Anda di halaman 1dari 2

Apakah penyakit kencing manis ?

Penyakit kencing manis atau Diabetes Mellitus adalah penyakit kronik yang dialami oleh
seseorang yang muncul dengan keadaan yang tidak disedari oleh pesakit, terjadinya gangguan
pada system metabolisme korbohidrat, yaitu pankcreas tak dapat menghasilkan Insulin kerana
peranan insulin berfungsi mangatur gula dalam darah menjadi tenaga, akibatnya glukos
dalam darah berlebihan, akibatnya kekurangan atau tidak adanya insulin menyebabkan
penderita penyakit ini sering merasa haus dan sering membuang air kecil.

Definisi Diet Teraputik 

Diet yang diubahsuai ke atas nutrien tertentu untuk rawatan sesuatu penyakit dalam jangka
masa panjang, pengubahsuaian ini bertujuan meninggi atau merendahkan kandungan
makronutrien seperti lemak, karbohidrat, protein dan mikronutrien seperti mineral dan
vitamin.
Siapa memerlukan diet teraputik ?

a. Seseorang yang mengalami penyakit yang perlu kepada pengubahsuaian diet tertentu.
b. Membuat pengubahsuaian ke atas diet tertentu dapat membantu peroses penyembuhan
pesakit atau mengawal penyakit pada tempoh masa yang panjang
c. Contohnya : Pesakit Hipertension, Pesakit Diabetes dan dsd.

Diet ini perlu dan patut disediakan kepada pesakit diabetes sejak peringkat awal lagi, doctor
akan memberi nasihat kepada pesakit untuk berpegang kepada diet mereka yang mempunyai
peningkatan tahap gula dalam darah.

CONTOH-CONTOH DIET TERAPUTIK 

1)    DIET DIABETIK

Diet yang sesuai disediakan kepada pesakit Diabetes mellitus.(Kencing manis)

Objektif :

a. Untuk mengimbangi paras gula dalam  darah.


b. Untuk perseimbangan berat badan yang sesuai dengan umur seseorang pesakit Diabetes
mellitus
c. Mengelakkan berlakunya komplikasi.

Cara Penyediaan :

a. Elakkan resepi masakan makanan dan minuman yang menggunakan gula.


b. Pengambilan susu pekat manis tidak digalakan, gunakan susu tepung rendah lemak
c. Menghidangkan kuih muih atau biskut yang manis hendaklah dielakan.
d. Penggunaan marjerin untuk menggantikan jem dan kaya apabila menyediakan
makanan
e. Gunakan buah-buahan yang segar dan elakkan pengambilan buah-buahan yang telah
ditinkan.(pisang tidak digalakkan)
f. Penggabilan karbohidrat  seperti bubur roti, nasi, atau mee mestilah mengikut porsi
yang di tetapkan oleh Pegawai Dietetik bagi pesakit diabetes.
g. Semasa makan tengahari dan malam, digalakan hidangan yang mengandungi dua
jenis sayur.

Terdapat beberapa penyakit kencing manis, penyediaan makanan adalah memainkan peranan
utama untuk mengekalkan kesetabilan kesihatan pesakit diabetes, diabetes diet yang betul
adalah alat penting dalam rawatan untuk mengawal kesihatan yang berpanjangan.

http://penyakitkencingmanis.org/kencing-manis-atau-diabetes-mellitus/
(reference kencing manis)

Anda mungkin juga menyukai