Anda di halaman 1dari 4

1.

0 Pengenalan
Menurut Kamus Dewan (...), kaedah didefinisikan cara atau aturan membuat
sesuatu. Abdul Aziz Abdul Talib (2000) mengemukakan bahawa teknik adalah cara
khusus yang dicipta untuk mencapai sesuatu objektif pengajaran. Kaedah atau teknik
mengajar yang sesuai selalu dianggap sebagai senjata yang paling berkesan dalam
membantu murid-murid untuk menguasai kemahiran bahasa.
Faktor (m/s 96)

Artikel yang saya rujuk adalah bertajuk ‘Disleksia dalam aspek bacaan Bahasa Melayu’.
Artikel ini berunsurkan jenis-jenis dan ciri-ciri masalah disleksia dalam kalangan murid-
murid. Disleksia bukan sahaja membabitkan kemahiran menulis, tetapi juga kemahiran
membaca. Menurut pandangan Maskina binti Elias(2000:5), penglihatan, persepsi
pengecaman, pemahaman dan reaksi akan digunakan oleh pembaca. Jenis murid yang
mengalami masalah disleksia pula sukar membuat diskriminasi fonem dan lemah dalam
kemahiran lisan. Mekanisme kesalahan bacaan murid disleksia termasuklah mekanisme
penyisipan, penggantian, dan pengguguran seperti contoh-contoh berikut.
Mekanisme Contoh
Penyisipan Makan > makanan
Malam > semalam
Basikal > berbasikal
Penggantian Api > apa
Buku > buka
Sekolah > sakolah
Pengguguran A) PERKATAAN
Pilihan > pilih
Basikal > basi
B) AYAT
Kakak membawa buah > Kakak buah.
Emak menjahit baju > Emak jahit baju.

Teori Sindrom Disleksia yang dikemukakan oleh Levinson (1994) telah diterapkan
dalam penyelidikan ini. Berdasarkan dapatan kajian, kebanyakan murid terkategori
dalam dua golongan iaitu disleksia visual dan auditori. Murid yang mengalami disleksia
visual sukar belajar dengan gambaran pandang. Hal ini kerana demikian mereka tidak
mampu mengekalkan imej perkataan yang lengkap. Mereka lebih sesuai belajar melalui
pendekatan analisis fonetik secara bacaan. Murid disleksia auditori pula mengalami
masalah pengamatan pendengaran. Maka, mereka susah menanggap dan mengingat
sesuatu yang didengar. Sebaliknya, mereka haruslah didedahkan pendekatan secara
visual semasa pembelajaran bacaan.

Disleksia Jenis Disleksia


visual disleksia audio

Peta minda 1 : Jenis disleksia

Menurut hasil kajian tersebut, murid-murid mengalami masalah membaca


disebabkan oleh beberapa kekangan. Tahap penjejasan bacaan ditentukan oleh
masalah yang dihadapi oleh individu. Sebagai contoh, ada yang tidak dapat membaca
langsung, manakala ada yang menyebut perkataan dengan salah ataupun kurang
standard. Biasanya, murid disleksia visual mempunyai ciri-ciri yang disenaraikan di
dalam jadual berikut.

JENIS DISLEKSIA CIRI-CIRI


DISLEKSIA VISUAL 1. Kesusahan diskriminasi visual
2. Kadar pengamatan yang lambat
3. Kecenderungan kebalikan (Buku>duku)
4. Kecenderungan songsang (air>ari)
5. Lukisan yang bermutu rendah sebabnya butiran
penting ditinggalkan.
6. Kesusahan menganalisis dan mensintaksis visual
(terutamanya kerja yang memerlukan murid
menghubungkaitkan sesuatu bahagian dengan
keseluruhan objek).
7. Lebih mahir membaca semasa didedahkan kepada
bahan audio ataupun aktiviti kemahiran auditori.
8. Tidak berminat dengan permainan sukan yang
mencabar.
DISLEKSIA AUDIO 1. Diskriminasi auditori dan pengamatan yang bercelaru
2. Masalah analisis sintaksis
3. Tidak dapat memahami bunyi yang berurutan
4. Tidak dapat menyebut semula bunyi dalam perkataan,
tidak mengingati bunyi huruf, atau tidak dapat menyebut
perkataan walaupun tahu maknanya.
5. Lebih cenderung memilih aktiviti yang memerlukan
kemahiran visual.

Terdapat beberapa kaedah pembelajaran bacaan yang sesuai untuk murid disleksia
di Malaysia. Antaranya ialah kaedah Orton Gillingham, pemulihan pembalikan huruf, dan
pemulihan untuk huruf terbalik. Semua kaedah ini mempunyai teknik yang tersendiri.

Bagi guru bahasa, kaedah bercerita merupakan satu cara yang berkesan untuk
meningkatkan kemahiran membaca murid-murid. Hal ini kerana demikian kanak-kanak
gemar mendengar cerita berbanding dengan guru menjalankan komunikasi pengajaran
satu hala iaitu strategi berpusatkan guru.

RUJUKAN
Benton, Arthur L. & Pearls, D., 1978. Dyslexia of Current Knowledge. New York: Oxford University Press.

Jordan, R. Dale, 1992. Dyslexia in the Classroom. New York: Springer-Verag.

Davis, Ronald D., 2001. Gifted Minds. California: Perigee Books.

Gillingham & Stillman, 1979. Analogical Reasoning in Children. Hove: Lawrence Erlbaurn Associates Ltd.

Gupta, J.P., 1993. Disleksia dalam Bilik Darjah. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.

Levinson, Harold N., 1994. Smart but Feeling Dumb. USA: A Time Warner Company.

Maskina Elias, 2000. Hubungan Disleksia dengan Aspek Bacaan. Kuala Lumpur:  Kementerian Pendidikan Malaysia.

Miles, 1979. Dyslexia: The Pattern of Difficulties. London: Whurr.

Obler, Loraine K. & Gjerlow, K., 2001. Language and the Brain. Cambridge: Cambridge University Press.

Strauss & Lehtinen, 1947. Dyslexia, Scientific American. London: Whurr.

Zalizan Mohd. Jelas & Khadijah Rohani Mohd. Yunus, 1996. Ujian Saringan Perkembangan Bahasa. Kertas kerja yang
dibentangkan dalam Bengkel Kursus Disleksia, Port Dickson.

Anda mungkin juga menyukai