Anda di halaman 1dari 2

Karangan 2: Pengalaman bercuti di kampung

Cuti sekolah bermula, kami sekeluarga bercadang hendak balik ke kampung


menziarahi datuk dan nenek yang berada di kampung. Oleh sebab terlalu
rindu akan datuk dan nenek yang lama berpisah, hati kami sangat teruja.

Pada hari itu, kami sekeluarga bangun awal untuk bersiap-siap untuk
pulang ke kampung. Setelah bersiap sedia, kami pun bertolak menuju ke
destinasi pada pukul 9 pagi. Sepanjang jalan, ayah memandu keretanya
dengan cermat kerana malang tidak berbau .(天有不测风云) Walaupun kami
dapat menikmati panorama (pemandangan) yang indah nian di tepi jalan, tetapi
hati kami memang tidak sabar hendak bertemu dengan datuk dan nenek!
Selepas 4 jam, kami pun tiba di halaman kampung. Ayah terpaksa
keretanya kerana jalan di kampung bagai ular kena palu.(曲折) Setiba di pintu
pagar rumah datuk dan nenek, kami ternampak datuk dan nenek berdiri di
hadapan pintu untuk menyambut kedatangan kami dengan tangan terbuka.
Datuk dan nenek berasa besar hati apabila kami adik-beradik memeluk mereka
dengan erat. Ibu bapa kami bersalaman dengan mereka lalu memberikan buah
tangan(手信) kepada mereka. Kemudian, kami pun makan tengah hari bersama-
sama. Keenakan lauk masakan ala kampung menambat selara kami semua.

Pada waktu petang, kami diberikan peluang ke kebun datuk. Kami berasa
langkah kanan kerana kebetulan masa ini ialah musim buah-buahan. Kami
mengutip buah durian yang masak ranum lalu memasukkannya ke dalam raga.
Kami juga menjolok rambutan yang berbuah lebat di atas pokok dengan galah
yang panjang. Apabila berasa letih, kami berhenti dan menikmati hasil kutipan
kami sepuas-puasnya di pondok durian.

Pada hari keesokan, kami pergi ke sungai untuk berkelah. Cuaca pada
ketika itu cerah dan angin bertiup dengan sepoi-sepoi bahasa. Kami bermandi-
manda di dalam air sungai yang nyaman dan jernih. Adik yang tidak pandai
berenang pula menggunakan pelampung manakala ayah memancing ikan di tepi
sungai. Aktiviti riadah ini bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan
kekeluargaan malahan dapat melepaskan stres.

Setelah singgah di sana seminggu, tibalah masanya kami pulang ke rumah.


Kami bersiap-siap sebelum minta diri. Walaupun kami berasa berat hati dan
sedih untuk berpisah dengan datuk dan nenek tetapi kami terpaksa berbuat
demikian

kerana tempoh cuti hampir tamat. Namun demikian, ayah berjanji akan pulang
ke kampung lagi pada cuti semester yang akan datang.

Anda mungkin juga menyukai