Anda di halaman 1dari 6

Majlis Ugama Islam Singapura

Khutbah Jumaat
24 Ogos 2018 / 12 Zulhijjah 1439
Berkongsi Nikmat dan Kemudahan Bersama

Sidang Jumaat yang dikasihi Allah,

Marilah kita bertakwa kepada Allah s.w.t dengan sebenar-


benar ketakwaan, dengan mentaati segala perintahNya dan
menjauhi segala laranganNya. Semoga Allah s.w.t
mengurniakan kepada kita kemantapan iman dan takwa
insyallah, Amin.

Saudaraku yang dirahmati Allah,

Allah s.w.t telah mengurniakan kepada kita nikmat yang tidak


terhingga. Firman Allah s.w.t dalam surah Ibrahim ayat 34:

1
Yang bermaksud: “Dan jika kamu menghitung nikmat (kurniaan)
Allah nescaya kamu tidak dapat menentukan bilangannya.”

Antara nikmat yang Allah s.w.t kurniakan kepada kita adalah


nikmat harta, nikmat kesihatan, nikmat ilmu, nikmat terselamat
daripada musibah, nikmat keamanan serta kemakmuran dan
sebagainya.

Ketahuilah bahawa Allah s.w.t mengurniakan pelbagai nikmat


kepada kita sebagai bukti kebesaran dan kekuasaan-Nya.
Nikmat itu juga menunjukkan sifat rahmah-Nya kepada kita
demi memudahkan segala urusan kehidupan di dunia. Ia juga
sebagai satu ujian keimanan serta kesabaran bagi seseorang
hamba. Menguji sejauh mana kita mensyukuri nikmat yang
dimiliki dan memanfaatkannya ke jalan yang diredai oleh Allah
s.w.t. Renungkan pesanan Baginda s.a.w.:

Yang bermaksud: “Sesungguhnya orang-orang yang


memperbanyakkan (harta) adalah orang-orang yang
menyedikitkan (kebaikannya) pada hari Kiamat, kecuali orang
yang Allah berikan kepadanya kebaikan, lalu dia memberi
kepada (orang) yang di sebelah kanannya, kirinya, depannya,
2
dan belakangnya; dan dia berbuat kebaikan pada hartanya”
[Hadith riwayat Imam Bukhari].

Imam Ibn Hajar rahimahulllah berpendapat bahawa yang


dimaksudkan dengan ‘memperbanyak’ adalah dengan harta,
dan ‘menyedikitkan’ adalah dengan pahala akhirat. Perkara ini
berlaku pada diri orang yang memperbanyak harta, akan tetapi
dia tidak memenuhi sifat yang dituntut agama, iaitu dengan rajin
berinfaq. Maka harta yang Allah kurniakan ini, sebenarnya
merupakan ujian daripadaNya kepada hamba-hambaNya.

Saudaraku,

Agama ini mendorong setiap individu untuk berinfaq dan


menghulurkan bantuan, kerana sebagaimana ada yang diuji
Allah dengan harta, ada pula yang diuji tuhan dengan
kekurangan harta. Terdapat saudara kita yang mengalami
kepayahan dan kesulitan dalam kehidupan seharian mereka.
Mereka yang tidak mempunyai akses kepada kemudahan dan
tiada siapa yang dapat membantu mereka baik dari sudut
kewangan, pendidikan ataupun peluang pekerjaan.

Oleh itu hendaklah kita sentiasa bersyukur kepada Allah s.w.t


atas nikmat yang dikurniakan kerana sifat syukur adalah
kemuncak sifat kehambaan kepada Allah s.w.t. Zahirkanlah
rasa kesyukuran dengan melakukan amal kebajikan seperti
membantu saudara kita yang berada di dalam kesempitan,

3
sama ada melalui bantuan kewangan, pendidikan, ataupun
peluang pekerjaan.

Dengan membantu saudara kita yang memerlukan ia juga


dapat mengeratkan lagi hubungan di antara kita, malah
keadaan sosio masyarakat juga bertambah baik. Lihat saja
contoh para sahabat dan generasi awal umat ini. Mereka
adalah generasi yang saling kasih dan suka tolong menolong
sesama mereka sepertimana yang Rasulullah s.a.w. bersabda
di dalam hadith yang diriwayatkan Imam Muslim:

Yang bermaksud: “Barangsiapa yang melapangkan kesusahan


seseorang Mukmin di dunia, maka Allah swt akan melapangkan
darinya satu kesusahan di hari Kiamat. Barangsiapa
memudahkan urusan seseorang yang dalam kesulitan, maka
Allah swt memudahkan baginya dari kesulitan di dunia dan
akhirat. Barangsiapa menutupi keaiban seorang Muslim, maka
Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat. Allah sentiasa
menolong seorang hamba selama hamba tersebut menolong
saudaranya.”

4
Hadirin sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Sikap mengambil peduli dan peka tentang kebajikan orang lain


yang menanggung kesusahan dan kesulitan sangat ditekankan
dalam Islam. Ia akan akan menimbulkan keinsafan dan
menyuburkan naluri keinsanan untuk menghulurkan bantuan.
Sikap mengambil peduli ini juga akan menimbulkan dalam diri
kita sifat sering bersederhana dan tidak boros. Kita akan
sentiasa memikirkan tentang keperluan insan lain dari hanya
ingin memenuhi keinginan diri sendiri. Kita juga sedar bahawa
kenikmatan yang kita kecapi bersifat sementara dan Allah s.w.t
boleh mencabut kenikmatan tersebut pada bila-bila masa
sahaja.

Atas sebab itu jugalah Allah s.w.t sering memberi peringatan


kepada kita agar tidak lalai dengan harta benda di dunia hingga
membuatkan kita lupa tentang tanggunjawab sebagai seorang
hamba. Firman Allah dalam Surah Al-Munafiqun ayat ke 9:

Yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, janganlah


harta-hartamu dan anak-anakmu itu melalaikan kamu dari
mengingat Allah. Barangsiapa yang membuat demikian, maka
mereka itulah orang-orang yang rugi."
5
Semoga kita semua menjadi hambaNya yang sentiasa
dikurniakan keberkatan rezeki oleh yang Esa, serta menjadi
hambaNya yang sentiasa bersyukur serta berusaha membantu
dan berkongsi nikmat sesama kita. Semoga dengan itu juga
kita akan mendapat kesejahteraan di dunia dan akhirat kelak.
Amin Ya Rabbal ‘Alamin.