Anda di halaman 1dari 2

Tajuk: Langkah-langkah menangani covid-19

Belakangan ini, isu jangkitan covid-19 sering diuar-uarkan dalam media massa saban hari di

negara ini. Covid-19 dapat didefinisikan sebagai strain baru coronavirus yang sebelum ini

tidak dapat dikenalpasti. Hal ini menyebabkan kebimbangan masyarakat dunia amnya dan

masyarakat Malaysia khususnya ini umpama duri dalam daging. Oleh itu, pelbagai langkah

perlu diambil oleh pelbagai pihak dalam menangani penyakit coronavirus. Persoalannya,

apakah langkah-langkah yang boleh diambil dalam menangani jangkitan covid-19?

Antara langkah perdana yang boleh diimplimentasikan oleh pihak kerajaan ialah

dengan melaksanakan perintah kawalan pergerakan. Perintah kawalan pergerakan

menyebabkan kebebasan pergerakan masyarakat adalah terhad. Sebagai contoh, kerajaan

melarang pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan,

sosial dan budaya. Hal ini kerana, perhimpunan secara beramai-ramai menyebabkan risiko

terkena jangkitan Covid-19 adalah tinggi kerana penyakit ini mudah merebak dari seorang

individu kepada individu yang lain. Seseorang itu boleh terkena jangkitan penyakit

coronavirus jika berada dekat dengan pesakit Covid-19 yang batuk atau bersin. Oleh itu,

pihak kerajaan perlulah memantau tempat-tempat yang berisiko menjadi tumpuan umum dan

mengenakan tindakan undang-undang terhadap individu yang gagal mematuhi arahan

perintah kawalan pergerakan. Tuntasnya, pelaksanaan perintah kawalan pergerakan mampu

menangani Covid-19 dalam kalangan masyarakat.

Selain itu, masyarakat seyogianya melakukan ujian saringan Covid-19 bagi

menangani jangkitan Covid-19. Individu yang mempunyai simptom-simptom Covid-19 dan

baru pulang dari luar negara serta mempunyai kontak rapat dengan pesakit positif Covid-19

perlulah segera melakukan ujian saringan Covid-19 di hospital yang menyediakan ujian

saringan tersebut. Sebagai contoh, simptom-simptom seperti sakit tekak, batuk,


selsema,demam dan sesak nafas.Hal ini amat penting agar individu yang terkena penyakit

Covid-19 dapat dikesan dan dikuarantin selama 14 hari untuk mengelakkan virus tersebut

tersebar dengan lebih meluas. Oleh itu, proses kuarantin selama 14 hari ini akan dapat

mengelakkan pesakit Covid-19 daripada berjumpa dengan orang ramai mahupun ahli

keluarga dan seterusnya dapat mencegah penularan virus covid-19. Jelaslah,ujian saringan

Covid-19 dalam kalangan masyarakat dapat menangani jangktian Covid-19 daripada tersebar

Akhir sekali, masyarakat juga perlulah mematuhi jarak sosial yang ditetapkann oleh

kerajaan. Setiap individu perlulah mengamalkan jarak sosial sekurang-kurangnya 1 meter

dengan individu lain apabila berada di luar rumah. Sebagai contoh, ketika membeli makanan

di restoran, membeli barang keperluan, membeli ubat di farmasi dan sebagainya. Hal ini

dikatakan demikian kerana, jarak sosial sekurang-kurangnya 1 meter amat penting agar orang

ramai terutamanya golongan yang berisko tinggi terkena penyakit Covid-19 dapat mengelak

daripada terkena penyakit Covid-19 melalui penyebaran virus oleh pesakit Covid-19. Oleh

itu, masyarakat seharusnya mengelakkan diri daripada berada di tempat yang sesak dan

memiliki ramai orang dan sentiasa mengamalkan topeng muka ketika berada di luar rumah.

Tunstasnya, amalan jarak sosial sekurang-kurangnya 1 meter dapat mengelakkan penyakit

Covid-19 daripada tersebar.

Akhirulkalam, jangkitan Covid-19 perlulah ditangani segera sebelum mencapai tahap

yang lebih membimbangkan pada masa hadapan. Sikap menuding jari tidak akan

menguntungkan mana-mana pihak malahan ia hanya akan memburukkan keadaan. Oleh itu,

semua pihak perlulah berkongkalingkung dan bersinergi bagai aur dengan tebing tanpa

bersilengah untuk menangani jangkitan Covid-19 yang sudah ‘bersarang’ lama di negara kita.

Anda mungkin juga menyukai