Anda di halaman 1dari 6

Tanggal 12 Rabiul Awal 1431 H, bertepatan pada 26 Februari 2010 seluruh kaum muslim merayakan

maulid Nabi Muhammad SAW, tidak lain merupakan warisan peradaban Islam yang dilakukan secara
turun temurun.

Dalam catatan historis, Maulid dimulai sejak zaman kekhalifahan Fatimiyah di bawah pimpinan
keturunan dari Fatimah az-Zahrah, putri Muhammad. Perayaan ini dilaksanakan atas usulan
panglima perang, Shalahuddin al-Ayyubi (1137M-1193 M), kepada khalifah agar
mengadakan peringatan hari kelahiran Muhammad.

Tujuannya adalah untuk mengembalikan semangat juang kaum muslimin dalam perjuangan
membebaskan Masjid al-Aqsha di Palestina dari cengkraman kaum Salibis. Yang kemudian,
menghasilkan efek besar berupa semangat jihad umat Islam menggelora pada saat itu.

IBRAH KELAHIRAN NABI

Rasulullah saw telah dilahirkan dari satu kabilah paling terhormat antara kabilah-kabilah Arab
lainnya.  Baginda pernah bersabda mengenai dirinya :

“ Allah telah memilih kinanah sebagai keturunan Ismail, lalu dari Kinanah Dia memilih Quraisy,
kemudian dari Quraisy dia memilih bani Hasyim , dan dari bani Hasyim Dia memilihku. “ (HR Muslim)

Rasulullah saw di lahirkan dalam keturunan yang sangat mulia dan terhormat di kalangan bangsa
Arab Quraisy. Ayah baginda seorang yang sangat disayangi dan dicintai Datuk baginda iaitu Abdul
Mutalib (Syaibah). Manakala ibu baginda merupakan wanita yang paling terpandang di kalangan
bangsa Quraisy sama ada dari kedudukannya dan keturunannya.

Apabila tiba saat Abdullah mahu dikahwinkan, Abdul Muttalib mengahwinkan Abdullah dengan Siti
Aminah binti Wahab, yang juga daripada keturunan suku Abdul Manaf. Keturunan ayah dan ibu
Muhammad adalah daripada Qusai bin Kilab. Kesemua mereka daripada keturunan Ismail. Daripada
sudut keturunan pun, Muhammad bin Abdullah adalah orang paling mulia dan paling bangsawan.
 
SEMASA Kelahiran nabi

Rasulullah (s.a.w) penghulu para Rasul telah dilahirkan di Syuaib Bani Hashim di Makkah pada pagi
hari Isnin 9 Haribulan Rabiulawwal dipermulaan Tahun Gajah, dan tahun keempat puluh dalam
pemerintahan Raja Kisra Anu Syirwan bersamaan 20 atau 22 April tahun 571 Masihi mengikut
perkiraan Ulama Agong Muhammad Sulaiman al-Mansurpuri dan pentakhkik Falak Mahmud Basya. 

Ibn Sa’d meriwayatkan bahawa ibu Rasulullah (s.a.w) menceritakan: ” Ketika ku melahirkannya, satu
cahaya telah keluar dari farajku, menerangi mahligai-mahligai di negeri Syam” , periwayatannya
hampir sama dengan apa yang diriwayatkan oleh al-Irbadh bin Sariah. Beberapa irhasat (petanda-
petanda) kebangkitan seorang rasul telah berlaku beberapa ketika, sebelum kelahiran Rasulullah, di
antaranya runtuhan empat belas anjung dewan Kisra Parsi, terpadamnya api yang disembah
penganut agama majusi, robohnya gereja-gereja di sekitar Tasik Sawah yang sebelum ini penuh
sesak dengan para pengunjung riwayat oleh al-Baihaqi. Tetapi tidak disepakati oleh Muhammad al-
Ghazali. 
Sebaik sahaja Baginda dilahirkan, ibunya Aminah segera memberi tahu kepada datuk Baginda Abdul
Mutalib, mengenai perkhabaran yang baik itu, dengan itu Abdul Mutalib terus mengambil dan
membawa Baginda kedalam Kaabah, untuk berdoa dan bersyukur kepada Allah, beliau telah memilih
nama “Muhammad” sebagai nama kepada cucunya, nama itu tidak pernah dinamakan kepada
sesiapa pun oleh bangsa Arab sebelum ini. Erti nama Muhammad ialah Nama ini (Muhammad)
adalah nama beliau SAW paling masyhur. Secara etimologi, berakar pada asal kata al hamdu dengan
bentuk perkataan kata isim Maf'ul, mengandung makna: "Pujian atas yang terpuji, mencintainya,
meninggikannya, dan mengagungkannya".

IBRAH DARI PERISTIWA INI

Memberi nama yang baik-baik kepada anak-anak yang bakal lahir.

Disunatkan memberi nama kepada bayi pada hari ketujuh kelahirannya sebagaimana yang terdapat
dalam sabda Nabi s.a.w.;[1]

‫مَّى‬ ‫ُق َوي َُس‬ ‫ َويُحْ َل‬،ِ‫ِاب ِعه‬ ‫ْو َم َس‬ ‫ُه َي‬ ‫ْذ َب ُح َع ْن‬ ‫ٍة ُت‬ ‫ُّل ُغالَ ٍم َر ِهينٌ ِب َعقِي َق‬ ‫ُك‬
“Setiap anak kecil (bayi) dipertaruhkan dengan suatu aqiqah; disembelih untuknya pada hari ke
tujuh, dicukur kepalanya dan diberi nama”. (Riwayat Imam Abu Daud, Tirmizi, an-Nasai dan Ibnu
Majah dari Hasan r.a. dari Samurah bin Jundub r.a.)[2]

Namun terdapat juga hadis-hadis yang menceritakan bahawa Nabi s.a.w. pernah memberi nama
kepada bayi pada hari dilahirkan. Antaranya ialah hadis dari Abu Musa al-Asy’ari r.a. yang
menceritakan;

‫ َو َح َّن َك ُه ِب َتمْ َر ٍة َو َد َع ا َل ُه ِب ْال َب َر َك ِة‬،‫ إِ ْب َراهِي َم‬:ُ‫ َف َس مَّاه‬-‫ص لَّى هللاُ َعلَ ْي ِه َو َس لَّ َم‬- ُ ‫ َف أ َ َتي‬،‫وُ لِ دَ لِي ُغالَ ٌم‬
َ َّ‫ْت ِب ِه ال َّن ِبي‬
“Telah dilahirkan untukku seorang anak, lalu aku membawanya kepada Nabi s.a.w., maka baginda
menamakannya Ibrahim dan baginda mentahniknya dengan sebiji buah tamar serta baginda
mendoakan keberkatan untuknya”. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Jadi, yang menjadi sunnah dalam menamakan bayi ini ialah menamakannya pada hari ketujuh atau
pada hari ia dilahirkan. Ini ditegaskan oleh Imam Nawawi dalam al-Azkar; “Yang menjadi sunnah
ialah menamakan bayi pada hari ketujuh dari hari kelahirannya atau menamakannya pada hari
kelahirannya”. Walau bagaimanapun, Imam Bukhari telah bertindak menghimpunkan antara dua
sunnah ini dengan menjelas; “Hadis-hadis yang menyebutkan hari kelahiran dimengertikan bagi
orang yang tidak berniat melakukan aqiqah, dan adapun hadis-hadis yang menyebutkan hari ketujuh
maka dimengertikan bagi orang yang ingin melakukan aqiqah bagi anaknya”.

Jika bayi yang dilahirkan ditakdirkan mati sebelum diberi nama, disunatkan juga diberi nama
kepadanya. Begitu juga, sunat memberi nama anak yang gugur.

SEMASA NABI MASIH BAYI

Tradisi yang berjalan di kalangan Bangsa Arab yang relatif maju pada masa itu, mereka akan mencari
wanita-wanita yang boleh menyusui anak-anak mereka. Tujuannya adalah untuk menjauhkan anak
mereka dari pada penyakit yang biasa menjalar di daerah yang sudah maju.

IBRAH YANG KITA DAPAT DARI PERISTIWA INI


Mendidik anak hendaklah dalam suasana yang aman dan bersih dari suasana yang bercampur baur
yakni dengan bahasa yang kurang baik dan cara pergaulan yang tidak baik. Disebabkan demikian
RSAW semasa kecilnya di hantar ke tengah bani saad agar diri baginda rasul medapat yang terbaik di
perkampungan yang jauh dari hiruk pikuk kesibukan kota mekkah ketika itu dan terhindar dari sikap
atau perbuatan yang tidak terpujii.

Menyusu dengan air susu ibu atau ibu susuan. Ini adalah di sebabkan susu ibu merupakan susu yang
terbaik kurniaan oleh Allah swt yang mempunyai khasiat yang tinggi.

             
             
              
            
             
   

QS 2: 233----- Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, yaitu bagi
yang ingin menyempurnakan penyusuan. dan kewajiban ayah memberi makan dan Pakaian kepada
para ibu dengan cara ma'ruf. seseorang tidak dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannya.
janganlah seorang ibu menderita kesengsaraan Karena anaknya dan seorang ayah Karena anaknya,
dan warispun berkewajiban demikian. apabila keduanya ingin menyapih (sebelum dua tahun)
dengan kerelaan keduanya dan permusyawaratan, Maka tidak ada dosa atas keduanya. dan jika
kamu ingin anakmu disusukan oleh orang lain, Maka tidak ada dosa bagimu apabila kamu
memberikan pembayaran menurut yang patut. bertakwalah kamu kepada Allah dan Ketahuilah
bahwa Allah Maha melihat apa yang kamu kerjakan.

SEMASA NABI MASIH KANAK-KANAK

Selepas RSAW kehilangan ibunya yang telah meninggal pada usia baginda berusia 6 tahun. RSAW di
jaga oleh Datuknya iaitu Abdul Muthalib. Kasih sayang Abdul Muthalib tidak berbelah bagi kepada
Nabi Muhammad ketika itu. Kasih sayang Abdul Muthalib cukup kuat kepada Rasululullah kerana
mengenangkan cucunya itu seorang anak yatim piatu dan beliau tidak mahu cucunya hidup sebatang
kara. Setelah kematian datuk tersayang RSAW, baginda di jaga oleh Abu Talib iaitu saudara kepada
ayah RSAW. Amanah yang di berikan di pikul dengan penuh tanggung jawab oleh Abu Talib sendiri.

IBRAH DARI PERISTIWA INI

Mendidik anak merupakan suatu perkara yang perlu sebaik mungkin kerana pada fasa inilah kanak-
kanak di bentuk dan akan mengikuti apa yang terbiasa dan apa yang di lihat melalui pengamatan. Di
sini dapat kita ambil beberapa perkara yang perlu kita ambil pelajaran

4 tahap bagaimana mendidik anak mengikut sunnah Rasulullah s.a.w adalah :

1)   Umur anak-anak 0-6 tahun. Pada masa ini, Rasulullah s.a.w menyuruh kita untuk memanjakan,
mengasihi dan menyayangi anak dengan kasih sayang yg tidak berbatas. Berikan mereka kasih
sayang tanpa mengira anak sulung mahupun bongsu dengan bersikap adil terhadap setiap anak-
anak. Tidak boleh dirotan sekiranya mereka melakukan kesalahan walaupun atas dasar untuk
mendidik.
Kesannya, anak-anak akan lebih dekat dengan kita dan merasakan kita sebahagian masa membesar
mereka yang boleh dianggap sebagai rakan dan rujukan yang terbaik. Anak-anak merasa aman
dalam meniti usia kecil mereka kerana mereka tahu yang anda (ibubapa) selalu ada disisi mereka
setiap masa.

2)   Umur anak-anak 7-14 tahun.  Pada tahap ini kita mula menanamkan nilai DISIPLIN dan
TANGUNGJAWAB kepada anak-anak. Menurut hadith Abu Daud, “Perintahlah anak-anak kamu
supaya mendirikan sembahyang ketika berusia tujuh tahun dan pukullah mereka kerana
meninggalkan sembahyang ketika berumur sepuluh tahun dan asingkanlah tempat tidur di antara
mereka (lelaki dan perempuan). Pukul itu pula bukanlah untuk menyeksa, cuma sekadar untuk
menggerunkan mereka. Janganlah dipukul bahagian muka kerana muka adalah tempat
penghormatan seseorang. Allah SWT mencipta sendiri muka Nabi Adam.
Kesannya, anak-anak akan lebih bertanggungjawab pada setiap suruhan terutama dalam mendirikan
solat. Inilah masa terbaik bagi kita dalam memprogramkan sahsiah dan akhlak anak-anak mengikut
acuan Islam. Terpulang pada ibubapa samada ingin menjadikan mereka seorang muslim, yahudi,
nasrani ataupun majusi.

3)   Umur anak-anak 15- 21 tahun. Inilah fasa remaja yang penuh sikap memberontak. Pada tahap
ini, ibubapa seeloknya mendekati anak-anak dengan BERKAWAN dengan mereka. Banyakkan
berborak dan berbincang dengan mereka tentang perkara yang mereka hadapi. Bagi anak remaja
perempuan, berkongsilah dengan mereka tentang kisah kedatangan ‘haid’ mereka dan perasaan
mereka ketika itu. Jadilah pendengar yang setia kepada mereka. Sekiranya tidak bersetuju dengan
sebarang tindakan mereka, elakkan mengherdik atau memarahi mereka terutama dihadapan adik-
beradik yang lain tetapi banyakkan pendekatan secara diplomasi walaupun kita adalah orang tua
mereka.Kesannya, tiada orang ketiga atau ‘asing’ akan hadir dalam hidup mereka sebagai tempat
rujukan dan pendengar masalah mereka. Mereka tidak akan terpengaruh untuk keluar rumah untuk
mencari keseronokkan memandangkan semua kebahagian dan keseronokkan telah ada di rumah
bersama keluarga.

4)   Umur anak 21 tahun dan ke atas. Fasa ini adalah masa ibubapa untuk memberikan
sepenuh KEPERCAYAAN kepada anak-anak dengan memberi KEBEBASAN dalam membuat keputusan
mereka sendiri. Ibubapa hanya perlu pantau, nasihatkan dengan diiringi doa agar setiap hala tuju
yang diambil mereka adalah betul. Bermula pengembaraan kehidupan mereka yang sebenar di luar
rumah. Insha’Allah dengan segala displin yang diasah sejak tahap ke-2 sebelum ini cukup menjadi
benteng diri buat mereka. Ibubapa jangan penat untuk menasihati mereka, kerana mengikut kajian
nasihat yang diucap sebanyak 200 kali terhadap anak-anak mampu membentuk tingkahlaku yang
baik seperti yang ibubapa inginkan.
Berdasarkan penafsiran para ulama ahli tafsir yang terpercaya, beberapa faedah yang dapat kita
ambil dari ayat ini adalah:

Di utusnya Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi Wa sallam sebagai Rasul Allah adalah bentuk kasih
sayang Allah kepada seluruh manusia.

Seluruh manusia di muka bumi diwajibkan memeluk agama Islam.

Hukum-hukum syariat dan aturan-aturan dalam Islam adalah bentuk kasih sayang
Allah Ta’ala kepada makhluk-Nya.

Seluruh manusia mendapat manfaat dengan diutusnya Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi Wa


sallam

Rahmat yang sempurna hanya didapatkan oleh orang yang beriman kepada ajaran yang dibawa oleh
Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi Wa sallam

Seluruh manusia mendapat manfaat dengan diutusnya Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi Wa


sallam.

Orang yang beriman kepada ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi Wa sallam,
membenarkan beliau serta taat kepada beliau, akan mendapatkan kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Orang kafir yang memerangi Islam juga mendapat rahmat dengan diutusnya Nabi
Muhammad Shallallahu ‘alaihi Wa sallam, yaitu dengan diwajibkannya perang melawan mereka.
Karena kehidupan mereka didunia lebih lama hanya akan menambah kepedihan siksa neraka di
akhirat kelak.

Orang kafir yang terikat perjanjian dengan kaum muslimin juga mendapat rahmat dengan diutusnya
Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi Wa sallam. Yaitu dengan dilarangnya membunuh dan merampas
harta mereka.

Secara umum, orang kafir mendapat rahmat dengan diutusnya Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi
Wa sallam berupa dihindari dari adzab yang menimpa umat-umat terdahulu yang menentang Allah.
Sehingga setelah diutusnya Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi Wa sallam, tidak akan ada kaum kafir
yang diazab dengan cara ditenggelamkan seluruhnya atau dibenamkan ke dalam bumi seluruhnya
atau diubah menjadi binatang seluruhnya.
Orang munafik yang mengaku beriman di lisan namun ingkar di dalam hati juga
mendapat rahmat dengan diutusnya Nabi MuhammadShallallahu ‘alaihi Wa sallam. Mereka
mendapat manfaat berupa terjaganya darah, harta, keluarga dan kehormatan mereka. Mereka pun
diperlakukan sebagaimana kaum muslimin yang lain dalam hukum waris dan hukum yang lain.
Namun di akhirat kelak Allah akan menempatkan mereka di dasar neraka Jahannam.

Pengutusan Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi Wa sallam menjadi rahmat karena beliau telah


memberikan pencerahan kepada manusia yang awalnya dalam kejahilan dan memberikan hidayah
kepada manusia yang awalnya berada dalam kesesatan berupa peribadatan kepada selain Allah.

Sebagian ulama berpendapat, rahmat dalam ayat ini diberikan juga kepada orang kafir namun
mereka menolaknya. Sehingga hanya orang mu’min saja yang mendapatkannya.

Sebagain ulama berpendapat, rahmat dalam ayat ini hanya diberikan orang mu’min.