Anda di halaman 1dari 6

1.

Dianggarkan sebanyak 228,000 isi rumah dalam kalangan Masyarakat India tergolong dalam
kategori B40 menurut Malaysian Indian Blueprint (2018). Kebanyakkan dari mereka adalah pekerja gaji
harian atau mingguan, pekerja kontrak, buruh kasar dan lain-lain pekerjaan yang berpendapatan
rendah.

2. Malaysian Employers Federation pula menjangkakan hampir 2 juta rakyat Malaysia akan hilang
pekerjaan tahun 2020.

3. Survei Khas Kesan COVID-19 kepada Ekonomi dan Individu (Pusingan 1, 2020) mendapati
bahawa

 71.4 % responden berkerja sendiri hanya mempunyai simpanan yang hanya mencukupi kurang
dari 1 bulan sahaja

 Bagi yang berkerja sendiri – 50.% tidak bersedia dari aspek kewangan sekiranya PKP diumum
dan 35.5% dari jumlah ini menyatakan pendapatan mereka berkurang lebih dari 90% dan 46.% hilang
pekerjaan.

Persatuan Kebjikan Sri Sakthi Ashram Tangkak ingin memastikan keluarga B40 dari kalangan masyarakat
India yang terjejas pendapatan akibat pandemik COVID-19 dan PKP dapat menampung keperluan
makanan asas keluarga mereka. Kebanyakan dari meraka telah menghabiskan simpanan dan bantuan ini
dapat meringankan beban keluarga yang kini bergantung kepada ihsan kerajaan untuk meneruskan
kehidupan ketika krisis ini.

Dialysis

Menurut Pendaftaran Dialisis dan Transplantasi Malaysia (2016-2018), jumlah pesakit dialisis di Malaysia
pada tahun 2016 adalah 39,711 dan pada tahun 2015 terdapat 37,183 pesakit yang menerima dialisis di
Malaysia.

Oleh itu, dianggarkan bahawa jumlah pesakit dialisis di Malaysia mungkin lebih dari 50,000 pada tahun
2020 dan di kalangan Komuniti India, dianggarkan terdapat lebih dari 3.500 pesakit dialisis (7% dari
jumlah penduduk Malaysia)

Oleh itu, semasa wabak COVID 19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (MCO), akan
mempengaruhi masyarakat India berpendapatan rendah dan juga pekerja bergaji harian di mana
mereka mungkin tidak dapat meneruskan rawatan di orang awam atau NGO.

Pada laporan 24 The Malaysian Dialysis & Transplant Registry 2016, terdapat 37,183 pesakit yang
menerima dialisis di Malaysia. Ia dianggarkan meningkat kepada 50k pada tahun 2020.

Kemudahan:

Orang ramai - 30%


NGO - 21%
Peribadi: 49%
Kerajaan menyediakan 63.1 peratus daripada jumlah dana untuk dialisis.

Jumlah penuntut masyarakat India meduduki peperiksaan SPM adalah 25,000 dan jumlah yang gagal
adalah 7,000 penuntut. Jumlah keseluruhan penuntut India sekolah menengah adalah 130,000. Secara
puratanya setiap sekolah menengah dikawasan kepadatan tinggi masyarakat India adalah seramai 500
pelajar

India . Perangkaan MITRA 2019

 Pemberian Bantuan Wang Saku Harian (BWSH) untuk murid sekolah dari keluarga
berpendapatan B40.

Jangkaan output bagi BWSH adalah seperti penuntut dapat menikmati sarapan asas di sekolah. Selain itu
penuntut dari keluarga berpendapatan B40 dapat menumpukan perhatian terhadap pelajaran kerana
tidak lapar sewaktu masa pembelajaran. Ia juga dapat menghindarkan penuntut keluarga
berpendapatan B40 ini dari melibatkan diri dalam gejala sosial.
 NAMA PROGRAM : BANTUAN PESAKIT BUAH PINGGANG (BPBP)
iii. Bantuan Pesakit Buah Pinggan (BPBP) agar dapat memberi keringanan beban hidup
mereka yang kurang bernasib baik ( pesakit buah pinggang)
-Tanggung bayaran rawatan dialysis.
Keputusan jangkaan sederhana yang akan menyumbangkan kepada kejayaan matlamat projek adalah
pesakit boleh bersama dengan seisi keluarga tanpa memberi bebanan kewangan kepada keluarga
tersebut.

 iii. Bantuan Pesakit Buah Pinggan (BPBP)


Ia agar dapat memberi keringanan beban hidup mereka`1 yang kurang bernasib baik ( pesakit buah
pinggang) Tanggung minimum bayaran rawatan dialysis.

End Stage Renal Failure (ESRF) merupakan kegagalan buah pinggang tahap akhir yang juga dikenali
sebagai penyakit kerosakan buah pinggang yang kekal. Berhadapan dengan penyakit kronik bukanlah
merupakan sesuatu yang mudah dan memerlukan proses transisi daripada proses diagnosa kepada
proses rawatan dan seterusnya pengurusan diri. Ketidakupayaan, kebergantungan terhadap orang lain,
dan stigma masyarakat, perubahan cara hidup,kos rawatan yang mana secara tidak langsung
memberikan kesan kepada perjalanan rutin harian yang biasa dilakukan. Masalah ini akan memberikan
kesan kepada aspek kerohanian, psikologikal, sosial dan keluarga dan seterusnya akan mempengaruhi
fizikal, emosi dan pemikiran pesakit.

Menurut Yayasan Buah Pinggang Amerika (2005) mendefinisikan keadaan buah pinggang yang kronik
hanya berada pada tahap 10% kapasiti normal. Penyakit ini berlaku apabila buah pinggang tidak lagi
berupaya menapis bahan buangan secara normal. Memandangkan pesakit memerlukan rawatan yang
berkala dan mengambil masa yang panjang bagi setiap sesi rawatan menyebabkan pesakit mengalami
masalah sosioekonomi. Pesakit perlu mengambil cuti sakit yang lama mahupun terpaksa berhenti kerja
kerana perlu menumpukan masa kepada rawatan yang perlu dijalani. Hakikat ini menyebabkan pesakit
dan keluarga tidak mempunyai sumber kewangan bagi menampung kos rawatan serta perbelanjaan
keluarga. Perbelanjaan yang tinggi setiap bulan bagi menampung kos rawatan serta lain-lain kos
memberikan tekanan yang mana boleh menyebabkan pesakit enggan untuk meneruskan rawatan.
Mengikut data Preliminary Report Malaysian Dialysis and Transplant Registry 2016, sehingga 31
Disember 2016 terdapat 39,711 pesakit buah pinggang yang menjalani rawatan dialisis di negara ini.
Jumlah ini telah meningkat dari 37,729 pada tahun 2015. Didapati bahawa penyakit diabetes mellitus
adalah punca utama penyakit buah pinggang dalam 65 % pesakit yang menjalani rawatan dialisis diikuti
oleh 19 % penyakit hipertensi.
Malaysia adalah di tempat ke-9 di dunia bagi incidence rate of treated End-Stage Renal Disease at 261
per million population. Malaysia juga adalah ditempat ke-2 bagi negara yang mempunyai kadar yang
tertinggi pesakit baru buah pinggang peringkat akhir di mana punca utama adalah diabetes mellitus iaitu
pada 64 % (highest proportions of patients with new End-Stage Renal Disease due to diabetes mellitus at
64 %).
Setelah meneliti kesusahan dan kesengsaraan yang sedang dialami oleh pesakit buah pinggang
jawatankuasa Persatuan Kebajikan Sri Sakthi Ashram Tangkak telah membawa cadangan Bantuan
Pesakit Buah Pinggan (BPBP) untuk pesakit yang sedang mengikuti rawatan Dialisis. Pesakit buah
pinggang perlu mendapat rawatan tiga kali seminggu. Bayaran minima yang perlu dibayar sekali untuk
rawatan Dialisis adalah sebanyak RM90.00. Bayaran tahunan (52minggu ) mereka untuk rawatan Dialisis
dianggarkan sebanyak RM140040.00. Bukan mudah untuk mendapat sumber sebanyak RM140040.00
setahun untuk rawatan sahaja. Oleh yang demikian persatuan bercadang membantu pesakit buah
pinggang dengan bantuan BPBP. Kami mengharapkan pihak Yayasan Hasanah dapat memahami situasi
yang dialami oleh mereka yang mengikuti rawatan Dialisis.
 Jangkaan output untuk aktiviti Bantuan Pesakit Buah Pinggang (BPBP) adalah seperti penerima
bantuan dapayt meneruskan kehidupan tanpa masalah kesihatan yang boleh membawa maut.

13. Persatuan Kebajikan Sri Sakthi Ashram merupakan sebuah NGO didaftarkan bawah ROS Malaysia
dan pusat canggih di Jalan Belading Bekoh Tangkak telah dirasmikan oleh Mantan Menteri Besar Johor
Dato Hj Abdul Ghani Bin Hj Othman. Sepanjang 31 tahun lepas Persatuan Sri Sakthi telah banyak
menganjurkan pelbagai aktiviti sosial berunsurkan pendidikan dan moral untuk masyarakat India di
Malaysia.

Pusat Fasiliti Persatuan Kebajikan Sri Sakthi Ashram Tangkak yang dibina pada tahun 2005 dengan kos
RM 3 million kini telah berfungsi sebagai pusat perkhidmatan yang penting dalam penyebaran ilmu dan
perlaksanaan kegiatan amal bukan sahaja di negeri Johor malah di Malaysia secara keseluruhan. Dengan
lebih 500 graduan dan lebih 15,000 remaja insaniah yang dihasilkan oleh Persatuan Kebajikan Sri Sakthi
Ashram sepanjang 31 tahun ini, kemajuan ilmu dan pemodenan fizikal yang kami capai akan turut terisi
dengan pengukuhan nilai dan aspek kemasyarakatan.

Disokong oleh 31 tahun pengalaman dan penyelidikan yang konsisten, pihak pengurusan Persatuan Sri
Sakthi Ashram membuat kesimpulan bahawa sikap mementingkan diri sendiri adalah akar umbi segala
kejahatan dan detik permulaan berkesudahan Malaysia kegawatan sosial India iaitu gangsterisme,
dadah, alkohol dan aktiviti yang berkaitan tidak bermoral dalam kalangan belia.

Persatuan Sri Sakthi Ashram telah menganjurkan Program DSDS ( Deny Selfishness - Deliver
Selflessness ) diseluruh negeri , kebanyakan program yang telah dilaksanakan dapat memberi manfaat
kepada lebih 15000 remaja masyarakat India Malaysia. Saya pasti, remaja yang mempunyai masalah
sosial sebagai kumpulan sasaran telah menerima nikmat, manakala remaja yang terbabit dapat
memperkukuhkan nilai menjadi modal insan berguna kepada bangsa dan masyarakat. Ini juga telah
mengangkat peranan remaja sebagai ejen perubahan, ikon dan jurucakap masyarakat India keseluruhan.
Remaja India tidak lagi dianggap golongan yang kurang bermoral yang tidak peduli tetapi golongan yang
berupaya mengubah destinasi masyarakat. Ia sekali gus dapat mengangkat martabat remaja India di
mata masyarakat.

Pengalaman dan sumber tenaga kerja Persatuan Kebajikan Sri Sakthi kini mengorak langkah seterusnya
untuk mengendalikan Projek Sakthi Perihatin (PSP) untuk Komuniti Tangkak dan Jasin. Idea ini adalah
hasil perbincangan jawatankuasa Persatuan Kebajikan Sri Sakthi selepas mengkaji keperluan dan juga
cara membantu keluarga yang berpendapatan B40. Program seumpama ini akan membantu dan
mengurangkan beban keluaraga golongan berpendapatan B40 secara tidak langsung akan
mengurangkan masalah sosial dalam kalangan masyarakat. Program ini juga dapat membantu keluarga
yang jejas pendpatan akibat wabak COVID-19.
Selaku badan sukarelawan di Malaysia, Persatuan Kebajikan Sri Sakthi Ashram (SSA) telah menjalankan
Kerja –Kerja perintis dalam pemberian perkhidmatan sosial kepada masyarakat India terutamanya
mereka yang berpendapatan B40.Pengalaman selama 31 tahun dalam menjalankan aktiviti – aktiviti
amal dan kebajikan, pihak jawatankuasa telah menggunakan pelbagai pendakatan dan metodologi bagi
menawarkan perkhidmatan sosial kepada golongan terpinggir dan juga mereka yang tergolong dalam
kumpulan keluarga yang porak peranda .

Kelebihan dan kekuatan lain yang ada pada persatuan ini adalah seperti berikuat :-

 Kebanyakan Badan Bukan Kerajaan (NGO) telah berkerjasama dengan Persatuan Sri Sakthi
Ashram dalam melaksanakan program – program pendidikan kanak – kanak dan juga golongan belia .
Kami telah melaksanakan pelbagai program kerjasama bersama NGO seperti Yayasan Vijayaratnam ,
SMC , EWRF ,MCEF , Yayasan Strategik Sosial dan lain – lain lagi. Kami telah menunjukkan kekuatan kami
sepanjang perjalanan program dan juga penilaian oleh juruaudit semasa penilaian berkala dan juga
penilaian berterusan .

 Profesionalisme Persatuan Kebajikan Sri Sakthi Ashram (SSA) dan cita – cita sejagat telah
mengagumkan ramai pegawai kerajaan termasuk Ketua Menteri Negeri Johor YAB Datuk Hj Abdul Ghani
bin Hj Othman , Exco Negeri Johor , Duta Jepun , dan pegawai persekutuan lain termasuk menteri .

 Persatuan Kebajikan Sri Sakthi Ashram (SSA) telah dianugerahi “Duta Untuk Keamanan”oleh
Persekutuan Keamanan Dunia Sedunia (UPF) pada tahun 2008 sebagai pengiktirafan 20 tahun “strategic
perkhidmatan sosial yang professional dan holistik” bagi membangunkan prestasi dan perubahan
tingkah laku India di Malaysia .

 Persatuan kami telah menyediakan kemudahan bersepadu bertaraf dunia (RM 6 juta) dengan
mendirikan asrama, bilik darjah, bilik IT, dewan serbaguna , kafeteri dan dewan sdminar . Kemudahan
canggih kini bermanfaat kepada kebanyakan NGO dan entitikorporat lain di Malaysia .

 Persatuan ini telah membangun selama 29 tahun dengan konsep Koloborasi Yang Cemerlang
dimana telah melahirkan rakan berprofesionalisme dengan menyediakan pusat fasiliti ultra moden
bertaraf dunia dengan menawarkan perhidmatan sosial dan juga menyediakan fasiliti canggih .

 Persatuan Kebajikan Sri Sakthi Ashram merevolusikan modul pendidikan negara dengan
memperkenalkan pedagogi pembelajaran dan pengajaran berasaskan kasih sayang serta
mengintegrasikan pengalaman pengurusan terbaik untuk pidang pendidikan . Oleh yang demikian ,
program pembangunan manusia merupakan program printis bagi kaum india yang terpinggir di Malaysia
.

 Tujuan persatuan ini adalah untuk melahirkan insan cemerlang , berkompeten dan berilmu
pengetahun untuk membantu lebih ramai kaum India yang miskin pada masa akan datang. Oleh itu ,
kerjasama dengan Persatuan Sri Sakthi adalah strategi yang tepat untuk membangunkan “K-Rakyat” dan
menarik belia berisiko tinggi ke arah program – program perubahan tingkah laku positif .

 Jawatankuasa Persatuan Kebajikan Sri Sakthi Ashram telah berhadapan dengan 15,000 belia
risiko tinggi peringkat KEBANGSAAN melalui Program Transformasi Belia DSDS yang ditaja oleh SEDIC .
( 40% perbelanjaan )
 Persatuan ini telah memulakan lebih daripada 16 cawangan sebagai Pusat Perkhidmatan Sosial
Malaysia yang aktif membantu kaum India yang miskin di Malaysia menerusi Program Transformasi
Remaja DSDS.

 Persatuan Sri Sakthi Ashram Tangkak diurus oleh para profesionalisme yang bertanggunggjawab
dan sangat komited dalam membantu dan membangunkan kaum India di Malaysia .

 Kos pentadbiran Persatuan Kebajikan Sri Sakthi Ashram adalah kurang 5% daripada jumlah kos
operasi persatuan , perbelanjaan ini membuktikan bahawa kakitangan pengurusan Persatuan Sri Sakthi
Ashram tidak mementingkan diri sendiri dan berkomited untuk menghulurkan bantuan kepada
masyarakat India yang miskin di Malaysia.
14. Penularan wabak COVID-19 telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan rakyat. Dalam usaha
untuk memelihara kebajikan jawatankuasa dan juga masyarakat umum, beberapa
tindakan akan dilaksanakan untuk memastikan persekitaran tempat urusan Projek Sakthi Prihatin (PPS)
yang selamat dan kondusif. Antara langkah - langkah keselamatan yang akan dilaksankan untuk
memastikan bahawa organisasi yang terlibat di dalam melaksanakan projek adalah seperti berikut:-

1) Mendapat kelulusan PDRM dan juga JKM untuk menjalankan aktiviti amal dan kebajikan ini.
2) Mengamalkan perintah Kementerian Kesihatan Malaysia (“KKM”) yang menasihatkan supaya sentiasa
membasuh tangan dengan sabun atau menggunakan hand sanitizer.
3) melaksanakan imbasan suhu kepada semua jawatankuasa dan pemohon bantuan BPS di pintu masuk
premis urusan.
4) memastikan kemudahan sabun yang bersesuaian disediakan di bilik air.
5) menyediakan kemudahan hand sanitizer di tempat-tempat strategik.
6) melaksanakan aktiviti pembersihan secara berkala pada tempat-tempat yang selalu disentuh oleh
orang ramai seperti tombol atau pemegang pintu, suis lampu dan sebagainya.
7) kempen kesedaran untuk mengurangkan persentuhan tangan seperti bersalam, dan menggunakan
penutup muka (mask) oleh mereka yang kurang sihat.
8) mematuhi saranan penjagaan kebersihan yang dikeluarkan oleh KKM dari semasa ke semasa.
9) mengehadkan pergerakan pelanggan di dalam premis urusan bantuan BPS, di mana sesuai, dengan
menyediakan tempat perjumpaan khusus untuk berurusan seperti kaunter, ruang
menunggu, ruang perbincangan dan sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai