Anda di halaman 1dari 4

1.

0 PENGENALAN

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2013), perkataan ‘interaksi’ adalah


memberi maksud tindakan atau perhubungan aktif antara satu sama lain, tindak
balas antara dua atau beberapa pihak. Seterusnya, perkataan ‘tamadun’ adalah
bermaksud keadaan masyarakat manusia yang dicirikan oleh atau didasarkan pada
taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran yang tinggi, peradaban.
Oleh itu, interaksi antara tamadun bermaksud hubungan, pertemuan, komunikasi
antara individu, kelompok, masyarakat dan negara. Interaksi antara tamadun terjadi
adalah kerana wujudnya sifat toleransi yang tinggi dan sikap saling menghormati
antara sesebuah tamadun dengan tamadun yang lain. Interaksi antara tamadun
adalah berlaku di peringkat nilai, idea, institusi dan insan. Interaksi ini melahirkan
kesan-kesan positif dan negatif di antara tamadun yang berbeza.

2.0 SEJARAH INTERAKSI ANTARA TAMADUN MELAYU, CINA DAN INDIA

Dalam dunia ini, Malaysia adalah negara yang mempunyai berbilang ertnik
yang paling banyak. Terdapat tiga ertnik dominan yang berasal dari kelompok
Tamadun Aisia iaitu ertnik Melayu, ertnik Cina dan ertnik India. Proses interaksi
adalah bermula dengan proses pembudayaan yang menginterasikan masyarakat
berbilang etrnik. Melalui proses interaksi antara budaya terhadap Proses interaksi di
antara tamadun adalah bermula dengan proses pembudayaan yang
mengintegrasikan masyarakat berbilang etnik. Interaksi tahap tamadun dibentukkan
melalui interaksi antara budaya yang ada dalam ertnik yang berbeza.

Antaranya pada abad ke-2 S.M., interaksi antara Tamadun China dan India
telah berlaku. Pada masa pemerintahanan Dinasti Han, penyebaran agama Buddha
merupakan kemuncak kepada interaksi antara Tamadun India dengan China. Ajaran
Buddha yang disebarkan ke dalam masyarakat China, adalah penghasilan daripada
Tamandun India. Mulanya, masyarakat China sukar menerima agama Buddha,
kerana masyarakat China telah diresapi oleh falsafah-falsafah tempatan China
terutamanya falsafah Konfuncianisme. Oleh itu, ajaran agama Buddha tidak sesuai
dari segi keluarga, politik dan etika serta moral dalam masyarakat China.
Seterusnya, alat muzik dan struktur muzik juga adalah hasil interaksi antara
Tamadun India dengan China. Muzik dan tarian India dipopularkan dalam
masyarakat China, termasuk istana dan kalangan bangsawan China.a

1
Terdapat beberapa kesan positif kepada kedua-dua tamadun daripada
interaksi antara Tamadun India dengan China. Terhadap Tamadun India, mereka
menggunakan beberapa ciptaan sains dan teknologi dari Tamadun China untuk
mengembang masyarakat India. Antaranya, teknologi yang didapati dari tamadun
China adalah teknologi pembuatan kertas, bahan letupan, percetakan, penggunaan
kompas dan lain-lain. Pada masa yang sama, teknologi membuat gula dari tebu di
Tamadun India diperkembangkan di Tamadun China. Selain itu, ahli-ahli astronomi
India mengembangkan bidang astronomi India di Negara China. Kesusasteraan
China dipengaruhi ole perbendaharaan kata bahasa Pali dan Sanskrit. Interaksi
antara Tamadun India dengan China berlaku secara aman melalui hubungan
perdagangan dan keagamaan.

Seterusnya, interaksi antara Tamadun Melayu dengan Tamadun India telah


bermula sedari abad ke-3 S.M.. Untuk mendapatkan emas, pedagang dari India ke
Tanah Melayu dan menggelarkan Tanah Melayu Suvarnabhumi sebagai tanah
emas. Selain itu, hasil daripada interaksi ini adalah agama Hindu dan Buddha
disebarkan. Hasil ini menjadi pegangan penduduk tempatan yang sebelumnya
memegang kepercayaan animisme. Agama Hindu juga mempengaruhi adat resam
dan budaya masyarakat Melayu. Dari segi hiburan terdapat persamaan antara
tamadun Melayu dengan Tamadun India seperti ronggeng, boria, wayang kulit dan
mak yong. Hal ini membuktikan wujudnya interaksi antara Tamadun Melayu dengan
Tamadun India. Interaksi kedua-dua tamadun ini juga mempengaruhi unsur
bahasanya. Bahasa Sanskrit yang diterima oleh Tamadun Melayu diubah menjadi
kosa kata bahasa Melayu kini.

Di samping itu, dalam rekod rasmi China menyatakan Kedah pernah


menjalinkan hubungan diplomatik dengan China dan kehadiran pedagang Kedah ke
China yang bertarikh 638 M. Hal ini menunjukkan interaksi di antara Tamadun
Melayu dengan Tamadun China. Dalam interaksi ini, agama Islam disebarkan dari
Tanah Besar China ke Tanah Melayu melalui hubungan pedagangan kedua-dua
belah pihak. Seterusnya, cina peranakan adalah dikenali sebagai Baba dan Nyonya
yang mempunyai unsur-unsur kebudayaan Melayu yang diwarisi oleh Tamadun
Melayu. Selain itu, dari aspek perubatan dan teknologi, Tamadun Melayu
memperoleh keuntungan daripada Tamadun China. Contohnya, rawatan akupuntur
dan herba adalah sangat mujarab dan menyeimbangkan yin dan yang mengikut
kepercayaan masyarakat Cina.

2
3.0 PENUTUP

Kesimpulannya, interaksi antara tamadun adalah penting untuk memberi


kesan-kesan yang positif kepada masyarakat kini. Hal ini kerana interaksi adalah
sebagai satu unsur untuk meningkatkan peringkat-peringkat tamadun. Oleh yang
demikian, pembinaan tamadun Melayu, Cina dan India saling berkait rapat antara
sama satu lain.

3
4.0 RUJUKAN

Afifah Abu Yazid. (2004). Pengajian Tamadun Asia. Pahang: PTS Publications &

Distributors Sdn. Bhd.

Dewan Bahasa & Pustaka. (2013). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa & Pustaka, 2007, Print.

Mashitah Sulaiman & Adibah Sulaiman. (2011). Tamadun Islam Dan Tamadun Asia.

Kuala Lumpur: Card Information Sdn. Bhd.

Zawiah Mat & Mashitah Sulaiman. Jurnal Pengajian Umum. Interaksi budaya India &

Cina ke atas pengukuhan bahasa dalam Tamadun Melayu, Vol. 8, 115-139.

Zulkiflee Haron, Ramli Awang, Mohd Nasir Ripin, Siti Norlina Muhamad &

Farawahida Mohd Yusof. (2011). Tamadun Islam & Tamadun Asia. Kuala
Lumpur: Universiti Teknologi Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai