Anda di halaman 1dari 11

SEKOLAH KEBANGSAAN CONVENT FATHER BARRE

SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI


08000 SUNGAI PETANI, KEDAH.

KERTAS KONSEP

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM


ANTARABANGSA 2020

1 hingga 3 APRIL 2020

KEM DAMAI PARK RESORT, MERBOK, KEDAH

dengan kerjasama

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

PERSATUAN IBU BAPA & GURU SK CONVENT FATHER BARRE


1. PENDAHULUAN

Perkhemahan Unit Beruniform merupakan aktiviti pasukan unit beruniform yang disertai oleh
ahli semua pasukan unit beruniform sekolah-sekolah yang terpilih.

Selari dengan perkembangan semasa yang semakin mencabar ini, kecemerlangan


seseorang murid tidak hanya bergantung kepada pencapaian akademik semata-mata bahkan para
murid juga perlu memiliki ciri-ciri kepimpinan yang mantap, berketrampilan, pekerti yang mulia, dan
berkebolehan menyesuaikan diri dengan era globalisasi.

Ciri-ciri ini penting untuk dimiliki oleh setiap ahli pasukan bagi merealisasikan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Semoga cita-cita dan hasrat murni ini akan difahami dan dihayati
sepanjang perkhemahan ini. Di samping itu, semua peserta perkhemahan perlu sentiasa
menjunjung nilai permuafakatan dalam melaksanakan setiap aktiviti yang dijalankan bagi mencapai
kejayaan yang cemerlang, seperti kata pepatah „bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana
muafakat‟.

2. LATAR BELAKANG

2.1 Segala perancangan dan persiapan telah diadakan dengan teliti untuk memastikan
semua anggota perkhemahan akan dapat menikmati suasana sebenar perkhemahan
melalui penganjuran aktiviti-aktiviti yang telah dirancang.
2.2 Melalui program ini, sekolah akan mempamerkan dan berkongsi aktiviti, program dan
pertandingan-pertandingan bersama unit beruniform dari sekolah negara-negara yang
terpilih.
2.3 Selain itu, program ini bakal berupaya mengeratkan hubungan antara negara-negara
luar dan mewujudkan perkongsian budaya yang sihat.

3. RASIONAL

3.1 Perkhemahan yang dijalankan akan dapat menyemai semangat perpaduan, disiplin
yang tinggi dan menjana etika bekerjasama dalam menjayakan sesuatu kerja.

4. OBJEKTIF

4.1 Melahirkan ahli yang berdisiplin dan bersemangat juang untuk memastikan
kecemerlangan yang seimbang dalam bidang kokurikulum dan kurikulum.
4.2 Untuk memberi pendedahan dan pengalaman kepada ahli-ahli tentang aspek
perkhemahan secara menyeluruh.
4.3 Untuk memupuk semangat kerjasama dan berdikari serta meningkatkan motivasi dan
keyakinan diri setiap peserta.
4.4 Untuk menggalakkan integrasi nasional, memahami kebudayaan dan kepercayaan yang
pelbagai serta menghormati pegangan masing-masing.

5. MATLAMAT

5.1 Perkongsian dan pertukaran budaya antara negara yang terlibat.


5.2 Memperlengkapkan peserta dengan pelbagai kemahiran kokurikulum.
5.3 Mewujudkan hubungan kolaboratif antara sekolah-sekolah yang terlibat dengan Institusi
Pengajian Tinggi.
5.4 Memberi peluang dan pendedahan awal sebagai satu motivasi ke arah kecemerlangan
dalam bidang kokurikulum.
6. KONSEP PERKHEMAHAN

6.1 Pemantapan Intergrasi


6.1.1 Pengagihan peserta kepada beberapa kumpulan
6.1.2 Intergrasi melalui aktiviti

6.2 Pertandingan (Markah terkumpul)


6.2.1 Pertandingan Rempuh Halangan / Jungle Trekking
6.2.2 Pertandingan Ikatan
6.2.3 Pertandingan Masakan Rimba

6.3 Khidmat
6.3.1 Gotong royong membersih kawasan perkhemahan.

6.4 Kerohanian dan moral


6.4.1 Solat Jemaah/kuliah maghrib/subuh bagi orang Islam
6.4.2 Ceramah Moral bagi yang bukan Islam

7. PELAKSANAAN

7.1 TARIKH

1 hingga 3 April 2020 (Rabu hingga Jumaat)

7.2 TEMPAT PERKHEMAHAN

Kem Damai Park Resort, Merbok, Kedah

8. SASARAN

300 orang akan terlibat yang terdiri daripada 250 orang murid yang terdiri daripada ahli-
ahli unit beruniform dari Sekolah Berprestasi Tinggi, Sekolah Kluster Kecemerlangan,
Sekolah Jaringan, sekolah harian, Sekolah Luar Negara (terpilih) dan 50 orang guru /
urus setia.

1 sekolah = 5 orang murid & 1 orang guru pengiring


MAKLUMAT PENYERTAAN

SASARAN PENYERTAAN

BIL NAMA SEKOLAH NEGERI


1 SK BUKIT DAMANSARA KUALA LUMPUR
2 SK CONVENT ( 2 ) BUKIT NANAS KUALA LUMPUR
3 SK SETIAWANGSA KUALA LUMPUR
4 SK SERI BINTANG UTARA KUALA LUMPUR
5 SK TAMAN PUTERA PERDANA 2 SELANGOR
6 SK KAMPUNG IDAMAN SELANGOR
7 SK SEKSYEN 9 SELANGOR
8 SK ( ASLI ) BUKIT KEMANDOL K9 SELANGOR
9 SK JAWI PENANG
10 SK BERTAM PENANG
11 SK SERI RELAU PENANG
12 SK BALIK PULAU PENANG
13 SK MINDEN HEIGHT PENANG
14 SK MUTIARA PERDANA PENANG
15 SK IBRAHIM KEDAH
16 SK TUNKU ISMAIL KEDAH
17 SK TASEK APONG KEDAH
18 SK SULTANAH ASMA KEDAH
19 SK SERI PERDANA KEDAH
20 SK SULTAN AHMAD TAJUDDIN KEDAH
21 SK TAMAN SERI WANG KEDAH
22 SK DATO WAN KEMARA KEDAH
23 SK LAKA SELATAN KEDAH
24 SK PUTRA PERLIS
25 SRK SERI INDERA PERLIS
26 SK BESERI PERLIS
27 SK SENA PERLIS
28 WARAPHAT SCHOOL THAILAND
29 CHAIMONGKOLVIT SCHOOL THAILAND
30 PESANTREN AR-RADHATUL HASANAH MEDAN INDONESIA
31 SK LEREH MELAKA MELAKA
32 SK BUNUT RENDANG PAHANG
33 SK KEMPADANG PAHANG
34 SK TERUNTUM PAHANG
35 SK BALOK PAHANG
36 SK SUNGAI ULAR PAHANG
37 SK ( P ) METHODIST PAHANG
38 SK FAKEH PAHANG
39 SK MAT KILAU PAHANG

8.2 JANGKAAN IMPAK DAN SASARAN


8.2.1 Murid dapat menghayati ilmu kokurikulum serta mengaplikasinya dalam
kehidupan seharian.
8.2.2 Murid berpeluang mengenali pelbagai aktiviti kokurikulum yang di luar kemahiran
yang mereka pelajari di dalam kelas.
8.2.3 Meningkatkan KPI sekolah dengan penyertaan dalam pertandingan seperti ini.
8.2.4 Berinteraksi dan menjalinkan hubungan dengan murid-murid dari sekolah lain dari
setiap negara.
8.2.5 Mendapat sijil penyertaan dan pencapaian peringkat antarabangsa.
8.2.6 Membentuk jati diri dan disiplin di kalangan murid.

9. SUMBANGAN PENYERTAAN

9.1 RM180 (Ringgit Malaysia: Seratus Lapan Puluh sahaja) seorang peserta
9.2 RM100 (Ringgit Malaysia: Satu Ratus sahaja) seorang guru pengiring

10. AKTIVITI

10.1 PERTANDINGAN
 Ikatan & Simpulan
 Merempuh Halangan / Jungle Tracking
 Pertandingan Masakan Rimba

10.2 Malam Persembahan (bukan pertandingan)

Rujuk Lampiran

11. PENGANGKUTAN

Perjalanan Pergi-Balik disediakan oleh sekolah masing-masing

12. MAKAN MINUM

Pihak pengelola akan menyediakan makan dan minum

13. PETI BANTU MULA

 Setiap sekolah mesti membawa minimum SATU peti bantu mula / pertolongan cemas
14. BORANG PENYERTAAN PEGAWAI DAN PESERTA

 Setiap kontingen perlu mengisi borang penyertaan guru pengiring dan peserta
perkhemahan

15. SURAT KEBENARAN DAN STATUS KESIHATAN

 Setiap sekolah perlu menyediakan surat kebenaran ibu bapa / penjaga untuk setiap
peserta yang menyertai perkhemahan.
 Setiap sekolah perlu memastikan setiap peserta dan guru pengiring mempunyai
tahap kesihatan yang baik dan bebas daripada sebarang penyakit kronik.

16. PERALATAN YANG PERLU DIBAWA

16.1 SEKOLAH

 Peti pertolongan cemas


 Borang pendaftaran yang lengkap
 Surat Kebenaran Waris

16.2 PESERTA
 Pakaian unit uniform sendiri ( MAJLIS PENUTUP )
 Seluar dan T.Shirt secukupnya
 Pakaian Riadah / Sukan termasuk kasut
 Pakaian Ibadah
 Ubatan Peribadi

17. PERATURAN DAN ARAHAN PERKHEMAHAN

17.1 ARAHAN UMUM


 Perkhemahan ini adalah aktiviti yang bersifat latihan menyeluruh. Peraturan
dikeluarkan bagi memastikan kelicinan dan keberkesanan aktiviti di sepanjang
perkhemahan
 Arahan yang dikeluarkan oleh Kem Komandan / Timbalan Kem Komandan / Pihak
Urusetia menurut ketetapan yang sedia ada atau berdasarkan kepada keperluan
semasa perkhemahan
 Semua guru pengiring dan peserta tertakluk kepada peraturan yang telah ditetapkan
sebaik sahaja mendaftar sehingga arahan bersurai/ tamat perkhemahan
 Semua peserta perlu mengikuti semua aktiviti yang telah ditetapkan selengkapnya
kecuali mendapat kebenaran bertulis dari Pengurus Pasukan atau pegawai
perubatan yang bertugas
 Peserta perlu mengikuti arahan di setiap lokasi dalam kumpulan masing-masing dan
dilarang bertukar kumpulan melainkan dengan kebenaran ataupun arahan dari pihak
urusetia
 Bagi peserta Islam, solat ikut pada waktunya dan dinasihatkan untuk sentiasa
berjemaah. Bagi pelajar bukan Islam, sila ikut arahan untuk aktiviti kerohanian
 Teguran bersopan antara satu sama lain digalakkan dan pastikan panggilan hormat
diutamakan
 Dilarang mencetuskan sebarang perselisihan faham.
 Utamakan kemesraan bagi mengeratkan lagi tali siratulrahim di sepanjang
perkhemahan
“LAPORKAN SEBARANG KEMALANGAN KEPADA URUSETIA DENGAN
SEGERA”

17.2 KOMUNIKASI / ALAT KOMUNIKASI

 Bagi memastikan keberkesanan aktiviti, semua jenis perhubungan luar diputuskan.


 Sebarang urusan panggilan keluar atau masuk melalui telefon hanya dibenarkan
selepas mengisi borang yang disediakan
 PERHATIAN: Peserta / pelajar tidak dibenarkan membawa `Hand Phone‟ semasa
perkhemahan

17.3 KESELAMATAN: “UTAMAKAN KESELAMATAN SEPANJANG MASA”

 Adalah menjadi tanggungjawab semua pihak pihak.


 Jika berlaku kecemasan, siren akan dibunyikan panjang dan berterusan serta diikuti
dengan arahan / arah pergerakan
 PERHATIAN: Patuhi arahan / arah pergerakan yang telah ditetapkan.

17.4 PERATURAN KEBERSIHAN :

 Kawasan luar/ dalam bilik mestilah sentiasa berkeadaan bersih dan teratur
 Pemeriksaan bilik akan dilakukan oleh Jawatankuasa Kebersihan
 Sampah hendaklah dibuang di tempat yang disediakan
 Dilarang menebang, mencantas atau mematah sebarang pokok di kawasan
perkhemahan atau sekitarnya
 Tempat solat hendaklah sentiasa berkeadaan bersih dan tersusun
 Kumpulan bertugas hendaklah memastikan keadaan yang memuaskan dan teratur
sebelum solat bermula
 Sila pastikan tandas dan bilik air dalam keadaan terbaik kerana ia adalah untuk
kegunaan ramai dan bersama
 Bagi murid perempuan – sila pastikan tuala wanita dibersihkan dahulu sebelum
dibuang ditempat yang sepatutnya.
18. PENUTUP

Adalah amat diharapkan agar Perkhemahan Unit Beruniform Antarabangsa 2020 dapat
dijalankan dengan lebih cemerlang ke arah kegemilangan yang paling tinggi. Kerjasama
daripada para pegawai dan semua pihak yang terlibat begitu diperlukan untuk menjayakan
hasrat murni Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah dan
Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Muda / Yan.

Disediakan oleh

NORSHAHANIM BINTI SHARHOL KIAH


Penyelaras Perkhemahan Unit Beruniform Antarabangsa 2020

Disemak oleh

NORZAIDI BIN MEY @ JAMIL


Penolong Kanan Kokurikulum

Disahkan oleh

FAUZIAH BINTI OTHMAN


Guru Besar
JADUAL AKTIVITI PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM ANTARABANGSA 2020

TARIKH / MASA AKTIVITI TINDAKAN


AJK Pendaftaran
2.30 – 5.00 ptg
 Pendaftaran / Minum Petang / Solat AJK Makanan
Asar AJK Kerohanian
Kem Komandan /
5.00 – 6.30 ptg  Taklimat Kem / Urus diri Jurulatih
1 Apr 2020
Rabu  Makan malam / Solat Maghrib /
AJK Makanan
6.30 ptg – 9.00 mlm /Kerohanian / Solat Isyak
AJK Kerohanian
9.00 – 11.00 mlm  Pertandingan Ikatan AJK Latihan / Jurulatih
11.00 mlm  Senandung Malam

TARIKH / MASA AKTIVITI TINDAKAN


5.30 – 7.00 pg  Urus diri / Solat Subuh / Tazkirah AJK Kerohanian
7.00 – 7.30 pg  Fun Walk Jurulatih
7.30 – 8.30 pg  Sarapan pagi / Masa Lapangan AJK Makanan
 Pertandingan Rempuh Halangan
8.30 pg – 1.00 tgh AJK Latihan / Jurulatih
 Pertandingan Masakan Rimba
 Makan Tengah hari / Urusdiri AJK Makanan
1.00 tgh – 3.00 ptg
 Solat Zohor / Masa lapangan AJK Kerohanian
2 Apr 2020
3.00 – 5.00 ptg
 Jungle Trekking & Lawatan Pusat
AJK Lawatan
Khamis Arkeologi Merbok
AJK Makanan
5.00 – 6.00 ptg  Makan Petang / Solat Asar / Riadah AJK Kerohanian
6.00 ptg – 7.30 mlm  Urus diri / Makan Malam AJK Makanan
7.30 – 9.00 mlm
 Solat Maghrib / Bacaan Yassin / AJK Kerohanian
Solat Isyak
9.00 – 11.00 mlm  Malam Kebudayaan AJK Latihan / Jurulatih
11.00 mlm  Senandung Malam

TARIKH / MASA AKTIVITI TINDAKAN


5.30 – 7.00 pg  Urus diri / Solat Subuh / Tazkirah AJK Kerohanian
7.00 – 7.30 pg  Senamrobik Jurulatih
7.30 – 8.30 pg  Sarapan pagi / Masa Lapangan AJK Makanan
8.30 – 9.30 pg  Majlis Jalinan & Jaringan AJK J&J
3 Apr 2020  Majlis Perasmian Penutup
Jumaat Perkhemahan Integrasi Unit AJK Majlis Penutup
9.30 – 11.00 pg
Beruniform Peringkat Antarabangsa AJK Hadiah
Tahun 2020
 Makan Tengah hari
11.00 pg – 1.00 ptg AJK Makanan
 Bersurai

** tertakluk kepada sebarang perubahan.


SYARAT-SYARAT AKTIVITI PERTANDINGAN PERKHEMAHAN

JENIS AKTIVITI CATATAN

 Setiap kumpulan terdiri daripada 15 orang peserta dan


dibahagikan kepada 3 Stesen.
 Setiap Stesen terdiri daripada 5 orang peserta.
 Setiap kumpulan perlu membuat 5 jenis ikatan dan
simpulan.
1. Buku sila
2. Tindih Kasih
PERTANDINGAN IKATAN DAN
3. Bunga Geti
SIMPULAN
4. Manuk
5. Balak
BIL PESERTA = 5 orang
( Masa 2 jam )
 Semua peralatan dan bahan disediakan oleh pihak
penganjur.
 Setiap ikatan perlu ditampal dan dilabel pada kad manila
 Kriteria penialaian kepada kerjasama, kebersihan,
ketepatan jawapan, kekukuhan ikatan dan kekemasan.
 Hasil murid akan dijadikan hak milik penganjur.
 Keputusan hakim adalah MUKTAMAD.

PERTANDINGAN REMPUH
HALANGAN / JUNGLE
TREKKING
 Akan dimaklumkan oleh AJK AKTIVITI pada hari kejadian
BILANGAN = 10 orang
( MASA TERPANTAS )

 Setiap kumpulan terdiri daripada 15 orang peserta dan


dibahagikan kepada 3 Stesen.
 Setiap Stesen terdiri daripada 5 orang peserta dan 3 menu
akan diberikan kepada setiap stesen.
 Bahan-bahan yang disediakan oleh pihak penganjur perlu
diambil oleh setiap ketua kumpulan.
PERTANDINGAN MASAKAN
 Menyedia, memasak dan menghidangkan untuk 4 orang.
RIMBA
BILANGAN = 5 orang  Peserta perlu menyelesaikan masakan pada masa yang
( Masa 2jam 30 minit ) ditetapkan 2 jam 30 minit.
 Markah akan diberi berdasarkan kriteria berikut :
Menu :
1. Nasi ~ Stesen 1 1. Rasa masakan & tekstur 40%
2. Ayam Pansuh ~Stesen 2 2. Kreativiti 20%
3. Kuih Melaka ~ Stesen 3 3. Kerjasama 15%
4. Kebersihan / keselamatan 15%
5. Persembahan 10%

JUMLAH KESELURUHAN 100%

 Keputusan hakim adalah MUKTAMAD.

** Sebarang perubahan tertakluk pada juri dan akan dimaklumkan, sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai