Anda di halaman 1dari 2

Gejala sosial yang melibatkan golongan remaja bukan sahaja menimpa remaja kelas

bawahan, malahan membabitkan kelompok remaja kelas menengah dan atasan.


Pada umumnya, gejala ini timbul kerana golongan remaja tidak mempunyai tempat
mengadu dan tidak diurus dengan saksama lagi bijaksana.

Sesetengah ibu bapa harus mengakui bahawa mereka tidak mempunyai kemahiran
dalam mendidik anak-anak. Kemahiran mengasuh meliputi kefahaman terhadap jiwa
remaja, menangani kesihatan mental dan emosi anak-anak muda serta penguasaan
terhadap perkembangan terkini. Mereka perlu dididik bahawa jiwa remaja kini tidak
sama dengan jiwa mereka sewaktu remaja. Interaksi dengan anak-anak tidak lagi
bersifat sehala. Pandangan bahawa `ibu dan bapa kemudian anak-anak’ tidak lagi
terpakai. Sebaliknya ibu bapa perlu memahirkan diri menjadi `rakan anak-anak’.
Kemahiran mendengar dan berbincang dengan anak-anak perlu dipupuk. Konsep
membuat keputusan untuk anak remaja juga tidak lagi boleh diamalkan. Sebaliknya
gaya berbincang nyata lebih berkesan.

Ibu bapa harus peka dan membantu remaja dalam memahami perubahan fizikal dan
seksual mereka. Mereka perlu dibantu apabila terdapat ledakan kebolehan
intelektual. Perubahan tersebut mendorong remaja membebaskan diri daripada
kongkongan ibu bapa dan sebaliknya mereka mahu membina jati din sendiri.
Pendidikan daripada alam kanak-kanak kepada remaja menjadikan emosi dan
psikologi mereka mulai bebas. Jika ibu bapa masih mengamalkan konsep melindungi
dan bukannya tempat meluahkan masalah, remaja akan kelihatan bermusuh dengan
ibu bapa kerana jiwa mereka tidak difahami. Peristiwa yang menimpa remaja Sufiah
Farouq (remaja pintar di Oxford) merupakan suatu contoh bahawa remaja tidak
boleh dikongkong oleh ibu bapa.

Guru di sekolah pula bukanlah sekadar pembimbing akademik, tetapi harus menjadi
rakan kepada remaja. Guru yang diingati oleh remaja ialah guru yang boleh dibawa
berbincang dan sama-sama menyelesaikan masalahnya. Guru yang hanya
memerintah akan diingati sebagai `pemerintah’ dan tidak didekati. Hasilnya, arahan
akademik bukan sahaja tidak dipatuhi, bahkan mewujudkan pemberontakan antara
pelajar dengan gurunya. Ini pula akan menyebabkan pelajar tidak mempunyai minat
terhadap proses pembelajaran.
Pihak berkuasa pula tidak boleh mengharapkan remaja menjauhi kehidupan bebas
dan liar, tetapi pada masa yang sama turut menyediakan ruang untuk perkara
seperti minuman arak, seks bebas dan penagihan pil ecstacy berlaku dengan mudah.
Persekitaran tidak sihat hares dibanteras, seiring dengan usaha pembentukan remaja
itu sendiri. Gejala remaja gemar menonton video lucah misalnya, tidak boleh
dituding semata-mata kepada ibu bapa dan guru. Dalam hal ini, adakah ibu bapa dan
guru hares disalahkan, sedangkan bahan untuk tontotan lucah berlambak bebas di
pasaran tanpa kawalan?

Media pula mesti mengawal penyiaran secara eksklusif dan besar-besaran tentang
keruntuhan akhlak remaja tanpa membantu untuk mengawalnya. Sebaliknya remaja
yang berjaya mesti sering ditonjolkan di media massa sebagai motivasi untuk
diteladani. Hal-hal mengenai kreativiti remaja mesti sering diperbanyak berbanding
liputan mengenai aksi dan perangai negatif mereka.

Sesungguhnya, pelbagai gejala negatif berleluasa di kalangan remaja hari ini. Oleh
itu, semua pihak perlu bekerjasama membanteras fenomena ini agar tidak timbul
masalah sosioekonomi yang lebih serius.

Anda mungkin juga menyukai