Anda di halaman 1dari 4

Kata Nafi

Kata nafi digunakan untuk menafikan sesuatu pernyataan.Terdapat dua bentuk kata
nafi, iaitu:
i-                   Bukan -  menafikan frasa nama dan frasa sendi nama.
ii-                 Tidak  -  menafikan frasa kerja dan frasa adjektif.
Contoh ayat : a) Ini bukan baju saya 
                     b) Saya tidak mahu pergi ke rumah itu lagi.

Kata Pemeri

 Kata pemeri adalah digunakan sebelum kata adjektif atau kata sendi.
 Kata pemeri ialah digunakan sebelum kata nama.
 Kata pemeri boleh digugurkan.
Contoh;
Jawapan kamu adalah tepat sekali.

 Kata Nama Arah

Kata nama arah ialah kata yang diletakkan sebelum frasa nama dan selepas kata
sendi.
Contoh kata nama arah ialah atas, luar, hadapan, belakang dan sebagainya.

Kata Bilangan

Kata bilangan ialah sejumlah perkataan yang menjadi penerang jumlah pada frasa
nama dan hadir sebelum frasa tersebut. Kata bilangan dapat dibahagikan kepada
beberapa jenis;

1.  Kata Bilangan Tentu


     Contohnya, satu, sepuluh, seribu, tiga juta, dan 
     seterusnya.
     Contoh ayat
     (a)  Dua buah rumah telah hangus dijilat api dalam 
           kejadian kebakaran yang berlaku malam kelmarin.
     (b)  Sebanyak sepuluh ribu orang telah membanjiri 
           stadium untuk menyaksikan perlawanan bola sepak 
           itu.

2.  Kata Bilangan Tidak Tentu


     Contohnya, seluruh, segala, semua, sekalian, beberapa, 
     para
     Contoh ayat
     (a) Semua guru sedang bermesyuarat di dalam bilik 
          guru.
     (b) Seluruh kawasan tanah rendah di pekan itu dinaiki air 
          berikutan hujan lebat malam tadi.

3.  Kata Bilangan Pecahan


     Contohnya, setengah, du pertiga, separuh, lima 
     persepuluh
     Contoh ayat
     (a) Setengah daripada kek itu diberikan kepada Mak Jah.
     (b) Dia menggunakan tiga perempat daripada kertas itu 
          untuk membuat layang-layang.

4.  Kata Bilangan Himpunan


     Contohnya , berguni-guni, berhari-hari, berbulan-bulan, 
     beratus-ratus, berjuta-juta
     Contoh ayat
     (a) Kedua-dua orang murid itu telah diberi amaran oleh 
          guru besar.
     (b) Berjuta-juta orang di seluruh dunia telah disahkan 
          menghidap penyakit yang berbahaya itu.

5.  Kata Bilangan Pisahan


     Contohnya, setiap, tiap-tiap, masing-masing
     Contoh ayat
     (a) Masing-masing pelajar dikehendaki membawa buku 
          teks ke sekolah esok.
     (b) Tiap-tiap hari Ahmad, Siti, dan Ramu pergi ke sekolah 
          dengan menaiki bas.

6.  Kata Bilangan Tingkat


     Contohnya, pertama, kedua, ketiga, keempat dan 
     seterusnya.
     Contoh ayat
     (a) Siti mendapat tempat kedua dalam pertandingan 
          mewarna yang dianjurkan oleh pihak sekolahnya.
     (b) Anak Pak Arif yang keempat telah meninggal dunia 
          akibat kemalangan jalan raya.
Latihan 1

Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan kata bilangan 


yang paling sesuai.

1.  Sekolah akan ditutup selama...............minggu mulai hari Jumaat ini. ( tiga, semua,
tiap-tiap )

2.  Ramesh mendapat tempat.............dalam acara larian 100 meter. ( beberapa,


setengah, kedua )

3.  .................ibu bapa tidak menghiraukan penglibatan anak-anak mereka dalam


aktiviti kokurikulum di sekolah.( Semua, setengah, sesetengah )

4.  ...............orang pelajar yang menghisap rokok di dalam tandas itu akan dikenakan
hukuman rotan. ( Semua, Setiap, Ketiga-tiga )

5.  ................banyak projek akan dilaksanakan oleh pihak kerajaan dalam


Rancangan Malaysia Ke-4. ( Setengah, Semua, Beberapa )

6.  Pak Samad akan menggunakan..................daripada tanah di kebunnya itu untuk


ditanami dengan pokok durian. ( dua pertiga, lima, semua )

7.  Keluarga Encik Ramli sudah................menetap di Pulau Langkawi, Kedah.


(berhari-hari, bertahun-tahun, berabad-abad )

8.  ...................pelajar dikehendaki berhimpun di padang sekolah untuk mendengar


taklimat ringkas daripada guru sukan mereka. ( Dua puluh, Sesetengah, Sekalian )

9.  Dia telah menunggu saya di situ selama....................jam.( sesetengan, suku,


semua )

10.  ............pelajar diwajibkan bergiat aktif dalam bidang kokurikulum di sekolah.


( Tiap-tiap, banyak, beberapa )

Isikan tempat kosong dengan kata nafi yangsesuai 

       tidak      Bukan

1.       Encik Osman  _____________ bapa saudara saya.


2.       Marina  _______________ gemar makan buah durian.
3.       Suraya _______________ takut ketika memberikan laporan kepada polis
  berkaitan dengan kejadian rompakan itu.
4.       Mereka ______________dapat menyiapkan kerja sekolah kerana leka 
dengan permainan video.
5.       Ashikin ____________berasal dari Kelantan.
6.       Amin ____________suka membaca buku hingga larut malam.
7.       “Kalau ___________kamu, siapa lagi yang mencuri pensel Jamal ?” Kata Cikgu
Ani.
8.       Jam tangan itu ___________milik Mastura.
9.       Dia  ____________kakak kandung Hamidah.
10.    Encik Lim ___________tidak melakukan perbuatan itu.

Gariskan jawapan yang betul


1. Tun Dr. Mahathir Mohamad  ( tidak  /  bukan ) berasal dari negeri Perlis tetapi
Kedah.
2. Mereka datang  ( tidak  /  bukan ) hendak bergaduh dengan Hassan tetapi untuk
bertanyakan khabar.
3.       Basikal yang dijumpai di dalam semak itu  ( tidak  /  bukan ) kepunyaan adiknya.
4.       Pemuda yang dituduh mencuri itu ( tidak  /  bukan ) takut kerana dia tidak
bersalah.
5.       Suzaili tetap tersenyum walaupun dia ( tidak  /  bukan ) terpilih menyertai
pertandingan itu.
6.       Suraj ( tidak  /  bukan ) mahu mendengar nasihat daripada abangnya.
7.       Tong Seng ( tidak  /  bukan ) berani mengganggu budak itu selepas dia dimarahi i
bunya.
8.       Puan Wong tidak kenal budak itu kerana dia ( tidak  /  bukan ) jirannya.
9.       Duit itu ( tidak  /  bukan ) kepunyaan Anson.
10.    Hanif terpaksa berpisah dengan kawan baiknya walaupun itu ( tidak  /  bukan )
kemahuannya.

B. Pilih kata pemeri yang sesuai.


 
1. Farid ( ialah, adalah ) seorang kanak-kanak istimewa.
2. Surat yang sampai tadi ( adalah , ialah ) daripada peguam
3. Ucapan yang disampaikan oleh pengetua ( adalah , ialah ) terlalu panjang.
4. Warna kuning ( ialah , adalah ) warna diraja
5. Wang peruntukan itu ( adalah , ialah ) untuk semua murid.
6. Keputusan yang dibuat oleh hakim mahkamah itu ( adalah , ialah ) tidak adil.
7. .Rumah setinggan di lereng bukit itu (adalah , ialah ) rumah Pak Abu.
8. Suara guru itu ( adalah ,ialah ) tidak jelas.
9. Jawapan yang diberikan oleh pelajar itu (adalah , ialah ) tidak tepat.
10. MEASAT 1 ( ialah , adalah )satelit pertama Malaysia.
  
Bahagian C
Isikan tempat kosong dengan kata pemeri yang sesuai.

1. Kempen Jantung Sihat _______________anjuran bersama Persatuan


Jantung Malaysia dengan Soy Rich.
2. Ayahnya _______________seorang bekas polis.
3. Latihan itu ________________terlalu mudah untuk kanak-kanak seusianya.
4. Perempuan tua yang bertudung putih itu _____________ibu saya.
5. Sumbangan itu ________________daripada pelajar-pelajar, guru-guru dan
para pekerja sekolah ini.

Anda mungkin juga menyukai