika dan memberikan komitmen kepada
keterampilan, integriti dan moraliti, altruisme dan penyebaran kebaikan dalam
profesion mereka. Pada masa yang sama, beliau turut menyatakan bahawa
seseorang guru yang bergelar profesion perlu memiliki beberapa ciri-ciri seperti
bertanggungjawab, amanah, berintegriti, autonomi dan futuristik. Hal ini dapat
disokong dengan kenyataan Meris (2011), berpendapat bahawa seorang guru
profesional pada abad ke-21 perlu menghayati lima atribut yang menyumbang
kepada kecemerlangan seorang guru iaitu keghairahan dan semangat, jelas dalam
penerangan, kesediaan dan organisasi, merangsang murid serta berpengetahuan.
Lantaran itu hasil daripada sesi temu bual bersama Puan Mageswari Perumal, saya
mendapati bahawa beliau merupakan seorang pemimpin sekolah berprofesional
yang mengamalkan konsep kepemimpinan berkarisma yang mana beliau sentiasa
mempamerkan kemampuannya untuk menyelesaikan sesuatu krisis dengan berjaya.
Buktinya, para guru lain menunjukkan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi
terhadap pemimpin beliau ini. Hal ini sangat sejajar dengan teori tradisional tret yang
mana Stogdill (2014), menyatakan bahawa seseorang pemimpin memiliki ciri atau
tret-tret yang diwarisi seperti bertenaga, asertif dan kreatif untuk menjadi seorang
pemimpin yang berkesan. Beliau juga turut menyatakan bahawa strategi gaya
kepimpinan merupakan elemen yang sangat penting bagi seseorang pemimpin.
Beliau berpendapat bahawa seseorang pemimpin harus bijak menggunakan ketiga-
tiga gaya kepimpinan, iaitu gaya kepimpinan autokratik, gaya kepimpinan demokratik
dan gaya kepimpinan laissez faire berdasarkan situasi, masa dan tempat yang
sesuai. Seseorang pemimpin tidak boleh berpegang kepada corak kepimpinan yang
sama secara berterusan. Pemimpin harus mendengar dan menerima pandangan
daripada guru-guru lain untuk meningkatkan mutu amalan profesionalisme di
sekolah. Para guru juga harus mengamalkan gaya kepimpinan di dalam bilik darjah.
Pada permulaan sesuatu aktiviti guru harus menggunakan gaya kepimpinan
autokratik supaya murid-murid memahami arahan dan pengajaran yang
disampaikan oleh guru. Guru juga harus menggunakan gaya kepimpinan demokratik
dan laissez faire semasa penglibatan murid dalam sesuatu aktiviti supaya murid-
murid mencungkil bakat murid masing-masing.
Di samping itu, menurut Abullah Sani Yahaya (2015), mendefinisikan Kod
Etika Keguruan Malaysia sebagai satu sistem dasar yang menjadi garis panduan
kepada guru dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka. Sementara
pula, saya amat bersetuju dengan pendapat Puan Mageswari Perumal di mana
beliau berpendapat bahawa Kod Etika Keguruan bukan sahaja garis panduan dalam
kalangan guru bagi menjalankan peranan mereka tetapi, ia juga berupaya menjadi
satu set peraturan kerja untuk mengawal tingkah laku atau perbuatan yang tidak
diingini atau bercanggah dengan moral dalam kalangan guru. Beliau menyatakan
bahawa terdapat empat jenis amalan profesional keguruan yang diamalkan dalam
kalangan guru di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Seremban yang
membantu untuk mentadbir sekolah dengan berkesan. Menurut beliau antara
amalan profesionalisme yang dipraktikkan oleh guru-guru sekolah SJKT Ladang
Seremban dalam melaksanakan tanggungjawab profesion selaras dengan Kod Etika
Keguruan Malaysia ialah dalam tanggungjawab terhadap murid. Beliau mengatakan
yang para guru di SJKT Ladang Seremban menumpukan perhatian dan memberi
pengajaran kepada setiap muridnya tanpa mengira bangsa dan agama atau
kepercayaan. Hal ini terbukti apabila beliau menyatakan bahawa guru di sekolah ini
berperanan sebagai ibu bapa kepada murid yang bukan sahaja berperanan untuk
mendidik dan mengajar tetapi juga dalam membentuk nilai dan semangat
perpaduan, sahsiah, moral dan akhlak yang baik kepada murid. Beliau juga turut
berkata bahawa para guru sekolah ini menunjukkan tingkah laku yang baik dan
bernilai murni agar dapat memberi contoh yang baik kepada muridnya. Tamsilnya,
guru melayan dengan senyuman lebar dan juga bertanya khabar dengan murid-
murid. Oleh itu berdasarkan kenyataan yang diberikan oleh beliau, memang kita
tidak dapat menafikan bahawa tanggungjawab guru terhadap murid di SJKT Ladang
Seremban sudah tidak boleh diragu lagi.
Selain itu, beliau berkata lagi bahawa guru-guru di SJKT Ladang Seremban
melaksanakan tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara dengan penuh
gigih. Beliau sangat bersetuju dengan kenyataan Sharifah Zainul (2013), yang
berpendapat bahawa guru bertanggungjawab memacu pencapaian aspirasi
pendidikan negara. Puan Mageswari Perumal mengatakan bahawa guru di sekolah
ini selalu berusaha mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu yang boleh
merosakkan murid, masyarakat dan negara atau bertentangan dengan rukun
negara. Sebagai contohnya, guru di sekolah ini tidak mendorong murid dalam ajaran
agama sesat, ajaran agama yang terlalu radikal dan sebagainya sehingga boleh
mencetuskan kebencian kepada orang lain mahu pun negara. Justeru itu, beliau
telah jelas menceritakan kepada saya bahawa para guru di SJKT Ladang Seremban
memang memupuk dalam diri muridnya sikap dan nilai yang boleh membimbing
mereka menjadi warganegara yang taat setia, menghormati perbezaan budaya,
keturunan dan agama.
Tambahannya lagi, beliau berpandangan bahawa para guru di sekolah ini
turut mengamalkan amalan profesionalisme terhadap rakan sejawat. Puan
Mageswari Perumal berkata lagi yang para guru di SJKT Ladang Seremban sentiasa
berusaha membantu rakan sejawat dan bukannya bertindak memburuk-burukkan
rakan sejawat di khalayak umum. Buktinya, beliau mengatakan yang Aktiviti
Komuniti Pembelajaran Profesional atau Professional Learning Community (PLC)
juga sering dilaksanakan di sekolah antara rakan guru bagi setiap mata pelajaran.
Selepas waktu persekolahan, ketua panitia setiap mata pelajaran meluangkan masa
bersama guru-guru lain untuk membincangkan mengenai masalah yang sering
dihadapi oleh seseorang guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Beliau
berkata lagi bahawa PLC sentiasa diadakan di bilik Guru Besar supaya beliau
memberikan idea, tunjuk ajar dan penyelesaian bagi isu yang dibincangkan.
Perbincangan dan perkongsian berkenaan PDP antara satu sama lain akan
meningkatkan ilmu pengetahuan dan membolehkan guru-guru berfikir secara kreatif
dan inovatif dalam mencari penyelesaian bagi sesuatu isu. Beliau berpendapat
bahawa amalan PLC ini dapat membantu guru-guru di sekolah ini dalam menambaik
perancangan aktiviti yang menggalakkan penglibatan murid serta menyediakan satu
RPH yang berkualiti tinggi.
Pada masa yang sama, menurut beliau dalam perbincangannya mengatakan
bahawa terdapat beberapa impak amalan profesional guru tersebut terhadap SJKT
Ladang Seremban. Antaranya ialah

2.1 Amalan Profesionalisme Keguruan.

2.2 Isu Pelanggaran Etika Dan Perndangan


3.0 Rumusan
4.0 Rujukan
5.0 Lampiran