Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA PENUBUHAN

AJK SURAU DARUL ILMI


SEKOLAH KEBANGSAAN TEMENGGONG
KUCHING, SARAWAK

      


         
Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan
mendirikan shalat dan menafkahkan sebahagian dari rezki yang
kami anugerahkan kepada mereka dengan diam-diam dan terang-
terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan
merugi.
Surah Al-Fathir : 29
1. PENGENALAN

Era globalisasi merupakan era yang mendampakkan puncak pemodenan yang tinggi di
pandangan mata masyarakat dunia. Oleh yang demikian, pengetahuan dan pelaksanaan
Islam sebagai cara hidup hendaklah seiring dengan apa yang dikatakan sebagai globalisasi
ketamadunan. Di antara langkah-langkah awal dalam melaksanakan penerapan Islam
adalah mempelajari perkara-perkara Aqidah serta ibadah. Memupuk kecintaan dan minat
terhadap Islam sebagai cara hidup merupakan salah satu agenda untuk menghidupkan syiar
Islam disamping untuk menjadikan surau / masjid sebagai pusat ilmu dan perpaduan ummat
sebagaimana seperti zaman Rasulullah.
Melihat kepada perlunya pengurusan tempat ibadah yang khusus dan selesa, satu
jawatankuasa bertindak dilantik khusus bagi maksud mengurus sebuah surau di dalam
sekolah ini. Kewujudannya penurusan ini juga akan menarik dan menggalakkan murid-murid
Islam ke arah mendekatkan diri dengan agama di samping memupuk /membina akhlak yang
baik. Maka kertas kerja ini disediakan sebagai memberi gambaran kesungguhan dan
komitmen sekolah untuk merealisasikan hasrat tersebut.
2. OBJEKTIF

Mewujudkan pengurusan organisasi tempat ibadah untuk keperluan murid-


murid dan warga pendidik SK Temenggong serta memudahkan sebarang aktiviti
keagamaan dapat dijalankan dengan selesa selaras dengan tuntutan Islam.

Sabda Rasulullah SAW bersabda


“Solat berjemaah melebihi solat bersendirian dengan 27 darjat (atau 27 kali ganda)”
(Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Di samping itu juga, dengan adanya jawatankuasa surau yang akan ditubuhkan
maka akan dapat memperkukuhkan lagi hubungan silaturrahim antara guru, murid
dan ibubapa serta penduduk di sekitar sekolah melalui aktiviti pendidikan dan
kemasyarakatan seperti ziarah, sambutan perayaan dan sebagainya.

3. MATLAMAT
Matlamatnya penubuhan jawatankuasa Surau di Sekolah Kebangsaan temenggong
 Mewujudkan struktur organisasi yang berkesan dalam pentadbiran surau.
 Melahirkan murid yang menghormati, menghayati dan menyintai surau
 Melahirkan para pegawai dan kakitangan surau yang terlatih dan
bermaklumat.
 Program aktiviti keagamaan yang dirancang akan dapat dijalankan dengan
lebih teratur

4. FUNGSI
 Mengurus pentadbiran surau
 Menyelia keceriaan dan kebersihan surau
 Menyelaras program-program pengimarahan surau
 Menyelaras permohonan pembaikan, penyelenggaraan dan pembangunan
surau.

5. KUMPULAN SASARAN
Jumlah murid di Sekolah Kebangsaan Temenggong adalah ______, Murid Pra
Sekolah adalah ____ orang dan murid pendidikan khas adalah ___ orang yang
dimana semuanya adalah majoriti beragama Islam di Sekolah Kebangsaan
Temenggong dan jumlah guru dan staff sokongan adalah ____ orang yang
majoritinya adalah beragama Islam.

6. JAWATANKUASA PEMBINAAN SURAU


Rujuk pada lamiran A

PENUTUP
Penubuhan AJK Surau ini sememangnya ditunggu-tunggu dan diharapkan oleh
semua murid, guru-guru dan PIBG SK Temenggong. Kewujudan surau ini
melambangkan pemuafakatan yang terjalin . Pihak jawatankuasa yang dilantik akan
sedaya upaya dan sepenuh hati berusaha agar segala aktiviti surau ini dapat
dilaksanakan dengan lebih terancang dan pengurusan yang lebih tersusun. Semoga
atas usaha ini, Allah akan memberkahi dan memberikan rahmat serta keredhaan
dari-NYA di dunia dan akhirat. Insya Allah.

Di Sediakan oleh: Di Sahkan oleh:

…………………………………………. …………………………………………
MOHAMMAD FAIZER BIN BAHRON SUHAIMI BIN HJ HEEP
Guru Pendidikan Islam Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Temenggong Sekolah Kebangsaan Temenggong
LAMPIRAN A

AHLI JAWATANKUASA SURAU DARUL ILMI


SEKOLAH KEBANGSAAN TEMENGGONG

PENASIHAT
 GURU BESAR SK TEMENGGONG
Encik Suhaimi Bin Hj Heep

PENGERUSI
 Encik Hamzah Bin Buang

SETIAUSAHA
 Ustaz Mohammad Faizer Bin Bahron

PENOLONG SETIAUSAHA
 _____________________

BENDAHARI
 _____________________

AHLI JAWATANKUASA
 ____________________________
 ____________________________
 ____________________________
 ____________________________
 ____________________________
 ____________________________
 ____________________________