Anda di halaman 1dari 2

‫ اللهم أعنا على ذكرك‬،‫ والصالة والسالم على سيدنا حممد وعلى آله وأصحابه أمجعني‬,‫احلمد هلل رب العاملني‬

‫وشكرك وحسن عبادتك‬


Ya Allah ya rahman, ya rahim.

Ya Allah, Engkaulah pemilik kekuasaan dan kerajaan alam buana, Engkau memberi kekuasaan kepada sesiapa yang
engkau suka. Engkau merampas kekuasaan itu daripada sesiapa sahaja yang Engkau mahu. Engkau berkuasa
memuliakan dan menghinakan sesiapa yang Engkau mahu. Hanya dii tanganMu segala kebaikan dan kekayaan.
Sesungguhnya Engkau berkuasa untuk berbuat apa sahaja terhadap apa sahaja. Engkau menabirkan siang dan malam.
Dan malam pula Engkau berkuasa menabirkannya dengan siang. Engkau menerbitkan suatu yang hidup dari suatu
yang kaku atau mati, sebagaimana Engkau melahirkan yang kaku atau mati dari suatu yang hidup. Engkau memberi
rezeki tanpa berhitung kepada sesiapa sahaja yang Engkau mahu. Ya Allah menjelanglah kini hari-Mu, beredarlah
sudah siang dan malam-Mu.

Ya Allah, Sesungguhnya kami dengan rasa penuh tawaduk menadah tangan pada malam ini, dalam Majlis Selingkar
Kasih Aidil Fitri 1426 Hijrah ini, merafakkan kesyukuran dan pujian terhadap Mu, atas kurniaan nikmat Mu yang tidak
terhingga.

Ya haiyuya qaiyuum,

Ya Allah, Engkau berikanlah ketenangan dan ketenteraman hati kepada kami agar kami dapat memperhambakan diri
kepada-Mu dengan penuh keimanan dan ketakwaan. Engkau jauhilah kami daripada sebarang perbuatan keji dan
mungkar, sebaliknya Engkau bukakanlah pintu hati kami untuk mentaati dan mematuhi titah perintah-Mu pada setiap
detik dan ketika.

Allahumma Antal ‘Azizul Jalil,

Ya Allah, Engkau lindungilah kami daripada sebarang fitnah dunia dan akhirat. Engkau lindungilah hati kami daripada
sifat hasad, dengki, tamak, haloba, bakhil dan khianat sesama kami. Engkau peliharakanlah kami daripada musuh
kami, sama ada yang terang atau yang tersembunyi.

Ya Allah, Engkau peliharakanlah kami daripada azab seksaan neraka-Mu dan tempatkan kami di kalangan hamba-Mu
yang taat dan patuh kepada-Mu. Tempatkanlah kami di kalangan syuhada, anbia, dan tabiin. Ya Allah, hanya Engkau
yang mengetahui dosa kami, maka ampunilah kami. Engkau isikan hati kami dengan iman dan takwa, ketaatan dan
kepatuhan hanya kepada Engkau ya Allah.

Allahumma Antal Hasibul Jalil,

Ya Allah, Engkau bukakanlah pintu hati kami dan anak-anak kami agar kami dapat menerima ilmu pengetahuan
dengan tenang dan damai. Engkau curahkanlah ilmu pengetahuan yang berguna kepada kami agar dapat kami
manfaatkan untuk kesejahteraan dan kedamaian hidup hamba-Mu di muka bumi ini. Engkau jauhilah kami dan anak
kami daripada perbuatan keji dan tercela, dijauhi daripada hasutan iblis dan syaitan yang hendak menyesatkan kami.

Ya Allah, Engkau limpahkan kami dengan rezeki-Mu daripada sumber yang halal dan diredai-Mu. Engkau hindarilah
dari dalam diri kami sifat kufur terhadap nikmat yang telah engkau anugerahkan kepada kami. Engkau suburkanlah
jiwa kami agar menjiwai dan menghayati hidup bermasyarakat serta bersifat ihsan sesama kami. Ringankanlah tangan
kami untuk menghulur bantuan kepada mereka yang memerlukan dan sanggup menafkahkan untuk memperjuangkan
syariat-Mu. Kami semua menginsafi hanya Engkau sajalah yang dapat memperkenankan perubahan dan memberi
kebahagiaan kepada kehidupan kami.

Allahumma Ya Zal Jalali Wal Ikram,

Ya Allah, Engkau ampunilah dosa kami sama ada yang terang atau yang tersembunyi. Engkau ampunilah kaum
muslimin dan muslimat sama ada yang masih hidup mahupun yang sudah meninggal dunia. Engkau tempatkan mereka
‫‪di dalam syurga-Mu dan jauhilah mereka daripada azab seksaan api neraka-Mu. Ampunilah dosa kedua-dua orang tua‬‬
‫‪kami ya Allah. Engkau aman sejahteralah kami agar dapat terus beribadat, sujud memperhambakan diri kepada-Mu.‬‬

‫اللهم اجعل مجعنا هذ ا مجعا مرحوما وتفرقنا من بعده تفرقا معصوما وال جتعل اللهم فينا وال معنا وال من يتبعنا‬
‫شقيا وال مطرود ا وال حمروما‬
‫ين ِم ْن َقْبلِنَا َربَّنَا َوالَ حُتَ ِّم ْلنَا َما‬ ‫َّ ِ‬
‫صًرا َك َما مَحَْلتَهُ َعلَى الذ َ‬
‫ِ‬
‫َخطَأْنَا َربَّنَا َوالَ حَتْم ْل َعلَْينَا إِ ْ‬
‫ِ‬ ‫ِ‬
‫َربَّنَا الَ ُت َؤاخ ْذنَا إِ ْن نَسينَا أ َْو أ ْ‬
‫ِ ِ‬ ‫ِ‬ ‫ِ‬
‫ص ْرنَا َعلَى الْ َق ْوم الْ َكاف ِر َ‬
‫ين‬ ‫ت َم ْوالَنَا فَانْ ُ‬‫ف َعنَّا َوا ْغف ْر لَنَا َو ْارمَح ْنَا أَنْ َ‬‫الَ طَاقَةَ لَنَا بِه َو ْاع ُ‬
‫ك أََنبنَا وإِلَي َ ِ‬
‫ك الْ َمصريُ‬ ‫ك َت َو َّك ْلنَا َوإِلَْي َ ْ َ ْ‬ ‫َربَّنَا َعلَْي َ‬
‫اللهم اغفرلنا ذنوبنا وإلخواننا الذين سبقونا باإلميان وال جتعل يف قلوبنا غال للذين ءامنوا‪ E‬إنك رءوف رحيم‬
‫ِ‬ ‫ِ‬ ‫َربَّنَا ءَاتِنَا يِف ُّ‬
‫الد ْنيَا َح َسنَةً َويِف اآلخَر ِة َح َسنَةً َوقنَا َع َذ َ‬
‫اب النَّار‬
‫وصلى اهلل على حممد وعلى اله وصحبه وسلم ‪ ،‬واحلمدهلل رب العاملني‬

‫‪http://www.sistemguruonline.my‬‬

Anda mungkin juga menyukai