Anda di halaman 1dari 6

| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

1409 | MEDC 2018


Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam 2018
Penyunting: Rahimah Embong, Hanif Md Lateh @ Junid, Mustafa Che Omar,
Mohamad Zaidin Mohamad & Abdul Hakim Abdullah
eISBN 978-967-2231-03-5 (2018), http: //www.unisza.edu.my/medc2018

PENDIDIKAN AWAL ULAMA-ULAMA SILAM TERENGGANU SEBELUM


KURUN KE-19
*M.HAFIY A.MALEK, NAJIHAH ABD WAHID, FADZLI ADAM, E.IBRAHIM E.WOK ZIN,
ANAS MOHD YUNUS & JAMALLUDDIN HASHIM
Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin
*hafiysahabat@gmail.com

Abstrak: Pendidikan ulama-ulama silam Terengganu sebelum kurun ke- 19 mempunyai sejarahnya yang
tersendiri. Kehidupan yang mewarnai mereka dapat membentuk peribadi yang agung seperti Tok Ku
Tuan Besar (1209 H/12 Februari 1795 M- 21 Januari 1878 M), Tok Ku Paloh (1233 H/1817 M- 1335
H/1917 M) dan Tok Pulau Manis (1650an - 1736 M). Kertas kerja ini akan membincangkan ketiga-tiga
tokoh ulama tersebut berkaitan pendidikan awal mereka bagi mendapatkan latar belakang dan corak
pendidikan mereka secara historikal. Dengan menggunakan pendekatan analisis kandungan dari bahan-
bahan perpustakaan dan temubual secara mendalam (indepth interview), maka kertas kerja ini akan cuba
menganalisis beberapa corak dan latar belakang pendidikan ulama tersebut bagi melihat sejauh mana
komitmen mereka dalam pendidikan agama khususnya. Dapatan kertas kerja ini menunjukkan bahawa
ulama-ulama tersebut mengamalkan talaqqi musyafahah dan mempunyai guru secara bersanad dalam
setiap ilmu yang dipelajari mereka. Dapatan kertas kerja ini juga mencadangkan agar kaedah dan corak
pendidikan mereka diterapkan dalam pendidikan abad ke- 21 bagi melahirkan tokoh-tokoh berwibawa
dalam sejarah sepertimana yang telah mereka teladani.

Kata kunci: pendidikan, talaqqi, sanad, ulama silam Terengganu, abad ke-19

PENGENALAN

Ulama- ulama silam Terengganu merupakan sorang individu yang sangat membantu dalam
mengembangkan agama Islam di negeri Terengganu ini. Dengan pelbagai bidang dan latar
belakang pendidikan mereka menjadikan bumi Terenganu sebuah negeri yang penuh dengan
ilmu pengetahuan dan alim ulama’. Justeru itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk
mengetahui dengan lebih mendalam pendidikan awal ulama-ulama silam ini khususnya sebelum
kurun ke- 19 untuk dijadikan teladan dan model untuk masyarakat umum dan generasi akan
datang.
Kertas kerja ini memfokuskan kepada latar belakang dan corak pendidikan awal ulama
silam Terengganu sebelum kurun ke- 19 khususnya kepada lima orang ulama iaitu Tok Pulau
Manis, Tok Ku Tuan Besar, Tok Ku Paloh, Syeikh Abdul Qadir Bukit Bayas dan Tok Ku Pulau
Manis. Mereka merupakan ulama-ulama terawal dalam sejarah pendidikan Islam di
Terengganu sekaligus menyemarakkan bumi Terengganu dengan kegiatan ilmu yang sangat
pesat. Kajian ini juga menggunakan kaedah kualitatif dengan pendekatan analisis kandungan
dari bahan-bahan perpustakaan serta temu bual secara mendalam (indepth interview).
| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

1410 | MEDC 2018

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN TOKOH-TOKOH ULAMA SILAM


TERENGGANU

Ulama merupakan pewaris para anbiya’. Mereka mempunyai keperibadian yang sangat unggul
dan bijaksana khusunya di dalam bidang agama. Ramai tokoh-tokoh ulama khusunya di
Terengganu telah banyak mengubah corak pemikiran dan kehidupan masyarakat. Pengorbanan
mereka dalam mendidik dan mengasuh masyarakat sangat memberi impak kepada masyarakat
sehingga hari ini khusunya di bumi Terengganu.
Pelbagai latar belakang pendidikan daripada tokoh-tokoh ulama-ulama Terengganu
sama ada mereka perolehi dari pengajian di dalam negeri dan timur tengah. Mereka juga telah
mengikuti pengajian secara bertalaqqi musyafahah bersama ulama-ulama yang sangat terkenal
akan kehebatan kealimannya dan berguru bersama pengarang kitab yang mereka pelajari.
Tidak dapat dinafikan bahawa kemunculan ulama-ulama silam Terengganu telah
memberi sumbangan yang sangat hebat dari sudut keilmuan mereka kerana dengan berkat
kesungguhan mereka mendapatkan sesuatu ilmu tersebut, mereka turun kepada masyarakat
untuk memberi kefahaman dan mengajar berkaitan ilmu agama sendiri.

Pendidikan awal Syeikh Abd Malek Bin Abdullah (Tok Pulau Manis)

Syeikh Abdul Malek adalah seorang tokoh ulama yang terawal mengasaskan pendidikan Islam
di bumi Terengganu. Menurut Muhamad Abu Bakar (1991) menyatakan bahawa Tok Pulau
Manis telah mendapat pendidikan awal oleh ahli keluarganya sediri. Beliau telah melanjutka
pelajaran di Acheh dan telah mendapat Pendidikan oleh ulama Acheh yang bernama Syeikh
Abdul Rauf Singkel (1030-1105/1620-1693). Ketika Tok Pulau Manis belajar di sana, beliau
telah menyalin kitab Tafsir Baydawi yang dikarang di dalam Bahasa melayu oleh Syeikh Abdul
Rauf Singkel. Kemungkinan besar boleh dikatakan bahawa pengajian yang telah diperolehi oleh
Tok Pulau Manis adalah zaman pengukuhan ahli al- Sunnah wa al-Jamaah di alam Melayu.
Berdasarkan penyataan Syafie Abu Bakar di dalam bukunya Syeikh Abdul Malek bin Abdullah
dan karangan-karangannya ada menyebut bahawa Syeikh Abdul Malek telah dihantar ke Mekah
untuk menyambung pengajiannya. Beliau berhijrah ke Mekah sekitar tahun 1680 dan ketika itu
beliau berumur 30 tahun. Syeikh Abdul Malek telah mendapat pendidikan dan berguru oleh
ulama-ulama terkenal seperti Syeikh Ibrahim al- Kurani (1025-1101/1616-1690) dan merupakan
guru kepada Syeikh Abdul Raud Singkel. Ketika Syeikh Abdul Malek menagambil pengajian
di Mekah dan Madinah, beliau telah memberi penumpuan kepada ilmu-ilmu fiqh, usuluddin,
dan tasawuf di samping ilmu tafsir, hadis dan ilmu-ilmu lain seperti nahu, saraf dan sebagainya.
Dalam memahami fiqh as- Shafi’e, Syeikh Abdul Malek telah berguru Bersama Syeikh Ibrahim
ak- Kurani yang menggantikan Ahmad Qusyashi yang merupakan pengajar kepada pengikut
mazhab as- Shafi’e. Dalam memahami bidang usuluddin, Syeikh Abdul Malek telah mengikuti
pendekatan Imam al- Ashari yang menjadi pegangan umum kepada pengikut ahli al- Sunnah wa
al- Jamaah. Bidang tasawuf yang diceburi oleh Syeikh Abdul Malek berdasarkan etika ubudiyah
al Imam al- Ghazali. Syeikh Abdul Malek adalh seorang yang sangat cenderung kepada bidang
tasawuf. Beliau telah melibatkan diri dalam tarekat yang dipilihnya iaitu tarekat Shadiliyah yang
berkembang di Mesir dan diasaskan oleh Abu al- Hasan al Shadili (M. 656/1258) yang berasal
dari Maghribi. Beliau telah mengenali tarekat ini melalui penulisan kitab Hikam yang dikarang
oleh Ibnu Ata’ulah (M709/1309) di samping al Tanwir fi Isqat, Lataif al Minan dan Taj al-
Arus. Syeikh Abdul Malek telah memberi perhatian terhadap tokoh-tokoh ulama tasawuf yang
terkenal dan menjadi rujukannya yang berjumlah tidak kurang daripada 143 orang.
Bidang pengajian penting yang keduanya adalah pengajian fiqh dan beliau telah berguru
bersama Syeikh Ibrahim al- Kurani. Antara kitab-kitabyang digunakan semasa pengajiannya
adalah Daw’ al- Shama’ah karangan Jalaluddin al- Sayuti, Minyat ahl al- Wara’ karangan
Syeikh Ahmad al- Qushashi yang merupakan guru kepada Syeikh Ibrahim al- Kurani, Minhaj
al- Talibin karangan Imam Nawawi, Tatimmah oleh ibn Matuli al Hawi oleh al- Mawardi,
Nihayah oleh Imam Ramli, Fath al-Wahab oleh Abu Yahya Zakariyya al- Ansari, Fath al- Qarib
oleh Muhammad Abu Qasim al- Ghuzza, al- Mihaj al- Qawin oleh Ahmad bin Hajar al-
Haytami, Tuhfah al- Muhtaj dan Fath al Qarib karangan Muhammad al- Sharbini al- Khatib,
| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

1411 | MEDC 2018

Mahalli karangan Muhammad Ali bin Ahmad bin Said bin Rawa, Fath al- Muin Sharb Qurrat al
‘Aya oleh ibn Hajar, Bahjat karangan Imam Yahya Abu Bakar ‘Amiri, Kitab al- Farwiyyah
karangan Syeikh Ibrahim al- Kurani.

Pendidikan awal Syekh Abdul Qadir Bukit Bayas

Syeikh Abdul Malek merupakan antara tokoh ulama Terengganu dan merupakan guru kepada
Tok Ku Tuan Besar. Menurut Hasanuldin (2014) ada menyatakan bahawa Syeikh Abdul Qadir
telah mendapat pendidikan awal di beberapa pondok di Patani. Antara pondok yang pernah
menjadi tempat Syeikh Abdul Qadir mendapat pengajian adalah di Pondok Kuala Bekah, Patani
bersama Syeikh Dawud bin Abdullah al- Fatani dan pondok yang lain juga iaitu Pondok Pauh
Bok. Seterusnya Syeikh Abdul Qadir Bukit Bayas telah melanjutkan pengajian di Mekah dan
Madinah bersama Syeikh Dawud al- Fatani (Wan Mohd Soghir, 1997; Ahmad Fathy al- Fatani,
2002; Ahmad Fathy al Fatani, 2011).
Berdasarkan penyataan Hasanuldin (2014) ada menyatakan bahawa Syeikh Abdul Qadir
Bukit Bayas pernah belajar dengan Syeikh Dawud al- Fatoni walaupun dari segi nasabnya
Syeikh Dawud al- Fatoni adalah pangkat datuk kepada Syeikh Abdul Qadir Bukit Bayas. Antara
guru-guru beliau ketika beliau mendapat pengajian di Mekah adalah Syeikh Muhammad Salih
bin Abdul Rahman Pauh Bok al- Fatani dan Syeikh Muhammd Zain bin Faqih Jalaluddin Aceh
daripada ulama-ulama Nusantara. Turut dinyatakan oleh Sharifah Afidah Syed Hamid (1990);
Wan Mohd Soghir (1997); Zakaria Mustaffa (2011) bahawa guru semasa Syeikh Abdul Qadir
belajar di timur tengah termasuklah Syeikh Muhammad Salih bin Ibrahim, Syeikh Ahmad al-
Marzuki, Syeikh Mustafa Fath Allah merupakan anak murid kepada Syeikh Ibrahim ibn Hasan
al- Kurani al- Shattari dan sebagainya.
Walau bagaimanapun, apabila Syeikh Abdul Qadir berhijrah ke Terengganu, beliau
sudah dikenali sebagai tokoh ulama. Adpun berkaitan guru-guru yang telah menurunkan
ilmunya kepada beliau, tiada riwayat yang mensabitkan pertemuan beliau bersama mereka.
Nama- nama gurunya telah telah disebut adalah kerana mereka hidup sezaman dengan Syeikh
Abdul Bukit Bayas (Ahmad Fathi al- Fatani, 2002; Ahmad Fathi al- Fatani, 2011).
Ringkasnya, tidak banyak diketahui catatan yang direkodkan secara bertulis berkaitan
latar belakang pendidikan, guru-guru, tempat pengajian dan hal-hal yang berkaitan dengan
Syeikh Abdul Qadir ini.

Pendidikan awal Sayyid Muhammad bin Zayn al Abidin (Tok Ku Tuan Besar)

Tok Ku Tuan Besar adalah tokoh yang tidak asing lagi dalam sejarah Islam Terengganu satu
ketika dahulu. Menurut Engku Ibrahim (2016) menyatakan bahawa Tok Ku Tuan Besar sudah
menjadi yatim sejak beliau dilahirkan lagi. Walau bagaimanapun, Tok Ku Tuan Besar
mempunyai seorang ibu yang salihah dan enam bapa saudaranya di Terengganu. Bapa-bapa
saudara Tok Ku Tuan Besar adalah seorang ahli ilmu yang mempunya kedudukan oleh
masyarkat. Besar kemungkinan Tok Ku Tuan Besar telah mendapat pendidikan awal ketika
masih kecil dari sebelah ibunya sendiri kerana bapa saudaranya belah bapanya iaitu Sayyid
Muhammad bin Sayyid al-Aydarus telah berhijrah ke negeri lain selepas menetap di Terengganu
(Engku Ibrahim, 2016; Syed Omar, 2010, Syed Mohd Fadil 2010).
Berdasarkan kajian Engku Ibrahim (2016) turut menyatakan bahawa corak pendidikan
Tok Ku Tuan Besar berkonsepkan pendidikan tasawuf Bani Alawi yang merupakan corak
pendidikan keturunan nenek moyang sebagai panduan utama untuk memahami ajaran Islam.
Tok Ku Tuan Besar juga telah mendapat pendidikan melalui dalam negeri dan luar negeri.
Terdapat dua tokoh ulama Terengganu yang diketengakan sebagai guru Tok Ku Tuan Besar
yang berasal daripada Patani. Dua tokoh tersebut adalah Syeikh Abd Qadir bin Abd Al Rahman
Bukit Bayas (1864M), mufti pertama Negeri Terengganu dan Hj Wan Abd Allah bin
Muhammad Amin (1889M), mufti kedua Negeri Terengganu.(Ambak Ismail, 1987; Omar
Musa, 1991). Tok Ku Tuan Besar telah belajar di Pondok Syeikh Abdul Qadir di Kampung
Bukit Bayas, Kuala Terengganu. Adapun Muhamad Abu Bakar (1991) mengetengahkan
pendapat beliau bahawa Tok Ku Tuan Besar hanyalah rakan seperguruan sahaja ketika berulang
| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

1412 | MEDC 2018

alik berguru bersama Syeikh Abdul Qadir Bukit Bayas. Beliau juga telah melanjutkan pengajian
di Masjidil Haram, Mekah. .(Khairuddin Hj. Muhammad, 1981; Ambak bin Ismail, 1987).
Beliau telah belajar di Mekah selama 17 tahun dan ketika itu umur Tok Ku Tuan Besar adalah
20 tahun (Wan Husin Wan Embong, 1991).
Tok Ku Tuan Besar juga pernah melanjutkan pengajiannya di Hadramaut dan antara
gurunya ialah Sayyid Abd Allah bin Umar bin Yahya (Sayyid Muhammad al- Aydarus, 1267)
merupakan seorang tokoh ulama Hadramaut, Tarim ketika itu. Beliau juga telah berguru
bersama Syeikh Abd Al- Baqi bin Muhammad Salih Shia’b di Madinah dan Syeikh Dawud bin
Abd Allah al-Fatani di Mekah (Wan Mohd Soghir, 2000; Syed Hadzrullathfi). Beliau juga telah
mendalami pelbagai ilmu antaranya ialah fiqh, usuluddin, tasawuf, tafsir, hadis, Bahasa Arab
dan sebagainya dari peringkat pertengahan dan lanjutan setelah mendapat pendidikan asal
daripada ahli keluarganya di Terengganu. Ringkasnya, Tok Ku Tuan Besar telah menuntut ilmu
di Mekah, Madinah dan Yaman.

RUMUSAN DAN PERBINCANGAN

Daripada kupasan di atas, maka kertas kerja ini membuat beberapa rumusan terhadap
pendidikan awal ulama-ulama silam Terengganu, antaranya:
i. Ketiga-tiga tokoh ulama ini mempunyai latar belakang pendidikan awal mereka
bermula daripada ahli keluarga mereka sendiri. dengan pentarbiayaan yang sangat
menerapkan pendidikan agama sehingga lahirlah tokoh-tokoh ulama yang telah
mendidik dan membantu masyarakat dalam pendidikan dan pentadbiran negeri
Terengganu.
ii. Ketiga-tiga ulama ini juga telah mendapat pendidikan di dalam dan luar negeri. Mereka
juga telah mendapat pengajian secara talaqqi musyafahah iaitu secara berhadapan dan
bersemuka dengan guru-guru di kalangan ulama-ulama yang terkenal dalam pelbagai
sudut ilmu.
iii. Ketiga-tiga ulama ini juga mempunyai jalur keturunan yang berbeza. Dua daripada
mereka mempunyai kaitan nasab sehingga sampai kepada Rasulullah s.a.w seperti Tok
Ku Tuan Besar dan Tok Ku Paloh. Jalur keturunan dua ulama ini dipelihara rapi dengan
salasilah ketunan yang lengkap. Berbeza dengan Syeikh Abdul Qadir Bukit Bayas dan
Tok Pulau Manis yang mempunyai nasab keturunan yang kurang lengkap dan terputus
salasilah. Kertas kerja ini dapat merumuskan bahawa penjagaan nasab keturunan
beserta catatan rasmi peribadi adalah penting untuk mengetahui lebih jelas susur galur
keturunan dan sanad ilmu yang diperolehi.
iv. Dapat kita ketahui juga bahawa ketiga-tiga tokoh ulama ini sangat berkaitan antara satu
sama lain. Tok Ku Tuan Besar adalah anak murid kepada kedua-dua tokoh ulama ini
iaitu Tok Pualu Manis dan Syeikh Abdul Qadir Bukit Bayas. Begitu juga kepada Syeikh
Abdul Qadir Bukit Bayas merupakan anak murid kepada Tok Pulau Manis. Dapat
dirumuskan bahawa ketiga-tiga ulama ini mempunyai sanad ilmu yang berterusan.

PENUTUP

Sebagai penutup, secara keseluruhannya dapat disimpulkan bahawa ketiga-tiga tooh ulama ini
mempunyai sejarah pendidikan yang hebat dan mantap dari sudut sanad ilmu dan tarbiyah yan
diterima. Pendekatan talaqqi musyafahah dalam pembelajaran mereka berjaya memrtabatkan
mereka sebagai tokoh-tokoh ulama silam yang ulung tanpa ada tolok bandingnya hingga ke hari
ini. Kertas kerja ini diharap dapat memberi manfaat pada masyarakat Islam dari sudut
memahami sejarah pendidikan awal ulama-ulama silam Terengganu.
| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

1413 | MEDC 2018

PERAKUAN

Kertas kerja ini adalah hasil daripada pembiayaan dana penyelidikan di bawah kod
UniSZA/2017/SRGS/20.

RUJUKAN

Muhammad Abu Bakar. (1991). Ulama Terengganu Suatu Sorotan, Utusan Publication &
Distributors SDN. BHD
Shafie Abu Bakar. Sheikh Abdul Malek bin Abdullah dan Karangan-karangannya. Hlm. 71
Engku Ibrahim. (2016). Sayyid Muhammad Bin Zayn Al- Abidin Al- Aydarus dan Pemikiran
Ketuhanan Dalam Jawahir Al- Saniyyah, Universiti Sultan Zainal Abidin
Hasanuldin. (2014). Kitab Risalah Fi Bayan Hukm Al- Bay' Wa Al- Riba Karangan Syeikh
Abdul Qadir bin Abdul Rahim Bukit Bayas: Kajian Teks Dan Maslahah, Kuala Lumpur,
Universiti Malaya
Zurita. (2014). Kitab Al- Kifayah Karangan Syeikh ‘Abd Al- Malek Bin ‘Abdullah: Teks Dan
Analisis, Kuala Lumpur, Universiti Malaya
Wan Mohd Saghir Abdullah, Haji. (1997), Data Kitab Risalah fi Bayani Hukmil Bai’i war Riba
Syeikh Abdul Qadir bin Abdur Rahman al- Fatani di Bukit Bayas Terengganu, Kuala
Lumpur: Khazanah Fathaniyah
Sharifah Afidah Syed Hamid (1990), Ulama Terkemuka Terengganu Abad ke- 19 : Pemikiran
dan peranan mereka kepada masyarakat, Latihan Ilmiah, Sarjana Muda Jabatan Sejarah,
Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, sesi
1989/90
Wan Husin Wan Embong. 1983. Satu Analisa Pemikiran dan Peranan Sayyid Muhammad bin
Zayn al- Abidin al- Aydarus (Tok Ku Tuan Besar Terengganu) Dalam Perkembangan
Islam di Terengganu. Latihan Ilmiah, Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam,
Universiti Kebangsaan Malaysia
Syed Omar bin Syed Ahmad, 2010. Biodata Tok Ku Tuan Besar , Kampung Cabang Tiga Kuala
Terengganu. Temubual, 15 ogos
Syed Mohd Fadil bin Syed Omar. 2010. Biodata Tok Ku Tuan Besar, Kampung Cabang Tiga
Kuala Terengganu. Temubual, 15 November
Ahamad Fathi al- Fatani (2011), Ulama Patani di Terengganu : Sejarah dan Peranan (Dari Tuan
Hasan Besut hingga Haji Abdul Rahman Pombeng, dalam Prosiding Nadwah Ulama
Nusantara (NUN) IV, Universiti Kebangsaan Malaysia , 22-26 November 2011
Zurita. (2018). Temubual di Blok Khalid, Universiti Sultan Zainal Abidin pada 1 September
2018 jam 10 pagi
Syed Hadzrullatfi Syed Omar. (2018). Temubual di Blok Khalid, Universiti Sultan Zainal
Abidin pada 1 September 2018 jam 11 pagi
| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

1414 | MEDC 2018

Anda mungkin juga menyukai