Anda di halaman 1dari 2

Lampiran 1 (Soalan temu bual )

Jantina : Lelaki / Perempuan Umur :33


Pengalaman Mengajar : 10
Bahagian A : Persepsi guru

1. Menurut pandangan anda, adakah PBD dapat meningkatkan kemahiran pelajar dari segi kognitif,

psikomotor dan afektif? Bagaimana?

Ya. Kerana PBD merupakan satu penilaian yang berterusan untuk menguji tahap perkembangan
kognitif, psikomotor dan afektif dari masa ke masa.

2. Adakah penilaian PBD dapat menunjukkan skor sebenar atau menunjukkan keupayaan sebenar

seorang murid?

Ya.

3. Adakah anda menyokong cadangan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menjadikan PBD

bahan penilaian utama dalam PT3 dan SPM di masa hadapan?

Ya saya sangat menyokongnya.

4. Untuk menggalakkan murid-murid menghafal 36 nilai-nilai murni dalam mata pelajaran

Pendidikan Moral, apakah kaedah dan pendekatan yang anda lakukan dalam kelas?

Saya menggunakan pendekatan, pada setiap kelas 5 minit yang awal merupakan sesi round table
untuk menguji penghafalan murid 36 nilai murni. Malahan setiap murid saya mempunyai 4 buah
buku moral. Setiap buku itu dilekat 36 nilai bersama definisinya.Selain itu mereka juga dibekalkan
dengan kad nilai dan definisi.

Bahagian B : Masalah guru

1. Adakah anda menghadapi kekangan masa untuk melaksanakan PBD Pendidikan Moral?

Tidak.

2. Adakah PBD membebankan?

Tidak
3. Adakah kemudahan di sekolah anda mencukupi untuk pelaksanaan PBD?

Ya.

4. Apakah masalah-masalah lain yang anda hadapi berkaitan dengan pelaksanaan PBD di sekolah?

Masalah yang saya hadapi adalah pemberian TP 6 kepada murid P.Moral adalah sangat minimum. Kerana
hanya seorang murid yang cukup sempurna layak untuk mendapatnya. Dalam P.Moral setiap tingkah laku
percakapan, cara berfikir, kerjasama , kepimpinan dan lain-lain lagi perlu dipertimbangkan sebelum
memberikan TP 6. Selama ini tidak pernah seorang murid pun saya pernag beri TP 6. Ini cukup
mengecewakan saya.

5. Apakah cadangan anda untuk penambahbaikan dalam pelaksanaan PBD?

Cadangan saya adalah mungkin kriteria untuk TP dapat dilonggarkan agar tidak terlalu rigid untuk
murid untuk Pendidikan Moral.